Ppbm Punca Kerajaan Ph Jatuh


Manzaidi Mohd Amin Dr. Mahathir mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan PH pada 21 Februari 2020 yang mencetuskan kontroversi kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR – Berikutan pendedahan rakaman suara mesyuarat pimpinan Pakatan Harapan (PH) pada 21 Februari lalu, pelbagai pihak membuat rumusan punca Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan Perdana Menteri disebabkan desakan berterusan dari penyokong PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Walaupun ada segelintir pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR mahu Dr. Mahathir kekal memegang jawatan Perdana Menteri sehingga habis penggal, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu bersetuju peralihan kuasa dilakukan selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang dijadualkan November ini.
Antara pemimpin PPBM dan PKR yang mahu Dr. Mahathir terus kekal ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Marzuki Yahya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.
Dalam mesyuarat dua jam itu, Muhyiddin tidak banyak bercakap, tetapi jelas beliau tidak bersetuju dengan janji serahan kuasa pada Mei 2020.
Beliau memperlihatkan dirinya seolah menyokong Dr. Mahathir agar terus memimpin negara sehingga habis penggal Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
Bagaimanapun, Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq begitu beremosi ketika berucap sehingga ditegur oleh Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Gobin Singh Deo.
“Apa yang berlaku kepada anda? Mengapa begitu emosional?”, celah Gobind setelah Syed Saddiq meninggikan suara dalam mempertahankan Pengerusinya sepanjang mesyuarat itu.
Zuraida pula berharap mana-mana pihak dalam PH tidak mengungkitkan kisah lalu, yang mana ada segelintir pimpinan tidak berpuas hati terhadap Dr. Mahathir yang diangkat sebagai Perdana Menteri.
Beliau mahu Pengerusi PPBM itu kekal sehingga habis penggal, kecuali ajal menjemput.
Marzuki pula dilihat seperti mengugut rakan PH dengan memberi amaran, jika komponen PH tidak mahu terima keputusan Dr. Mahathir kekal sehingga akhir penggal, PPBM akan membuat keputusan sendiri.
Bagaimanapun, ketika itu Mohamad Sabu mencelah dengan berkata, kami (PH) sudah lama menjadi pembangkang, manakala Anwar pula menyindir Marzuki dengan menyatakan, kalau sudah sampai tahap hendak membuat keputusan sendiri, (tindakan itu) bahaya untuk kestabilan PH.
Mohamad Azmin pula bertanya adakah seseorang itu dianggap pengkhianat jika mencadangkan Dr. Mahathir kekal sepenggal?
Namun, disampuk oleh Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad dengan berkata, pengkhianatan apabila (ada pihak) hendak membawa UMNO dan Pas dalam kerajaan.
Ketika itu Mohamed Azmin diam dan cuba mengalihkan topik, namun cuba ditenangkan oleh Anwar yang menekankan pimpinan dari parti komponen PH agar mengumpulkan akuan sumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen, selain memberi ingatan akan usaha pihak tertentu mahu menubuhkan kerajaan pintu belakang.
Mesyuarat yang disifatkan sebagai kemuncak kepada pentadbiran 22 bulan kerajaan PH ini berakhir dengan tiga hari selepas itu, Dr. Mahathir mengumumkan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Bagaimanapun, apa yang berlaku, bukan Anwar menggantikan tempat itu, sebaliknya diambil alih oleh Muhyiddin yang mendapat sokongan sekumpulan Ahli Parlimen dari PKR dan Muafakat Nasional (MN). – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/ppbm-punca-kerajaan-ph-jatuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Dap Salahkan Dr M Punca Kerajaan Ph Tumbang

Pemimpin Dap Salahkan Dr M Punca Kerajaan Ph Tumbang

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 371 hits
PH nak kembalikan sokongan rakyat hanya satu cara iaitu Mahathir kena disingkirkan Anwar menjadi pemimpin yang utama tanpa campurtangan sesiapa Kajian yang dikemukan oleh DAP kepada PKR dalam pertemuan beberapa pimpinan utama DAP dengan Anw...
66 Hari Lepas Saya Angkat Sumpah Laknat Kerajaan Ph Jatuh Kata Najib

66 Hari Lepas Saya Angkat Sumpah Laknat Kerajaan Ph Jatuh Kata Najib

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 461 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak tidak menafikan ada orang yang mengira tempoh kesan selepas beliau mengangkat sumpah laknat pada 20 Disember tahun lepas dengan tarikh tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari tahu...
Katakunci Kenapa Kerajaan Ph Jatuh Ditemui

Katakunci Kenapa Kerajaan Ph Jatuh Ditemui

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 451 hits
ANALISASidang akhbar Majlis Presiden PHselepas mesyuarat yang panas ANDA mungkin sudah pun mendengar rakaman mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang berlangsung dua bulan lalu yang ditularkan sejak beberapa hari lepas Saya baru menden...
Kerajaan Negeri Kedah Sah Jatuh Ke Tangan Perikatan Nasional

Kerajaan Negeri Kedah Sah Jatuh Ke Tangan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 446 hits
Perikatan NasionalBerikutan 2 ahli Dewan Undangan Negeri Kedah PKR yang telah keluar daripada parti dan memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional memastikan gerakkan yang selama ini sudah diduga Kerajaan Pakatan Harapan musnah apabila t...
Mahathir Akan Sabotaj Kerajaan Sehingga Muhyiddin Jatuh

Mahathir Akan Sabotaj Kerajaan Sehingga Muhyiddin Jatuh

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 517 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan sekat atau sabotaj semua usul atau bill kerajaan selagi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan Ini bermakna Budget 2021 tidak boleh diluluskan dan pada Janua...
Akhirnya Sebab Sebenar Kerajaan Ph Jatuh Terbongkar

Akhirnya Sebab Sebenar Kerajaan Ph Jatuh Terbongkar

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 529 hits
Kenapakah Dr Mahathir tidak berterus terang selama ini Video ini adalah titah DYMM Agong di parlimen Timbul persoalan kenapa Mahathir tidak beritahu orang ramai tentang permintaan DYMM Agong itu Dan jika baginda sendiri yang minta Mahathir ...
Tuanku Agong Mendedahkan Punca Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan

Tuanku Agong Mendedahkan Punca Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 381 hits
Dalam Titah KDYMM Yang Di Pertuan Agong di Parlimen pagi tadi jelas menjelaskan punca kejatuhan kerajaan PH adalah apabila Tun Dr Mahathir mengambil keputusan MELETAK JAWATAN PERDANA MENTERI walaupun Baginda sendiri meminta agar Tun tidak b...
Prkchini Kempen Ceramah Bergantung Kepada Perintah Semasa Kerajaan

Prkchini Kempen Ceramah Bergantung Kepada Perintah Semasa Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 432 hits
Kebenaran untuk berkempen atau mengadakan ceramah politik pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N23 Chini Pahang bergantung kepada perintah semasa kerajaan ekoran penularan Covid 19 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Seri Azha...
Kerajaan Amerika Dan Intel Dilihat Mahu Membangunkan Sebuah Kilang Khusus Untuk Pasaran Mereka

Kerajaan Amerika Dan Intel Dilihat Mahu Membangunkan Sebuah Kilang Khusus Untuk Pasaran Mereka

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 321 hits
Intel dan pelbagai jenama pembuat semikonduktor dan cip pemprosesan lain berasal dari Amerika Syarikat tetapi telah menubuhkan kilang dan pusat pembuatan dan pembangunan di luar negara tersebut untuk merendahkan kos Kerajaan Amerika nampakn...
Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Doa Ketika Hujan Lebat Takut Berlaku Mudarat

Transcendent Two Stroke A Smokin Suzuki 125 From Taiwan

Konsert Dia Misha Omar 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Apa Beza Polis Dengan Vat 69

20 Copywriting Untuk Taska Tadika

R T Ti N Sv66 C Ng Nh C I Mang Ti N V Cho M

C C C Sv66 Tr C Tuy N C An To N Tr I Nghi M Kh Ng

Smm Says Conditional Nod For Farhash Linked Firm Scrapped To Sue Media