Muhyiddin Peduli Atau Tuli


 
Bulan ini semua peminjam bank dikehendaki mula membuat bayaran pinjaman mereka berikuran tempoh moratorium telah berakhir.
Tetapi, berikutan ekonomi belum lagi pulih sepenuhnya, ramai yang hilang pekerjaan masih tidak mendapat pekerjaan, banyak perniagaan tidak beroperasi dan kes Covid-19 pula meningkat semula, kerajaan digesa menyambung lagi tempoh moratorium.
Kalau pun tidak enam bulan, sekurang-kurangnya ia dilanjutkan lagi selama tiga bulan sehingga Disember akan datang.
Melanjutkan lagi tempoh itu dilihat akan memberi kelegaan kepada rakyat menyesuaikan kehidupan menjelang ketibaan tahun baru di mana pelbagai perbelanjaan perlu diuruskan seperti untuk persekolahan anak-anak dan sebagainya.


Sehingga ini, pemimpin politik utama dalam negara seperti Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim; Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi; bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah antara yang telah bersuara menggesa dan mendesak kerajaan melanjutkan tempoh moratorium itu.

Malah, ada di antaranya seperti Anwar dan Najib misalnya, mereka telah membuat gesaan itu lebih daripada sekali.
Pihak-pihak lain seperti NGO, persatuan dan suara rakyat di media sosial, turut juga melontarkan nada yang sama mengenainya.

Semuanya mengharapkan kerajaan bersikap lebih peduli terhadap rakyat dan bukan hanya menunjuk-nunjuk konon prihatin dan mengutamakan mereka ketika kempen pilihanraya saja.
Namun, meskipun sudah begitu banyak suara gesaan dan desakan dilaungkan, kerajaan dan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin nampaknya masih lagi bersikap tidak peduli, “buat tak reti” dan seolah-olah “tuli” mengenainya.

Tiada apa-apa respon daripada Muhyiddin setakat ini yang memperlihatkan beliau seorang pemimpin yang benar-benar menjiwai denyut nadi rakyat.
Di mana janji Muhyiddin bahawa beliau seorang pemimpin yang mengutamakan rakyat?
Atau golf lebih penting daripada moratorium?

Jika ini berterusan di mana suara rakyat langsung tidak dipedulikan, tidak mustahil ia akan melonjakkan lagi sokongan terhadap pertukaran kerajaan melalui dokongan kukuh dan meyakinkan daripada Ahli-Ahli Parlimen yang digerakkan oleh Anwar.
Kerajaan dan Perdana Menteri baru nanti, berdasarkan keprihatinan yang ditunjukkan berkaitan isu moratorium ini, tentu saja tidak teragak-agak memberi lanjutan tempohnya demi keselesaan hidup rakyat yang rata-rata dalam kesusahan.
Kalau begitu, jangan terkejut pengundi Pagoh pun nanti akan turut berduyun-duyun menyambut baik kedatangan sebuah kerajaan baru. (Shahbudindotcom 05/10/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/muhyiddin-peduli-atau-tuli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baik Bung Mokhtar Atau Hajiji Kedudukan Muhyiddin Sebagai Pm Tetap Tergugat

Baik Bung Mokhtar Atau Hajiji Kedudukan Muhyiddin Sebagai Pm Tetap Tergugat

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 325 hits
Siapa bakal menjadi Ketua Menteri Sabah sehingga ini masih lagi tidak dapat dipastikan dan bila majlis angkat sumpah akan berlangsung juga tidak diketahui BN dan Perikatan Nasional Sabah dikatakan gagal mencapai kata sepakat berhubung calon...
Muhyiddin Akui Beliau Hanya Ada Dua Pilihan Letak Jawatan Atau Bubar

Muhyiddin Akui Beliau Hanya Ada Dua Pilihan Letak Jawatan Atau Bubar

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 509 hits
mhdaily netPerdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak kemaruk kuasa dan bertindak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan Rabu lalu Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Muhyiddin sudah tumbang selepas ketua pembangkang it...
Anwar Ada Majoriti Tolak Tindakan Buta Tuli Kata Muhyiddin

Anwar Ada Majoriti Tolak Tindakan Buta Tuli Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 389 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat menolak ahli politik yang sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik dan pelan pemulihan ekonomi negara Ia dibuat beberapa jam selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mendapat s...
Siapakah Yang Umno Lebih Percaya Muhyiddin Atau Anwar Jadi Kunci Kerajaan Baru

Siapakah Yang Umno Lebih Percaya Muhyiddin Atau Anwar Jadi Kunci Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 834 hits
malaysiadateline com Siapa yang Umno lebih percaya Bos atau Muhyiddin Terbukti Umno tidak boleh percaya kepada Muhyiddin selepas diberikan peluang untuk membentuk kerajaan bersama Umno kata orang kanan Anwar Kegagalan kerajaan Tan Sri Muhyi...
Umno King Maker Muhyiddin Kekal Atau Anwar Pm

Umno King Maker Muhyiddin Kekal Atau Anwar Pm

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 350 hits
Bersyarat Tetapi Zahid dan Najib perlu beringat perancangan siapa yang lebih sempurna Muhyiddin sangat terdesak Anwar terus mengatur strategi Semua kena beringat perancangan siapa yang lebih sempurna Muhyiddin lebih mempunyai pilihan dan le...
Muhyiddin Atau Anwar Ahli Parlimen Umno Bn Bebas Memilih Zahid

Muhyiddin Atau Anwar Ahli Parlimen Umno Bn Bebas Memilih Zahid

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 477 hits
mhdaily netUmno dan BN tidak dapat menghalang mana mana anggota parlimennya yang mengambil keputusan untuk menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru Sebagaimana diketahui umum Umno dan BN bukan merupakan parti kompo...
Pm Muhyiddin To Address Nation This Afternoon

Pm Muhyiddin To Address Nation This Afternoon

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 238 hits
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is scheduled to deliver a special address to the nation at 2 30pm today on additional measures to mitigate the economic impact caused by the Covid 19 pandemic KUALA LUMPUR Prime Minister Tan Sri Muhyi...
Gps Firmly With Muhyiddin Pas Not Siding Anwar

Gps Firmly With Muhyiddin Pas Not Siding Anwar

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 328 hits
Gabungan Parti Sarawak is very firm in its support for Muhyiddin Yassin to remain as prime minister said Parti Pesaka Bumiputera Bersatu secretary general Alexander Nanta Linggi Nanta told Malaysiakini that he had conferred with GPS and PBB...
Anwar Offers Muhyiddin Suitable Role If He Cooperates With Transition

Anwar Offers Muhyiddin Suitable Role If He Cooperates With Transition

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 288 hits
PKR president Anwar Ibrahim who today claimed he has secured a simple majority in the Dewan Rakyat said he is willing to consider a suitable role for Prime Minister Muhyiddin Yassin if he cooperates with the transition of power Muhyiddin s ...
Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Investor Partnering Benefits Risks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hells Bells The Mysterious Bell Shaped Speleothems In Cenotes

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord

Hisense Leads 2025 In Miniled And Laser Tvs

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Let Law Run Its Course Says Ean Yong After Teoh S Sister Calls Him Out

Trash Trouble In Sabah Waste Pests And Health Risks Plague Tourist Hotspots