Muhyiddin Ulangi Kesilapan Najib


 
Melihat kempen Muhyiddin Yassin untuk menumbangkan Warisan di Sabah ini barangkali mengingatkan kita kepada cara kempen Najib Razak pada PRU13 dan PRU14 lalu.
Penonjolan poster yang banyak, sandaran kepada imejnya selaku Perdana Menteri, bahkan keghairahan Muhyiddin sendiri menonjolkan dirinya seolah-olah popular dan disukai rakyat adalah sama seperti yang dilakukan Najib pada dua PRU sebelum ini.
Kedua-dua mereka nampaknya sama gaya dan citarasa dalam menonjolkan diri masing-masing bagi tujuan mencipta kemenangan.
Pada PRU13 di tahun 2013, Najib adalah pertama kali mengemudi BN menghadapi PRU sebagai Perdana Menteri, manakala di PRN Sabah ini juga merupakan cabaran pertama Muhyiddin selaku Perdana Menteri.
Ketika itu, poster gambar Najib jelas lebih banyak berbanding poster calon-calon yang bertanding, khususnya di Selangor, negeri yang ditarget untuk dirampas oleh BN.
Di merata jalan, terlihat poster, kain rentang, billboard di lebuhraya, malah di kaca tv, penonjolan terhadap wajah Najib memang agak luar biasa.
Namun, dalam PRU13 itu, walaupun BN kekal berkuasa, tetapi jumlah kerusi kemenangannya berkurangan daripada 140 yang dicapai pada 2008 kepada 133 kerusi saja.
Maka, ia membuktikan penonjolan Najib secara keterlaluan adalah sesuatu yang gagal.
Dalam fasa menghadapi PRU14, sementara Najib mula dibebani dengan skandal 1MDB, penonjolan terhadapnya tetap berterusan lagi.
Najib terus dinanang dan diagung-agungkan dengan lebih meninggi, bahkan poster dan plakad “I ❤️ PM” mula menjadi kewajipan dalam setiap majlis dan program yang dihadiri oleh Najib.
Media arus perdana dan pemain media sosial berbayar pula terus menjulang dan menaikkan nama Najib sebagai simbol untuk memenangi PRU14, sambil dalam masa yang sama semua kelemahannya cuba ditutup rapat dengan sebaik mungkin.
Ringkas cerita, dengan semua yang dilakukan itu, BN akhirnya tumbang buat pertama kalinya pada PRU14 tersebut.
Sekali lagi bermakna usaha menonjolkan Najib secara berlebihan telah mendatangkan kegagalan.
Dalam PRN Sabah yang sedang berlangsung sekarang, apa yang dilakukan oleh Muhyiddin atau apa yang ditonjolkan mengenai Perdana Menteri dalam gerakan kempennya untuk memenangkan GRS adalah sama dan ulangan kepada apa yang pernah dilakukan Najib pada PRU13 dan PRU14 lalu.
Gambar dan poster Muhyiddin bertaburan di Sabah, di sebalik beliau bukanlah calon dan sentimen anti Semenanjung juga agak meluap-luap di negeri tersebut.
Gaya kempen Muhyiddin pula tidak langsung menggambarkan beliau seorang “Abah” yang adil kepada anak-anak di mana amarannya bahawa Sabah akan menikmati lebih peruntukan kewangan jika kepimpinan negeri selagi dengan pusat adalah sesuatu yang tidak wajar sebenarnya.
Ia adalah suatu “amaran jahat” yang memperlihatkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri mula mahu menunjukkan keangkuhan terhadap kuasa yang ada dalam tangannya.
Bukankah dulu Najib juga pernah mengucapkan nada yang hampir sama untuk menawan Selangor dan Pulau Pinang?
Yang nyata, lagak angkuh Muhyiddin itu hanya melebarkan lagi sentimen anti Semenanjung di Sabah kerana memberi amaran tentang kebebasan dalam membuat pilihan tentu saja sesuatu yang menyakitkan hati bagi rakyat yang merdeka.
Untuk minggu terakhir kempen sebelum pengundian pada 26 September depan, adalah dipercayai Muhyiddin akan datang lagi ke Sabah.
Untuk fasa berikutnya, sementara posternya kekal bertaburan lebih banyak di mana-mana di Sabah, gaya kempennya yang sama dijangka akan berterusan lagi.
Pengumuman peruntukan pembangunan, amaran tentang perlunya kepimpinan negeri selari dengan Pusat dan segala macam lagi akan terus bergema lagi.
Begitu pun, sehingga ini nampaknya gerak kempen Muhyiddin itu dilihat tidak begitu berjaya, bahkan Warisan terus ke depan untuk memacu kemenangan pada 26 September depan.
Apakah dalam hal ini Muhyiddin tidak lebih hanya meniru dan mengulangi kegagalan Najib semata-mata? (Shahbudindotcom 20/09/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/muhyiddin-ulangi-kesilapan-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Dengan Umno Secara En Bloc Suatu Beban Dan Kesilapan Muhyiddin

Kerjasama Dengan Umno Secara En Bloc Suatu Beban Dan Kesilapan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 315 hits
1 Apabila Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa dia telah dimaklumkan bahawa ramai Ahli Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh kita simpulkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin ...
Muhyiddin Najib 0 0

Muhyiddin Najib 0 0

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 228 hits
Jika Najib dengar nasihat Mahathir berundur Muhyiddin naik jadi PM Tidak perlu berdepan dengan situasi sekarang UMNO terus kuat dan tidak sinonim dengan korup Anwar yang terlibat dengan kes mahkamah liwat juga sebab tidak ikut nasihat Mahat...
Penyokong Najib Juga Kata Kerajaan Muhyiddin Tumbang

Penyokong Najib Juga Kata Kerajaan Muhyiddin Tumbang

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 335 hits
BORHAN AHMAD Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang penyokong Datuk Seri Najib Razak dalam Umno juga berkata perkara yang sama bahawa sekarang tidak ada lagi kerajaan yang sah selepas keraja...
Usul Tidak Percaya Kepada Muhyiddin Yang Sebenarnya Adalah Usul Percaya Kepada Dap

Usul Tidak Percaya Kepada Muhyiddin Yang Sebenarnya Adalah Usul Percaya Kepada Dap

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 325 hits
Usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibentang di Parlimen oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebenarnya adalah usul percaya kepada DAP USUL TIDAK PERCAYA KEPADA YAB PERDANA MENTERI Tuan Yang di Pertua 1 Sa...
Muhyiddin Harus Berani Pecat Timbalan Menteri Yang Merapu

Muhyiddin Harus Berani Pecat Timbalan Menteri Yang Merapu

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 282 hits
Jika Muhyiddin Yasin ada buah pelir pecat lah tim menteri yang cakap merapu macam orang mabuk ketum 2 Mana ada dalam sejarah Kementerian kena nafikan kenyataan Tim Menteri di Kementerian yang sama Hanya ada di Malaysia 3 Polisi atau dasar K...
Muhyiddin Adalah Penyelamat Negara Kata Hamzah

Muhyiddin Adalah Penyelamat Negara Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 330 hits
Kerajaan PN yang ditubuhkan pada Mac lalu bukan sekadar gabungan atas nama Perikatan Nasional malah Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin melihatnya sebagai penyelamat negara Berucap pada majlis himpunan Perikatan Nasional Sabah malam t...
Muhyiddin Took Johor Chief Role To Strengthen Bersatu Faizal Azumu

Muhyiddin Took Johor Chief Role To Strengthen Bersatu Faizal Azumu

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 300 hits
Bersatu president Muhyiddin Yassin took up the position of Bersatu Johor chief to further strengthen the state party chapter said party deputy president Ahmad Faizal Azumu Faizal who is Perak menteri besar was speaking to reporters today wh...
Menteri Pertahanan China Jumpa Muhyiddin Bincang Hubungan 2 Hala

Menteri Pertahanan China Jumpa Muhyiddin Bincang Hubungan 2 Hala

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 238 hits
PETALING JAYA Menteri Pertahanan China Wei Fenghe menemui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur pada Isnin lalu untuk membincangkan kerjasama 2 hala antara kedua dua negara Muhyiddin dipetik agensi berita China Xinhua sebagai ber...
Parlimen Tak Bahas Tun M Siar Usul Pecat Muhyiddin Di Blog

Parlimen Tak Bahas Tun M Siar Usul Pecat Muhyiddin Di Blog

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 296 hits
Saya telah bercadang untuk membawa usul tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dalam Dewan Rakyat Tetapi kerajaan menentukan usul ini tidak akan dikemukakan dan dibahas dengan dua kali meletak usul ini di akhir sida...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara