Makan Durian Dan Panas Badan Apa Kaitan




Memandangkan sekarang musim durian, ramai yang berkongsi kegembiraan menikmatinya dan tidak kurang pula yang berkongsi cara memilih yang betul agar tidak tertipu dengan penjual. Perumpamaan yang sering dikaitkan dengan buah durian ialah ‘tastes like heaven, smells like hell!’. Benar atau tidak, ianya subjektif kepada individu. Buat saya, si penggemar ‘tegar’ durian, bau dan rasa durian saya sangat gemari. Maka tiadalah istilah ‘hell’ pada saya 😌
Ada yang bertanya kenapa makan durian badan kita akan menjadi ‘panas’? 🤔Sebelum menjawab persoalan ini, kita haruslah faham apa yang dimaksudkan dengan ‘panas’ dan bagaimana mungkin ianya terjadi daripada tindakbalas yang dicetuskan oleh bahan kimia semulajadi dalam durian semasa penghadaman
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘panas’ badan
‘Panas’ badan ini sebenarnya istilah yang dipraktikkan di dalam perubatan tradisional sama ada Melayu, Cina dan India. Selain daripada istilah ‘panas’, istilah berlawanan iaitu ‘sejuk’ juga sering digunakan. Banyak makanan umumnya diklasifikasikan sebagai ‘panas’ dan ‘sejuk’
Dalam perubatan tradisional Cina, ianya dipanggil sebagai Shanghuo (上火) , yang mana menerangkan ketidakseimbangan tenaga haba dalam badan atau mudahnya ‘panas dalam badan’. Ianya digambarkan kepada kitaran tenaga ‘Yang’ (panas) dipasangkan dengan ‘Yin’ (sejuk) yang mampu dibawa oleh sesetengah makanan kepada badan
Antara simptom ‘panas’ yang dimaksudkan ialah
• demam,
• sakit kepala,
• berpeluh,
• jantung berdegup dengan kencang,
• sakit tekak,
• ulser pada mulut,
• nafas berbau,
• bibir kering,
• hidung berdarah
• sembelitMerujuk kepada simptom di atas, ‘panas’ ini dekat kepada istilah perubatan ‘hyperthermia’ iaitu kenaikkan suhu badan lebih dari yang normal 36-37 degree Celsius
Setakat carian, terdapat satu kajian yang mengaitkan kesan kepada fungsi fisiologi badan apabila seseorang memakan durian. Namun dapatan kajian ini tidak signifikan
Pun begitu, kebanyakkan berpendapat ‘panas’ makan durian adalah disebabkan oleh kenaikkan tekanan darah dan suhu badan secara mendadak disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam durian ini. Sejauh mana kebenarannya, mari kita teliti bahan-bahan kimia semulajadi dalam durian ini yang mempunyai kebarangkalian untuk mencetuskan rasa ‘panas’ itu
Durian atau nama saintifiknya Durio zibethinus(family Bombacaceae) merupakan buah yang digelar ‘raja buah’ walaupun baru-baru ini takhta ini diberikan kepada buah betik oleh World Health Organisation (WHO). Tumbuhan ini natif kepada negara Asia Tenggara

Struktur Kimia Sebatian Sulfur terdapat di dalam (A) Durian & (B) Bawang
Rasa unik durian adalah disebabkan oleh bahan kimia semulajadi dari kumpulan ester dan sulfur seperti thioester, thioacetal, thiolanes dan juga alkohol. Durian juga mengandungi kadar karbohidrat (gula) yang sangat tinggi, sedikit protein, serat serta lemak tepu
Bahan-bahan kimia bersulfur dan ester ini senang meruap. Inilah sebabnya kenapa durian ini dapat kita bau walaupun jauh
Bolehkah bahan-bahan kimia dalam durian menyebabkan ‘panas’ ini
BOLEH. Bergantung kepada sistem penghadaman individu, apabila dimakan dalam kuantiti yang signifikan, bahan kimia bersulfur meruap dalam durian ini mungkin boleh mengaktifkan protein (TRPA1) pada sistem penghadaman tertentu yang bertanggungjawab menyebabkan sensasi ‘panas’ (burning sensation). Mekanisma ini membuatkan kita berasa panas. Kesan sama boleh berlaku dengan pengambilan bawang putih, halia dan cili
Sebahagian bahan kimia sulfur yang tidak ‘sempat’ meruap pula akan diproses oleh bakteria dalam usus besar dan menghasilkan gas hidrogen sulfida. Kehadiran bahan-bahan kimia dalam proses penghadaman ini akan menyebabkan pengumpulan gas (yang juga dipanggil dengan istilah ‘angin’) seterusnya boleh menyebabkan sendawa, pedih ulu hati (heartburn), kembung (bloated) atau kentut
Bahan kimia lain seperti karbohidrat pula akan dimanfaatkan oleh tubuh untuk tenaga dan selebihnya (termasuk sebahagian bahan kimia bersulfur) akan dikumuhkan dalam air kencing dan najis. Sebab ini jugalah air kencing juga boleh berbau seperti durian
Benarkah meminum air dari pangsa durian boleh mengurangkan ‘panas’
Tiada kajian saintifik mengenai ini dan agak sukar untuk mengaitkan dengan komponen kimia dalam pangsa durian ini. Pun begitu, kesan placebo (berkat keyakinan tinggi mendorong bahan kimia dalam otak berfungsi) mungkin memainkan peranan di sini menyebabkan praktik ini berkesan
Sebenarnya apa yang dipraktik oleh pengamal ubat tradisional China ialah dengan meminum air garam (calcium sulphate) untuk menurunkan suhu badan. Air garam jenis ini yang sangat popular ialah ‘air badak’. Air jenis ini mengandungi elektrolit yang mampu menyeimbangkan larutan dalam dan luar sel semasa dehydration (kehilangan air) disebabkan ‘panas’ tadi
Tips untuk mengurangkan kesan ‘gas’ dari durian:Makan durian bersama dengan susu (sebaiknya susu segar). Susu segar mengandungi casein yang boleh meneutralkan bahan kimia bersulfur ini
Minum air kelapa juga membantu menurunkan ‘panas’ badan dengan menyeimbangkan elektrolit dalam sel
Nota kaki: Selain daripada gula yang tinggi, durian juga tinggi dengan kandungan potassium. Maka mereka yang mempunyai masalah buah pinggang, haruslah mengelakkan pengambilan durian ini
*Semoga bermanfaat 😊*Oleh :  Dr Fatimah Binti Salim
Pensyarah Kanan
Institut Atta-ur-Rahman UITMRujukan:1) Aziz, N.A.A., and Jalil, A.M.M.,2019. Bioactive Compounds, Nutritional Value, and Potential Health Benefits of Indigenous Durian (Durio Zibethinus Murr.): A Review. Foods, 8(3): 96
2) Boone, C.; Bond, C.; Hallman, A.; Jenkins, J. 2017. Sulfur General Fact Sheet; National Pesticide Information Center, Oregon State University Extension Services
3) Terada, Y., Hosono, T., Seki, T., Ariga, T., Ito, S., Narukawa, M., Watanabe, T., 2014. Sulphur-containing compounds of durian activated thermogenesis-inducing receptors TRPA1 and TRPV1. Food Chemistry 157:213-20
4) Porkert, M., 1974. The Theoretical Foundations of Chinese Medicine: Systems of Correspondence. MIT Press East Asian Science series
kredit: majalah sains com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://terengganumyheritage.blogspot.com/2019/07/makan-durian-dan-panas-badan-apa-kaitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalan Minum Air Dari Ruas Kulit Durian Dapat Hilangkan Panas Badan Selepas Makan Durian Dan Ada Kebenarannya

Amalan Minum Air Dari Ruas Kulit Durian Dapat Hilangkan Panas Badan Selepas Makan Durian Dan Ada Kebenarannya

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 875 hits
Pencinta durian dan kebanyakan orang akan bersetuju bahawa amalan meminum air atau air garam dari ruas kulit durian dapat menghilangkan rasa panas selepas memakan durian yang banyak Akan tetapi sejauh mana kebenaran amalan ini atau ia hanya...
Makan Durian Dan Panas Badan

Makan Durian Dan Panas Badan

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 293 hits
Oleh Dr Fatimah Binti Salim Pensyarah Kanan Institut Atta ur Rahman UITM Memandangkan sekarang musim durian ramai yang berkongsi kegembiraan menikmatinya dan tidak kurang pula yang berkongsi cara memilih yang betul agar tidak tertipu dengan...
Pening Bau Sendawa Busuk Selepas Makan Durian Doktor Ini Dedah Cara Untuk Atasinya

Pening Bau Sendawa Busuk Selepas Makan Durian Doktor Ini Dedah Cara Untuk Atasinya

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 453 hits
Sebut sahaja durian pastinya anda akan terbayang buah hijau berduri yang melindungi isi keemasan di dalamnya Buah mahsyur yang mendapat gelaran raja buah ini hanya muncul pada musim tertentu dan dijual dengan harga yang agak tinggi mengikut...
Makan Durian Murah Di Ss2 Pj

Makan Durian Murah Di Ss2 Pj

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 842 hits
Sempena musim durian yang menjelma aku nak kongsi dekat korang tempat makan durian yang best di Petaling Jaya Selangor Dekat PJ ni biasanya orang akan pergi ke SS2 untuk cari durian sebab dekat kawasan ni memang banyak gerai durian yang bes...
Jom Makan Durian Secara Percuma Di Pesta Musang King 13 Dan 20 Julai Ini

Jom Makan Durian Secara Percuma Di Pesta Musang King 13 Dan 20 Julai Ini

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 426 hits
Musim durian kini kembali lagi Jualan durian boleh didapati di mana mana sahaja anda berada Bau durian yang menyengat pasti akan membuatkan anda terliur Sedap sungguh Nak makan durian sedap dan lagi best ianya secara PERCUMA Berita baik bua...
Kembang Tekak Inovasi Burger Durian Amp Cheese Ramai Yang Tak Sanggup Nak Makan

Kembang Tekak Inovasi Burger Durian Amp Cheese Ramai Yang Tak Sanggup Nak Makan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 279 hits
Sekarang ini macam macam jenis makanan yang telah diinovasikan ada mee campur cheese maggi campur Milo dan yang paling terbaru pula burger perisa durian dan cheese mozarella Mentang mentang sekarang ini tengah musim durian jadi semua jenis ...
Penggemar Durian Kena Berpada Pada Makan Durian Agar Tidak Memudaratkan Diri

Penggemar Durian Kena Berpada Pada Makan Durian Agar Tidak Memudaratkan Diri

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 1136 hits
Durian raja buah yang di gemari oleh hampir semua orang Tapi tidak semua orang menyukai durian Bagi penggemar fanatik durian barangkali menjadi buah paling enak di dunia Apa pun kena berpada pada makan durian agar tidak memudaratkan Kepelba...
Durian Oh Durian Sekali Dapat Makan Susahnya Nak Berhenti

Durian Oh Durian Sekali Dapat Makan Susahnya Nak Berhenti

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 531 hits
Durian Oh Durian Sekali dapat makan susahnya nak berhenti Dah nak hujung hujung musim baru sibuk nak cari durian Durian Oh The post appeared first on
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara