Mujahid Macam Cacing Kepanasan Bila Umno Pas Kembali Bertaut


Wartawan MalaysiaGazette Dr. Mujahid Yusof
KUALA LUMPUR – UMNO dan Pas tidak akan lemah dengan ungkitan kisah lampau dan kegagalan kedua-dua parti itu pada masa lalu, sebaliknya semakin diingatkan permusuhan itu, semakin kuat penyatuan dan semangatnya untuk memperbetulkan keadaan dan kembali membawa kebaikan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, apa yang dilakukan oleh UMNO dan Pas sekarang adalah untuk menjadikan bangsa dan negara ini lebih baik.

“Gelarlah apa pun kepada kami. Ungkitlah seribu cerita dan percakaran yang kami pernah lakukan ke atas sesama kami sebelum ini. Teruskan bercerita tentang kegagalan kami yang lalu.

“Tetapi, ingatlah. Semua itu tidak akan sedikit pun melemahkan kami. Semakin kami diingatkan tentang perseteruan sesama kami umat Islam pada masa lalu, semakin kami terpanggil untuk bersatu dan kembali berbaik-baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, beliau tidak menyangka Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) oleh UMNO dan Pas mengundang prejudis oleh DAP tetapi juga pemimpin Islam yang menjaga perihal Islam.

Secara sinikal, Khaled berkata, beliau tidak menyangka Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa (PAN) menjadi pemerhati dari jauh, mengintai dan mengikut rapat majlis tersebut dengan minat yang mendalam, hinggakan segenap perincian dan perjalanan majlis HPU ini ditelitinya penuh tekun.

Ia termasuk siapa yang suaranya lebih kuat ketika bernyanyi, siapa yang laungannya lebih lantang ketika bertakbir, malah tempat pelancaran yang dibuat di PWTC pun dipertikaikan kononnya tidak neutral.

“Saya sendiri yang hadir pun tidak meneliti perkara tersebut sebegitu mendalam. Malah, ketika orang Melayu yang hadir ke PWTC tempoh hari baru mula membahaskan isi kandungan piagam yang bersejarah tersebut, beliau telah terlebih dahulu mengkhatam dan menelaah isi kandungannya.
Demikianlah berminatnya beliau dengan semua ini.

“Namun, saya kesal sikap prejudis dan pesimis beliau melihat orang Melayu dan Islam serta rakan-rakan bukan Melayu kami bersatu seolah-olah itu adalah jenayah kepada bangsa, agama dan negara,” ujarnya.

Selepas penghinaan demi penghinaan yang dilemparkan oleh pemimpin DAP sebelum ini tidak dipedulikan, Khaled yakin parti cauvinis tersebut kini terpaksa mengerahkan ‘ekor’ mereka pula untuk mengutuk usaha perpaduan orang Melayu.

Kata Khaled, pada mereka, negara ini akan lebih mudah ditadbir, lebih mudah untuk maju dan moden jika orang Melayu tidak lagi bersatu, dan jika orang Islam tidak hadir sebagai satu ummah yang berkongsi tekad dan matlamat.

Sebaliknya, apabila orang Melayu selaku bangsa induk negara ini bercakaran dan dipecah-pecahkan oleh ideologi politik yang berbeza-beza, maka itulah makna sebenar demokrasi dan kebebasan.
Itulah definisi sebenar politik yang progresif dan barangkali, itulah pengisian terbaik Malaysia Baharu, sindir Khaled lagi.

Tetapi, beliau yakin, ramai sekali mereka di luar sana dapat melihat betapa mengarut dan dangkalnya pemikiran sebegini.

Ia kerana, penyatuan ummah yang dipamerkan oleh UMNO-Pas bukanlah berkisar tentang siapa Islam dan siapa yang bukan tetapi satu seruan untuk orang Melayu bersatu.

Dengan penyatuan sebegini, akan lebih mudah untuk orang Melayu dan bukan Melayu di negara ini bekerjasama dan membentuk Muafakat Nasional.

Penyatuan ummah ini adalah satu seruan yang bertitik tolak dari kesedaran lepas, lantas UMNO dan Pas berubah serta melakukan penambahbaikan kepada diri dan parti.

“Kami mahu menjadi suara orang Melayu Islam yang bukan sahaja mewakili bangsa induk negara ini dengan lebih berkesan. Tetapi, melalui Muafakat Nasional ini, kami mahu memastikan orang bukan Melayu boleh dilindungi dan diberikan hak mereka dengan lebih adil,” katanya.

Menurut Khaled, serangan lapuk dan skrip kitar semula Mujahid bahawa Barisan Nasional gagal menjaga institusi orang Melayu seperti MARA, Tabung Haji dan sebagainya hanya menunjukkan betapa beliau masih taasub dan terperangkap dengan cerita lama.

Mujahid, katanya, masih mahu mengungkit-ungkit kerana tidak mahu UMNO-Pas berubah dan seolah-olah cacing kepanasan apabila kesilapan UMNO dan Pas mahu diperbetulkan.

“Di mana semangat hijrah, sokongan ikhlas dan doa yang tulus yang sewajibnya hadir apabila melihat orang lain ingin berubah dan melakukan kebaikan? Beginikah akhlak dan sikap Muslim yang beliau ingin pamerkan untuk diikuti oleh orang bukan Islam?

“Berbekalkan rasa bangga yang menebal kerana kononnya ramalan YB benar belaka, saya boleh mengusulkan kepada UMNO dan Pas untuk menganugerahkan pingat nujum negara kepada YB.

Bukan mudah untuk mereka yang dahulunya berguling di jalanan kini menjadi pengulas politik yang berat sebelah. Saya percaya, bukan mudah untuk YB menyerang saudara seagama yang ingin berbaik-baik. Melainkan semua itu adalah keterpaksaan kerana memakan budi mereka yang menaja kelangsungan politik parti YB.

“Sekalipun YB benar-benar mahu mengimbas ucapan pemimpin-pemimpin Pas sebelum ini, saya sarankan kita imbas bersama petikan ucapan mantan Yang Dipertua Pas semasa Muktamar Tahunan Pas Malaysia, Allahyarham Haji Yusof Rawa, yang juga ayahanda YB yang sangat saya hormati.
Lama dahulu beliau pernah menyeru agar kita, selaku umat Islam untuk ‘menjadi mereka yang mentarbiah atau ditarbiahkan’

“Dan yang paling mengesankan saya YB, pesanan arwah untuk kita berhati-hati. Kerana, ‘tidak mustahil, musuh-musuh Islam sendiri berusaha mewujudkan jemaah-jemaah Islam tertentu untuk memangkitkan perpecahan di kalangan pencinta Islam dari dalam,” katanya. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/mujahid-macam-cacing-kepanasan-bila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mujahid Doesn T Believe Nik Aziz Agreed To Pas Umno Tie Up

Mujahid Doesn T Believe Nik Aziz Agreed To Pas Umno Tie Up

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 331 hits
Provided by FMT MEDIA SDN BHD Amanah vice president Mujahid Yusof RawaPETALING JAYA Amanah vice president Mujahid Yusof Rawa has scoffed at a PAS claim that the party s late spiritual adviser Nik Aziz Nik Mat had agreed to an alliance with ...
Annuar Musa Mocks Mujahid S Interest In Umno Pas Charter

Annuar Musa Mocks Mujahid S Interest In Umno Pas Charter

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 264 hits
Amanah vice president Mujahid Yusuf Rawa should not spend his time in prejudgment of the Umno PAS charter set to be launched this weekend So says Umno secretary general Annuar Musa who released a statement today in which he took a few digs ...
Piagam Pas Umno Takut Pada Mca Dan Mic Bukan Dgn Allah Swt

Piagam Pas Umno Takut Pada Mca Dan Mic Bukan Dgn Allah Swt

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 552 hits
PIAGAM PAS UMNO TAKUT DGN MCA MIC BUKAN DGN ALLAH Sebuah Piagam telah dihasilkan hasil penyatuan Ummah antara PAS dgn UMNO semalam di PWTC Terdapat banyak isi kandungan Piagam tersebut Malangnya tidak sedikit pun isi kandungan piagam terseb...
Warganet Tempelak Hadi Konon Nik Aziz Setuju Taawun Pas Umno

Warganet Tempelak Hadi Konon Nik Aziz Setuju Taawun Pas Umno

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 304 hits
Warganet tempelak Hadi konon Nik Aziz setuju taawun Pas UmnoOleh September 15 2019Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa taawun siyasi antara Pas Umno telah persetujui bekas mursyidul am parti itu allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat keti...
Titisan Airmata Kesyukuran Di Saat Termeterai Piagam Umno Dan Pas Di Hpu 914

Titisan Airmata Kesyukuran Di Saat Termeterai Piagam Umno Dan Pas Di Hpu 914

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 594 hits
Firman Allah SWT dalam Al Quran Mafhumnya Hai orang orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar takwa kepada Nya dan janganlah sekali kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam Dan berpeganglah kamu semu...
Penyatuan Ummah Umno Dan Pas Belum Tentu Mampu Tumbangkan Ph

Penyatuan Ummah Umno Dan Pas Belum Tentu Mampu Tumbangkan Ph

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 358 hits
Nampaknya suka benar UMNO dan Pas dengan penggabungan kedua dua parti yang dijalin secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional Dengan ditandatangani oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Hadi Awang maka dengan ini sahlah ...
Kerajaan Campuran Umno Pas

Kerajaan Campuran Umno Pas

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 427 hits
Maknanya sudah ada Perlis Kelantan Terengganu dan Pahang Setakat ini untuk merampas kembali Melaka Negeri Sembilan Perak dan Kedah amat cerah Tidak mustahil pula Johor dan Selangor MB Perlis sambut baik kerajaan campuran Umno PASPerlis meny...
Kerjasama Pas Umno Ph Perlu Cemas

Kerjasama Pas Umno Ph Perlu Cemas

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 259 hits
PENYATUAN dua parti Melayu terbesar dengan menandatangani piagam dalam Himpunan Penyatuan Ummah kelmarin tidak boleh dilihat sebagai satu peristiwa yang remeh atau tidak signifikan Pakatan Harapan harus menerima peristiwa ini dengan cemas d...
Umno Pas Alliance For Benefit Of Najib Zahid And Their Supporters Veteran Newsman Says

Umno Pas Alliance For Benefit Of Najib Zahid And Their Supporters Veteran Newsman Says

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 381 hits
A Kadir Jasin says PAS president Abdul Hadi Awang played third fiddle to Najib Razak and Ahmad Zahid Hamidi PETALING JAYA The historic charter signed by Umno and PAS to formalise their political cooperation was in fact for the benefit of Na...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut