10 Perkara Tanpa Modal Yang Anda Boleh Buat Untuk Jadi Kaya Cara Hidup Ringkas




Secara umum, semuaorang nak jadi jadi kaya. Jarang sangat untuk menemui orang yang memang dengan sesungguh hati tak nak jadi kaya.
Kalau ada yang berkata dia tak nak jadi kaya, berkemungkinan besar itu hanya perkataan yang sekadar keluar dari mulutnya saja sedangkan dalam hatinya dia ada keinginan nak jadi kaya. Itu lumrah kejadian manusia.
Salah satu kerja besar setiap kerajaan yang memerintah sesebuah negara adalah untuk pastikan rakyatnya keluar dari lembah kemiskinan dan menuju kepada lembah kekayaan. Itu janji setiap kerajaan yang naik sebab mereka tahu semua orang mahukannya.
Solannya, adakah untuk menjadi kaya itu, terlalu sukar dan ia hanya untuk segelintir orang sahaja?
Bagi saya, sudah tentu tidak. Sebaliknya menjadi kaya agak mudah asalkan anda tahu cara nak jadi kaya. Ia akan jadi lebih mudah jika anda pegang falsafah jadi kaya cara hidup ringkas.
Kaya cara hidup ringkas bermaksud mempunyai jumlah pendapatan yang melebihi dari keperluan. Kaya bukan bermakna perlu ada banyak dari orang lain. Cuma perlu ada lebih dari mencukupi buat kegunaan sendiri.

Jumlah pendapatan melebihi keperluan = Kaya cara hidup ringkas
Untuk itu, saya kongsikan beberapa langkah yang boleh anda lakukan seperti senarai di bawah.
1. Ada keinginan untuk kayaIni merupakan perkara asas kalau nak jadi kaya. Kalau anda benar-benar tak mahu kaya dengan ikhlas dan lebih suka untuk jadi miskin, saya hormati hasrat anda dan tak perlulah meneruskan pembacaan artikel ini. 
Kebanyakan orang ada hasrat disudut kecil hatinya untuk jadi kaya tapi tak pernah dinyatakan. Kita lebih mudah dan biasa menyebut aku tak mahu menjadi miskin daripada menyebut aku nak jadi kaya. Ada sedikit perasaan malu untuk menyebut ayat sebegitu.
2. Nyatakan hasrat mahu kayaBiasakan diri berterus terang dengan diri anda dan juga orang yang rapat dengan anda. Jangan sekadar simpan dalam hati, luahkan dia dengan kata-kata walaupun ketika berseorangan. Anda boleh buat sekarang juga dengan sebutkan ayat ini sampai anda sendiri dapat mendengarnya, “aku mahu jadi kaya!”. Buang rasa malu untuk berterus terang mahu jadi kaya malah itu bukanlah satu dosa yang perlu anda jauhi.
3. Jangan benci orang kayaRamai orang yang kesempitan hidup sekarang ini menaruh rasa benci pada orang kaya sedangkan dia sendiri mengaku mahu juga jadi kaya. 
Bagaimana anda dapat jadi kaya sedangkan anda benci orang yang kaya. Manusia jarang mampu menjadi apa yang dia tak suka. Itu perkara asas yang anda sendiri pun tahu.
Cari alasan kenapa anda perlu suka pada orang kaya dan buang semua penyebab yang membuatkan anda benci pada orang kaya. 
Biasanya anda benci pada orang kaya kerana percaya bahawa. orang kaya itu sombong.
Jangan silap faham, pencuci longkang juga ramai yang sombong. Orang yang sombong tidak ada kena mengena dengan status kewangan masing-masing. 
Anda betul jika membenci orang yang sombong, tapi jangan kaitkan sombong dengan orang kaya.
Ada juga yang rasa orang kaya itu kedekut. Kes ini sama saja dengan perkara di atas. Ada pengemis yang teramat kedekut. Kedekut adalah salah satu sifat jelek manusia dan tak ada kena mengena dengan status kekayaan.
Jangan percaya yang orang kaya kuat menipu untuk kaya. Ini juga satu salah faham yang ketara. 
Tak ada orang yang kuat menipu dan dalam masa yang sama menjadi kaya. Kalau kayapun ia hanya sebentar saja.
Makhluk yang bernama kaya itu hanya akan kekal bersama dengan orang yang jujur saja. Jika tuannya tidak jujur lambat laun dia akan tinggalkan orang itu.
Ada pula yang rasa orang kaya tidak peduli halal dan haram untuk jadi kaya. Ini juga salah. 
Orang yang miskin lebih ramai lagi yang langgar perkara haram. Kaki judi tak pernah kaya dalam hidup mereka dan mereka sentiasa melanggar perkara haram. 
Orang miskin merempat dan menagih dadah tak segan-segan mencuri untuk mendapatkan sedikit wang dan mereka tak pernah kaya dengan cara itu. Tak kenal mana halal dan mana haram tak ada kena mengena dengan status kekayaan.
Tak sikit juga yang rasa orang kaya itu kejam. Ini juga sangkaan pelik. 
Orang miskin lebih ramai yang kejam. Ada yang bunuh dan menyiksa anak. Ada yang kerjanya suka pukul orang bila tersalah sedikit sahaja. Ada yang panas baran tak tentu hala. Ini juga tak ada kena mengena dengan status kaya atau miskin.
Ada yang mengelak dari kaya sebab takut kalau kaya nanti ada banyak penyakit. Ini tak betul. Orang miskin juga terlalu ramai yang sakit. Sila pergi jenguk ke hospital dan lihat keadaan sebenar orang yang sakit. Adakah ia ada kena mengena dengan status kekayaan. Sudah tentu tidak.
Ada yang tak sanggup jadi kaya sebab dia rasa kalau nak jadi kaya kena kerja terlalu kuat sedangkan anda tidak sanggup buat begitu. Ini juga salah. Lihat di sekeliling. Berjuta manusia yang bekerja amat kuat saban waktu dan mereka tidak juga menjadi kaya.
Banyak lagi sangkaan salah yang lebih kurang sama dengan yang telah saya senaraikan di atas dan semuanya cuma satu andaian tidak rasional untuk tenteramkan hati yang merasa sukar untuk menjadi kaya macam orang lain yang dilihat kaya.
Apa yang anda perlu lakukan adalah bezakan sifat buruk dengan sifat baik sahaja tanpa kaitkannya dengan status kedudukan manusia. 
Benci saja sifat yang buruk dan tanam azam untuk jadi baik samada dalam keadaan sekarang atau bila kita kaya nanti.
4. Betulkan definisi kayaJangan ikut makna kaya sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang. Sila rujuk kembali definisi kaya cara hidup ringkas di atas. Jika anda faham definisi itu anda tentu sedar bahawa rupanya amat mudah untuk menjadi kaya.
Sering berlaku orang yang pada hakikatnya sudah kaya sebab pendapatannya jauh lebih mencukupi dari keperluannya. Tapi dia terus rasa tak kaya bila lihat ada orang lain ada harta wang ringgit jauh lebih banyak darinya.
Itu masalah dengki. Bukan masalah tak cukup kaya. Perlu tahu bezakannya antara tamak, dengki dan keadaan sebenar.
5. Pastikan ada pendapatanAsalkan anda ada kerja yang halal tak kira banyak mana, anda telah melayakkan diri untuk tersenarai sebagai orang yang kaya. Yang penting sekali anda tidak perlu membandingkan jumlah kekayaan anda dengan orang lain. Ia kerja sia-sia yang terlalu memenatkan. Anda hanya perlu fokus pada definisi yang telah saya berikan tentang apa itu kaya. Insyallah anda selamat.
Untuk jana pendapatan, tak semestinya kena berniaga. Anda boleh saja jana pendapatan dengan kerja makan gaji. Malah, jika anda perhatikan betul-betul, ramai yang berniaga tetapi hidupnya tak senang. Pendapatannya tidak cukup untuk sara kehidupan yang selesapun.
Jadi usahawan dan berjaya bagi saya adalah satu anugerah dan bukan semua orang akan dapat. Ada seorang ahli falsafah yang saya dengar  berpendapat bahawa untuk sukses dalam perniagaan anda perlu ada salah satu dari 2 perkara berikut.
Pertamanya buat aktiviti jenayah. Ramai penjenayah yang sukses dalam perniagaan mereka. Cuba perhatikan sendiri.
Keduanya, anda bernasib baik. Anda ada produk atau servis yang kebetulan diperlukan orang ramai, dikeluarkan pada masa yang tepat, dengan harga yang betul dan kebetulan anda ada semua yang diperlukan untuk menghasilkan semua itu tepat pada masa dan ketikanya.
Untuk cari kesempurnaan tepat, produk, masa dan ketikanya itu adalah satu anugerah.
Jika anda dah ada duit simpanan, hasil dari kerjaya makan gaji yang anda suka, yang halal dan baik, teruskan saja. Tak payah gatai cuba nasib untuk berniaga melainkan anda terpaksa.
6. Tuliskan hasrat ‘aku  nak jadi kaya’Itu samada dalam diari atau dalam buku nota anda. Anda juga boleh menulisnya dalam blog yang baru anda buat. 
Tak perlu ada orang lain membacanya, cukup sekadar untuk diri anda sendiri. 
Tuliskan juga bagaimana anda anda akan lakukan untuk menjadi kaya berdasarkan definisi kaya sebenar yang saya berikan. 
Tulis juga gambaran diri anda apabila anda sudah menjadi kaya, ini akan memberikan motivasi yang kuat untuk anda istiqamah. 
Ulang baca sekurangnya seminggu sekali dan buat perubahan jika perancangan anda berubah.
7. Masa untuk diri sendiriLuangkan masa sejam sehari berseorangan.Ini sudah terbukti amat berkesan. Jika anda istiqamah selama dua tahun ia sudah cukup untuk membuatkan anda benar-benar jadi kaya.
Fikirkan bagaimana anda boleh tambahkan pendapatan anda dalam masa sejam itu dan buka minda anda kepada segala kemungkinan yang masuk akal.
Fikirkan juga bagaimana anda boleh kurangkan lagi keperluan anda. Kadangkala anda sengaja menjadikan sesuatu itu keperluan kerana terikut-ikut apa yang orang harapkan daripada diri anda. Jiran dan kawan-kawan juga memainkan peranan mempengaruhi diri anda mencipta keperluan yang tidak perlu.
Kuatkan semua pemahaman itu dalam waktu sejam bersendirian.
8. Bahagia tanpa syaratBuat keputusan untuk bahagia. Jangan letakkan apa-apa syarat. Bahagia ertinya tiada sesalan dan tekanan dalam menjalani kehidupan. Bahagia juga bermakna redho dan akur terhadap keadaan semasa diri anda. Menghargai semua kelebihan yang anda ada untuk digunakan bagi berusaha mencapai apa yang anda sasarkan. Itu bahagia sebenar.
Jangan jadi silap seperti kebanyakan orang yang mengandaikan mereka tentu bahagia jika mereka kaya. Jangan letakkan syarat untuk kaya. 
Hampir mustahil untuk anda bahagia dalam keadaan anda tidak bahagia sekarang. Hanya bahagia yang mampu membuatkan anda bahagia. Anda hanya akan bahagia jika anda mula menerima keadaan diri anda seadanya.
9. Redho dengan apa yang adaBelajar untuk suka pada diri sendiri dan apa saja yang anda ada. Lihat, renung, fikirkan faedahnya dan bersyukur pada Tuhan. Cerita positif atau negatif adalah rekaan anda sendiri. Cari yang positif.
Jika anda suka dengan diri sendiri, anda akan mula berhenti dari membandingkan diri dengan orang lain. Biarlah anda botak dan orang lain rambutnya lebat ia tak ada kena mengena dengan bahagia.
10. Duduk depan cermin sebentarSetiap hari berdiri depan cermin sebentar. Lihat orang di depan itu dan bisikkan dengan perlahan, “itulah orang yang aku suka…”. Orang yang di depan itu juga yang akan membantu aku menjadi kaya dan aku boleh berharap padanya. Jadikan amalan ini setiap hari sehingga anda berjaya.

Saya rasa senarai cara nak jadi kaya di atas sudah cukup baik untuk diamalkan segera. Tak perlu keluarkan modal sedikit pun untuk lakukan apa yang saya senaraikan di atas.
Tak perlu lagi untuk memberikan langkah yang terperinci untuk membuatkan anda jadi kaya sebab jika kesemua itu anda lakukan, jalan menuju kekayaan akan datang sendiri sedikit demi sedikit pada anda.

Selamat mencuba dengan cara nak jadi kaya di atas.




















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/05/cara-nak-jadi-kaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Rasa Boleh Jaga Adik Baru Tak Rasa Boleh Hidup Lama Jatuh Sikit Je Drama Lebih Dr Halina

Tak Rasa Boleh Jaga Adik Baru Tak Rasa Boleh Hidup Lama Jatuh Sikit Je Drama Lebih Dr Halina

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 218 hits
Dr Halina isteri kepada angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar berkongsi drama anak ketiganya Adam yang terjatuh ketika bermain Tambahnya lagi Adam tak dapat nak jaga bayi yang bakal dilahirkan tak lama lagi akibat kecederaan yang dialami ke...
Mulakan Hidup Ringkas Dengan Buat Perancangan Jadi Usahawan Sepenuh Masa

Mulakan Hidup Ringkas Dengan Buat Perancangan Jadi Usahawan Sepenuh Masa

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 308 hits
Salah satu daripada cara berkesan dalam mengamalkan gaya hidup ringkas adalah dengan menjadi usahawan Tips tips yang saya nyatakan di bawah ini merupakan salah satu cara menukar gaya hidup anda daripada kehidupan yang berserabut kepada satu...
Boleh Jadi Kaya Tapi Jangan Sampai Jadi Hamba Kepada Kekayaan

Boleh Jadi Kaya Tapi Jangan Sampai Jadi Hamba Kepada Kekayaan

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 239 hits
Boleh Jadi Kaya Tapi Jangan Sampai Jadi Hamba Kepada Kekayaan Seram tengok zaman sekarang orang berlumba nak jadi kaya raya Masa belum kaya niat semua suci murni Tapi bila dah kaya orang miskin dipandang sipi Itulah realiti Islam tidak mela...
8 Cara Menjual Buku Secara Online

8 Cara Menjual Buku Secara Online

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 251 hits
Bagaimana cara untuk menjual buku secara dalam talian Pada era digital kini memiliki kemahiran menjual buku secara online adalah merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh mereka yang terlibat dalam perniagaan menjual b...
Cara Rumah Bumn Yogyakarta Bangkitkan Umkm Di Masa Pandemi Dorong Digitalisasi

Cara Rumah Bumn Yogyakarta Bangkitkan Umkm Di Masa Pandemi Dorong Digitalisasi

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 206 hits
Masa pandemi merupakan masa suram bagi para pelaku usaha Namun di sisi lain adanya pandemi COVID 19 melahirkan sebuah transformasi digital Para pelaku usaha dituntut untuk melakukan transformasi digital agar usaha mereka bisa tetap bertahan...
Cara Check Login History Instagram

Cara Check Login History Instagram

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 196 hits
Sebagai pengguna Instagram anda mungkin pernah mengalami situasi di mana anda rasa curiga terhadap aktiviti log masuk pada akaun Instagram atau mungkin terdapat aktiviti yang mencurigakan pada login history Instagram Disini saya akan kongsi...
Cara Ukur Saiz Kaki Untuk Membeli Kasut

Cara Ukur Saiz Kaki Untuk Membeli Kasut

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 187 hits
Tahukah anda bagaimana caranya untuk ukur saiz kaki anda dengan betul Kebiasaannya sebelum membeli kasut baru kita biasanya membeli kasut berdasarkan saiz yang biasa kita beli sebelum itu Misalnya jika anda biasa membeli kasut bersaiz 7 bia...
Cara Mengatasi Blog Tidak Terindeks Google Dengan Mudah

Cara Mengatasi Blog Tidak Terindeks Google Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 286 hits
Blog Orang IT Cara ini bisa anda terapkan jika blog yang baru anda buat masih saja belum terindeks atau menampilkan pesan semacam error pengindeksan Normalnya ketika suatu blog sudah online dan dapat diakses dengan benar tidak perlu ada lan...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand