Mulakan Hidup Ringkas Dengan Buat Perancangan Jadi Usahawan Sepenuh Masa





Salah satu daripada cara berkesan dalam mengamalkan gaya hidup ringkas adalah dengan menjadi usahawan.
Tips-tips yang saya nyatakan di bawah ini merupakan salah satu cara menukar gaya hidup anda daripada kehidupan yang berserabut kepada satu gaya hidup ringkas yang memberi keutamaan terhadap perkara-perkara penting dalam kehidupan.
Persediaan mula untuk menjadi seorang usahawan secara lansung membuatkan anda terpaksa meringkaskan kehidupan. Kemudian anda perlu mengubah cara berfikir agar cabaran yang bakal ditempuh sepanjang membina perniagaan menjadi mudah, tenang dan berdisiplin.
Jika anda tanya pada kawan-kawan yang sedang makan gaji, samada mereka ingin berniaga, majoritinya tentu akan jawab ‘Ya!’.
Itu adalah fakta universal berdasarkan bancian, yang mana hampir semua orang di seluruh dunia mengimpikan untuk menjadi usahawan. Tetapi malangnya jumlah mereka yang benar-benar berusaha dan merealisasikan impian tersebut adalah terlalu sedikit.
Di negara kita sahaja sebagai contoh, jumlah orang Melayu yang menceburkan diri dalam perniagaan hanyalah sekitar 5% sahaja. Ini berdasarkan kajian yang saya baca dari buku Malay Business tulisan Shukor Omar.
Jumlah 5% itu teramat sedikit jika dilihat kepada galakan serta keistimewaan yang disediakan oleh Kerajaan khasnya pada Kaum Bumiputera.
Apa yang menyebabkan situasi di atas berlaku ada kaitan dengan perasaan takut yang sentiasa menghantui jiwa manusia yang waras. Perasaan takut yang tercetus di dalam minda telah membuatkan perkembangan kemajuan terhadap sebahagian besar manusia terbantut.
Selagi belenggu yang mengikat leher dan menarik ke belakang setiap kali anda ingin maju ke depan tidak diputuskan, selagi itulah ia tetap mencengkam serta membelenggu kehidupan anda, dari melakukan apa yang diimpikan.
Kalau anda baca buku klasik motivasi tulisan Napoleon Hill, dia kata, antara ketakutan yang sering bermain dalam fikiran anda samada secara sedar atau tidak adalah:
Takut kena kritik – ini belenggu yang paling tebal menjerat leher dan menyeret anda ke belakang dari melakukan apa yang di-ingini. Cuba bayangkan anda pergi bersiar-siar dengan baju singlet dan kain pelikat di SURIA KLCC. Tak ramai yang sanggup buat macam tu sebab risau apa orang akan kata. Sama juga dengan keinginan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan tidak diteruskan kerana takut apa keluarga, kawan, saudara-mara atau orang akan kata nanti.Takut susah – masalah takut pada kesusahan ini bukan sahaja berlaku pada orang kaya, malah orang miskin juga ada fobia yang sama. Orang yang memang dah susah sebenarnya sedang senang dengan cara hidup mereka. Mereka sudah selesa dengan keadaan rumah yang serba kekurangan, duit yang sentiasa tidak mencukupi dan terkejar-kejar mencari nafkah sesuap nasi. Itu membuatkan mereka tidak sanggup berhenti sejenak untuk fikirkan tentang kehidupan supaya dapat mengatur langkah perlahan-lahan merungkai kejayaan di masa hadapan.Takut miskin – Samada anda sudah selesa dengan kehidupan ala kadar atau tidak, tetap masih ada rasa takut, kalau-kalau keadaan menjadi lebih teruk jika berubah haluan. Anda risau jadi lebih miskin sekalipun anda sebenarnya memang dah miskin. Itu sebab utama anda meneruskan cara hidup sebegitu semata-mata takut jatuh lebih miskin. Dalam bab berubah, majoriti manusia lebih suka mengandaikan kemungkinan menjadi lebih miskin daripada mengandaikan kemungkinan menjadi lebih senang.Takut sakit – Bab sakit ni tak perlu diulas lagi. Siapa yang tak takut sakit. Terutamanya sakit yang membahayakan. Antara pertimbangan orang buat bila nak berubah dari makan gaji ke berniaga adalah, apa jadi nanti kalau engkau jatuh sakit dalam keadaan bisnes tak bagus!. Ironinya dalam anda takut jatuh sakit, masih terkejar-kejar dengan kehidupan tanpa meluangkan sedikitpun masa bersenam untuk menjaga kesihatan. Takut tua – Semua orang takutkan dirinya menjadi tua, tidak kuat lagi dan tidak mampu menyara diri sendiri serta keluarga. Kalau berhenti kerja makan gaji, dan segala usaha gagal sedangkan anda semakin tua tanpa ada apa-apa jaminan sedangkan anak-anak masih kecil dan perlu disara.Takut mati – Tak ada orang yang tidak takutkan mati. Bagi yang tak percaya hari akhirat, mati bererti lenyap semua kelazatan hidup. Bagi yang beriman pula mati bererti berhadapan dengan mahkamah keadilan. Sebenarnya ketakutan kepada mati boleh digunakan untuk faedah kebaikan diri bagi menghilangkan segala 5 perkara yang saya sebutkan di atas. Malangnya anda sekadar membiarkan ketakutan pada kematian itu melekat di sudut kecil hati dan tidak pernah berusaha mengambil masa yang secukupnya untuk memahami hakikat yang pasti itu dan berfikir bagaimana perlu menghadapinya dengan bijak.Dengan kefahaman perkara di atas, anda sudah mendapat sedikit idea bahawa ia merupakan masalah biasa yang berlaku pada semua orang. Jadikan ia sebagai pedoman setiap kali anda mahu melakukan sesuatu dan rasa terhalang, fikirkan takut mana satu yang menghalangnya.
Jika anda membuat sesuatu keputusan yang tidak bertentangan dengan lunas-lunas syariat, tidak perlu takut sama sekali.
Menjadi usahawanKembali kepada matlamat untuk menjadi usahawan. 
Ketakutan yang biasanya membelenggu diri adalah 3 perkara pertama di atas sahaja. Takut kena kritik, takut susah dan takut miskin.
Bagi mengatasinya anda perlu ada strategi agar ia tidak lagi menjadi penghalang. Anda boleh lakukan beberapa perkara seperti berikut di bawah.
1. Hadapi pengkritikHilangkan ketakutan pada kritikan dengan berhadapan dengan mereka. Dapatkan segala hujah kritikan mereka dan patahkan dengan yakin.Sebenarnya kritikan amat berguna sebagai maklumat untuk membuat persediaan bagi menjayakan matlamat. 
Kebiasaannya ada maklumat-maklumat yang berguna yang anda tidak terfikir, daripada kritikan yang diterima. 
Jika kritikan tersebut ada alasannya, cari jalan bagaimana ia dapat diselesaikan. Ini dapat menambahkan lagi tahap persediaan diri anda.
2. Biasakan diri tidak selesaTakut pada kesusahan hanyalah mainan minda. 
Kebiasannya minda membayangkan kesusahan yang bakal dihadapi lebih daripada hakikat sebenarnya. Setiap kali ia benar-benar berlaku, anda dengan mudah dapat mengharunginya samada cepat atau lambat.
Bayangkan pengalaman kesusahan yang telah anda lalui dan apakah kesannya pada perubahan diri anda. Tidak ada mereka yang jatuh susah lalu bangun semula melainkan menjadi manusia yang lebih kuat daripada sebelumnya. 
Salah satu cara menjadi lebih kuat adalah dengan mencari cabaran dan harunginya sehingga ia bertukar menjadi senang.
3. Fahami makna miskinSelesaikan masalah takut miskin dengan hadam apa maksudnya.
Anda perlu percaya miskin atau kaya bergantung kepada berapa pendapatan dan berapa pula keperluan. Ia tidak ada kena mengena dengan berapa banyak wang yang anda ada. 
Untuk langkah pertama senaraikan semula segala keperluan dan bagaimana boleh dikurangkan dengan cara yang drastik. Ingatlah bahawa perkara asas yang diperlukan hanyalah makanan, tempat perlindungan dan juga pendidikan. 
Jadikan ketiga perkara asas ini sebagai landasan untuk anda memulakan penstrukturan semula kehidupan. 
Anda akan dapati, sebenarnya anda mampu menjimatkan kos kehidupan dengan cukup hebat demi membina semula kehidupan pada masa yang mendatang dengan melakukan apa yang anda minat.


Jangan berhenti kerja duluJika sekarang ini anda menyara kehidupan dengan makan gaji bermakna ada sesuatu kelebihan yang membuatkan diri menjadi berharga.
Anda sudah tentu ada sesuatu kemahiran yang membuatkan orang mahu menggajikan diri kita. Jangan tergopoh gapah untuk terus berhenti. Lakukan penstrukturan semula kehidupan yang telah saya katakan di atas dan biasakan diri dengan cara hidup baru.
Kurangkan kos keperluan dan segala lebihan yang ada jadikan ia sebagai simpanan untuk projek menjadi usahawan nanti.
Silap-silap hari bulan kita akan merasakan duit kita sudah cukup banyak untuk menjadi kaya lalu tidak meneruskan hasrat menjadi seorang usahawan.
Kalau itu yang berlaku, tidak mengapa. Ia hanya menunjukkan bahawa menjadi usahawan hanyalah sekadar impian kita untuk menjadi kaya dan bukanlah benar-benar mahu membantu menyelesaikan masalah orang ramai dengan perniagaan.
Teruskan saja dengan makan gaji dan tidak ada apa-apa kesalahan dengan sikap sebegitu. Makan gaji bukanlah sesuatu yang hina, ia merupakan cara menyara kehidupan pada sebilangan besar daripada penduduk di muka bumi ini.
Cuma anda sudah menjadi orang yang berbeza berbanding sebelum ini kerana berjaya mengubah kehidupan menjadi lebih ringkas dan bermakna dengan membuat segala perkara yang tidak perlu dan menumpukan hanya pada yang perlu sahaja.
Terlalu sedikit golongan makan gaji yang berjaya buat sebegitu.
Cari dan belajar perniagaan yang diminatiDengan situasi kewangan yang makin kukuh dan simpanan anda semakin bertambah jangan lupa untuk memikirkan apa jenis perniagaan yang anda minat dan teruja untuk melakukannya.
Buat senarai perniagaan-perniagaan yang ada dalam fikiran anda dan lakukan kajian. Jika perniagaan yang anda mahu lakukan sama dengan kerja yang anda sedang buat, anda amat beruntung kerana anda sebenarnya sedang dalam proses latihan memahami selok belok perniagaan tersebut.
Jika begitu, mula menjadi peka dengan segenap urusan syarikat yang sedang anda bekerja. Jangan berat tulang dan menjadi malas untuk menghulurkan bantuan pada  orang lain, asalkan ia membantu anda lebih memahami proses perniagaan itu, lakukan saja dengan penuh gembira.
Silap-silap hari bulan anda akan menjadi salah seorang pekerja yang paling dicintai oleh majikan dan kenaikan pangkat tidak dapat dielakkan begitu juga dengan gaji anda. Ini mungkin menggugat hasrat anda untuk menjadi usahawan.
Seandainya terjadi begitu dan anda rasa puas dengan apa yang anda dapat, tidak mengapa untuk teruskan makan gaji dan sekali lagi tidak ada apa-apa salahnya.
Namun jika hasrat untuk menjadi usahawa masih berkobar-kobar, ini menunjukkan anda yakin bahawa anda mampu membuat lebih baik daripada apa yang majikan anda tawarkan pada pelanggannya.
Anda sebenarnya telah amat bersedia untuk menjadi seorang usahawan dengan sistem dan cara anda sendiri. Di saat itu anda tidak akan ragu-ragu lagi untuk meletakkan jawatan dan memulakan perniagaan anda dan insyallah anda akan berjaya.
Jika kerja yang anda sedang lakukan bukan jenis perniagaan yang anda mahu buat. Anda boleh mula mencari majikan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang ingin anda jalankan satu hari nanti dan ulang kesemua perkara di atas.
Setelah semuanya selesai, anda ada duit, pengalaman dan keyakinan, barulah berhenti kerja dan menjadi usahawan sepenuh masa. 
Insyaallah akan berjaya. Selamat mencuba







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/05/pedoman-untuk-menjadi-usahawan-berjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Perkara Tanpa Modal Yang Anda Boleh Buat Untuk Jadi Kaya Cara Hidup Ringkas

10 Perkara Tanpa Modal Yang Anda Boleh Buat Untuk Jadi Kaya Cara Hidup Ringkas

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 248 hits
Secara umum semuaorang nak jadi jadi kaya Jarang sangat untuk menemui orang yang memang dengan sesungguh hati tak nak jadi kaya Kalau ada yang berkata dia tak nak jadi kaya berkemungkinan besar itu hanya perkataan yang sekadar keluar dari m...
Video Pemerintah Ogah Minta Maaf Pelanggaran Ham Berat Masa Lalu Hanya Menyesali

Video Pemerintah Ogah Minta Maaf Pelanggaran Ham Berat Masa Lalu Hanya Menyesali

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 123 hits
Menko Polhukam Mahfud MD mengungkapkan hasil rapat Presiden Jokowi dengan para menteri dan pejabat setingkat menteri Selasa Salah satu hasil pertemuan yaitu membahas soal rekomendasi penyelesaian pelanggaran HAM berat di masa lalu
Caca Tengker Ultah Ke 34 Mama Rieta Unggah Foto Masa Kecilnya Mirip Banget Ansara

Caca Tengker Ultah Ke 34 Mama Rieta Unggah Foto Masa Kecilnya Mirip Banget Ansara

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 97 hits
Caca Tengker adik Nagita Slavina berulang tahun hari ini Caca berulang tahun yang ke 34 Caca Tengker mendapat kejutan dari keluarga tercinta Sang ibunda Rieta Amilia mengunggah foto foto masa kecil Caca Tengker Wajahnya mirip banget Ansara ...
Perjalanan Kali Ni Santai Seronok Tak Kejar Masa Idea Beraya Satu Semenanjung Keluarga Ni Di Puji

Perjalanan Kali Ni Santai Seronok Tak Kejar Masa Idea Beraya Satu Semenanjung Keluarga Ni Di Puji

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 172 hits
Bukan pertama kali Namun ia merupakan perjalanan beraya di seluruh Semenanjung buat kali kedua kepada keluarga kecil ini Idea dan kesungguhan untuk beraya di pelbagai negeri untuk menziarah kenalan dan saudara itu dipuji ramai Bagi keluarga...
Hiburan Adab Tu Kena Jaga Takdo Masa Depan Takdo Hal Nasihat Hattan Kembali Tular

Hiburan Adab Tu Kena Jaga Takdo Masa Depan Takdo Hal Nasihat Hattan Kembali Tular

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 167 hits
Sebelum ini kecoh mengenai isu penyanyi legend yang dihentam gara gara insiden temu bual bersama seorang penyampai berita Nur Syazwani Saiful Sham Seperti yang ramai tahu Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin telah diminta untu...
Iyeker Kita Boleh Niat Puasa 6 Dan Puasa Ganti Dalam Satu Masa Yang Sama Ini Jawapan Ustaz

Iyeker Kita Boleh Niat Puasa 6 Dan Puasa Ganti Dalam Satu Masa Yang Sama Ini Jawapan Ustaz

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 717 hits
Iyeker Kita boleh niat puasa 6 dan puasa ganti dalam satu masa yang sama Ini jawapan Ustaz Assalamualaikum Saya ingin bertanya bolehkah saya berniat puasa qada dan puasa enam dibulan syawal secara serentak dua dalam satu puasa ganti dan p
Anak Demam Bagus Tapi Kena Hati Hati Mak Ayah Amalkan Doa Ni Masa Anak Demam

Anak Demam Bagus Tapi Kena Hati Hati Mak Ayah Amalkan Doa Ni Masa Anak Demam

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 212 hits
Anak yang demam sememangnya baik sebagai tanda anak melawan kuman dalam badan Namun bagi anak yang ada sejarah terkena sawan dan sebagainya perlulah sentiasa berhati hati Selain dibekalkan dengan ubat ubatan yang perlu jangan lupa amalkan d...
Malu Dapat Sakit Pun Dapat Netizen Bantai Gelak Tengok Mat Rempit Jatuh Tertiarap Masa Buat Wheelie

Malu Dapat Sakit Pun Dapat Netizen Bantai Gelak Tengok Mat Rempit Jatuh Tertiarap Masa Buat Wheelie

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 313 hits
KIM SYAZIE Malu dapat sakit pun dapat Aksi seorang penunggang motosikal yang jatuh tertiarap di atas jalan raya ketika sedang merempit tular di media sosial Mana tidaknya lelaki tersebut dilihat menunggang motosikal secara berbahaya sambil ...
Habis Masa Jabatan Wali Kota Palembang Pastikan Nyalon Dpr Ri

Habis Masa Jabatan Wali Kota Palembang Pastikan Nyalon Dpr Ri

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 167 hits
Kepastian itu terungkap setelah Harnojoyo mendatangi Polda Sumsel untuk mengurus Surat Keterangan Catatan Kepolisian Rabu Dia datang ke Mapolda Sumsel mengendarai mobil dinas wali kota dan didampingi ajudannya
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias