Muhyiddin Nak Simpan Lagikah Menteri Kesihatan Yang Merapu Ini



Di sebalik wabak Covid-19, berdepan pula kritikan dan kemerosotan sokongan rakyat yang berterusan, paling ke depan akibat karenah Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba yang merapunya kian menjadi-jadi, Muhyiddin Yassin dalam hal ini mesti ada keberanian untuk pantas menanganinya.Kegagalan bertindak, terus berdiam diri atau membiarkan saja gejala buruk dalam kerajaan berterusan, kerajaan tebuk atap PN ini mungkin lebih cepat runtuh bumbungnya.Dr. Adham mula menimbulkan masalah kepada kewibawaan kerajaan pimpinan Muhyiddin apabila merapu memberi petua palsu berkenaan air suam yang didakwanya mampu membunuh virus Covid-19 dalam badan manusia.Petua palsu itu kemudian disanggah oleh WHO, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah dan sebilangan doktor yang berwibawa.Sejak itu, Dr. Adham seolah-olah kena kuarantin daripada muncul dalam sidang media berkaitan Covid-19, meskipun jumlah kes baru bertambah setiap hari.



Setelah agak lama berdiam diri, tentunya rakyat mengharapkan ia adalah ruang untuk beliau melakukan koreksi diri, tetapi kemunculannya dalam sidang video bersama Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi semalam menyerlahkan hakikat bahawa Dr. Adham masih tidak berubah dan kekal dengan dirinya yang lama.Dalam sidang video itu, selain menjulang dirinya sendiri melakukan banyak perkara untuk menangani wabak Covid-19 sehingga konon diiktiraf dunia, beliau turut merapu lagi dengan mendakwa keanggotaan WHO di mana beliau melakukan sidang video adalah terdiri daripada 500 negara.Video merapunya itu segera menjadi viral serta sarat diketawakan netizen alam maya kerana jumlah negara di dunia ini diketahui hanya ada 195 saja.Oleh itu, daripada mana datangnya 500 negara yang menjadi anggota WHO sebagaimana didakwanya itu atau beliau cuba kelentong Zahid Hamidi untuk menunjukkan berapa besar wibawa dirinya?Merapunya Dr. Adham dalam ilmu geografi ini sebenarnya bukanlah kali pertama, sebelum ini beliau dengan penuh yakin menyebut jumlah negeri di Malaysia ada sebanyak 15 buah jumlahnya.Tetapi, yang paling menonjol dalam sidang video itu ialah apabila Dr. Adham cuba merapu menyalahkan PH kerana gagal menyekat perhimpunan Tabligh di Seri Petaling sehingga didakwanya menjadi punca wabak Covid-19 gelombang kedua merebak sebagaimana yang berlaku sekarang ini.Kata beliau, jika perhimpunan itu tidak diadakan, Malaysia hanya akan berdepan kluster jangkitan Covid-19 yang kecil saja.Tanpa mengkaji fakta, Dr. Adham dalam hal ini sebenarnya telah menyalahkan Muhyiddin sendiri sebagai punca berseleraknya wabak Covid-19 di negara ini.Harus beliau sedar bahawa perhimpunan Tabligh berlangsung antara 27 Februari hingga 3 Mac, sedangkan kerajaan PH sudah pun menemui ajalnya apabila Tun Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari.Selepas meletakkan jawatan dan kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri interim antara 24 Februari hingga 1 Mac, tiada kerajaan dan tiada menteri PH lagi yang mentadbir negara ini.Dalam tempoh tersebut, Yang Dipertuan Agong sedang melakukan proses temubual kepada semua Ahli Parlimen untuk melantik Perdana Menteri yang baru.Dengan itu, berlangsungnya perhimpunan Tabligh pada 27 hingga 3 Mac bukan lagi di bawah tanggungjawab atau pemantauan PH kerana mereka bukan lagi kerajaan pada waktu itu.Kalau mahu dicari pihak yang bertanggungjawab berhubung perhimpunan Tabligh itu tentulah mereka yang meluluskannya iaitu Kementerian Dalam Negeri atau menterinya ketika era PH iaitu Muhyiddin sendiri.Kenapa Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu membenarkan perhimpunan Tabligh, walhal gelombang pertama Covid-19 belum lagi berakhir sepenuhnya?Adakah kerana Muhyiddin turut sibuk dengan Langkah Sheraton yang bermula pada 23 Februari dan terlalu mengejar cita-cita mahu menjadi Perdana Menteri, lalu tidak mempedulikan ancaman wabak penyakit berbahaya ini?Namun, apakah dengan merapu sehingga menyalahkan perhimpunan tabligh sebagai punca wabak Covid-19 berleluasa, Dr. Adham daripada UMNO sebenarnya cuba meletakkan beban kesalahan kepada Muhyiddin daripada Bersatu yang kini merupakan Perdana Menteri?Jika diberi lebih masa, Dr. Adham ternampak bukan saja berpotensi untuk terus merapu yang akibatnya akan menjunamkan lagi kedudukan PN di mata rakyat, bahkan secara tidak langsung juga mencalarkan imej Muhyiddin sendiri.Pertanyaan mudah buat Muhyiddin, mahu disimpan lagikah beban seperti itu dalam kerajaannya? 
(ShahbudinHusin 19/04/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/muhyiddin-nak-simpan-lagikah-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Kesihatan Kena Bahan Gara Gara Telesidang Video Dengan 500 Negara

Menteri Kesihatan Kena Bahan Gara Gara Telesidang Video Dengan 500 Negara

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 682 hits
Selepas dipersendakan gara gara petua meminum air suam yang dikatakan mampu mencegah Covid 19 Menteri Kesihatan Dr Adham Baba sekali lagi meraih perhatian di media sosial Kali ini apabila beliau mengatakan telah membuat telesidang video ber...
Apakah Bekas Menteri Kesihatan Sudah Nyanyuk

Apakah Bekas Menteri Kesihatan Sudah Nyanyuk

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 593 hits
COVID 19 Dzulkefly salahkan Muhyiddin kerana perhimpunan tabligh 19 04 2020BEKAS Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dengan beraninya menyalahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri kerana penganjuran perhimpuna...
Tersasul Sebut 500 Negara Nama Menteri Kesihatan Trending Di Twitter

Tersasul Sebut 500 Negara Nama Menteri Kesihatan Trending Di Twitter

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 673 hits
Menteri Kesihatan Malaysia Dr Adham Baba sekali lagi menjadi bahan bualan netizen di media sosial selepas kesilapannya mengatakan kepada Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang beliau telah mengadakan telesidang video bersama 500 buah negara ...
Rakyat Mahu Lihat Ada Hukuman Terhadap Timbalan Menteri Kesihatan

Rakyat Mahu Lihat Ada Hukuman Terhadap Timbalan Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 1210 hits
Shahbudin Husin Daripada sekian nama pemimpin kerajaan yang dikesan melanggar pernah arahan PKP dan menjadi viral di media sosial perlakuan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Nor Azmi Ghazali didapati paling mendapat kecaman dan tidak boleh dite...
Bekas Timbalan Menteri Kesihatan Beritahu Sebab Himpunan Jemaah Tabligh Dibenar

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan Beritahu Sebab Himpunan Jemaah Tabligh Dibenar

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 354 hits
Lebih 14 000 orang termasuk warga asing menyertai himpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur yang kemudian muncul sebagai kluster terbesar jangkitan Covid 19 di negara ini PETALING JAYA Bekas timbalan menteri kesihatan Dr L...
Dr Noor Hisham Lebih Layak Jadi Menteri Kesihatan Lim Kit Siang

Dr Noor Hisham Lebih Layak Jadi Menteri Kesihatan Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 381 hits
Kontroversi Menteri Kesihatan kerajaan Melayu Perikatan Nasional Dr Adham Baba berkata dunia mempunyai 500 negara menimbulkan tanda tanya adakah beliau layak untuk menjawat jawatan sepenting itu ketika negara dilanda wabak Covid 19 Ahli Par...
Batalkan Pkp Atau Mco Kalau Muhyiddin Tak Ambil Tindakan Pada Menteri Menteri Yang Langgar Pkp

Batalkan Pkp Atau Mco Kalau Muhyiddin Tak Ambil Tindakan Pada Menteri Menteri Yang Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 540 hits
INI lah muka muka orang KENAMAAN yang melanggar PKP atau MCO Antaranya Timbalan MENTERI KESIHATAN Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak Razman Zakaria dari Pas Makan kenduri lagi Siapa yang buat PKP ini Jawabnya Menteri dan Kabinet Kalau pembuat...
Sepatutnya Menteri 500 Buah Negara Tu Salahkan Mahathir Muhyiddin Dlm Hal Kluster Tabligh Tu Ini Jawapan Dari Dr Dzul

Sepatutnya Menteri 500 Buah Negara Tu Salahkan Mahathir Muhyiddin Dlm Hal Kluster Tabligh Tu Ini Jawapan Dari Dr Dzul

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 289 hits
Salam Sejahtera Semua Satu Penjelasan 1 Sangat malang cubaan Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyalahkan Kerajaan PH yang kononnya gagal membendung Kluster Tabligh yang mengakibatkan penularan COVID 19 Benar Kluster Tabligh akhirnya menyum...
Kertas Siasatan Libatkan Timbalan Menteri Kesihatan Dijangka Siap Hari Ini

Kertas Siasatan Libatkan Timbalan Menteri Kesihatan Dijangka Siap Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 325 hits
Kertas siasatan berhubung kehadiran Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pada majlis makan di sebuah maahad tahfiz di Perak yang dikatakan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan dijangka siap hari ini Ketua Polis Negara Tan ...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Muat Turun Template Buku Program Hari Guru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Penting Untuk Pengguna Cimb Tiada Lagi Sms Transaksi Mulai 17 Mei