Mula Mula Giler Giler Nak Jadi Pm Sekarang Macam Dah Giler
Giler-giler nak jadi PM itu bahasa mudah bagi orang yang bersemangat berkobar-kobar nak jadi PM. Macam dah giler.. Kalau lihat sama seperti orang gila. Ini ringkasan sebelum artikel.
Semalam Anwar tazkirah dengan berlatar belakangkan kitab.. tak ada dah nyanyian atau berpakaian agama lain (sementara ini) telah memberikan tazkirah tentang kekayaan TS Adnan. Katanya..
Hari ini kita mendapat kejutan baru mengenai kekayaan luar biasa oleh pemimpin umno di Mahkamah Kuala Lumpur. Ternyata dibongkar kekayaan yang mungkin mencecah 800 juta ringgit dipunyai oleh mantan menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor
Jika benar PM Tan Sri Muhyiddin Yasin berikrar untuk membersihkan jentera kerajaan, beliau harus meminta penjelasan dari Mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor, tentang bagaimana wang begitu banyak dikumpul. Dipunggah dari mana, khazanah rakyat mana, tanah negeri mana, saham peruntukan bumiputera yang mana, barulah secara jujur kita boleh menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin ini adalah pejuang hakiki orang Melayu.
Saya mohon rakyat membuka mata dan minda untuk menuntut Perdana Menteri yang baru memberi penjelasan yang saksama dan jangan hanya bergelut untuk memperoleh kuasa tapi tidak memikul amanah
Anda boleh lihat di fb Anwar.
Harta Tg Adnan terdedah dalam pembicaraan mahkamah ketika disoal oleh peguam bela Tan Hock Chuan, Tengku Adnan berkata beliau mengisytiharkan aset RM938,643,566.16 pada tahun 2001 apabila Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri.
Aku walaupun tak sokong UMNO, bermusuh dengan UMNO tapi bila kes ini aku siasat dan aku ada maklumat semasa UMNO jatuh, Tg Adnanlah yang mengurus perbelajaan pejabat UMNO dengan wangnya. Logik wangnya sekarang kurang daripada RM600 juta.
Habis apa Mahathir buat masa itu?
Kenapa tak salahkan Mahathir? Apabila Mahathir keluarkan kenyataan yang engkau Anwar yang sebenarnya tergila2kan jawatan PM, kenapa engkau dan MP2 PH tak ada pun ulas apa-apa? Yang berguling sana-sini nak engkau jadi PM pun diam membisu macam 'babi kenyang'.
Enkau bila Mahathir serang Tg Adnan, kemudian bawa Mahathir untuk dijadikan Trojan Horse. Politik apa ini?
Kerja engkau nak aibkan orang, nak salahkan orang. Semasa menjadi kerajaan salahkan orang lain, keluar kerajaan salahkan orang lain.
Cuba engkau dan penta'asub engkau terangkan kepada aku apa yang engkau buat untuk negara 22 tahun PH memerintah. Aku nak tahu juga.
Ku Mansor
Perak
MR : 22 bulan semasa PH memerintah, takkan tak tahu Anwar jumpa Mahthir setiap minggu dan update "Saya bincang dengan Mahathir pelan peralihan kuasa' sehingga orang tua itu tension..
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/mula-mula-giler-giler-nak-jadi-pm.html