Parlimen Tak Bahas Tun M Siar Usul Pecat Muhyiddin Di Blog



Saya telah bercadang untuk membawa usul tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dalam Dewan Rakyat.
Tetapi kerajaan menentukan usul ini tidak akan dikemukakan dan dibahas dengan dua kali meletak usul ini di akhir sidang dewan. Usul kerajaan didahulukan sehingga tidak ada masa untuk usul saya dibahas. Dengan cara ini sampai bila-bila pun usul saya tidak akan dibincang dalam dewan.
Oleh kerana saya tidak mungkin kemukakan usul saya dalam Parlimen maka saya terpaksa siar usul ini dalam blog saya untuk tatapan orang ramai.
Berikut usul saya itu:
Tuan Yang di-Pertua,
Saya bangun untuk mengemuka usul tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin – ahli bagi kawasan Pagoh, perdana menteri Malaysia kerana sebab-sebab yang saya akan jelaskan sekarang.
Muhyiddin bersama dengan saya dan beberapa orang lain telah tubuh sebuah parti politik dengan tujuan khusus untuk menjatuh Kerajaan pimpinan Najib Razak. Parti yang kami tubuh ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia – Bersatu.
Pendirian Muhyiddin amat tegas dalam perjuangan untuk menjatuh Najib. Oleh kerana rakyat juga ingin melihat Najib dan Barisan Nasional (BN) dijatuhkan, pandangan Muhyiddin diterima baik dan sokongan diberi kepada Bersatu dan Pakatan Harapan (PH), sehingga menang PRU 14.
Najib berpakat dengan PAS dan telah serang Pakatan Harapan kerana kononnya kerajaan Pakatan Harapan ini dikuasai oleh DAP yang akan hancurkan orang Melayu. Untuk elak dari kehancuran ini, sebuah kerajaan Melayu Islam perlu ambil alih kerajaan.
Dakwaan bahawa DAP boleh hancur orang Melayu tidak masuk akal. Orang Melayu tidak mudah dihancur. Percubaan British merampas negeri-negeri Melayu melalui Malayan Union digagalkan oleh orang Melayu.
Demikian juga penyangak mata wang yang cuba jatuhkan nilai mata wang Malaysia supaya kita terpaksa serah pengurusan ekonomi kita kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) juga digagalkan oleh pemerintahan pimpinan Melayu.
Parti Komunis Malaya yang cuba merampas kuasa secara bersenjata kerajaan pimpinan Melayu, juga dikalahkan.
Jika DAP cuba hancurkan orang Melayu, ahli parlimen Pagoh sebagai menteri dalam negeri pada masa itu boleh batalkan pendaftaran parti itu dan haramkan aktiviti mereka.
Tetapi Muhyiddin kononnya percaya DAP boleh hancur orang Melayu. Caranya untuk elak kehancuran ialah dengan menjatuh Kerajaan Pakatan Harapan dan membentuk kerajaan campuran dengan Umno dan PAS.
Saya tidak dapat terima cadangan ini kerana Najib dan Umno yang telah merosakkan negara akan kembali jadi sebahagian daripada Kerajaan. Ini mengkhianati rakyat yang mengundi kita.
Saya telah minta Bersatu tangguhkan perancangan ini tetapi Muhyiddin sudah rapatkan hubungan Bersatu dengan Umno dan PAS di Sheraton Hotel untuk meraya gabungan antara mereka.
Sesungguhnya cara Muhyiddin menjadi perdana menteri amatlah memalukan. Ia tidak pernah berlaku sehingga kini di Malaysia. Beliau sendiri mengaku bahawa kerajaan Perikatan Nasional ini bukanlah kerajaan pilihan rakyat.
Saya sedia terima ahli Umno yang sudah keluar dari Umno untuk menjadi ahli Bersatu dengan syarat. Tetapi kata Ahmad Zahid Hamidi, Umno hanya akan sertai gabungan en-bloc sebagai parti dan bukan sebagai ahli.
Saya bertanya kepada Muhyiddin sama ada dia sanggup bekerjasama dengan parti Umno yang kita musuhi dahulu kerana mencuri dan menipu dan mengamal rasuah? Kata Muhyiddin dia sanggup.
Saya nyatakan saya tidak sanggup. Jika Muhyiddin sanggup, itu pilihannya. Dengan itu pecah berkecailah Bersatu.
Saya sedih kerana rakan seperjuangan sanggup pilih musuh, iaitu Najib, dan menolak saya, rakan dalam parti yang kita tubuh bersama.
Cara Muhyiddin kejar jawatan perdana menteri ialah dengan menipu rakyat dengan janji memperjuang cita-cita mereka.
Apabila Muhyiddin jadi perdana menteri maka kuasa disalah guna untuk mendapat sokongan dengan menawar jawatan-jawatan yang bergaji tinggi kepada sesiapa yang ikrar menyokongnya. Jika jawatan sudah tidak ada lagi, maka dicipta jawatan baru bertaraf menteri kepada penyokong.
Mereka yang tidak sanggup sokong, dilucut keahlian dan jawatan sehingga di peringkat ketua cawangan pun.
Perbuatan ini melanggar undang-undang tubuh parti kerana selain dari tidak sokong Muhyiddin mereka tidak langgar apa-apa peraturan parti.
Ugutan dibuat kepada sesiapa yang membantah.
Kerajaan Pakatan Harapan telah berusaha membersihkan pengurusan syarikat-syarikat kerajaan dari diisi dengan ahli politik yang tidak berpengalaman. Pengganti yang dipilih terdiri dari tokoh profesional yang berpengalaman yang bukan ahli politik dan bukan dari Pakatan Harapan.
Muhyiddin telah buang orang profesional ini dan lantik orang politik yang menyokongnya. Maka situasi yang terdapat di zaman Najib pun kembali semula.
Jika sogokan tidak diterima maka tekanan boleh dilakukan dengan dipanggil untuk disoal siasat oleh jabatan kerajaan.
Sesungguhnya orang dari parti bukan kerajaan ditekan dengan pelbagai cara supaya jika diadakan PRU mereka ini akan takut dan terhalang dari bertanding.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29620

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Tidak Percaya Kepada Muhyiddin Yang Sebenarnya Adalah Usul Percaya Kepada Dap

Usul Tidak Percaya Kepada Muhyiddin Yang Sebenarnya Adalah Usul Percaya Kepada Dap

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 324 hits
Usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibentang di Parlimen oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebenarnya adalah usul percaya kepada DAP USUL TIDAK PERCAYA KEPADA YAB PERDANA MENTERI Tuan Yang di Pertua 1 Sa...
Muhyiddin Harus Berani Pecat Timbalan Menteri Yang Merapu

Muhyiddin Harus Berani Pecat Timbalan Menteri Yang Merapu

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 282 hits
Jika Muhyiddin Yasin ada buah pelir pecat lah tim menteri yang cakap merapu macam orang mabuk ketum 2 Mana ada dalam sejarah Kementerian kena nafikan kenyataan Tim Menteri di Kementerian yang sama Hanya ada di Malaysia 3 Polisi atau dasar K...
Abdul Hadi Ahli Parlimen Pertama Tandatangan Sd Sokong Saya Jadi Pm Dedah Muhyiddin

Abdul Hadi Ahli Parlimen Pertama Tandatangan Sd Sokong Saya Jadi Pm Dedah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 323 hits
15 total views 15 views today Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan ahli parlimen pertama yang menandatangani akuan bersumpah bagi menyokongnya sebagai Perdana Menteri kelapa...
Tun M Pembangkang Tak Boleh Hidup Bawah Muhyiddin

Tun M Pembangkang Tak Boleh Hidup Bawah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 325 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang sekarang seolah olah tidak boleh hidup selepas menentang kerajaan Perikatan Nasional Nasional Beliau mendakwa ahli Parlimen pembangkang sukar mendapat ...
Bila Lagi Bersatu Nak Pecat Osman Sapian Adakah Muhyiddin Takut

Bila Lagi Bersatu Nak Pecat Osman Sapian Adakah Muhyiddin Takut

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 261 hits
Bekas Menteri Besar Johor Osman Sapian hadir dalam satu majlis anjuran Pejuang malam tadi tiga hari selepas Lembaga Disiplin Bersatu berkata Adun Kempas itu masih menjadi anggota parti tersebut Abu Bakar Yahya Setiausaha Politik Tun Mahathi...
Tun M Luah Rasa Kecewa Terhadap Pengkhianatan Muhyiddin

Tun M Luah Rasa Kecewa Terhadap Pengkhianatan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Perikatan Nasional didesak mengembalikan kerajaan diperintah kepada Pakatan Harapan seperti pilihan rakyat pada Pilihan Raya Umum 14 Tuntutan ini dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usul undi ti...
Tun M Kemuka Usul Tidak Percaya Terhadap Pm Di Laman Sosial

Tun M Kemuka Usul Tidak Percaya Terhadap Pm Di Laman Sosial

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 309 hits
SHAH ALAM Akibat kecewa gagal membawa usul tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyiarkan usul itu di laman sosial dan blognya hari i...
Pejuang Bakal Jadi Kingmaker Tun Mahathir Letak Sasaran Pejuang Menang 36 Kerusi Parlimen

Pejuang Bakal Jadi Kingmaker Tun Mahathir Letak Sasaran Pejuang Menang 36 Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 316 hits
1 080 total views 1 080 views today Tun Dr Mahathir Mohamad meletak sasaran Parti Pejuang Tanah Air yang ditubuhkannya untuk memenangi 36 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang Tun Mahathir berkata walaupun jumlah berkenaan secara d...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm