Resepi Kek Batik Nestum Paling Sedap Mudah Dan Tanpa Telur


Resepi Kek Batik Nestum Paling Sedap, Mudah Dan Tanpa Telur | Salam semua, resepi kek batik di antara resepi yang mudah nak buat sebenarnya. Kalau dulu guna bahan untuk buat kek batik, hanya asas saja seperti, biskut marie, serbuk koko, susu pekat. Tapi sekarang dah macam - macam resepi untuk kek batik saja. Orang Malaysia kan kreatif, macam - macam resepi kek batik dah keluar. Ada letak telur, dan ada juga tak letak telur bagi sesiapa yang alergik dengan telur. 

Kek batik ini pun salah satu resepi yang tak lapuk dek zaman. Sis rasa sejak zaman sekolah lagi buat. Sekarang ini pun rasanya budak darjah 6 pun dah pandai buat. Berlambak resepi kek batik dalam internet. Pilih yang mana nak resepi kek batik tanpa telur atau ada juga yang letak telur. Sis lebih suka tak letak telur, kalau letak telur pun paling kurang 1 biji. 
Kalau lebih dari itu rasanya dah tak makan dah ada resepi sampai 8 biji telur geleng kepala sis. 

Resepi ini hanya pakai coklat compound dan biskut rasa lebih sesuai tak pakai telur, kek batik nestum ini sedap makan sejuk. Lembut la jugak sebab sis suka kemam dalam mulut. Kalau suhu bilik lagi lembut. 


Oklah, untuk kepada sesiapa yang nak cuba resepi istimewa kek batik nestum tanpa telur. Boleh cuba resepi ini ya. Bab nestum ni tak suka buat air ,tapi kalau bab nak jadikan sesuatu wani suka pulak. Kalau letak oats agaknya ok tak. Sebelum ini pun macam - macam dah jenis kek batik wani buat. Boleh cuba buat carian di blog ini dengan taip di kotak carian bahagian atas sebelah kanan. 
Jom cuba resepi kek batik nestum tanpa telur. 
Baca : 5 Tips Untuk Potongan Kek Batik Kemas Dan Cantik
Resepi Kek Batik Nestum Paling Sedap, Mudah Dan Tanpa Telur
Bahan - Bahan
300 gm coklat compound
400 gm biskut marie HWA TAI ( biskut jenama ini sedap )
1/2 cawan serbuk koko 
3 sudu besar gula pasir
1 tin susu cair
1 sudu besar mentega ( wani guna sudu makan )
3 x 1/2 cawan nestum

Cara - Cara
1. Biskut marie dipatah dua. 
2. Satukan coklat compound, serbuk koko, gula pasir, susu cair dalam satu kuali, buka api dan kacau perlahan sehingga semua bahan sebati.
3. Kacau sehingga adunan coklat mendidih, baru masukkan butter dan kacau sehingga butter cair.
4. Masa tahap ni, pastikan adunan coklat betul-betul mendidih lama sikit nak bagi pekat sebelum masukkan biskut marie.kacau selalu.
5. Kemudian, baru masukkan biskut marie dan gaul sehingga semua biskut disalut dengan coklat sehingga rata.
6. Tutup api dan baru masukkan nestum sikit -sikit, itu sebab buat 3 x 1/2 cawan. Letak 1/2 cawan gaul rata dan letak lagi 1/2 cawan dan 1/2 cawan seterusnya . Tak nak nestum  digaul di tempat yang sama.. nestum kan cepat melekat.
7. Tuang dalam loyang empat segi 8 x 8 ". Ratakan dan tekan biar padat .sejukkan semalaman baru potong.

Nota : 

1. Guna loyang empat segi  8 x 8 "

2. Selepas biskut digaul rata dengan coklat masih ada lagi lebihan coklat, curahkan nestum dekat ada lebihan coklat tu ya sambil gaul rata.

3. Tips untuk ratakan dan padatkan biskut tu dengan gunakan cling wrap menutupi permukaan atas loyang dan tekan dan ratakan biar padat.. tujuannya nak elakkan biskut tu melekat kat sudip, jadi bila buat macam ni tak adalah nak bila nak tekan tu  asyik melekat. 
Baca : Resepi Kek Batik Cheese Sedap Dan Mudah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2015/05/kek-batik-nestum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kek Nestum Gebu Viral 6 Bahan Sedap Dan Tersangat Mudah Buatnya

Kek Nestum Gebu Viral 6 Bahan Sedap Dan Tersangat Mudah Buatnya

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 554 hits
Selain kek marble kek nestum juga antara yang menjadi pilihan kerana teksturnya yang gebu Resipinya lebih kurang dengan kek marble tapi bahan utamanya mesti menggunakan nestum Istimewanya kek nestum ni rasa lemak nestum itu buat anda tak pu...
Koleksi Resepi Mudah Sedap Dan Jimat

Koleksi Resepi Mudah Sedap Dan Jimat

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 625 hits
Assalamualaikum Koleksi Resepi Mudah Sedap Dan Jimat Aku kongsikan dengan korang beberapa himpunan resepi mudah sedap dan jimat Jangan anggap bila mudah tu tak sedap tau Rasa tetap sedap dan mengenyangkan Bahan bahan1 200 gram dada ayam pot...
Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers Paling Simple Sedap Sangat

Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers Paling Simple Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 653 hits
Hi korang Jumaat lepas punya menu ni hahaha lupa plak nak publish biasa la kan bila dah WFH ni macam macam menu keluar sedar sedar jer dah naik berkilo kilo badan hehehe sebenarnya Jumaat tu dah lambat nak buatkan menu untuk Dania Tak sempa...
Himpunan 15 Resepi Donut Gebu Sedap Mudah Buat Untuk Minum Petang

Himpunan 15 Resepi Donut Gebu Sedap Mudah Buat Untuk Minum Petang

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 449 hits
15 Resepi Donut Sedap Gebu Mudah Buat Untuk Minum Petang Anak kat rumah ni cukup suka makan donut Lagi lagi kalau donut gebu dan lembut Kadang geram je rasa bila beli donut tapi tak berapa gebu Donut gebu ni ada juga yang memanggilnya sebag...
Mudah Sangat Buat Kek Nestum Ni Lembut Gebu Bahan Pun Tak Banyak

Mudah Sangat Buat Kek Nestum Ni Lembut Gebu Bahan Pun Tak Banyak

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 534 hits
Saban hari kek coklat kek pisang kek marble dan beraneka kek lain menjadi pilihan kita untuk hari hari istimewa Kek Nestum Viral yang sedang hangat di media sosial ini wajib anda cuba untuk minum petang bersama keluarga Anak anak pastinya t...
Resipi Ikan Siakap Sweet Sour Paling Mudah Tanpa Gula Dan Garam Gerenti Sedap

Resipi Ikan Siakap Sweet Sour Paling Mudah Tanpa Gula Dan Garam Gerenti Sedap

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 552 hits
Sekali sekala teringin juga tekak ini mahukan hidangan lauk panas seperti di kedai makanan Thailand bukan Namun dalam tempoh PKPB ini agak sukar juga untuk ditunaikan Menu ikan siakap sweet sour semestinya sering menjadi pilihan kebanyakan ...
Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap Mudah Dan Berkhasiat

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap Mudah Dan Berkhasiat

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 743 hits
Assalamualaikum hai semua dan salam sejahtera Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil Sedap ke Nak tahu kenalah cuba sendiri Opss sebelum tu bagi yang belum tahu kenapa d...
Resepi Kari Ikan Tongkol Tomato Mudah Dan Simple Sedap

Resepi Kari Ikan Tongkol Tomato Mudah Dan Simple Sedap

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 537 hits
Sekali sekala masak Kari Ikan Tongkol memang terbitkan selera lagi lagi makan dengan lauk Ikan Gelama Masin Sambal Cili Api Terangkat Hari ni saya nak kongsi resepi kari ikan tongkol dengan tomato mudah dan simple sahaja nak disediakan Baca...
Resepi Sup Ayam Mudah Dan Confirm Sedap

Resepi Sup Ayam Mudah Dan Confirm Sedap

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 810 hits
Hari ini Iday nak share resepi mudah Sup Ayam yang cepat dan sedap Bahan yang diperlukan pon tak banyak dan senang Sebenarnya banyak je resepi sup ayam yang ada tapi yang ni paling mudah bagi Iday Selain dari resepi bertulis Iday juga ada l...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik