Sakitnya Dijangkiti Covid 19 Rasa Macam Paru Paru Nak Meletup


Sejak awal Disember tahun 2019 lalu, kes jangkitan wabak COVID-19 semakin meningkat sehingga menyebabkan ribuan kes kematian namun, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana wabak ini boleh meragut nyawa mangsa.


Menurut seorang pesakit warga Palestin yang dijangkiti virus itu, apa yang boleh digambarkan ialah, penyakit ini sama seperti selesema namun gejalanya lebih buruk.

Muhammad Abu Namus yang menuntut bidang perubatan di Wuhan, China berkata, pesakit yang dijangkiti wabak ini akan menderita kesakitan.

"Gejala-gejala ini sangat menyakitkan.

"Pesakit akan rasa seolah-olah paru-paru akan meletup keluar dari badan," katanya dalam temu bual dengan Sky News.

Dia turut menjelaskan bahawa wabak ini boleh memusnahkan paru-paru.

Abu Namus telah dirawat di Hospital dengan antivirals, ubat-ubatan untuk menguatkan sistem imunnya selain menjalani ujian X-ray sekali setiap tiga hari.

Bagi seorang lagi mangsa wabak COVID-19, David Abel berkata jangkitan virus ini agak berbahaya bagi mereka yang berusia.

"Jika dijangkiti wabak ini, orang yang lebih berusia menghadapi risiko yang tinggi kerana sistem imun sudah mula lemah," katanya.

David merupakan salah seorang mangsa yang dijangkiti dalam kapal pelayaran Diamond Princess yang berlabuh di Jepun.

Bekas Pesakit Covid-19 Kongsi Pengalaman Dirawat Hospital Kerajaan Malaysia

"Pengalaman kali ini telah membuktikan bahawa hospital kerajaan mampu memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan bertaraf tinggi. Rakyat Malaysia patut berbangga dengan pencapaian tersebut."

Itulah luahan pesakit ke-13 positif Covid-19 di Malaysia, yang telah keluar dari wad isolasi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah selepas disahkan pulih daripada jangkitan itu.

Menerusi temu bual beliau dengan Kementerian Kesihatan, wanita berusia 40 tahun itu berkata, sebelum kejadian itu dia tidak pernah dimasukkan ke wad hospital kerajaan, dan pernah mempunyai persepsi yang kurang tepat, terhadap perkhidmatan hospital kerajaan.

Menceritakan pengalamannya ketika disahkan dijangkiti Covid-19, adik perempuan kepada kes kesembilan dan kes pertama jangkitan tempatan itu berkata, beliau tidak dapat menerima berita tersebut dan tidak pernah menjangka Covid-19 akan melibatkan keluarga dan dirinya.

"Saya bimbang kepada ahli keluarga terutamanya anak-anak saya, nasib baik semua orang sihat sekarang.

"Saya dikesan membawa jangkitan Covid-19 atas 'pengesanan kontak' dan diasingkan daripada ahli keluarga, rakan-rakan lain pada waktu yang awal.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana melindungi rakyat Malaysia, daripada jangkitan Covid-19. Saya menghargai segala usaha yang dilakukan. Terima kasih," katanya yang dikesan positif Covid-19 pada 4 Feb 2020.

Katanya, selepas dimaklumkan pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19, beliau sangat gembira kerana akhirnya dapat bertemu dengan ahli keluarga dan kembali ke persekitaran luar, selepas ditahan di wad isolasi selama lebih dua minggu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital tersebut kerana memberi layanan yang baik, sepanjang menjalani rawatan.

Wanita itu turut menyeru orang ramai supaya bertenang dan saling membantu antara satu sama lain, selain tidak perlu risau untuk mendapatkan pertolongan atau pun bantuan perubatan, jika mempunyai gejala jangkitan.

"(Juga) Elakkan keluar ke tempat ramai orang dan rajin cuci tangan," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
COVID-19 Nama Baharu Coronavirus, Saintis Dedah Kenapa Jangkitan Merebak Begitu Pantas!Punca Penyakit Paru-paru Berair, Pencegahan Dan Rawatan
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/03/sakitnya-dijangkiti-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Paru Paru Rasa Macam Nak Meletup Pesakit Covid 19

Paru Paru Rasa Macam Nak Meletup Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 315 hits
Berita Kes jangkitan wabak COVID 19 semakin meningkat sehingga menyebabkan ribuan kes kematian sejak awal Disember tahun lalu lapor Awani Namun pasti ramai yang tertanya tanya bagaimana wabak ini boleh meragut nyawa mangsa Menurut seorang p...
Rasa Penat Tapi Tak Nak Berhenti

Rasa Penat Tapi Tak Nak Berhenti

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 294 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua harap kawan kawan blogger dilindungi dan sentiasa bahagia pernah tak kawan kawan rasa penat sangat buat satu satu perkara rasa nak give up sekarang ada pada situasi aku badan aku rasa sangat penat t...
Macam Mana Nak Claim Wang Yang Tak Dituntut

Macam Mana Nak Claim Wang Yang Tak Dituntut

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 460 hits
Sila layari laman web https egumis anm gov my untuk semak sebarang want tak dituntut yang terdapat dalam mana mana The post appeared first on
Pos Thailand Disinfeksi Parcel Diterima Dari Luar Negara Langkah Terbaru Nak Cegah Covid 19

Pos Thailand Disinfeksi Parcel Diterima Dari Luar Negara Langkah Terbaru Nak Cegah Covid 19

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 359 hits
Syarikat perkhidmatan penghantaran Thailand mengambil langkah berjaga jaga dengan memulakan kerja kerja disinfeksi terhadap parcel parcel yang dipos dari luar negara bagi mencegah penularan virus Covid 19 walaupun WHO menjelaskan ia adalah ...
How To Set Up Your First Physical Business Macam Mana Nak Set Up Perniagaan Pertama

How To Set Up Your First Physical Business Macam Mana Nak Set Up Perniagaan Pertama

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 336 hits
Salam n hye Memang tak dapat disangkalkan lagi perniagaan ni macam kita 100 bergantung kepada pemberi rezeki kita Tapi bergantung untuk DIA berikan rezeki tanpa usaha dan strategi yang betul tidak akan membuahkan hasil Tambahan lagi dengam ...
Kenapa Macam Nak Gaduh Saya Hanya Beri Bantuan Duit

Kenapa Macam Nak Gaduh Saya Hanya Beri Bantuan Duit

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 371 hits
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila adik Allahyarham Abam Bocey iaitu Ali Puteh melenting terhadap Datuk Seri Aliff Syukri susulan tindakan usahawan itu The post appeared first on
Macam Mana Nak Atasi Masalah Sambungan Internet Yang Selalu Terputus Dan Perlahan Meh Baca Ni

Macam Mana Nak Atasi Masalah Sambungan Internet Yang Selalu Terputus Dan Perlahan Meh Baca Ni

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 762 hits
Macam mana nak atasi masalah sambungan Internet yang selalu terputus dan perlahan Meh baca ni Rasanya zaman sekarang manusia dan Internet sukar untuk dipisahkan Mana taknya ada orang setiap hari wajib layari Internet nak check FB lah twitte...
Covid 19 Cuci Telefon Macam Cuci Tangan

Covid 19 Cuci Telefon Macam Cuci Tangan

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 423 hits
Washington Selain penutup mulut dan hidung orang awam juga dinasihatkan mencuci telefon pintar mereka sekerap mungkin dalam usaha mengekang penyebaran wabak koronavirus baharu Daily Mail melaporkan saranan itu dibuat pegawai perubatan dalam
Nak Tahu Keropok Lekor Ori Power Atau Tak Cek Samada Ada Rasa Extra Ikan Yang Sedap

Nak Tahu Keropok Lekor Ori Power Atau Tak Cek Samada Ada Rasa Extra Ikan Yang Sedap

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 356 hits
Keropok lekor atau keropok batang adalah sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia khususnya di Terengganu yang popular Perkataan Lekor bermaksud Lingkar dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan ar kepada o...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Cikbunga Menunaikan Umrah

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Pasu Kosong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Cendol Jam Besar

Masjid Al Alami Mitc

Ahmad Al Sharaa Masuk 100 Orang Paling Berpengaruh Versi Time 2025

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Mayat Lelaki Tergantung Dan Berulat Di Jalan Sultan Ismail