Mungkin Anggota Bomba Adib Dilanggar Trak Bomba Atau Dipukul Orang Ramai Polis



Minggu hadapan, sebutan keputusan inkues bagaimana anggota bomba Adib meninggal dunia semasa bertugas. Sumber hari ini mendedahkan polis menyiasat dua kemungkinan punca berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Satu daripadanya adalah ;
i. beliau mungkin dipukul oleh orang ramai danii. beliau mungkin dilanggar oleh jentera bomba yang sedang mengundur.

Menurut The Malaysian Insight, pihak polis telah menyoal sekurang-kurangnya tiga anggota bomba, termasuk pemandu kenderaan bomba yang dikatakan sedang mengundur dan 'melanggar' Adib ketika cuba melarikan diri daripada perbuatan ganas ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield di Subang Jaya, Selangor pada November.

“Hasil laporan bedah siasat, terdapat dua kemungkinan yang mungkin menyebabkan kematiannya. Satu beliau dirempuh trak bomba dan satu lagi diserang oleh sekumpulan orang di tempat kejadian,” kata satu sumber.

“Dua kemungkinan ini akan dijawab dalam inkues,” kata sumber itu.

Inkues akan bermula pada 11 Februari dan diteruskan selama 30 hari bekerja.

Peguam bagi keluarga Adib, Mohd Kamaruzaman A Wahab, berkata 30 saksi akan dipanggil, termasuk beberapa anggota bomba.

Inkues ini akan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah yang akan memanggil enam saksi pakar, termasuk doktor yang merawat kecederaan Adib dan seorang pakar forensik yang melakukan bedah siasat.

Media sosial sebelum ini membuat spekulasi terhadap dua teori ini bagaimana anggota bomba muda itu mengalami kecederaan teruk yang akhirnya membawa kepada kematiannya.

Laporan polis dibuat oleh rakan-rakan Adib yang mendakwa anggota bomba itu ditarik keluar dari kenderaan dinaikinya dan diserang oleh orang ramai.

Pihak kuil, bagaimanapun, kemudian mengadakan sidang akhbar dan mendakwa Adib dilanggar oleh trak bomba yang sedang mengundur.

Empat orang suspek ditahan reman semasa peringkat awal penyiasatan tetapi kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.

Adib yang dilahirkan di Kedah adalah satu-satunya mangsa yang meninggal dunia dalam rusuhan yang meletus selepas penceroboh bersenjata menyerbu kuil Hindu pada 26 November.

Adib adalah seorang daripada sembilan anggota dalam unit Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan Subang Jaya yang ditugaskan ke tempat kejadian selepas sekumpulan perusuh membakar beberapa kenderaan.

Beliau didapati tidak sedarkan diri di jalan raya oleh orang yang lalu lalang dan membawanya ke Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby.

Walaupun beliau kemudiannya sedar dan menunjukkan beberapa tanda pemulihan, fungsi paru-paru Adib merosot dan akhirnya meninggal dunia pada 17 Disember, tiga minggu selepas dimasukkan ke hospital.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://riziqin.blogspot.com/2019/02/mungkin-anggota-bomba-adib-dilanggar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inkues Adib Orang Awam Kata Seorang Anggota Bomba Dipukul Saksi

Inkues Adib Orang Awam Kata Seorang Anggota Bomba Dipukul Saksi

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 394 hits
MALAYSA GAZETTE Amirrul Adli M Yussli 26 pelatih pramugara di syarikat penerbangan AirAsia berkata beliau juga melihat anggota bomba itu yang memakai pakaian celoreng duduk dalam keadaan melunjurkan kaki SHAH ALAM Seorang saksi memberitahu ...
Polis Tidak Tolak Kemungkinan Adib Dirempuh Trak Bomba

Polis Tidak Tolak Kemungkinan Adib Dirempuh Trak Bomba

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 394 hits
MENJELANG inkues minggu depan sumber hari ini mendedahkan polis menyiasat dua kemungkinan punca berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Satu daripadanya adalah beliau dipukul oleh orang ramai dan satu lagi dilanggar oleh ...
Inkues Adib Pemandu Trak Bomba Takut Perusuh Jerit Pergi Balik Jangan Padam

Inkues Adib Pemandu Trak Bomba Takut Perusuh Jerit Pergi Balik Jangan Padam

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 425 hits
Diterbitkan Hari ini 2 01 tengahariSeorang pemandu trak bomba yang ditugaskan ke kuil Sri Mahamariamman pada bulan November lalu memberitahu inkues hari ini bahawa beliau mengundurkan kenderaannya dalam keadaan panik selepas dihalau sekumpu...
Pemandu Trak Bomba Tidak Pasti Apa Yang Dilanggar Ketika Rusuhan Kuil

Pemandu Trak Bomba Tidak Pasti Apa Yang Dilanggar Ketika Rusuhan Kuil

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 210 hits
Pemandu trak bomba tidak pasti apa yang dilanggar ketika rusuhan kuil nbsp
Inkues Adib Cermin Jentera Bomba Dipukul Dengan Tiang Net Sepak Takraw Kata Saksi

Inkues Adib Cermin Jentera Bomba Dipukul Dengan Tiang Net Sepak Takraw Kata Saksi

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 479 hits
Pemandu jentera bomba Md Eliza Mohd Noor berkata pegawai penyelia operasi memberitahu supaya mereka tidak keluar dari kenderaan kerana keadaaan tidak mengizinkan SHAH ALAM Pemandu jentera bomba Fire Rescue Tender yang tiba untuk memadam keb...
Laporan Polis Dibuat Atas Tanggapan Adib Dipukul Perusuh

Laporan Polis Dibuat Atas Tanggapan Adib Dipukul Perusuh

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 357 hits
MALAYSIAKINI INKUES ADIB Pegawai penyelia kepada Muhammad Adib Mohd Kassim membuat laporan polis berhubung kecederaan anggota bomba berkenaan dalam rusuhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman Nov lalu kerana beranggapan Muhammad Adib disera...
Polis Johor Siasat Video Anggota Ugut Lelaki Tunjuk Pistol

Polis Johor Siasat Video Anggota Ugut Lelaki Tunjuk Pistol

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 363 hits
Dalam video yang tular itu suspek menunjukkan sepucuk pistol di pinggang kepada seorang lelaki dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan
Diserang 3 Lelaki Anggota Polis Lepas Tembakan Amaran

Diserang 3 Lelaki Anggota Polis Lepas Tembakan Amaran

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 229 hits
Diserang 3 lelaki anggota polis lepas tembakan amaran Dikemas kini 41 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 31 Jan 2019 8
Kau Tau Abang Aku Sape Mana Lagi Rm20 000 Polis Siasat Dakwaan Anggota Polis Salahguna Kuasa Ugut Orang Awam

Kau Tau Abang Aku Sape Mana Lagi Rm20 000 Polis Siasat Dakwaan Anggota Polis Salahguna Kuasa Ugut Orang Awam

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 423 hits
Kau tau abang aku sape Mana lagi RM20 000 Polis siasat dakwaan anggota polis salahguna kuasa ugut orang awamViral di media sosial seorang lelaki yang dipercayai anggota polis mengugut dan menunjukkan pistolnya kepada seorang pemandu lori me...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai