Muktamad Keadilan Tolak Pencalonan Tun M Sebagai Pm Kali Ke3



KENYATAAN MEDIA 19 Jun 2020
KEMBALI KE LANDASAN REFORMASI, GEMBLENG TENAGA UNTUK KEMBALIKAN MANDAT RAKYAT

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN telah mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN hari ni.

KEADILAN mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencari jalan terbaik mempertahankan kebajikan rakyat dan membawa keadilan untuk semua rakyat.

KEADILAN menghargai usul dan usaha rakan-rakan dalam DAP dan AMANAH yang secara konsisten menyokong pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. Permasalahan berbangkit apabila Tun Dr Mahathir Mohamad berpendirian mahu kembali buat kali ketiga sebagai Perdana Menteri.

Dalam mesyuarat hari ini, KEADILAN telah membuat keputusan-keputusan berikut:

1. Sekiranya KEADILAN kembali menjadi sebahagian dari Kerajaan Persekutuan, dasar dan program pentadbiran yang dianggotai KEADILAN itu mestilah mengangkat semangat keadilan untuk semua, mempertahan Perlembagaan Persekutuan serta hak dan kuasa Raja-Raja Melayu, membela nasib rakyat terutama orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, dan memperjuang agenda reformasi serta pembaharuan tata kelola pentadbiran Kerajaan.

2. Kerajaan Persekutuan ini mestilah memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah golongan rakyat miskin bandar dan desa, memperjuangkan nasib peneroka dan pekerja, serta membangun semula negara dalam keadaan tiada mana-mana kumpulan yang tertinggal jauh di belakang. Pentadbiran baharu ini juga mestilah bersifat stabil dan tidak tertakluk kepada pertukaran kepimpinan yang berkali-kali.


3. Keadaan menjadi lebih parah selepas penularan wabak Covid-19 di mana tumpuan harus diberi untuk memulihkan ekonomi negara, menyelamatkan pekerjaan atau mewujudkan peluang pekerjaan baharu, serta memperjuang nasib pekerja. Kerajaan Persekutuan yang baharu mestilah memberi fokus menyeluruh untuk melaksanakan agenda ini.

4. Keputusan pilihan raya-pilihan raya kecil dan pandangan rakyat termasuk masyarakat Melayu yang kritis ketika Pakatan Harapan mentadbir mesti diteliti, difahami, dan dijadikan iktibar untuk perbaiki keadaan. Keinsafan ini memerlukan bukan sahaja muhasabah tetapi juga ikhtiar reformasi dalaman yang menyeluruh, untuk sekali lagi memenangi hati rakyat dengan mengutamakan nasib mereka.

5. Beberapa kes mutakhir ini turut menimbulkan keresahan di kalangan rakyat, bila mana mereka yang berkedudukan atau dilihat mempunyai hubungan dengan pemerintah dilepaskan atau dikenakan hukuman ringan, manakala rakyat pula ditekan atau dihukum dengan cukup berat sekali. Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan yang baharu perlu mengatasi persepsi ini agar prinsip keadilan bukan sahaja dilakukan tetapi juga dilihat dilakukan.

6. KEADILAN yakin isu-isu ini selari dengan aspirasi parti mengangkat prinsip keadilan, memperjuang suara rakyat dan meneruskan agenda reformasi, serta menjadi wadah politik pelbagai kaum yang menghargai sumbangan setiap rakyat dan mengangkat martabat mereka.



7. KEADILAN tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Tun Dr Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya. Walau bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

8. KEADILAN komited untuk terus mengukuhkan Pakatan Harapan, dan akan meneruskan usaha menggembleng tenaga dari semua pihak yang sefahaman untuk mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya dalam masa terdekat.

9. Pada masa yang sama KEADILAN akan terus menumpukan tenaga dan bersiap siaga menghadapi Pilihanraya Umum mengejut yang mungkin dipanggil pada bila-bila masa.

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN

Sumber:mykmu.net

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/06/muktamad-pkr-tolak-pencalonan-tun-m.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Sebulat Suara Tolak Tun Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Sekali Lagi

Pkr Sebulat Suara Tolak Tun Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 430 hits
PKR tetap mahu Anwar menjadi calon PM Rasmi PKR tolak Mahathir sebagai calon PM Pemimpin pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi Perkara itu disuarakan dalam kenyataan me...
Survey Patutkah Tun M Kembali Sebagai Pm Kali Ke 3

Survey Patutkah Tun M Kembali Sebagai Pm Kali Ke 3

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 525 hits
Dr Mahathir sering mendakwa beliau ingin bersara tetapi rakyat mahukan beliau terus menjadi Perdana Menteri Betulkah apa yang beliau dakwa atau itu cuma alasan beliau untuk terus menjadi Perdana Menteri Kali ini admin harap pembaca dapat me...
Dpc Pdip Solo Tolak Surat Pengunduran Diri Purnomo Sebagai Bakal Calon Wali Kota

Dpc Pdip Solo Tolak Surat Pengunduran Diri Purnomo Sebagai Bakal Calon Wali Kota

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 258 hits
DPC PDIP Solo menolak pengunduran diri Achmad Purnomo dari bakal calon Wali Kota Solo pada pilkada 9 Desember mendatang
Pemuda Pkr Tolak Hujah Maszlee Tetap Mahu Anwar Sebagai Pm

Pemuda Pkr Tolak Hujah Maszlee Tetap Mahu Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 395 hits
PETALING JAYA Selepas Maszlee Malik melabel jawatan perdana menteri ke 9 bukan hak mutlak Anwar Ibrahim jika gabungan pembangkang kembali menerajui Putrajaya Pemuda PKR tampil menepis hujah tersebut Setiausaha sayap PKR itu Ahmad Syukri Che...
Biarlah Munasabah Tun Tidak Boleh Jadi Pm Sampai Tiga Kali

Biarlah Munasabah Tun Tidak Boleh Jadi Pm Sampai Tiga Kali

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 339 hits
Seringkali ada yang menulis Tun dengan Anwar mesti berbaik dan bersatu jika mahu ambil kembali mandat rakyat dari kerajaan pintu belakang Saya tidak nampak bagaimana lagi Anwar mahu tunjukkan bukti dia terlalu baik bahkan terlebih baik deng...
Rasmi Pkr Tolak Mahathir Sebagai Calon Pm

Rasmi Pkr Tolak Mahathir Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 394 hits
Pemimpin pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi Perkara itu disuarakan dalam kenyataan mereka sebentar tadi selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat dan anggota parl...
Tun Tolak Anwar Dan Anwar Tolak Tun

Tun Tolak Anwar Dan Anwar Tolak Tun

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 368 hits
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR HARAKAH SETELAH berhari hari terlibat dalam politik sorong papan tarik papan akhirnya hari ini PKR memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan kekal dengan kons...
Rentasan Mingguan 071 Panas Ini Punca Tun Mahathir Perlu Dicalonkan Sebagai Pm 9

Rentasan Mingguan 071 Panas Ini Punca Tun Mahathir Perlu Dicalonkan Sebagai Pm 9

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 276 hits
MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 0711 MENGAPA UMNO MAHU PARLIMEN BUBAR 2 TINGGALKANLAH ASOBIYAH ITU 3 KATA PENGANALIS LUPAKAN IMPIAN PERDANA MENTERI KALI KETIGA 4 BUBAR DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR DAHULU KATA AMANAH
Customer Centric Business Strategies

Panduan Ringkas Tips Tuntut Pampasan Pemberhentian Kerja 2025

Mozek Yunani Purba Ditemui Di Zeugma Turki Mempamerkan Kesenian Yang Luar Biasa

Insentif Rebat Rahmah 2025 Internet Percuma Hari Raya

Kerja Kosong Unisza 2025 32 Jawatan Pelbagai Gred Ditawarkan

Andai Tiada Dia Raya

At Briefing On Urban Renewal Act Hamzah Joined By Dr M Rama

Lirik Lagu Insafi Di Aidilfitri Chlypdy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Deep Cleaning

Pengkid Mengaku Salah Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Teman Wanita

Menu 25 Ramadan Sambal Ayam Labu Kuning Sayur Manis

Peniaga Baling Barang Semasa Disita Dbkl Rupanya Sebabnya Sikap Kurang Ajar

Tuntutan Pampasan Rm2 Juta Kepada Kuil Tidak Betul

51 Tahun Dipenjara 30 Tahun Kerana Bunuh Isteri Di Apartmen Kl Didakwa Untuk Curi Wang Epfnya