Covid 19 Kedai Runcit Kembali Jadi Pilihan Semasa Pkp


ADMIN ISMAWEB  Punyai kelebihan kerana lokasi tidak jauh dari kediaman
KUALA LUMPUR – Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 kira-kira sebulan lepas, orang ramai kini nampaknya sudah membiasakan diri untuk kembali ‘mengenali’ kedai runcit

Walaupun berhadapan dengan saingan sengit dari pasar raya besar selaras dengan arus peredaran zaman; dalam persekitaran PKP ketika ini kelebihan dilihat lebih berpihak kepada kedai runcit; yang lokasinya tidak jauh pun dari kediaman ramai, namun kepentingannya sering dipandang enteng

Dari satu sudut, PKP ini dilihat sebagai satu rahmat yang terselindung bagi pengusaha kedai runcit, dan juga buat para pelanggannya, mungkin satu kebiasaan baharu sedang muncul

Asmah Harun, 58, yang mengendalikan kedai uncit di Kampung Beladau Selat, Kuala Terengganu, adalah antara yang merasa gembira melihat ramai pelanggan yang berkunjung ke kedainya sejak kebelakangan ini, berbanding sebelum PKP dilaksanakan

“Walaupun saya tidak buka kedai sehingga lewat malam, hasil jualan nampak tetap lebih baik, kerana jumlah pelanggan meningkat. Sebelum ini hanya beberapa penduduk kampung sini sahaja yang datang ke kedai saya, tapi sekarang penduduk kampung berhampiran pun datang beli barang di sini. 
Terlalu ramai (pelanggan) sehingga polis terpaksa datang untuk kawal keadaan, dan memastikan jarakan sosial dipatuhi,” katanya kepada Bernama

Asmah berkata beliau terpaksa mengambil stok barang yang lebih banyak daripada pembekal berbanding sebelum ini, bagi memenuhi permintaan yang melonjak, boleh dikatakan secara tiba-tiba
Selain itu, beliau turut membenarkan beberapa penduduk kampung meletakkan makanan yang dibungkus dikedainya, untuk dijual kepada pelanggan

Asmah berkata kebanyakan lelaki memilih untuk berbelanja di kedainya, kerana ia lebih mudah – hanya serahkan sahaja satu senarai barang-barang yang hendak dibeli kepada pembantu kedai, dan semuanya akan diuruskan, tanpa perlu mereka ke sana sini mencari barangnya

Mohd Fazil Ibrahim, 45, seorang pelanggan kedai runcit di Penaga, Kepala Batas, Penang, berkata kedai runcit yang terletak hampir dengan rumahnya sangat banyak membantu semasa tempoh PKP, tambahan pula dia tidak perlu berbaris panjang untuk membuat pembayaran, sebagaimana kebiasaan bagi pasar raya besar

Kedai runcit itu turut menjual segala jenis barang keperluan termasuk sayur-sayuran segar, ikan, udang, daging, dan bermacam lagi

“Saya juga boleh berhutang, memang saya ada berhutang di kedai sini,” katanya

Kedai runcit di selatan negara, di Johor Bahru, juga ketika ini dilihat menjadi pilihan ramai

Nur Faezah Mohd Khalid, 30, berkata beliau sering mengunjungi kedai runcit yang terletak hanya kira-kira 800 meter dari rumahnya di Larkin sejak PKP dikuatkuasakan

Sebelum ini tempat yang sering menjadi pilihannya adalah pasar raya, pasar basah, pasar tani dan juga pasar malam

“Ia bukan sahaja soal menjimatkan masa, tapi juga soal keselamatan. Saya lebih risaukan keselamatan anak-anak kecil, perlu elak daripada membawa mereka berbelanja di tempat-tempat kunjungan ramai,” katanya kepada Bernama, sebagai merujuk kepada kembimbangan wabak COVID-19
Pandangan beliau turut dipersetujui oleh seorang suri rumah Ainy Md Yunos, 68, dari Kota Bharu, Kelantan

Pembantu jurutera Radio Televisyen Malaysia Salizah Duasa, 32, yang tinggal di Negeri Sembilan pula berkata, beliau tidak risau untuk berbelanja di kedai runcit di Seremban 2 kerana pengusaha kedai itu memastikan jarakan sosial dipatuhi, di samping menyediakan pensanitasi tangan

“Untuk pergi ke pasar raya besar, perlu melalui sekatan jalan raya, manakala untuk beli secara dalam talian pula, ia mengambil masa sebelum barang itu sampai. Lebih mudah berbelanja di kedai runcit sahaja. Lagi pun tidak ada banyak bezanya dari segi harga,” katanya

