Mula Mula Cuit Lama Lama Dah Pandai Pukul Kawan Cepat Cepat Tegah Anak


Bila berkawan, ada waktunya si comel kita terlepas mengasari kawan-kawan lain. Mula-mula cuit, lama-kelamaan terpukul pula rakan di sebelah. Hal semacam ini sudah terbiasa namun jangan dibiarkan, lebih-lebih pada kanak-kanak berusia dua tahun. Kita perlu kawal segera.
Bila anak mula memukul rakan jangan pula dibiarkan, cepat-cepat tunjukkan cara dan beritahu bahawa perbuatannya salah. Mak ayah boleh tunjukkan cara ini pada anak kecil kita. Ikuti perkongsian Pn Wan Nur Syakira, penulis keibubapaan untuk membetulkan permasalahan anak pukul kawan.

Kenapa anak saya umur 2 tahun suka pukul ya ? Nakal betul. Selalu pukul orang, kawan-kawan. Beginilah. Sebenarnya, nak bawah umur 2 tahun bukan suka pukul, tetapi kemahiran mengawal mata dan tangan masih belum berkembang. Masih lemah.
Mereka masih tak tahu bagaimana nak kawal tangan mereka sendiri. Tak tahu nak bezakan gerakan yang perlahan dan laju. Gerakan yang menyakitkan dan tak menyakitkan. Mereka masih tak tahu bagaimana nak bersosial dengan baik.
Yelah, baru 2 tahun melihat dunia. Anggota sendiri pun mereka tak ingat lagi nama anggota. Kita nak expect mereka tahu bagaimana nak bergaul ? Expect mereka tahu macam mana nak berkongsi, nak sentuh orang ?
Jadi, bagaimana nak didik mereka ini jangan pukul ?

Boleh cuba begini ya.
1️. Bila anak memukul , pegang tangannya. Jangan ditengking dan dipukul anak itu kembali.
2️. Tunjukkan cara yang betul menggunakan tangan. Berikan bantuan fizikal.
” Abang, kalau nak sentuh adik, bukan macam tu, sentuh lembut macam ni , usap adik ” sambil gerakkan tangan anak lembut .
Anak pukul orang, tunjuk macam mana. Anak baling barang ? Ambil tangan anak, ajar dia ambil balik barang tu, ajar dia bagaimana bagi barang dengan betul.
Anak rampas barang kalau dia nak ? Ambil kembali barang yang dia rampas, prgang tangan dia, cakap kalau nak barang, minta elok-elok, tadah sebelah tangan dan cakap nak.

Anak suka jerit ? Beritahu anak, bukan jerit , cakap perlahan. Tunjuk ,demonstrasi macam mana cakap lembut tu. Jangan anggap anak tahu. Kita kena anggap anak tak tahu.Jadi kita akan selalu ajar dan ajar.
3️. Selalu bercerita pada anak bagaimana nak berkawan dan sentuh orang. Tak boleh pukul orang, tak boleh tarik kuat-kuat. Bahagian kepala orang tak boleh dibuat main. Paling best nak install mindset ini, guna buku cerita. Ceritakan hari-hari. Doktrin sampai anak ingat dan aware.
Beli Amar Amran Kurta Al Fattah Di Sini
Amar Amran Kurta Al Fattah  
4️. Ulang selalu , jangan putus asa. Walaupun anak dah tak memukul pada usia 3 tahun, mungkin dia akan ulang kembali pada usia 4 tahun. Masa tu, jangan cop anak nakal.
Ingatkan lagi, cuba cari punca kenapa. Mungkin anak gagal kawal marah. Ajar anak kawal marah bukan gunakan tangan dan kaki. Mungkin boleh guna squish ball, bantal atau ajar anak deep breathing dan luahkan pada ibu bapa.

5️. Banyakkan game yang mantapkan hand and eye coordination anak.
6️. bu bapa pun jangan angkat tangan ,pukul anak bila buat salah. Anak umur 3,4 tahun , nak disiplinkan guna hanger. Big No!
Rasulullah pun beri panduan, pukul dibolehkan bila umur 10 tahun . Itupun bersebab dan beradab serta jalan terakhir dalam pendidikan anak-anak. Kalau kita selalu cubit, sekeh kepala, pukul kaki tangan anak,
Maaf cakap , mungkin anak itu meniru sebiji apa yang kita buat. Kitalah punca anak memukul.
Jadi nak tak anak ,ibu ayah kena ubah dulu.
Jadi, bila anak pukul kawan-kawan dia tengah main ,jangan rasa macam kenapa anak aku ni, nakal ke ? Tenang je. Sebenarnya, anak kita tengah belajar.

Ambil anak dan asingkan dia. Kita yang kena ajar. Yang mana satu betul dan salah. Ulang selalu. Sampai anak tak pukul dah. Begitulah jadi ibu ayah,
Tugasnya bimbing anak sampai kita tua. Tugas bimbing anak akan tamat bila tamatlah nyawa kita.
Wan Nur Syakira
Tengah lalui fasa anak suka pukul juga.
Menarik: Ingat Senaman Biasa, Rupanya Aktiviti Lompat Bintang Bantu Otak Anak Hebat, Power Sungguh!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Mula-Mula Cuit, Lama-Lama Dah Pandai Pukul Kawan, Cepat-Cepat Tegah Anak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mula-mula-cuit-lama-lama-dah-pandai-pukul-kawan-cepat-cepat-tegah-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lama Sangat Tak Keluar Rumah Anak Tak Pandai Nak Buat Kawan Baru Ajar Mereka 7 Skill Sosial Ini

Lama Sangat Tak Keluar Rumah Anak Tak Pandai Nak Buat Kawan Baru Ajar Mereka 7 Skill Sosial Ini

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 298 hits
Seiring dengan peningkatan usia si manja perkembangan sosial kanak kanak juga perlu diperluaskan Terdapat 7 skil perkembangan sosial anak yang perlu anda terapkan dalam diri mereka Perkembangan sosial kanak kanak Kanak kanak yang mempunyai ...
Vide0 Sporting Habis Sebab Anak Takde Kawan Main Pensyarah Ini Layan Mobile Legends

Vide0 Sporting Habis Sebab Anak Takde Kawan Main Pensyarah Ini Layan Mobile Legends

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 392 hits
Pastinya ramai yang pernah merasai pengalaman di mana akan ada sesi borak bersama guru atau pensyarah semasa kelas dijalankan Kebiasaannya sesi ini akan berlaku ketika waktu take five atau beberapa minit sebelum kelas berakhir Yang penting ...
Cepat Haider Nak Jumpa Papa Mama Elly Mazlein Selamat Bersalin Perkenalkan Anak Kedua

Cepat Haider Nak Jumpa Papa Mama Elly Mazlein Selamat Bersalin Perkenalkan Anak Kedua

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 345 hits
Tahniah buat penyanyi dan pengacara Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina yang telah selamat melahirkan bayi keduanya pada jam 12 23 pagi tadi Perkhabaran gembira itu dikongsikan Elly awal pagi ini di Instagramnya Kata Elly dia bersyukur ...
Jaksa Agung Minta Anak Buah Kawal Proyek Kereta Cepat Bandara Diy Agar Tak Dikorupsi

Jaksa Agung Minta Anak Buah Kawal Proyek Kereta Cepat Bandara Diy Agar Tak Dikorupsi

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 259 hits
Jaksa Agung RI juga mengingatkan kepada jajaran Bidang Pengawasan untuk segera menindaklanjuti laporan pengaduan yang masuk dan jangan dibiarkan berlarut larut hingga menjadi tunggakan terang Leonard
Nampak Gigi Susu Anak Berlubang Jumpalah Doktor Lagi Lama Risau Infeksi Lebih Teruk

Nampak Gigi Susu Anak Berlubang Jumpalah Doktor Lagi Lama Risau Infeksi Lebih Teruk

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 270 hits
Kebiasaannya ibu bapa tak perasan lubang pada gigi anak anak terutama gigi geraham Namun selepas anak merengek sakit kerana makanan terlekat pada lubang tersebut barulah kita akan memeriksanya Seperti perkongsian Dr Azila Mohd Kasim ibu bap...
Cepat Cepat Peluk Anak Kalau Tengah Marah Emosi Jadi Lagi Terkawal Anak Pun Makin Cool

Cepat Cepat Peluk Anak Kalau Tengah Marah Emosi Jadi Lagi Terkawal Anak Pun Makin Cool

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 306 hits
Kesibukan kita setiap hari buat kita terlupa untuk peluk anak sedangkan memeluk anak walaupun nampak simple begitu meninggalkan kesan pada anak kecil kita Bukan saja buat anak makin tenang bahkan emosi anak menjadi lebih baik Malah menurut ...
Iqra Cara Cepat Pandai Baca Alquran

Iqra Cara Cepat Pandai Baca Alquran

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 270 hits
Kebiasaannya Iqra ada 6 buah buku betul tak IQRA ini pula ada SATU BUKU SAHAJA dengan 3 bahagian mustawa Apa dia kandungannya haa jomm tengok ni ada bahagian mengenal tulisan Al quran belajar mengaji dari asas sehingga advance tajwid habis ...
Kalau Tak Nak Mata Anak Cepat Rosak Ibu Ayah Sila Ikut Tips Penjagaan Mata Ini

Kalau Tak Nak Mata Anak Cepat Rosak Ibu Ayah Sila Ikut Tips Penjagaan Mata Ini

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 286 hits
Ibu bapa sekalian pernah dengar tips penjagaan mata untuk kanak kanak Ini panduan paling utama pemeriksaan mata anak Mengapa Jangan fikir anak masih kecil jadi mereka tidak perlu mendapatkan pemeriksaan mata Ini kerana ia sangat penting ker...
Masa Anak Bergaduh Sebut Kuat Astaghfirullah Al Azim Teknik Tanpa Perlu Jerit Pukul

Masa Anak Bergaduh Sebut Kuat Astaghfirullah Al Azim Teknik Tanpa Perlu Jerit Pukul

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 339 hits
Anak anak berebut mainan bergaduh dan lepas tu berbaik semula antara situasi biasa Ini yang dikatakan fasa anak nak membesar Cuma ada ketikanya jika ibu atau ayah penat anak anak buat hal mulalah perasaan marah itu semakin membara Disebabka...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned

Jom Tengok Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Sukan Sekolah Malaysia