Muhyiddin Pm Paling Lemah Dalam Sejarah



TS Shahrir Samad
Saya ditanya mengapa perlu saya hujahkan bahawa TS Muhyiddin Yasin adalah PM yang paling lemah dalam sejarah negara.
Kepimpinan lemah tidak membawa kebaikan bagi rakyat dan negara ketika rakyat berhadapan dengan kesan mencabar terhadap kehidupan mereka. Dari segi kesihatan awam, rakyat bertuah kerana sistem kesihatan awam negara telah terbina kukuh bertahun lamanya sehingga mampu mengatasi sistem kesihatan awam negara-negara maju.
Namun, rakyat dan negara perlu juga kepada kestabilan politik supaya ekonomi rakyat dan negara mampu bertahan kesan buruk wabak COVID 19 dan mampu meningkat kembali apabila wabak itu dapat diredakan.
Kesilapan TS Muhyiddin dan rakan-rakan politiknya menasihatkan YDPA untuk mengistiharkan darurat kononnya kerana inilah caranya negara bolih mengatasi wabak COVID 19 telah sebenarnya membuka kelemahan kerajaan PN itu sendiri.
Ianya suatu tindakan yang ‘desperate’ dan mendedahkan kelemahan kumpulan penasihat dan perancang TS Muhyiddin, ‘inner circle’nya dan jemaah menteri PN.
Keputusan untuk diistihar darurat sudah cukup memerlukan TS Muhyiddin meletakkan jawatan kerana pentadbir semasa darurat tidak perlu baginya kekal sebagai PM!
Siapalah yang menasihat TSMY untuk menyembahkan nasihat ini kepada YDPA? Saya dengar ramai peguam2 yang rapat dengan PPBM dan komponen PN yang telah terlibat menasihat TSMY.
Apabila nasihat TSMY ditolak oleh YDPA, sekali lagi terdedah kelemahan kepimpinan TSMY sebagai PM dan lagi mengukuhkan sebab TSMY sepatutnya meletakkan jawatannya sebagai PM.
Seterusnya, kerajaan PN terpaksa berhadapan pula dengan Dewan Rakyat untuk meluluskan Bajet 2021nya. Sekarang Bajetnya itu mendapat pula ‘talian hayat’ dari YDPA yang bertitah agar Bajet 2021 dilulus oleh Dewan Rakyat.
Dah terbongkar lagi kelemahan kepimpinan kerajaan PN dibawah TSMY!
Keempat, apabila saranan DS Najib selaku Pengerusi BNBBC untuk menyokong Bajet 2021 secara bersyarat sehingga menimbulkan polemik ‘hikayat PGL’ olih wakil rakyat PN-PAS dan keangkuhan Ketua Eksekutif KWSP, TSMY dan PN sudah berdepan dengan keadaan ‘kalah – kalah’ umpama ‘ditelan, mati emak, dibuang,..’.
Ditolak saranan BNBBC pun susah, diterima pun lagi kelihatan lemah PN.
Tidak adil bagi rakyat dan negara terpaksa mendokong kepimpinan kerajaan yang lemah setelah baru 30 bulan dahulu je, mandat rakyat melalui PRU 14 tidak akhirnya membawa kepada kebaikan dan munafaat untuk mereka!
Memang tepat permintaan awal-awal UMNO-BN pada Mac lepas bahawa jalan yang terbaik ialah untuk kembali balik kepada mandat rakyat.
UMNO-BN bersabar dan sanggup meletak tepi keresahan menyokong mereka yang pernah mengkhianati UMNO untuk mereka pula duduk sebagai pemerintah.
Sudah tahu dengan pasti mereka itu mudah mengkhianati kawan dan perjuangan, sekarang jangan bertolak ansur lagi.
Mungkin kah boleh ‘pengkhianat’ bersifat ikhlas?
Hanya mandat rakyat yang mampu menyelamat rakyat dan negara dari kelemahan kepimpinan negara hari ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30566

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Paling Lemah Muhyiddin Atau Umno

Siapa Paling Lemah Muhyiddin Atau Umno

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 353 hits
Menurut kata veteran UMNO Shahrir Samad Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah negara Beliau memberi empat sebab atas hujahnya itu Pertama kerana cubaan mengisytiharkan darurat dengan berselindung di sebalik Covi...
Ini Hujah Shahrir Samad Yang Mendakwa Ts Muhyiddin Pm Paling Lemah

Ini Hujah Shahrir Samad Yang Mendakwa Ts Muhyiddin Pm Paling Lemah

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 485 hits
Saya ditanya mengapa perlu saya hujahkan bahawa TS Muhyiddin Yasin adalah PM yang paling lemah dalam sejarah negara Kepimpinan lemah tidak membawa kebaikan bagi rakyat dan negara ketika rakyat berhadapan dengan kesan mencabar terhadap kehid...
Muhyiddin Terima Usul Undi Tidak Percaya Paling Banyak

Muhyiddin Terima Usul Undi Tidak Percaya Paling Banyak

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 346 hits
Mohd Affendi AbasMuhyiddin cipta sejarah terima usul undi tak percaya paling banyak dalam sejarah Jika 2 3 orang ahli parlimen blok kerajaan yang beralih sokongan maka hilanglah majoriti yang dimiliki PM Setakat ini jelas MP Gua Musang dari...
Resepi Kek Batik Nestum Paling Sedap Mudah Dan Tanpa Telur

Resepi Kek Batik Nestum Paling Sedap Mudah Dan Tanpa Telur

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 1173 hits
Resepi Kek Batik Nestum Paling Sedap Mudah Dan Tanpa Telur Salam semua resepi kek batik di antara resepi yang mudah nak buat sebenarnya Kalau dulu guna bahan untuk buat kek batik hanya asas saja seperti biskut marie serbuk koko susu pekat T...
Kpk Terima 1 650 Pengaduan Bansos Corona Paling Banyak Tak Terima Meski Terdaftar

Kpk Terima 1 650 Pengaduan Bansos Corona Paling Banyak Tak Terima Meski Terdaftar

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 271 hits
Ipi mengatakan keluhan yang paling banyak dilaporkan masyarakat adalah pelapor yang tak menerima bantuan padahal sudah mendaftar Menurut Ipi laporan tersebut diterima pihaknya hingga 730 laporan
Tersingkir Minggu Ke 5 Gegar Vaganza Ramli Ms Suruh Nomad Komen Sendiri Peroleh Mata Paling Rendah

Tersingkir Minggu Ke 5 Gegar Vaganza Ramli Ms Suruh Nomad Komen Sendiri Peroleh Mata Paling Rendah

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 565 hits
Minggu Ke 5 program nyanyian Gegar Vaganza musim ke 7 telah menyaksikan perjuangan penyanyi Nomad sampai ke penghujungnya selepas dia tersingkir apabila memperoleh markah terendah berbanding pesaingnya yang lain Nomad dilaporkan telah mempe...
Mungkin Saya Orang Paling Dibenci Di Malaysia Sekarang

Mungkin Saya Orang Paling Dibenci Di Malaysia Sekarang

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 598 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja belum membuat keputusan membenarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 dan masih dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Kewangan Ketua Pegawai Eksekutifnya Tunku Alizakri Alias berkata KWSP tidak akan meng...
Biodata Haqiem Rusli Pemenang Bintang Paling Popular Abpbh 2020

Biodata Haqiem Rusli Pemenang Bintang Paling Popular Abpbh 2020

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 1030 hits
Biodata Haqiem Rusli Pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 menyaksikan penyanyi terkenal Haqiem Rusli dinobatkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular 2020 mengalahkan beberapa artis senior...
Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis

Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis