Mungkin Rombakan Pegawai Jabatan Alam Sekitar Di Kelantan Perlu Dilakukan Segera


Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata mustahil kerajaan negeri Kelantan tidak mengetahui terdapat kawasan perlombongan bijih besi berhampiran penempatan penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kuala Koh, Gua Musang.

Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menafikan perkara itu sebagai tidak masuk akal.

Beliau berkata semakan yang dibuat pihaknya menunjukkan pelombong berkenaan memperoleh lesen untuk melombong sehingga tahun 2023.

“Sebelum sesebuah syarikat itu dibenarkan melombong di sesuatu kawasan, mereka perlu mendapatkan lesen melombong daripada kerajaan negeri dan lesen pengoperasian daripada kerajaan pusat, jika tidak mereka dikategorikan sebagai pelombong haram.


“Hasil semakan, kita mendapati syarikat berkenaan memperoleh lesen perlombongan sehingga 2023…tetapi lesen pengoperasian yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat telah tamat pada 2017 disebabkan syarikat itu tidak mematuhi Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

“Jadi kenyataan itu (tiada kawasan perlombongan bijih besi) memang tidak masuk akal kerana saya sendiri telah turun padang dan mesin untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan masih ada di kawasan itu,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Mohd Amar memaklumkan kepada media, tiada sebarang rekod mengenai aktiviti perlombongan yang sah di kawasan itu dan perkara itu turut diakui Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri sendiri.

Mohd Amar dilaporkan berkata dakwaan bahawa penduduk dijangkiti radang paru-paru kerana sumber air tercemar akibat kewujudan lombong haram itu tidak tepat kerana penyakit berkaitan pernafasan itu adalah sejenis penyakit bawaan udara.

Mengulas tentang perkara itu, Tengku Zulpuri berkata jika ia disebabkan penyakit bawaan udara, mengapa hanya suku Batek sahaja yang terkena jangkitan penyakit berkenaan.

“Jadi masih terlalu awal juga untuk mengatakan penyakit ini bukan berpunca daripada sumber air walaupun sebelum ini Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) mengesahkan ia bebas daripada bahan radio aktif.

“Mereka perlu pantau kandungan air berkenaan untuk satu tempoh panjang melibatkan keadaan cuaca panas mahupun selepas hujan, barulah keputusan dapat diperoleh dengan tepat dan bukannya dengan mengambil sekali sahaja bacaan,” katanya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan semalam mengesahkan setakat ini, sumber air di beberapa tempat sekitar Kuala Koh bebas daripada sebarang pencemaran dan radioaktif, berdasarkan kepada ujian dan pengesanan menggunakan alat pengesan pencemaran ke atas sampel air dari kawasan bekas tapak lombong, air tandak, air dari kawasan Aring 10, air sungai dan lain lain sumber berhampiran.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/06/mungkin-rombakan-pegawai-jabatan-alam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muzium Sumber Asli Universiti Malaysia Kelantan Usaha Mencungkil Minat Cintai Alam

Muzium Sumber Asli Universiti Malaysia Kelantan Usaha Mencungkil Minat Cintai Alam

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 613 hits
Nivaarani Arumugam Pensyarah Fakulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan Muzium perkataan yang sering didengari oleh kita semasa zaman kecil dan sentiasa disenaraikan sebagai destinasi yang harus dilawati pada waktu kecil Apabila disebu...
Asus Rog Phone 2 Mungkin Dilancarkan Sekitar Julai Ini

Asus Rog Phone 2 Mungkin Dilancarkan Sekitar Julai Ini

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 470 hits
Asus sebelum ini telah hadir dengan telefon pintar khusus yang memfokuskan kepada permua iaitu Asus ROG Phone Terkini ia diperkatakan yang mana Asus dalam persediaan untuk melancarkan generasi kedua telefon pintar berkenaan sekitar bulan Ju...
Nasi Dagang Kelantan Dengan Gulai Ikan Tongkol Dan Sambal Ikan

Nasi Dagang Kelantan Dengan Gulai Ikan Tongkol Dan Sambal Ikan

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 1206 hits
Masih dalam bulan Syawal dengan mood raya kan Saya belum lagi cukup puasa enam di bulan Syawal Apa kata kita mencuba resepi nasi dagang Kelantan untuk hidangan keluarga atau tetamu yang datang berkunjung Atau selepas beraya kerana menamatka...
Orang Asli Mati Akibat Pengabaian Kerajaan Kelantan

Orang Asli Mati Akibat Pengabaian Kerajaan Kelantan

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 423 hits
Orang Asli mati akibat pengabaian kerajaan Kelantan Posted By on June 11 2019Kes kematian ramai Orang Asli di hulu Kelantan berlaku kerana kerajaan negeri gagal melindungi masyarakat itu daripada kesan perlombongan pembalakan dan perladanga...
Kelantan Sangkal Aktiviti Lombong Punca Orang Asli Sakit

Kelantan Sangkal Aktiviti Lombong Punca Orang Asli Sakit

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 456 hits
Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata dakwaan mengatakan penularan penyakit pneumonia dalam kalangan Orang Asli disebabkan aktiviti perlombongan adalah terlalu awal KOTA BHARU Kerajaan Kelantan menyangkal dakwaan pe...
Saat Paling Susah Dalam Hidup Saya Isteri Sultan Kelantan Oksana Kongsi Mesej Selepas Selamat Lahirkan Putera

Saat Paling Susah Dalam Hidup Saya Isteri Sultan Kelantan Oksana Kongsi Mesej Selepas Selamat Lahirkan Putera

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 1328 hits
Saat Paling Susah Dalam Hidup Saya Isteri Sultan Kelantan Oksana Kongsi Mesej Selepas Selamat Lahirkan Putera
How Can Kelantan Govt Be Unaware Of Mining Area In Kuala Koh Says Deputy Minister

How Can Kelantan Govt Be Unaware Of Mining Area In Kuala Koh Says Deputy Minister

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 999 hits
Deputy Water Land and Natural Resources Minister Tengku Zulpuri Shah Raja Puji during a visit to the Batek tribe in the Orang Asli settlement in Kuala Koh on June 9 KUALA LUMPUR Deputy Water Land and Natural Resources Minister Tengku Zulpur...
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Gaji Kecil Bukan Alasan Ramai Anak Muda Dah Mula Simpan Emas Rm10 Je

Festival Pelancongan Saudi 2025 Kembali Ke Malaysia Dengan Program Arab Saudi Winter Is Alive

Nekad Terjun Kereta Takut Dipukul Suami

Delicious Wagyu Beef Joint Recipe

Cara Menjadi Hacker Bagi Pemula Panduan Lengkap Belajar Hacking Dari Nol

Birthday Dinner Di Secret Recipe

Sultan Pahang Mahu Semua Pegawai Kakitangan Masjid Di Negeri Ini Mencarum Bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jamal Kucing Kesayangan Keluarga Kami Telah Mati

Jika Cinta Itu Buta Drama Penuh Plot Twist Sampai Geram Rasa Nak Sekeh Je

Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar

Food Plan

Penemuan Puteri Khok Phanom Di Misteri Sejarah Yang Tersembunyi

Senarai Pemain Futsal Malayan Tigress Untuk Kem Latihan Pusat Sebagai Persiapan Kejuaraan Antarabangsa