Walaupun Raih 2 Sokongan Mp Muhyiddin Tetap Tiada Majoriti Saifuddin Nasution



PKR mendakwa bahawa Muhyiddin Yassin masih tidak mempunyai majoriti sokongan ahli parlimen walaupun dua ahli parlimen daripada parti itu beralih sokongan dan menyokong kepimpinan Perikatan Nasional (PN).
Dalam kenyataan media hari ini, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata bahawa Muhyiddin tidak sepatutnya berusaha untuk mengekalkan kerajaan PN.
“Walaupun dengan pengkhianatan dua ahli parlimen hari ini, Muhyiddin Yassin perlu sedar bahawa majoriti ahli-ahli arlimen sudah tidak lagi bersama beliau.
“Beliau sepatutnya tidak lagi berusaha untuk mengekalkan kerajaan yang lemah ini, tetapi meletakkan jawatan secara terhormat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Dia berkata demikian selepas petang tadi Muhyiddin mengumumkan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong dan Anggota Parlimen Julau Larry Sng memberikan akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan terhadap kerajaan PN.
Ini sekali gus mengesahkan desas-desus dua anggota parlimen PKR itu meninggalkan parti komponen Pakatan Harapan (PH).


 
Dengan sokongan Choong dan Sng, jumlah wakil rakyat pembangkang (PH) di parlimen kini berkurang kepada 89 orang.
Ini tidak termasuk parti Warisan dan Upko mempunyai sembilan wakil rakyat dan Pejuang empat orang tidak menyokong Muhyiddin.
Manakala, dua wakil rakyat dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan dua ahli parlimen Bebas (Mazlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) turut bertindak menolak kerajaan PN.
Bagaimanapun, jumlah sokongan kepada Muhyiddin masih tidak jelas walaupun kerajaan PN berjaya meluluskan Bajet 2021 pada Disember dengan sokongan 111 ahli parlimen.
Ini kerana, tiga anggota Dewan Rakyat Umno masing-masing Ahmad Jazlan Yaakub (Machang), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Nazri Aziz (Padang Rengas) mengumumkan secara rasmi tidak menyokong Muhyiddin.
Difahamkan juga, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) didakwa sebagai ‘tidak mesra’ terhadap Muhyiddin walaupun masih tidak menyatakan pendiriannya secara rasmi.
Dewan Rakyat kini mempunyai 220 anggota selepas kematian dua ahli parlimen, Liew Vui Keong (Batu Sapi) dan pemimpin Umno Hasbullah Osman (Gerik).
Sementara itu, PKR telah memecat Choong dan Sng serta-merta dalam mesyuarat bulanan majlis pimpinan pusat hari ini.
“Majlis Pimpinan Pusat telah membuat keputusan hari ini untuk memecat Larry Sng, Ketua Cabang Julau, dan Steven Choong, Ketua Cabang Tebrau, sebagai anggota PKR dengan serta-merta.
“PKR juga memohon maaf kepada para pengundi di Julau dan Tebrau di atas sikap dua ahli parlimen yang telah membuat tindakan keluar parti hari ini.
“Majlis Pimpinan Pusat juga telah membincangkan tindakan mahkamah yang telah dan akan diambil terhadap mereka yang telah bertanding di atas tiket PKR tetapi telah mengkhianati mandat rakyat dan keluar parti,” kata Saifuddin.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mengecam tindakan dua ahli parlimen PKR sokong Muhyiddin dan juga langkah PKR menerima tiga Adun Amanah dari Johor menyertai parti tersebut.
Sebelum ini, PKR juga telah merekrut dua Adun Amanah dari Selangor.
“Melompat parti adalah sangat tidak diterima bagi mana-mana sistem demokrasi di mana ia mampu tidak stabilkan mana-mana kerajaan, lebih-lebih lagi kerajaan lemah seperti PN.
“Saya telah mengatakan ini berkali-kali dan saya akan mengatakannya sekali lagi. Melompat parti mesti dihentikan dan dilarang.
“Mana-mana kerajaan hari ini yang mencadangkan ini melalui pindaan perlembagaan di parlimen pasti akan mendapat undi saya,” katanya.
Berkenaan dengan tindakan Sng dan Choong, Ramkarpal berkata bahawa alasan yang mereka berikan mengenai bantuan dana untuk kawasan mereka sangat melucukan.
“Saya berkata demikian kerana hanya segelintir dalam Pakatan Harapan menjangka menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
“Dengan kata lain, wakil-wakil ini mengharapkan kemungkinan sebenarnya berada di pembangkang setelah PRU ke-14 tanpa dana kerajaan untuk kawasan masing-masing, termasuk saya.
“Tidak pernah timbul isu dana untuk kawasan parlimen itu tetapi lebih kepada tujuan mewujudkan Malaysia yang lebih baik. Malaysia yang bebas dari rasuah, Malaysia yang bebas dari politik perlindungan, Malaysia yang bebas dari kleptokrat, antara lain, ” katanya.
The post Walaupun Raih 2 Sokongan MP, Muhyiddin Tetap Tiada Majoriti – Saifuddin Nasution appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/28/walaupun-raih-2-sokongan-mp-muhyiddin-tetap-tiada-majoriti-saifuddin-nasution/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=walaupun-raih-2-sokongan-mp-muhyiddin-tet

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Masih Tak Ada Majoriti Meski Raih Sokongan 2 Lagi Mp Pkr

Muhyiddin Masih Tak Ada Majoriti Meski Raih Sokongan 2 Lagi Mp Pkr

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 236 hits
malaysiakini comDiterbitkan 28 Feb 2021 7 59 pmPKR mendakwa bahawa Muhyiddin Yassin masih tidak mempunyai majoriti sokongan ahli parlimen walaupun dua ahli parlimen daripada parti itu beralih sokongan dan menyokong kepimpinan Perikatan Nasi...
Pkr S Saifuddin Nasution Says Will Sue Defectors Insists Muhyiddin Has No Parliamentary Majority

Pkr S Saifuddin Nasution Says Will Sue Defectors Insists Muhyiddin Has No Parliamentary Majority

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 196 hits
PKR secretary general Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail confirmed the two defectors had been sacked from their posts Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Feb 28 PKR said it would sue two of its former MPs Larry Sng and Steven Choong who ...
Lepas Mp Lompat Parti Berapa Sokongan Muhyiddin Ketika Ini

Lepas Mp Lompat Parti Berapa Sokongan Muhyiddin Ketika Ini

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 186 hits
Malaysiakini Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sedang mengumpulkan anggota parlimen bagi meraih sokongan di tengah gesaan pembangkang bagi mengadakan sidang Parlimen sewaktu negara masih berada dalam darurat Pada Disember tahun lalu Muhyiddi...
Sokongan Dua Ahli Parlimen Pkr Kuatkan Pn Muhyiddin

Sokongan Dua Ahli Parlimen Pkr Kuatkan Pn Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 342 hits
Dua Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat meninggalkan parti hari ini dan menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden Bersatu Perkara itu disahkan oleh Muhyiddin dalam media sosialnya hari ini...
Muhyiddin Sudah Hilang Majoriti Betul Ke

Muhyiddin Sudah Hilang Majoriti Betul Ke

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 150 hits
Kalaulah betul Muhyiddin sudah hilang majoriti sekarang ini siapa yang mempunyai majoriti Anwar Berapa orang Ahli Parlimen bersama Anwar 125 Siapa 125 Ahli Parlimen tersebut Berilah nama nama mereka NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin Seti...
Muhyiddin Jadi Pm Hanya Dengan Majoriti Satu Undi Sahaja Kata Zahid

Muhyiddin Jadi Pm Hanya Dengan Majoriti Satu Undi Sahaja Kata Zahid

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 150 hits
puteradaily comDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa pembentukan kerajaan Perikatan Nasional hanyalah berdasarkan jumlah majoriti satu undi sahaja Presiden UMNO itu berkata ketika pembentukannya kerajaan PN hanya didokong sera...
Mp Umno Masih Bermain Politik Ketika Muhyiddin Membeli Majoriti

Mp Umno Masih Bermain Politik Ketika Muhyiddin Membeli Majoriti

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 167 hits
ARIF ATANNaib Presiden AMANAH Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan anggota Dewan Rakyat khususnya Umno untuk segera menyelesaikan krisis politik yang berlaku pada masa ini Ahli Parlimen Parit Buntar tersebut berkata Muhyiddin terde...
Muhyiddin Terdesak Tawar Umno Jawatan Tpm Tapi Sayang Sudah Terlambat

Muhyiddin Terdesak Tawar Umno Jawatan Tpm Tapi Sayang Sudah Terlambat

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 196 hits
February 20 2021 Jika benar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada pemimpin Umno Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil menyifatkan langkah itu sudah terlambat Isham berkata Muhyiddin sang...
Muhyiddin Mula Dikecam Seluruuh Dunia Tentang Kebebasan Akhbar

Muhyiddin Mula Dikecam Seluruuh Dunia Tentang Kebebasan Akhbar

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 171 hits
IBRAHIM MAT ISABerita mengenai tindakan mahkamah terhadap Malaysiakini terus keluar dalam New York Times Memang kelas betul negaraku Boleh panggil Ella menyanyi Standing in the eyes of the world Lepas ni bolehlah saman Presiden Jokowi keran...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats