Perjalanan Kali Ni Santai Seronok Tak Kejar Masa Idea Beraya Satu Semenanjung Keluarga Ni Di Puji
Bukan pertama kali. Namun ia merupakan perjalanan beraya di seluruh Semenanjung buat kali kedua kepada keluarga kecil ini. Idea dan kesungguhan untuk beraya di pelbagai negeri untuk menziarah kenalan dan saudara itu dipuji ramai.
Bagi keluarga Razis Ronnie bersama isteri dan dua anaknya, perjalanan beraya mengelilingi Semenanjung Malaysia buat kali kedua ini terasa lebih santai dan seronok. Malah akuinya lagi, ia perjalanan bonding bagi keluarga kecilnya selain dapat menikmati percutian mereka sekeluarga.
Sempat berkongsi segala perbelanjaan sepanjang menjelajah selama lima hari enam malam, aktiviti keluarga kecil ini dipuji wargamaya. Jom ikuti perkongsiannya.
Alhamdulillah syukur perjalanan kali ni dipermudahkan. Team raya merata tempat
TEAM RAYA MERATA TEMPAT
ROAD TRIP SEMENANJUNG 2.0
RAYA MADANI- HITAM PREMIUM EXCLUSIVE
Laluan = Bermula dari Johor Bahru
Melaka – Bandar Melaka
Negeri Sembilan – Bandar Seremban
Putrajaya
Kuala Lumpur – Gombak
Selangor – Shah Alam, Bukit Lanchong & Sijangkang
Perak – Teluk Intan
Pulau Pinang – Georgetown & Bukit Mertajam
Kedah – Gurun & Alor Setar
Perlis – Padang Besar & Bandar Kangar
Gerik – Jeli
Kelantan – Bandar Kota Bharu
Terengganu – Bandar Kuala Terengganu, Marang, Rantau Abang, Kemasik
Pahang – Muadzam Shah & Bandar Kuantan
Mersing & Johor Bahru
Jumlah keseluruhan jarak perjalanan kali ni = 2,760 KM
Kenderaan = Perodua Bezza (Hitam)
Kos minyak = Rm344.69
Tol = Rm85.90 (Ada Tol Rahmah, guna laluan lama & pesisir pantai. Contoh dari Gurun – Gerik – Jeli – Kota Bharu – Kuala Terengganu – Kuantan – Mersing – JB)
Kos makan & minum = Rm565.02 (Negeri yg kami ada keluarga & kawan kami beraya dari rumah ke rumah, Rumah Makcik di Gombak, Jumpa keluarga di Bukit Lanchong & Sijangkang. Rumah Abg Ipar di Penang. Jumpa Adik di Muadzam Shah & Adik Ipar di Kuantan kami di belanja makan. Di Negeri yg tiada keluarga atau kawan kami singgah makan di restoran. Nasib baik tahun ni banyak kedai makanan buka. Tak macam tahun sebelum ni)
Kos penginapan = Rm424.00 (Bermalam di rumah Makcik di Gombak, Hotel Bukit Mertajam, Motel Kangar, Hotel Kuala Terengganu & Hotel Kuantan Adik Ipar & Isterinya belanja 1 malam)
Kos ubatan & Mainan Anak-Anak = Rm174.00
Jalan jem tapi tak teruk sangat di Jalan Changkat Jering, Lebuhraya Alor Setar/Georgetown, Jalan Salor-Pasir Mas & Jalan Kota Bharu-Backhok. Alhamdulillah lain tempat semua lancar.
Laluan paling mencabar & bahaya kali ni = Lebuhraya Gerik – Jeli tapi bila sampai puncak R&R Amiza Titiwangsa. Subhanallah view nya sangat cantik.
Laluan paling cantik semestinya = Marang-Kemaman-Dungun. Laluan pesisir pantai.
Perjalanan kali ni 5 malam 6 hari. Cuti yang singkat. Tema raya kali ni Hitam Premium. Pakai baju raya Hitam tu sehari penuh. Raya Pertama & perjalanan terakhir dari Kuantan ke Johor Bahru.
Menarik: Buka Akaun Tabung Haji Online Simpan Duit Raya Anak, Mudahnya Ikut Langkah Ibu Ni Kongsi!
“Kan Dah Kena Baca Doa Makan” Kawan Dengan Melayu, Gelagat Anak Cina Baca Doa Makan Tarik Perhatian Ramai!
“Suami Nampak Je Kekurangan Kita Tapi Dia Diamkan” Luahan Hati Seorang Isteri, Jarang Nak Kongsi!
Di tempat-tempat lain tu kami ambil masa 15-20 minit tukar baju raya untuk gambar raya kami sekeluarga. Tahun lepas Round Semenanjung gambar tak lengkap kami berempat. Kali ni bawa sekali Tripod mudah untuk ambil gambar kami sekeluarga. Tak perlu susahkan orang ambil gambar kami.
Perjalanan kali ni lebih santai & seronok. Banyak kelebihan yang kami dapat. Dapat luangkan masa semua bersama. Dapat berbual lama sepanjang perjalanan. Kami abadikan semua gambar untuk kenangan.
RARR Family
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di
SINI
Sumber: FB Razis Ronnie
The post “Perjalanan Kali Ni Santai & Seronok” Tak Kejar Masa, Idea Beraya Satu Semenanjung Keluarga Ni Di Puji! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/perjalanan-kali-ni-santai-seronok-tak-kejar-masa-idea-beraya-satu-semenanjung-keluarga-ni-di-puji/