Tinjauan di Ipoh, Perak, mendapati kedai runcit, atau sering dirujuk sebagai Kedai Acheh, juga amat popular di kalangan orang ramai sejak kebelakangan ini. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/covid-19-kedai-runcit-kembali-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedai Benih Tanaman Atas Talian Catat Peningkatan Jualan Semasa Pkp

Kedai Benih Tanaman Atas Talian Catat Peningkatan Jualan Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 523 hits
Dalam tempoh PKP ramai warga kota beralih kepada pertanian hidroponik bagi mengisi masa lapang beriadah dan juga menjamin makanan segar tersedia di rumah KUALA LUMPUR Permintaan untuk benih serta peralatan tanaman mencatat peningkatan yang ...
Covid 19 Jenis Perniagaan Yang Dibenarkan Beroeprasi Semasa Fasa 3 Pkp

Covid 19 Jenis Perniagaan Yang Dibenarkan Beroeprasi Semasa Fasa 3 Pkp

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 1239 hits
PKP fasa 3 bermula semalam sehingga 28 April 2020 Dan berikut adalah jenis jenis perniagaan yang dibenarkan beroperasi bagi tempoh tersebut namun bersyarat
Disebalik Pkp Kedai Runcit Ibu Buka Pukul 10am Tutup Pukul 8pm

Disebalik Pkp Kedai Runcit Ibu Buka Pukul 10am Tutup Pukul 8pm

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 462 hits
Wahh kreatif betullah akak ni Rasanya orang lain dah buntu kot tak tau nak buat apa dah dekat rumah sepanjang pkp ni Tapi akak ni siap buka kedai lagi sambil sambil layan kerenah anak anak Laku keras nampaknya tuSukalah gaya kedai runcit ak...
Bagi Diskaun Tapi Tak Rugi Tuan Rumah Cara Berunding Sewa Rumah Dengan Penyewa Semasa Pkp

Bagi Diskaun Tapi Tak Rugi Tuan Rumah Cara Berunding Sewa Rumah Dengan Penyewa Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 350 hits
Sejak pemberian oleh bank bank di Malaysia kepada para peminjam ramai pihak menggesa pemilik rumah agar mengecualikan sewa kepada penyewa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Walaubagaimanapun ia bukan suatu isu yang mudah bagi semua pihak...
Tingkah Laku Unik Haiwan Semasa Pkp Di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Uganda

Tingkah Laku Unik Haiwan Semasa Pkp Di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Uganda

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 390 hits
Tingkah Laku Unik Haiwan Semasa PKP di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Uganda Sejumlah haiwan liar seperti simpanse dan badak berkelakuan unik semasa lokap di Pusat Pendidikan Pemuliharaan Hidupan Liar Uganda di daerah Wakiso Entebbe
Permohonan Gerak Malaysia Online Pergerakan Rentas Negeri Semasa Pkp

Permohonan Gerak Malaysia Online Pergerakan Rentas Negeri Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 783 hits
Ramai yang selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari hari pertama di lakukan yang terkandas di kampung halaman Ini antara mereka yang sempat sampai ke kampung awal awal dahulu mungkin pada waktu itu tidak terfikir PKP akan berlarutan h...
Covid19 Perintah Kawalan Pergerakan Untuk Cegah Penularan Covid 19 Pkp

Covid19 Perintah Kawalan Pergerakan Untuk Cegah Penularan Covid 19 Pkp

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 1046 hits
COVID19 Perintah Kawalan Pergerakan untuk Cegah Penularan COVID 19 PKP Apa pentingnya Perintah Kawalan Pergerakan untuk Cegah Penularan COVID 19 Kenapa perlu akur Kenapa 14 hari
Kkm Akan Kemuka Pilihan Bagi Bantu Pm Putuskan Tempoh Pkp

Kkm Akan Kemuka Pilihan Bagi Bantu Pm Putuskan Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 266 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia akan mencadangkan beberapa pilihan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya untuk membuat keputusan sama ada tempoh perintah pergerakan gerakan perlu dilanjutkan Ketua Pengarah kementerian Dr Noo...
10 Cara Buat Duit Dari Rumah Semasa Pkp

10 Cara Buat Duit Dari Rumah Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 683 hits
10 Cara Buat Duit Dari Rumah Semasa PKP Fadzi faham ramai yang terkesan dengan situasi pandemik Covid19 sekarang Ada yang mula dikenakan status Unpaid Leave ataupun terus dibuang kerja Ramai juga kawan kawan Fadzi di Facebook yang mengadu t...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga