Menteri Kesihatan Kena Bahan Gara Gara Telesidang Video Dengan 500 Negara



Selepas dipersendakan gara-gara petua meminum air suam yang dikatakan mampu mencegah Covid-19, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba sekali lagi meraih perhatian di media sosial

Kali ini apabila beliau mengatakan telah membuat telesidang video bersama 500 negara dalam satu telesidang video bersama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi

"Saya yakin bahawa apa yang saya buat telahpun diiktiraf dunia, datuk seri

“Saya telah buat video conferencing dengan WHO (pertubuhan kesihatan sedunia), 500 negara eh, saya live," katanya dalam perbualan itu

Petikan perbualan dalam video berkenaan kemudian ditularkan netizen, yang rata-ratanya menjadikan kenyataan Adham itu sebagai bahan jenaka

Adham dipercayai tersasul berkata demikian memandangkan hanya terdapat 195 negara di seluruh dunia

“Nasib la (ketua pengarah kesihatan) Dr Noor Hisham yang selalu buat sidang media. Kalau harapkan Dr Adham Baba yang buat sidang media. Jahanam segala fakta yang sepatutnya dilaporkan. Hahahahaa,” kata salah seorang pengguna Twitter @shahriezalsalim

"Sebenarnya memang ada 500 negara. Harus ingat bumi ada Earth 616, Earth 617, Earth Prime etc etc. Dr Adham pakar fizik kuantum seperti Tony Stark. Beliau sempat berhubung dengan negara-negara Multiverse. Ya, beliau adalah Dr Strange sebenar," tulis seorang pengguna Twitter, @10befiend

“Aku boleh terima lagi Adham Baba ini kata negara ada 200, ni sampai 500. Ya Allah, kenapa aku dapat menteri macam ini,” tulis seorang lagi pengguna akaun Twitter @Sakinah48373637

Beberapa laman Facebook propembangkang juga menjadikan kenyataan Adham  sebagai 'modal' untuk menghentam menteri berkenaan

"Dalam dunia ni ada 195 negara je. Baki 305 negara lagi dari planet mana pulak? Kahkahkah,” kata pentadbir laman Facebook MiloSuam bersama paparan video telesidang tersebut

Selain itu, beberapa anggota parlimen pembangkang juga dilihat menjadikan kenyataan Adham itu sebagai bahan ejeken

“Salam 500 negara,” kata Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil secara sindiran di laman Twitter beliau

"Selamat pagi friends of Adham Baba. Dalam banyak-banyak 500 negara itu mana je korang penah pergi?” sindir Adun Ketari Young Sefura Othman

Untuk rekod, nama Dr Adham menjadi trending pada tangga ketiga di Twitter sejak semalam

Sebelum ini, Dr Adham turut menjadi bualan netizen apabila menggalakkan meminum air suam sebagai satu cara membendung Covid-19

Meskipun dikecam dan dijadikan bahan jenaka, ada juga beberapa ahli politik dilihat membela Dr Adham, antaranya bekas perdana menteri Najib Razak

Menerusi hantaran di Facebook, Najib menyifatkan perbuatan tersasul merupakan perkara biasa, malah pemidato hebat juga melakukan kesilapan



“[…] Kadang-kala tersasul itu memang ada. Pakar pidato paling hebat pernah ada pun boleh tersilap. Kadang-kala tersasul cakap masih OK. Masih boleh dimaafkan,” katanya

Bersama kenyataan tersebut, Najib memaparkan video Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang tersasul menyebut 50 Januari dalam satu rakaman temubual

Turut disertakan dalam rakaman itu adalah kenyataan pemimpin DAP, Lim Guan Eng yang menyebut 'akan hentam GST 10 peratus' dalam satu sidang media

“Tapi yang tidak boleh dimaafkan ialah menteri yang main hentam dengan dasar-dasar negara. Pakar elefan lawan elefan di peringkat antarabangsa, kita ketepikan sekejap,” kata Najib dipercayai merujuk satu temubual Presiden Amanah, Mohamad Sabu

Tidak ketinggalan, Exco pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo juga menyebelahi Dr Adham

“Kadang-kala kita tersasul. Kehidupan kita ini tak semuanya sempurna. Tersasul berkata dan menaip juga boleh tersasul. Itu lumrah dan akan berlaku pada setiap insan

"YB Menteri Dr Adham Baba tersasul dan ia terus dijadikan bahan kutukan oleh pembangkang. Kesian pembangkang ini,” katanya membalas ciapan seorang pengguna akaun Twitter lain

Sumber: Malaysiakini

from Sehinggit Media https://ift.tt/2xJfGT4
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/menteri-kesihatan-kena-bahan-gara-gara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sahihkah Video Ini Menteri Kesihatan Saya Telah Buat Video Conferencing Dengan Who 500 Negara

Sahihkah Video Ini Menteri Kesihatan Saya Telah Buat Video Conferencing Dengan Who 500 Negara

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 1181 hits
Menurut BERNAMA video ini dikatakan tidak sahih dan gambar Dr air suam adalah tidak jelas Pihak berwajib akan menghantar ke US untuk di analisa Tapi rakyat mendengar dan pasti itu memang suara Dr Adham bersama Zahid Hamidi dalam perbualan t...
500 Negara Saya Salah Sebut Kata Menteri Kesihatan

500 Negara Saya Salah Sebut Kata Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 370 hits
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini menjelaskan bahawa beliau salah sebut ketika mengatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Dunia terdiri daripada 500 negara Saya salah sebut 500 negara yang saya maksudkan adalah 500 peserta dari seluruh d...
Tersasul Sebut 500 Negara Nama Menteri Kesihatan Trending Di Twitter

Tersasul Sebut 500 Negara Nama Menteri Kesihatan Trending Di Twitter

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 646 hits
Menteri Kesihatan Malaysia Dr Adham Baba sekali lagi menjadi bahan bualan netizen di media sosial selepas kesilapannya mengatakan kepada Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang beliau telah mengadakan telesidang video bersama 500 buah negara ...
Sepatutnya Menteri 500 Buah Negara Tu Salahkan Mahathir Muhyiddin Dlm Hal Kluster Tabligh Tu Ini Jawapan Dari Dr Dzul

Sepatutnya Menteri 500 Buah Negara Tu Salahkan Mahathir Muhyiddin Dlm Hal Kluster Tabligh Tu Ini Jawapan Dari Dr Dzul

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 267 hits
Salam Sejahtera Semua Satu Penjelasan 1 Sangat malang cubaan Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyalahkan Kerajaan PH yang kononnya gagal membendung Kluster Tabligh yang mengakibatkan penularan COVID 19 Benar Kluster Tabligh akhirnya menyum...
Apakah Bekas Menteri Kesihatan Sudah Nyanyuk

Apakah Bekas Menteri Kesihatan Sudah Nyanyuk

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 566 hits
COVID 19 Dzulkefly salahkan Muhyiddin kerana perhimpunan tabligh 19 04 2020BEKAS Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dengan beraninya menyalahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri kerana penganjuran perhimpuna...
Saya Salah Sebut 500 Negara Sepatutnya Peserta Adham Baba

Saya Salah Sebut 500 Negara Sepatutnya Peserta Adham Baba

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 523 hits
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini menjelaskan bahawa beliau salah sebut ketika mengatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Dunia terdiri daripada 500 negara Saya salah sebut 500 negara yang saya maksudkan adalah 500 peserta dari seluruh d...
Mengapa Menteri Kesihatan Sering Menghilang

Mengapa Menteri Kesihatan Sering Menghilang

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 353 hits
Bila Menteri Kesihatan tiba2 muncul FW DE KLERK NASIB BERBEZA DGN ABRAHAM LINCOLN Saya terbaca tulisan Abdul Rani Kulup yg suka membuat sindiran sinis semalam kpd Menteri Kesihatan Gaya lenggok bahasanya membuat saya ketawa tetapi ia penuh ...
Covid19 Harap Tidak Ada Kluster Baharu Selepas Lawatan Timbalan Menteri Kesihatan Pkr

Covid19 Harap Tidak Ada Kluster Baharu Selepas Lawatan Timbalan Menteri Kesihatan Pkr

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 486 hits
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegur tindakan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali melanggar Perintah Kawalan Pergerakan fasa tiga apabila makan secara beramai ramai Beliau berkata perbuatan Dr ...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut