How To Set Up Your First Physical Business Macam Mana Nak Set Up Perniagaan Pertama
Salam n hye~~
Memang tak dapat disangkalkan lagi perniagaan ni macam kita 100% bergantung kepada pemberi rezeki kita. Tapi bergantung untuk DIA berikan rezeki tanpa usaha dan strategi yang betul tidak akan membuahkan hasil. Tambahan lagi dengam hanya berdoa sahaja tanpa sebarang usaha. Aku lebih fokuskan bidang makanan sebab aku banyak terlibat dengan bidang makanan berbanding bidang lain.
Melalui kegagalan yang lepas aku akan kongsikan tipa untuk set up fizikal business. Fizikal business ni seperti cara bagaimana nak buka cafe, restaurant or so on yang memerlukan 'tapak'.
Aku dah ceburi bidang perniagaam hampir 3 tahun. Sejak zaman belajar lagi tapi zaman belajar nelibatkan fizikal business. Semua hampir rasa walaupun baru setahun jagung dalam bidang business ni macam :
1. Modal hilang
Ni kes tak mampu rolling balik sebab cost dalaman dan luaran tak selari. Sebagai contoh, net income yang masuk tidak melebihi cost yang perlu di tanggung(pekerja, bahan mentah, sewa, bill air dan elektrik)
2. Business partner buat hal
So nasihat aku carilah business partnet yang betul2 ok. Tapi better kalau bergerak solo kalau ada trust issue dengan sesiapa. Kalau melibatkan duit kena cari yang sama level dengan kita( dari segi pemikiran nak majukan business bukan asyik tanya net share monthly)
Banyak lagi tapi sebab tajuk ialah bagaimana nak set up bukan kenapa gagal. Nanti next post aku huraikan KENAPA BUSINESS GAGAL. ouch
So ini adalah tips bagaimana nak set up perniagaan.
1. BERANI AMBIK RISIKO
Kalau tak mampu tanggani rasa stress aku syorkan cari business partner yang boleh dipercayai. Sebab risiko dalam business banyak terutama untuk set up pernigaan fizikal ni macam kebajikan staff, modal tak rolling, business partner lari dgn duit, ditipu oleh orang tengah,masalah pembekal? Macam mana kalau tak mendatangkan profit?
2. BUSINESS APA?
Contoh aku banyak involve dengan bidang makanan(cafe, restaurant). Kalau mengenai ini kena kaji sumber pembekal, bahan2 dan costing.
Mana nak cari pembekal? Perlu senarikan lebih dari 3 pembekal sebab kalau jadi apa2 pada pembekal pertama kita ada backup yang lain.
Betul ke business yang kita nak involve tu boleh datangkam profit? Jawapannya belum tentu selagi kita tak run business tu. So baca balik step 1.
Perlu diingatkan duit cover apa2 jadi untuk 6 bulan advance kena ada. Jangan cukup2 untuk opening sahaja.
3. STRATEGI LUARAN
Promosi kan perniagaan kita. Kalau bidang cafe boleh share dengan FOODPANDA, GRABFOOD dan DELIVEREAT.
Cuba cari source luaran yang boleh mendatangkan profit untuk kita.
Contoh lain promosikan dalam media sosial. Promote dengan Google ads and etc.
4. STRATEGI DALAMAN
Jaga dan pantau prestatsi pekerja dan makanan.
5. MODAL?
Aku sarankan ada 6 bulan advance untuk apa-apa yang jadi. Kalau business makanan kita tak mendatangkan hasil so inilah masanya kau kena berundur dengan let go that business atau ubah menu dan pantau balik.
Tapi bagi aku.. Kalau business dalam bulan pertama hingga keenam tak mendatangkan hasil dan profit untuk cover balik cost overhead kita better dilepaskan. Jangan tunggu lama sebab modal yang tinggal tu patut cuba benda lain pulak dari terus menyelamatkan perniagaan yang tidak mendatangkan hasil apa2.
Sebab apa? Nanti kita akan proceed kepada loan lain dan terbeban. Pantau betul2 selama 6 bulan tu. Tengok prestasi dan peratusan keuntungan adakah mampu cover atau tidak?
Sebenarnya hanya step 1 dan 5 penting. Step 5 tu penting sangat jangan sampai bebankan diri.
Kalau selepas 6 bulan profit dah ada semua so boleh teruskan tapi kalau sebaliknya kena let go. Serius talk.
Itu sahaja.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.lieyzanordin.com/2020/01/how-to-set-up-your-first-physical.html