Najib Mendakwa Sokongan Ahli Parlimen Bn Terhadap Belanjawan 2021 Adalah Bersyarat


KUALA LUMPUR - Pengerusi Kelab Ahli Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu, sokongan beliau dan rakan-rakan terhadap Belanjawan 2021 adalah bersyarat.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau mahu rakyat dibenarkan membuat pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one-off.
Selain itu, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan juga perlu memastikan pelanjutan moratorium diperluaskan kepada golongan M40, sehingga Jun 2021. 
“Kita bukan sekadar wakil atau jurucakap sahaja. Yang baik kita puji, yang tak elok kita perbaiki, yang langsung tak boleh diterima harap dipinda atau dimansuhkan. Harap kerajaan terbuka hati, dan mengambil kira pandangan dan cadangan.
“Belanjawan 2021 telah dapat menyediakan keperluan rakyat seperti yang saya terangkan tadi. Tetapi berdasarkan expectation (harapan) rakyat, perlu ditokok tambah dan buat penambahbaikan supaya penerimaan rakyat (terhadap Belanjawan 2021) akan menjadi lebih mantap dan menyeluruh,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbelanjaan (Belanjawan 2021) di Dewan Rakyat hari ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan antara tahun 2008 hingga 2018 berkata, beliau melihat pertumbuhan negara berada dalam paras terendah sejak sepuluh tahun lalu dan pembayaran dividen kepada rakyat juga berada pada kadar yang lembab.
Atas sebab itu, beliau berpandangan, pengeluaran RM10,000 dari KWSP bukan sahaja dapat membantu rakyat yang terdesak, bahkan tidak akan memberi kesan kepada pengiraan defisit negara.
“Ini saya maksudkan sebagai langkah berani dan luar biasa atau bold and unconventional method dalam keadaan luar biasa. Dana ini amat diperlukan untuk menambah kitaran wang dalam ekonomi. Pada masa ini kita sedar perbelanjaan kerajaan terhad dan langkah ini dapat membantu rakyat yang terdesak dan terkesan,” katanya lagi
Najib berkata, tanggungjawab kerajaan bukan untuk menafikan hak rakyat, tetapi fokus harus tertumpu kepada usaha memulih dan memastikan kadar simpanan pencarum kembali bertambah.
Jelasnya lagi, perkara itu boleh direalisasikan melalui beberapa cara, antaranya membantu KWSP meraih pendapatan dengan pemberian projek seperti dilakukan sebelum ini seperti Kwasa Land, Battersea di United Kingdom dan pemilikan 46 peratus saham PLUS
Keduanya, Najib turut menggariskan, kerajaan juga boleh mengubah struktur caruman pekerja dan majikan kepada kadar yang lebih tinggi selepas COVID-19 semakin pulih.
Dan ketiga, beliau mencadangkan agar kerajaan mengubah struktur pembayaran dividen melalui kaedah multi-tier dividend structure yang mana baki simpanan lebih rendah akan terima dividen lebih tinggi.
“Dengan ini simpanan masa tua pencarum yang terpaksa keluar one-off dari akaun pertama dapat dipulihkan dalam masa terdekat,” jelasnya lagi.
Najib berkata, pengeluaran wang RM10,000 itu amat penting untuk mereka yang kehilangan pekerjaan dan ingin memulakan hidup baharu seperti memulakan perniagaan, membeli alatan seperti motosikal dan sebagainya.
“Mustahil hidup baharu golongan yang terjejas, dapat dimulakan dengan hanya sekadar pengeluaran RM500 sebulan dari akaun tersebut,” kata Najib lagi.
Mengenai moratorium, Najib berkata, beliau bersetuju dengan ucapan perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, bahawa keuntungan bank tidak akan terjejas jika ia dilanjutkan dan diperluaskan kepada M40.
“Saban hari saya terima banyak aduan dan keluhan rakyat yang terkesan daripada pandemik COVID-19. Jika kita lihat melalui platform media sosial seperti Facebook, dan Twitter, rata rata bukan sahaja saja dari
B40, malah M40 turut terima impak yang sangat dasyat.
“Pada belanjawan kali ini, kerajaan hanya memanjangkan moratorium pada B40, itu pun tidak kepada semua. Seakan-akan lupakan golongan M40 yang juga terima kesan yang besar daripada situasi yang kita hadapi,” tegas beliau lagi.
Sehubungan itu, Najib berkata, sokongan beliau dan rakan-rakan BNBBC tertakluk kepada kedua-dua perkara yang dibangkitkan itu. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/11/najib-sokongan-ahli-parlimen-bn.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ydp Agong Nasihatkan Ahli Ahli Parlimen Beri Sokongan Padu Kepada Belanjawan 2021

Ydp Agong Nasihatkan Ahli Ahli Parlimen Beri Sokongan Padu Kepada Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 326 hits
193 total views 193 views today KUALA LUMPUR Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menasihati ahli ahli Dewan Rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 Datuk Pengelola Bijaya Diraja Dat...
Bn Sokong Belanjawan 2021 Dengan Bersyarat Najib

Bn Sokong Belanjawan 2021 Dengan Bersyarat Najib

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 196 hits
KUALA LUMPUR Ahli ahli Parlimen Barisan Nasional membuat pendirian sokongan mereka ke atas Belanjawan 2021 adalah secara bersyarat Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Datuk Seri Najib Razak berkata syarat itu adalah kerajaan perlu me...
Zahid Dakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional Sebulat Suara Sokong Belanjawan 2021

Zahid Dakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional Sebulat Suara Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli parlimen BN berjanji untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat ini Ahli ahli parlimen Barisan N...
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 397 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Belanjawan 2021 Bn Akan Sokong Dengan Bersyarat Antaranya Pelanjutan Moratorium Pengeluaran Kwsp Secara One Off Najib

Belanjawan 2021 Bn Akan Sokong Dengan Bersyarat Antaranya Pelanjutan Moratorium Pengeluaran Kwsp Secara One Off Najib

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 303 hits
1 222 total views 1 222 views today KUALA LUMPUR 10 Nov Barisan Nasional menyatakan sokongan bersyarat terhadap Belanjawan 2021 dengan menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran one off hingga RM10 000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan...
Belanjawan 2021 Speaker Hanya Benarkan 80 Ahli Parlimen Berada Di Dalam Dewan Rakyat

Belanjawan 2021 Speaker Hanya Benarkan 80 Ahli Parlimen Berada Di Dalam Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Hanya 80 Ahli Parlimen dibenarkan berada dalam Dewan Rakyat sepanjang tempoh persidangan mesyuarat ketiga termasuk ketika pembentangan Belanjawan 2021 esok Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata perkara itu...
Speaker Akur Benarkan Semua Ahli Parlimen Masuk Dengar Belanjawan 2021

Speaker Akur Benarkan Semua Ahli Parlimen Masuk Dengar Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 251 hits
Azhar berkata SOP sedia ada iaitu had 80 orang Ahli Parlimen pada satu satu masa akan berjalan pada sesi seterusnya Isnin ini KUALA LUMPUR Pembentangan Rang Undang undang Pembekalan 2021 yang sepatutnya bermula 4 petang di Dewan Rakyat terh...
Muhyiddin Tak Perlu Bimbang Akan Sokongan Barisan Nasional Terhadap Belanjawan 2021

Muhyiddin Tak Perlu Bimbang Akan Sokongan Barisan Nasional Terhadap Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 233 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu bimbang dengan sokongan Barisan Nasional terhadap Belanjawan 2021 kata anggota Majlis Tertinggi UMMO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata BN...
Bn Kena Guna Parlimen Pastikan Belanjawan 2021 Ikut Kehendak Rakyat Najib

Bn Kena Guna Parlimen Pastikan Belanjawan 2021 Ikut Kehendak Rakyat Najib

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 375 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional terpaksa menggunakan perbahasan dalam Dewan Rakyat untuk memastikan Belanjawan 2021 adalah selari dengan kehendak dan keperluan rakyat Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ini kerana mereka tida...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Lunch Di Restoran Saffani Ipoh Perak

Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms