Muhyiddin Masih Tak Ada Majoriti Meski Raih Sokongan 2 Lagi Mp Pkr


malaysiakini.com

Diterbitkan 28 Feb 2021, 7:59 pm

PKR mendakwa bahawa Muhyiddin Yassin masih tidak mempunyai majoriti sokongan ahli parlimen walaupun dua ahli parlimen daripada parti itu beralih sokongan dan menyokong kepimpinan Perikatan Nasional (PN)

Dalam kenyataan media hari ini, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata bahawa Muhyiddin tidak sepatutnya berusaha untuk mengekalkan kerajaan PN.

"Walaupun dengan pengkhianatan dua ahli parlimen hari ini, Muhyiddin Yassin perlu sedar bahawa majoriti ahli-ahli parlimen sudah tidak lagi bersama beliau.

"Beliau sepatutnya tidak lagi berusaha untuk mengekalkan kerajaan yang lemah ini, tetapi meletakkan jawatan secara terhormat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Dia berkata demikian selepas petang tadi Muhyiddin mengumumkan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong dan Anggota Parlimen Julau Larry Sng memberikan akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan terhadap kerajaan PN.

Ini sekali gus mengesahkan desas-desus dua anggota parlimen PKR itu meninggalkan parti komponen Pakatan Harapan (PH).
Dengan sokongan Choong dan Sng, jumlah wakil rakyat pembangkang (PH) di parlimen kini berkurang kepada 89 orang.

Ini tidak termasuk parti Warisan dan Upko mempunyai sembilan wakil rakyat dan Pejuang empat orang tidak menyokong Muhyiddin.

Manakala, dua wakil rakyat dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan dua ahli parlimen Bebas (Mazlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) turut bertindak menolak kerajaan PN.

Bagaimanapun, jumlah sokongan kepada Muhyiddin masih tidak jelas walaupun kerajaan PN berjaya meluluskan Bajet 2021 pada Disember dengan sokongan 111 ahli parlimen.

Ini kerana, tiga anggota Dewan Rakyat Umno masing-masing Ahmad Jazlan Yaakub (Machang), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Nazri Aziz (Padang Rengas) mengumumkan secara rasmi tidak menyokong Muhyiddin.

Difahamkan juga, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) didakwa sebagai 'tidak mesra' terhadap Muhyiddin walaupun masih tidak menyatakan pendiriannya secara rasmi.

Dewan Rakyat kini mempunyai 220 anggota selepas kematian dua ahli parlimen, Liew Vui Keong (Batu Sapi) dan pemimpin Umno Hasbullah Osman (Gerik).

Sementara itu, PKR telah memecat Choong dan Sng serta-merta dalam mesyuarat bulanan majlis pimpinan pusat hari ini.

"Majlis Pimpinan Pusat telah membuat keputusan hari ini untuk memecat Larry Sng, Ketua Cabang Julau, dan Steven Choong, Ketua Cabang Tebrau, sebagai anggota PKR dengan serta-merta.

"PKR juga memohon maaf kepada para pengundi di Julau dan Tebrau di atas sikap dua ahli parlimen yang telah membuat tindakan keluar parti hari ini.

"Majlis Pimpinan Pusat juga telah membincangkan tindakan mahkamah yang telah dan akan diambil terhadap mereka yang telah bertanding di atas tiket PKR tetapi telah mengkhianati mandat rakyat dan keluar parti," kata Saifuddin.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mengecam tindakan dua ahli parlimen PKR sokong Muhyiddin dan juga langkah PKR menerima tiga Adun Amanah dari Johor menyertai parti tersebut.

Sebelum ini, PKR juga telah merekrut dua Adun Amanah dari Selangor.

"Melompat parti adalah sangat tidak diterima bagi mana-mana sistem demokrasi di mana ia mampu tidak stabilkan mana-mana kerajaan, lebih-lebih lagi kerajaan lemah seperti PN.

"Saya telah mengatakan ini berkali-kali dan saya akan mengatakannya sekali lagi. Melompat parti mesti dihentikan dan dilarang.

"Mana-mana kerajaan hari ini yang mencadangkan ini melalui pindaan perlembagaan di parlimen pasti akan mendapat undi saya," katanya.

Berkenaan dengan tindakan Sng dan Choong, Ramkarpal berkata bahawa alasan yang mereka berikan mengenai bantuan dana untuk kawasan mereka sangat melucukan.

"Saya berkata demikian kerana hanya segelintir dalam Pakatan Harapan menjangka menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

"Dengan kata lain, wakil-wakil ini mengharapkan kemungkinan sebenarnya berada di pembangkang setelah PRU ke-14 tanpa dana kerajaan untuk kawasan masing-masing, termasuk saya.

"Tidak pernah timbul isu dana untuk kawasan parlimen itu tetapi lebih kepada tujuan mewujudkan Malaysia yang lebih baik. Malaysia yang bebas dari rasuah, Malaysia yang bebas dari politik perlindungan, Malaysia yang bebas dari kleptokrat, antara lain, ” katanya.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/02/muhyiddin-masih-tak-ada-majoriti-meski.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walaupun Raih 2 Sokongan Mp Muhyiddin Tetap Tiada Majoriti Saifuddin Nasution

Walaupun Raih 2 Sokongan Mp Muhyiddin Tetap Tiada Majoriti Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 202 hits
PKR mendakwa bahawa Muhyiddin Yassin masih tidak mempunyai majoriti sokongan ahli parlimen walaupun dua ahli parlimen daripada parti itu beralih sokongan dan menyokong kepimpinan Perikatan Nasional Dalam kenyataan media hari ini Setiausaha ...
Mp Umno Masih Bermain Politik Ketika Muhyiddin Membeli Majoriti

Mp Umno Masih Bermain Politik Ketika Muhyiddin Membeli Majoriti

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 207 hits
ARIF ATANNaib Presiden AMANAH Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan anggota Dewan Rakyat khususnya Umno untuk segera menyelesaikan krisis politik yang berlaku pada masa ini Ahli Parlimen Parit Buntar tersebut berkata Muhyiddin terde...
Sokongan Dua Ahli Parlimen Pkr Kuatkan Pn Muhyiddin

Sokongan Dua Ahli Parlimen Pkr Kuatkan Pn Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 398 hits
Dua Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat meninggalkan parti hari ini dan menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden Bersatu Perkara itu disahkan oleh Muhyiddin dalam media sosialnya hari ini...
Pkr S Saifuddin Nasution Says Will Sue Defectors Insists Muhyiddin Has No Parliamentary Majority

Pkr S Saifuddin Nasution Says Will Sue Defectors Insists Muhyiddin Has No Parliamentary Majority

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 236 hits
PKR secretary general Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail confirmed the two defectors had been sacked from their posts Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Feb 28 PKR said it would sue two of its former MPs Larry Sng and Steven Choong who ...
Masih Perlukah Muhyiddin Simpan Lagi Rina Harun Dalam Kabinetnya

Masih Perlukah Muhyiddin Simpan Lagi Rina Harun Dalam Kabinetnya

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 331 hits
Kalaulah Rina Harun bukan seorang menteri misalnya beliau adalah wanita yang bekerjaya sendiri pasti tiada siapa pun ambil peduli dengan perubahan dan penampilan dirinya sekarang ini Kalau beliau seorang artis atau model yang kaya atau anak...
Abdul Karim Larry Made Right Move To Quit Pkr Support Muhyiddin

Abdul Karim Larry Made Right Move To Quit Pkr Support Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 247 hits
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah KUCHING Julau MP Larry Sng s decision to resign from Parti Keadilan Rakyat and back the Perikatan Nasional government is the right move said Parti Pesaka Bumiputera Bersatu vice president Datuk Abdul Ka
2 Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti Isytihar Sokong Muhyiddin

2 Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti Isytihar Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 405 hits
February 28 2021 2 51 PMPETALING JAYA Dua Ahli Parlimen PKR keluar parti itu dan menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Mereka adalah Ahli Parlimen Julau Sarawak Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau Johor Steven Ch...
Masih Adakah 113 Di Tangan Muhyiddin

Masih Adakah 113 Di Tangan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 226 hits
Rupa2nya selepas Langkah Sheraton Muhyiddin jumpa Agong hanya bawa 113 sahaja sokongan MP Ertinya majoriti satu undi saja Itu dulu sekarang Muhyiddin tinggal berapa Dua MP dari Umno terang2 tolak muhyiddin tidak termasuk Najib Zahid Ku Li d...
Muhyiddin Jadi Pm Hanya Dengan Majoriti Satu Undi Sahaja Kata Zahid

Muhyiddin Jadi Pm Hanya Dengan Majoriti Satu Undi Sahaja Kata Zahid

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 191 hits
puteradaily comDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa pembentukan kerajaan Perikatan Nasional hanyalah berdasarkan jumlah majoriti satu undi sahaja Presiden UMNO itu berkata ketika pembentukannya kerajaan PN hanya didokong sera...
Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia

Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb

Hajiji S Strategic Moves Reshape Sabah S Politics In 2024 A Year Of Political And Infrastructure Transformation

5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al Mulk

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep