Inkues Adib Orang Awam Kata Seorang Anggota Bomba Dipukul Saksi


MALAYSA GAZETTE Amirrul Adli M Yussli, 26, pelatih pramugara di syarikat penerbangan AirAsia berkata, beliau juga melihat anggota bomba itu, yang memakai pakaian celoreng, duduk dalam keadaan melunjurkan kaki.
SHAH ALAM – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa beberapa orang awam yang berada di lokasi semasa insiden kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, tahun lepas memaklumkan kepadanya bahawa seorang anggota bomba telah dipukul.

Amirrul Adli M Yussli, 26, pelatih pramugara di syarikat penerbangan AirAsia berkata, beliau juga melihat anggota bomba itu, yang memakai pakaian celoreng, duduk dalam keadaan melunjurkan kaki.

Saksi keempat itu berkata beliau bertanyakan mengenai keadaan anggota bomba itu kepada beberapa individu dan seorang daripada mereka menjawab ‘dia kena bantailah, apa lagi.’

Amirrul Adli berkata setelah menyedari keretanya yang diletakkan pada bahu jalan dilanggar oleh jentera bomba, beliau dan rakannya bergegas lari melihat ke arah kenderaan.

“Sewaktu memeriksa kereta, dari jarak 40 meter, saya nampak seorang anggota berada dalam keadaan duduk dan kedua-dua kaki berlunjur ke hadapan sambil memeluk tubuh seolah-olah sedang mengalami kesakitan,” katanya pada prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov, 2018.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Faten Hadni Khairuddin pada hari ketiga prosiding inkues itu.

Faten: Apa kamu nampak

Amirrul: Saya nampak seorang anggota bomba duduk melunjur di bahu kiri jalan. Dia memakai baju-T dan berseluar celoreng.

Faten: Terduduk macam mana

Amirrul: Kaki melunjur dan memeluk badan.

Faten: Tangan dia macam mana

Amirrul : Peluk badan dalam keadaan sakit

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Amirrul berkata beliau nampak anggota bomba itu dibaringkan di ruang kosong hadapan keretanya (Amirrul) dan beberapa individu ada mengatakan beliau (anggota bomba) hampir pengsan.

“Saya jenguk sekejap nampak dia seperti nak pengsan,” katanya.

Ketika ditanya mengapa beliau berada di lokasi kejadian, saksi itu berkata dia dan rakannya dalam perjalanan ke rumah kawan di Putra Heights kira-kira pukul 12.30 pagi, pada 27 Nov.

Amirrul berkata rakannya yang memandu kereta memberhentikan kenderaan di sebelah kiri bahu jalan setelah melihat sebuah kereta terbakar.

Katanya beberapa minit selepas kejadian, beliau melihat sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) tiba untuk memadamkan kebakaran.

Saksi itu berkata beliau juga melihat jentera FRT itu diserang sekumpulan individu dengan membaling botol ke arah cermin jentera bomba itu.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung petang ini.

— BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/inkues-adib-orang-awam-kata-seorang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inkues Adib Cermin Jentera Bomba Dipukul Dengan Tiang Net Sepak Takraw Kata Saksi

Inkues Adib Cermin Jentera Bomba Dipukul Dengan Tiang Net Sepak Takraw Kata Saksi

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 479 hits
Pemandu jentera bomba Md Eliza Mohd Noor berkata pegawai penyelia operasi memberitahu supaya mereka tidak keluar dari kenderaan kerana keadaaan tidak mengizinkan SHAH ALAM Pemandu jentera bomba Fire Rescue Tender yang tiba untuk memadam keb...
Mungkin Anggota Bomba Adib Dilanggar Trak Bomba Atau Dipukul Orang Ramai Polis

Mungkin Anggota Bomba Adib Dilanggar Trak Bomba Atau Dipukul Orang Ramai Polis

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 616 hits
Minggu hadapan sebutan keputusan inkues bagaimana anggota bomba Adib meninggal dunia semasa bertugas Sumber hari ini mendedahkan polis menyiasat dua kemungkinan punca berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Satu daripadan...
Adib Dalam Van Ketika Lori Bomba Berundur Saksi Ketiga

Adib Dalam Van Ketika Lori Bomba Berundur Saksi Ketiga

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 453 hits
Diterbitkan Hari ini 6 53 petang INKUES ADIB Anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dikatakan berada di dalam kenderaan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan yang dinaikinya ke Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya ketika rusuhan berla...
Anggota Bomba Selamatkan Diri Dari Perusuh Tak Nampak Adib

Anggota Bomba Selamatkan Diri Dari Perusuh Tak Nampak Adib

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 678 hits
INKUES ADIB Seorang anggota bomba yang bertugas semasa rusuhan kuil Sri Maha Mariamman pada November lalu memberitahu inkues hari ini bahawa dia melompat dari trak bomba dan masuk ke van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan untuk menyelamatk...
Inkues Adib Pemandu Trak Bomba Takut Perusuh Jerit Pergi Balik Jangan Padam

Inkues Adib Pemandu Trak Bomba Takut Perusuh Jerit Pergi Balik Jangan Padam

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 425 hits
Diterbitkan Hari ini 2 01 tengahariSeorang pemandu trak bomba yang ditugaskan ke kuil Sri Mahamariamman pada bulan November lalu memberitahu inkues hari ini bahawa beliau mengundurkan kenderaannya dalam keadaan panik selepas dihalau sekumpu...
Ada Kesan Tapak Kasut Di Rusuk Kanan Adib Kata Saksi Inkuesadib Justice4adib

Ada Kesan Tapak Kasut Di Rusuk Kanan Adib Kata Saksi Inkuesadib Justice4adib

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 553 hits
https i0 wp com pakdin my wp content uploads 2019 02 20190218 inkues adib kesan tapak kasut jpg fit 600 2C400 ssl 1Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim diberitahu terdapat kesan lebam pada rusuk kanan ang...
Bapa Saksi Ke 11 Kemalangan Inkues Adib Ditangguh Ke 2 30 Petang

Bapa Saksi Ke 11 Kemalangan Inkues Adib Ditangguh Ke 2 30 Petang

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 305 hits
Timbalan Pendakwaraya Hamdan Hamzah sebagai pegawai pengendali inkues kematian seorang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ketika keluar di Mahkamah Sesyen Shah Alam Selangor foto FAREEZ FADZIL SHAH ALAM Prosiding inkues kematian Muhamm...
Inkues Adib Saksi Nampak Tunang Hantar Pesanan

Inkues Adib Saksi Nampak Tunang Hantar Pesanan

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 283 hits
TAUFIK SALIMIN 18 Februari 2019 1 26 PM SHAH ALAM Tunang kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim Nurul Najihah Radzi sempat mengirimkan pesanan melalui Whats
Komen Peguam Negara Terhadap Bekas Anggota Spr Tidak Hormat Tribunal Kata Peguam

Komen Peguam Negara Terhadap Bekas Anggota Spr Tidak Hormat Tribunal Kata Peguam

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 243 hits
V AnbalaganFMTFebruary 1 2019 Peguam Negara Tommy Thomas ditempelak berhubung kenyataannya nbsp terhadap 6 bekas pesuruhjaya SPR yang disiasat kerana dakwaan salah laku PETALING JAYA Seorang peguam mempersoalkan peguam negara berhubung keny...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai