Mungkin 3 Negeri Ph Hilang



Sekurang-kurangnya tiga kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Harapan akan runtuh apabila mengambil kira gabungan baru yang dipimpin MP Gombak Azmin Ali melibatkan anggota parlimen daripada PKR, Bersatu, BN, PAS, Warisan dan GPS.

Kerajaan negeri yang berisiko ialah Perak, Melaka dan Kedah.

Johor juga bakal menyaksikan DUN tergantung.

Kerajaan pimpinan Warisan akan mengekalkan Sabah tetapi DAP dan PKR akan disingkir daripada gabungan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan mungkin akan mengekalkan Pulau Pinang dan Selangor.

Di Perak, pada masa ini, PH mempunyai 30 kerusi, terdiri daripada 18 DAP, enam Amanah, empat PKR dan dua Bersatu.

Pada ketika ini, pembangkang mempunyai 28 kerusi, 25 daripada Umno dan tiga PAS serta terdapat juga seorang Adun bebas.

Apabila sokongan Bersatu beralih daripada PH, maka Umno, PAS dan Bersatu akan secara kolektif mengawal 30 kerusi daripada 58 kerusi Dewan Undangan Negeri Peraksehingga membentuk kerajaan baru dengan majoriti dua kerusi.

Di Melaka pula, PH mempunyai 15 Adun yang terdiri daripada lapan wakil DAP, tiga wakil PKR dan dua lagi Bersatu dan Amanah.

Pembangkang di negeri ini memiliki 13 kerusi DUN, semuanya daripada Umno.

Sekiranya Adun Bersatu menukar sokongannya, keadaan akan sama dengan Perak, di mana Umno dan Bersatu boleh membentuk kerajaan majoriti dua kerusi kerana gabungan itu bakal mengawal 15 daripada 28 kerusi dewan undangan negeri.

Di Kedah, gabungan PH sekarang mempunyai 19 kerusi DUN yang terdiri daripada tujuh wakil PKR, enam wakil Bersatu, empat wakil Amanah dan dua wakil DAP.

Ini berlawanan dengan pembangkang yang mempunyai 17 kerusi, terdiri daripada 15 wakil PAS dan dua wakil Umno.

Bagaimanapun, jika Bersatu menukar sokongannya, pakatan baru itu akan mengawal 23 daripada 36 kerusi DUN, cuma satu kerusi saja lagi bagi mencapai majoriti dua pertiga.

Sementara itu, di Johor, situasi DUN boleh tergantung.

Pada masa ini, PH mempunyai 39 kerusi daripada 56 Anggota Dewan Undangan Negeri Johor yang terdiri daripada 14 wakil DAP, 11 wakil Bersatu, sembilan wakil Amanah dan lima wakil PKR.

Pembangkang mempunyai 17 kerusi yang terdiri daripada 14 wakil Umno, dua wakil MIC dan satu wakil PAS.

Peralihan sokongan Bersatu boleh menyebabkan kedua-dua PH dan gabungan baru tersebut menguasai 28 kerusi masing-masing, membawa kepada DUN yang digantung.

Tidak jelas jika MP Gombak Azmin Ali mendapat sokongan daripada lima Adun PKR di Johor. Beliau cuma memerlukan seorang sahaja Adun PKR untuk berpaling tadah dan kerajaan negeri akan runtuh.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/02/mungkin-3-negeri-ph-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Perak Melaka Kedah Johor Mungkin Tergugat

Kerajaan Negeri Perak Melaka Kedah Johor Mungkin Tergugat

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 424 hits
Sekurang kurangnya tiga kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Harapan akan runtuh apabila mengambil kira gabungan baru yang dipimpin MP Gombak Azmin Ali melibatkan anggota parlimen daripada PKR Bersatu BN PAS Warisan dan GPS Kerajaan negeri...
Bukan Di Luar Negeri 5 Sungai Mirip Amazon Ini Terletak Di Jawa Timur

Bukan Di Luar Negeri 5 Sungai Mirip Amazon Ini Terletak Di Jawa Timur

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 205 hits
Jawa Timur banyak menawarkan wisata wisata alam yang eksotis Beberapa wilayah di Jawa Timur seperti Pacitan Jombang Tuban dan Tulungagung memiliki sungai bak Amazon River yang menawan
Komited Kekalkan Momentum Pertumbuhan Ekonomi Negeri Mb

Komited Kekalkan Momentum Pertumbuhan Ekonomi Negeri Mb

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 235 hits
KUALA NERUS 11 Februari Kerajaan negeri komited dalam usaha untuk memperkasakan warga tempatan agar mereka mampu menyumbang kepada pertumbuhan dan mengambil peluang yang diwujudkan hasil daripada limpahan ekonomi di Terengganu Menteri Besar...
Jawatan Kosong Spa Negeri Sabah

Jawatan Kosong Spa Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 662 hits
Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Portal kerja kosong membuka peluang pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan di...
Duit Dari Terengganu Dan Kelantan Disalur Ke Negeri Pakatan Harapan

Duit Dari Terengganu Dan Kelantan Disalur Ke Negeri Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 248 hits
All the Pakatan Harapan states combined cannot beat the RM40 billion a year that Terengganu and Kelantan contribute to the federal government Where do you think the money to develop the Pakatan Harapan states comes from From Wuhan No way Jo...
Cari Photographer Wedding Sekitar Melaka Johor Dan Negeri Sembilan Hyperart Studio Sedia Membantu

Cari Photographer Wedding Sekitar Melaka Johor Dan Negeri Sembilan Hyperart Studio Sedia Membantu

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 883 hits
Cari Photographer Wedding Sekitar Melaka Johor dan Negeri Sembilan Hyperart Studio Sedia Membantu Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Mencari photographer untuk hari bahagia anda di sekitar Melaka Johor dan Negeri Sembilan Pastinya ramai p...
Perubahan Waktu Subuh Di Negeri Kedah

Perubahan Waktu Subuh Di Negeri Kedah

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 339 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi pada anda semua Naim harap anda semua baik baik belaka di dalam melakukan apa sahaja aktiviti pada hari ini Jangan di lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad kerana dengan berselawat dapat memudah...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Puasa Ayyamul Bidh Niat Keutamaan Jadwal 2024

Belajar Menerima Keluarga Pasangan Anda

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Siapa Nak Tahu Asal Usul Selfie

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan