Dominan Umno Bermakna Mereka Mahu Rebut Kerusi Perdana Menteri






Hasrat dan ingin kembali dominan menjadi topik paling hangat sepanjang berlangsungnya PAU2024 yang berakhir semalam.


Sama ada di dalam atau di luar dewan mesyuarat, dominan adalah perkataan yang hampir tidak lekang diperkatakan.


Kalaulah UMNO tidak menang di PRK Nenggiri baru-baru ini, ungkapan dominan sudah pasti akan kekal tersembunyi di Gua Musang.


Hanya kerana menang di Nenggiri, berdentam-dentum pemimpin UMNO mahu parti itu kembali dominan.


Apa sebenarnya dominan yang ingin dihasrati oleh UMNO itu?


Mampukah ia dicapai?


Dalam hal berkaitan, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada ahli-ahli parti itu agar mengetepikan perbezaan dalam usaha memperkuatkan parti supaya ia kembali menjadi dominan pada PRU16 akan datang.


“Untuk jadi dominan semula, tak ada orang lain boleh bantu kita, kita mesti bantu diri dengan memperkuatkan parti kita sendiri,” katanya.


Ketua Pemuda UMNO,  Dr Akmal Saleh pula tidak mahu parti Melayu itu selesa dengan situasi semasa iaitu sekadar menjadi pelengkap kepada kerajaan perpaduan hari ini.


Sebaliknya, beliau menegaskan, UMNO perlu kembali menjadi dominan dalam landskap politik tanah air seperti di era kegemilangan parti Melayu itu sebelum ini.


Naib Presiden UMNO, Johari Abdul Ghani berkata, untuk kembali dominan, UMNO dan BN mungkin memerlukan dua atau tiga pilihan raya lagi bagi merealiasaikan hasrat tersebut.


Bagi situasi semasa dan dalam konteks kerajaan perpaduan sekarang, keinginan UMNO kembali dominan itu tidak lain bermakna parti itu ingin memenangi jumlah kerusi terbanyak dan seterusnya kembali menduduki kerusi Perdana Menteri.


Sama ada akan bertanding solo atau berdasarkan pembahagian kerusi mengikut formula kerajaan perpaduan, UMNO pada hakikatnya mahu memenangi jumlah kerusi terbesar sekali bagi mencapai tujuan itu.


Kalau sekarang BN ada 30 kerusi dan PH ada 81 (dulu ada 82 termasuk Muda), ini bermakna UMNO pada  PRU16 akan datang harus meningkatkan jumlah kemenangan mereka melebihi mana-mana parti dalam PH sekarang.


Jumlah kerusi PH sekarang ialah DAP 40, PKR 31, Amanah 8 dan Upko 2.


Katalah UMNO dan PH  masih boleh membentuk kerajaan selepas PRU16 akan datang, di sinilah pentingnya kerudukan dominan dan jumlah kerusi terbanyak itu.


Jika jumlah kerusi UMNO lebih besar daripada PKR, maka sudah tentu mereka akan menuntut kerusi Perdana Menteri yang kini disandang oleh Anwar Ibrahim.


Tetapi dalam hal ini, PKR masih disokong oleh DAP, Amanah dan Upko yang sudah tentu lebih mahu pemimpin PKR mengisi jawatan Perdana Menteri berbanding menyerahkannya kepada UMNO.


Keadaan hanya mungkin berubah jika jumlah kerusi UMNO jauh lebih besar daripada PKR.


Kalau bertanding solo pula, jika berjaya memenangi jumlah kerusi terbanyak, UMNO pada ketika itu sudah tentu akan membuka ruang mencari rakan kongsi daripada parti-parti lain bagi merealiasasikan cita-cira dominan mereka.


Soalnya, bolehkah semua itu dicapai dengan mudah?


Apakah Anwar tidak menyedari dominan UMNO itu bererti boleh mengancam kedudukannya?


Dalam hal ini, pandangan Johari Ghani ternampak lebih realistik iaitu UMNO memerlukan dua atau tiga PRU lagi untuk mampu kembali dominan.


Itu pun, jika UMNO benar-benar sedia untuk berubah. – ShahbudinHusin 25Ogos2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/08/25/dominan-umno-bermakna-mereka-mahu-rebut-kerusi-perdana-menteri.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/08/dominan-umno-bermakna-mereka-mahu-rebut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sindiket Perdagang Manusia Bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Buat Laporan Polis Nafi Terlibat

Sindiket Perdagang Manusia Bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Buat Laporan Polis Nafi Terlibat

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 73 hits
FMT ReportersBekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau tidak teragak agak ambil tindakan mahkamah terhadap pihak cuba mengaitkannya dengan fitnah itu Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Mashitah Ibrahim ...
Video Kumpulan Roasting Ramai Ramai Menteri Soroti Bahlil Rebut Kursi

Video Kumpulan Roasting Ramai Ramai Menteri Soroti Bahlil Rebut Kursi

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 59 hits
Airlangga Hartarto dan Bahlil Lahadalia tampak akrab sebelum menghadiri sidang kabinet paripurna dipimpin oleh Jokowi
Kemenangan Di Nenggiri Kubu Umno Selama Berdekad Tanpa Mesin Atm Tidak Bermakna Kebangkitan Semula

Kemenangan Di Nenggiri Kubu Umno Selama Berdekad Tanpa Mesin Atm Tidak Bermakna Kebangkitan Semula

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 107 hits
malaysianow com myOgos 19 2024 9 16 pagiPenilaian penerimaan masyarakat Melayu terhadap Umno boleh diukur dengan lebih tepat di negeri Pantai Barat kata penganalisis Pelancaran mesin ATM pertama untuk penduduk Nenggiri antara bahan kempen k...
Muhyiddin Tidak Sepatutnya Terus Ungkit Cerita Perlantikan Perdana Menteri

Muhyiddin Tidak Sepatutnya Terus Ungkit Cerita Perlantikan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 68 hits
19 August 2024Malang berganda nampaknya menimpa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sekarang ini Sudahlah calon Bersatu yang diambil daripada Pas kalah dalam PRK Nenggiri beliau pula kini berdepan siasatan kerana menyentuh isu 3R ketika berke...
Kembalikan Umno Sebagai Parti Dominan Antara Fokus Utama Pau2024

Kembalikan Umno Sebagai Parti Dominan Antara Fokus Utama Pau2024

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 222 hits
malaysiakini comANALISIS Suasana Perhimpunan Agung Umno 2024 berbeza berbanding PAU sebelum ini selepas BN tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 pada tahun 2018 Aura kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri mewarnai PAU2024 dalam m...
Khairy Pertikai Perlantikan Perdana Menteri Muhyiddin Wajar Mohon Maaf Kepada Sultan Pahang

Khairy Pertikai Perlantikan Perdana Menteri Muhyiddin Wajar Mohon Maaf Kepada Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 108 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar memohon maaf kepada Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah kerana mempertikai pelantikan Perdana Menteri yang menjadi kuasa mutlak bagind...
Kenyataan Zahid Buktikan Umno Akan Terus Jadi Pelengkap Bukan Dominan

Kenyataan Zahid Buktikan Umno Akan Terus Jadi Pelengkap Bukan Dominan

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 159 hits
utusantv comOleh August 24 2024Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur GAMBAR Abd Razak AidKETIKA menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agun...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof