Muhyiddin Yakin Tok Pa Ikhlas Enggan Pegang Jawatan Bersatu



Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan penyertaan Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam parti adalah ikhlas dan tidak berhajat memegang sebarang jawatan.

Beliau berkata Mustapa atau Tok Pa membuat keputusan itu kerana beliau yakin dengan perjuangan parti itu selain menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi Bersatu.

“Mustapa awal-awal lagi menyatakan kepada saya dia tidak berhajat untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti, dan saya yakin beliau bersikap ikhlas untuk menyertai parti.

Loading...
“Bersatu sentiasa terbuka menerima sesiapa sahaja yang boleh memperkukuhkan parti dan Mustapa pun dah lama (dalam politik) juga sebagai menteri dan anggota parlimen,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama pemimpin tempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di sini, hari ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, turut mengakui beberapa anggota Parlimen Umno yang lain ada membuat pertemuan dengannya untuk bertanyakan pandangan mengenai penyertaan dalam Bersatu namun mereka tidak membuat sebarang keputusan.

Mustapa yang bertindak keluar Umno bulan lepas, menyerahkan borang keanggotaannya secara rasmi kepada Dr Mahathir sambil disaksikan Muhyiddin dan pimpinan tertingginya pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan tertinggi parti berkenaan di Petaling Jaya, malam tadi.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Anggota Parlimen Pagoh itu berkata kerajaan sedang mengumpul maklum balas daripada pelbagai pihak sebelum memuktamadkan pemansuhan pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan di negara ini.

Beliau berkata, perkara berkenaan akan dibawa ke pejabat Peguam Negara untuk diteliti terlebih dahulu sebelum dibentangkan ke Parlimen.

“Kita sedang mendapatkan maklum balas dari pelbagai pihak, media pun buat kajian ada yang setuju ada yang tidak, setakat ini keputusan muktamad belum dibuat,” kata Muhyiddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gambir.

Beliau berkata, meskipun banyak negara lain telah melaksanakan pemansuhan berkenaan, namun Malaysia perlu meneliti pelbagai sudut sebelum mengambil langkah sama.

Dalam pada itu, ketika berucap pada majlis berkenaan Muhyiddin memaklumkan bahawa kesihatannya kini sudah 60 peratus pulih selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas serta beberapa sesi kemoterapi.

“Pankreas saya dipotong 40 peratus begitu juga deodenum dan saluran hempedu turut dipotong. Saya perlu menjalani lapan sesi kemoterapi di mana empat sudah selesai, empat lagi akan dilakukan dalam tempoh empat bulan ini,” katanya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/10/muhyiddin-yakin-tok-pa-ikhlas-enggan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Yakin Tun Mahathir Pegang Janji Letak Jawatan Selepas 2 Tahun

Anwar Yakin Tun Mahathir Pegang Janji Letak Jawatan Selepas 2 Tahun

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 374 hits
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menandatangi perjanjian untuk menobatkan beliau sebagai Perdana Menteri kelapan Beliau berkata banyak pihak mempersoalkan kebenaran sejauh mana Perdana Menteri ak...
Pemandu Teksi Akan Lumpuhkan Kl Jika Tun M Enggan Letak Jawatan

Pemandu Teksi Akan Lumpuhkan Kl Jika Tun M Enggan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 612 hits
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Tuan tuan saudara dan saudari Hari ini Kerajaan Pakatan Harapan yang diperintah Tun Dr Mahathir anggap kita pemandu teksi sebagai orang yang biadap Tuan tuan di media sosial kini penyokong penyokong P...
Sertai Bersatu Tak Dibuat Tergesa Gesa Hampir Sebulan Istikharah Kata Tok Pa

Sertai Bersatu Tak Dibuat Tergesa Gesa Hampir Sebulan Istikharah Kata Tok Pa

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 213 hits
Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penyertaan beliau ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak dilakukan secara tergesa gesa Malah bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata beliau telah memikirkan perkara ber...
Tok Pa Masuk Bersatu Nak Kejar Kepentingan Peribadi

Tok Pa Masuk Bersatu Nak Kejar Kepentingan Peribadi

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 264 hits
Ahli Parlimen Jeli bukan pejuang sejati Ketua UMNO Tanjung PiaiPONTIAN Tindakan Ahli Parlimen Jeli Datuk Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia hanya kerana mahu mengejar kepentingan peribadi kata Ketua UMNO Bahagian Tanju...
Kehadiran Tok Pa Dalam Bersatu Mampu Perkukuhkan Parti Kata Mukhriz

Kehadiran Tok Pa Dalam Bersatu Mampu Perkukuhkan Parti Kata Mukhriz

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 291 hits
ALOR SETAR Keputusan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilihat dapat membantu memperkukuh parti selain merangka hala tuju yang jelas kepada negara Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri ...
Dua Perkara Bakal Menyusul Dalam Waktu Terdekat Ini Selepas Tok Pa Memilih Menyertai Bersatu

Dua Perkara Bakal Menyusul Dalam Waktu Terdekat Ini Selepas Tok Pa Memilih Menyertai Bersatu

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 277 hits
Meskipun ada enam Ahli Parlimen UMNO yang sudah meninggalkan parti itu setakat ini hanya Ahli Parlimen Jeli Mustapa Mohamed yang memilih untuk menyertai Bersatu Mustapa mengumumkan kemasukannya ke dalam Bersatu malam tadi di hadapan barisan...
Tok Pa Sah Sertai Bersatu

Tok Pa Sah Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 225 hits
Mustapa Mohamed menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Be
Itu Jawatan Pm Ahmad Albab Yang Punya

Itu Jawatan Pm Ahmad Albab Yang Punya

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 359 hits
Bersihkan nama secara Islam secara mudah lakukanlah tanpa dolak dalik
Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Projek Impak Tinggi Kampung Tersusun Keutamaan Kerajaan Di Kedah

Cristiano Ronaldo Hat Trick Lagi

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Bahagian

Pipe And Drape Backdrop Ideas For Weddings Budget Friendly Elegance

Warna Hitam Tetap Menarik Dan Cantik Dipakai Dipagi Hari Raya

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda