Mukhriz Sudah Jatuh Ditimpa Tangga



DRAMA politik di Kedah sejak Selasa lalu nampaknya mengesot ke penghujung. Apa pun Mukhriz Mahathir tidak boleh salahkan orang lain.

Tindakannya sejak awal lagi menyimpang dengan Bersatu Pusat.
Bersatu sudah mengumumkan keluar Pakatan Harapan (PH). Itu mukadimah yang berlaku.

Sebagai Timbalan Presiden Bersatu, Mukhriz sedia maklum. Keputusan keluar PH muktamad. Soal sah atau sebaliknya itu isu kedua.

Peliknya tiba-tiba Mukhriz mahu bergantung hayat kepada PH di Kedah. Semua orang jadi pening. Sarjana politik pun tidak dapat merumus teori mana yang Mukhriz gunakan. Tidak berlaku dalam sejarah politik sebelum ini.

Sekiranya sejak awal Mukhriz mengikut kehendak majoriti, mungkin tidak berlaku 4 Adun Bersatu belot. Malah kedudukan Mukhriz sebagai MB mungkin tidak tergugat.

Sifir itu sudah berlaku di Perak. Ahmad Faizal Azamu pada 10 Mac lepas
meletak jawatan. Ia berlaku selepas kerajaan PH di Perak tumbang.
Pada PRU lepas PH menguasai 30 kerusi Dun di Perak. PH terdiri daripada DAP (18), PAN (6), PKR (4) dan Bersatu (2).

Manakala pembangkang pula – Umno 25 kerusi, PAS (3) dan Bebas (1).
Namun selepas Adun PAN dan DAP keluar parti, akhirnya kerajaan PH tumbang.

PN Perak sekarang menguasai 35 kerusi. Dominasinya Umno 25 kerusi, PAS (3), Bersatu (4) dan tiga kerusi Bebas termasuk bekas DAP dan PAN.
Biarpun Bersatu ada 4 Adun, namun Ahmad Faizal selamat di kerusi menteri besar. Istana melantiknya semula.

Sedangkan ada dua lagi calon MB Perak iaitu Saarani Mohamad (Umno) dan Razman Zakaria (PAS) dalam senarai awal.

Ternyata percaturan Faizal mengena. Sepatutnya Mukhriz boleh mencontohi model itu. Namun kerana terlalu mengikut percaturan bapanya, akhirnya dia kecundang.

Jejaki Selangor

TIBA-tiba selepas hilang sokong Mukhriz meluahkan dia dikhianati ‘kawan-kawan’.

“Biasalah perasaan bila dikhianati kawan-kawan, sebelum ini berlaku di pusat dan sekarang di negeri. Nampaknya pengkhianatan berlaku macam-macam cara,” katanya seperti dilapor portal berita.

Mungkin Mukhriz lupa percaturannya sejak awal lagi silap. Teori dirintis Ahmad Faizal tidak mahu dimanfaatkan. Sebaliknya dia membuat percaturan sendiri.

Seandainya Mukhriz membawa Bersatu bersama Muafakat Nasional di Kedah, mungkin kedudukannya selamat. Bersatu di Kedah ada 6 Adun.
Apabila digabung dengan PAS dan Umno bermakna jumlahnya 23 Adun.

Itu belum lagi dikira 2 lagi Adun PKR yang tidak sebulu dengan Anwar Ibrahim.

Apabila dicampur dua bekas Adun PKR bermakna kekuatan PN bertambah kepada 25. Malangnya Mukhriz tidak memanfaatkan peluang itu.

Hari ini menteri besar dua kali itu umpama jatuh ditimpa tangga. Menjejaki apa yang dialami bapanya. Juga dua kali bergelar perdana menteri.

Namun akhirnya meletak jawatan di tengah jalan.
PN yang didominasi PAS sekarang memiliki 23 Adun. Mereka iaitu 15 daripada PAS, Bersatu (4), Umno (2) dan dua bekas PKR.

Sudah ‘geger’ di serata tempat esok kerusi Mukhriz di Wisma Darul Aman akan diduduki orang lain. Biarpun berkali-kali mengaku masih lagi MB, namun ia tidak lebih sebagai syok sendiri.

Nasi sudah jadi bubur. Kegemilangannya bapanya semakin pudar. Kata bekas pegawai tadbir diplomatik, Ashaari Mamat, zaman Dr Mahathir sudah berlalu.

Kisah yang menimpa Mukhriz sekadar mengulangi apa yang berlaku di Johor, Melaka dan Perak.

Namun harus ingat episod politik tidak terhenti di Kedah sahaja. Lambat laun akan menular ke Selangor. Khabarnya 10 daripada 19 Adun PKR di negeri itu merupakan pentaksub Azmin Ali.

PH sekarang memiliki 43 Adun, manakala PN pula 13. Kemungkinan kedudukan boleh bertukar PH 33 – PN 23.

Tidak dapat ditolak Adun DAP dan PAN pun intai peluang. Tunggulah episod seterusnya.
 – HARAKAHDAILY    17/5/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/05/mukhriz-sudah-jatuh-ditimpa-tangga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Dikata Sudah Jatuh Ditimpa Tangga 2 Adun Bersatu Pulak Kedah Sokong Pn

Ini Dikata Sudah Jatuh Ditimpa Tangga 2 Adun Bersatu Pulak Kedah Sokong Pn

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 295 hits
Dua Adun Bersatu petang ini mengaku menukar kem dengan menyokong kerajaan negeri yang akan dibentuk Perikatan Nasional Mohd Firdaus Ahmad dan Halimaton Shaadiah Saad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu Mohd Firdaus Ahmad juga mendakwa ...
Mukhriz Rancang Nak Jatuhkan Pm Akhirnya Dia Mungkin Terguling Jatuh

Mukhriz Rancang Nak Jatuhkan Pm Akhirnya Dia Mungkin Terguling Jatuh

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 392 hits
Naib Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan bahawa partinya masih belum memuktamadkan calon untuk dilantik menjadi menteri besar Kedah yang baru Jelasnya ini kerana perbincangan mengenai perkara tersebut masih dilakukan dan pimpi...
Tun M Jatuh Di Pusat Mukhriz Tumbang Di Kedah Tiba Masanya Tun M Sokong Anwar

Tun M Jatuh Di Pusat Mukhriz Tumbang Di Kedah Tiba Masanya Tun M Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 316 hits
Kejatuhan kerajaan PH di Pusat angkara pembelotan dan khianat dari kalangan pimpinan Bersatu dan Keadilan memberi satu pengajaran besar terhadap PH terutamanya kepada Tun M sendiri selaku PM ketika itu Kesannya maka berlaku pula pengkhianat...
Jatuh Lalu Ditabrak Pikap Pemotor Trail Di Sergai Meninggal Dunia

Jatuh Lalu Ditabrak Pikap Pemotor Trail Di Sergai Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 391 hits
Seorang pengendara sepeda motor trail meninggal dunia setelah mengalami kecelakaan lalu lintas di Jalan Umum Desa Melati II Perbaungan Serdang Bedagai Sumut Minggu Dia terjatuh lalu ditabrak pikap yang melaju dari arah berlawanan
Muka Naik Jerawat Ketika Jatuh Cinta Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Muka Naik Jerawat Ketika Jatuh Cinta Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 329 hits
Jatuh cinta boleh dikatakan sebagai perkara biasa bagi anak muda tidak kira lelaki atau perempuan Perkara ini melibatkan hati dan perasaan yang kita sendiri merasainya Namun apa kaitan jatuh cinta dengan jerawat Orang mengatakan bahawa itu ...
Ekonomi Dunia Jatuh Ke Dalam Kekacauan Gambaran Keseluruhan Eur Dan Gbp

Ekonomi Dunia Jatuh Ke Dalam Kekacauan Gambaran Keseluruhan Eur Dan Gbp

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 305 hits
Menurut laporan CFTC hari Jumaat sentimen spekulatif terhadap mata wang utama tidak banyak berubah minggu lalu Jumlah kedudukan pendek dolar turun sedikit terutamanya disebabkan oleh mata wang komoditi CAD AUD dan NZD meningkatkan kedudukan...
Akhirnya Sebab Sebenar Kerajaan Ph Jatuh Terbongkar

Akhirnya Sebab Sebenar Kerajaan Ph Jatuh Terbongkar

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 500 hits
Kenapakah Dr Mahathir tidak berterus terang selama ini Video ini adalah titah DYMM Agong di parlimen Timbul persoalan kenapa Mahathir tidak beritahu orang ramai tentang permintaan DYMM Agong itu Dan jika baginda sendiri yang minta Mahathir ...
Ppbm Punca Kerajaan Ph Jatuh

Ppbm Punca Kerajaan Ph Jatuh

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 499 hits
Dr Mahathir mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan PH pada 21 Februari 2020 yang mencetuskan kontroversi kedudukannya sebagai Perdana Menteri KUALA LUMPUR Berikutan pendedahan rakaman suara mesyuarat pimpinan Pakatan Harapan pada 21 Februari la...
Setitik Air Mata Isteri Jatuh Sebab Suami Sakitkan Hatinya Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya

Setitik Air Mata Isteri Jatuh Sebab Suami Sakitkan Hatinya Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 633 hits
Isteri adalah amanah Allah kepada suami begitu juga sebaliknya Apabila disebut sebagai amanah bermakna ia bakal ditanya dan disoal di akhirat kelak Mengikut Imam al Ghazali perkara yang paling berat untuk dilaksanakan adalah amanah Sakitkan...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi