Muhyiddin Ditolak Oleh Umno Bersatu Mesti Sedia Ditinggal Nanar Sendirian




Nampaknya kecenderungan pemimpin tertentu dalam UMNO dan Pas mahu menamakan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang, tidak mendapat sambutan yang diharap-harapkan.Ahli MT UMNO merangkap Setiausaha Agung BN, Annuar Musa dan dua pemimpin utama Pas, Hadi Awang serta Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini telah menyatakan sokongan agar Muhyiddin terus dikekalkan lagi selepas PRU15 akan datang nanti.Annuar memberitahu, secara prinsipnya Muafakat Nasional yang dianggotai UMNO dan Pas telah bersetuju dengan perkara tersebut, manakala Tuan Ibrahim mengatakan, sokongan kepada Muhyiddin kerana kepimpinannya diterima rakyat.Hadi yang turut menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional menghadapi PRU15, bagaimanapun tidak memberi sebarang alasan mengapa Muhyiddin wajar dikekalkan lagi.Beberapa pemimpin UMNO jelas menolak cadangan tersebut dan mereka sebaliknya lebih mahukan pemimpin UMNO sendiri menjadi Perdana Menteri selepas ini, bukan mengekalkan lagi Muhyiddin di jawatan tersebut.Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin berkata, UMNO tidak harus terburu-buru menamakan calon Perdana Menteri kerana parti itu mempunyai ramai pemimpin berpotensi yang layak diketengahkan.“Kerana itu, dalam PRU akan datang, UMNO mesti menawarkan calon Perdana Menterinya sendiri jika ia memenangi kerusi terbanyak.“Malah jika UMNO tidak memenangi jumlah kerusi terbanyak pun, ia mesti bersedia dengan calonnya jika calon tersebut boleh menggembleng sokongan untuk membentuk kerajaan,” tegas Khaled lagi.Menurut beliau, walaupun ketika ini ada cadangan menamakan Muhyiddin agar dikekalkan lagi sebagai Perdana Menteri, UMNO tidak harus terburu-buru menghadkan pendiriannya.Ahli MT UMNO, Dr. Puad Zarkashi pula menyifatkan tindakan mahu mengekalkan lagi Muhyiddin sebagai Perdana Menteri merupakan amalan “politik pajak gadai”.“Cukuplah UMNO dijadikan pajak gadai oleh mereka yang melompat masuk PPBM kerana mengejar jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan peruntukan pembangunan.“Sebab itu amat pelik apabila TG Hadi Awang dan TS Anuar Musa mencadangkan supaya TS Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri untuk PRU ke 15.“Kemenangan besar di PRK Chini adalah “signal” dari rakyat, orang Melayu dan ahli UMNO-PAS yang mahu UMNO dan MN kembali memimpin walaupun lawannya hanya calon Bebas.“Keahlian parti UMNO dan PAS hampir 5 juta orang manakala keahlian parti Bersatu tak sampai 100,000 orang.“Justeru cadangan TG Haji Hadi Awang dan TS Anuar Musa itu, seolah olah jawatan Perdana Menteri boleh dipajak gadaikan,” tegas Dr. Puad lagi.Malah beliau juga menempelak mereka yang terus mahu menamakan Muhyiddin itu sebagai pemimpin yang tidak mampu berfikir dengan baik.“Jika mereka tak mampu berfikir, biar akar umbi yang fikirkan,” tambah beliau.Mengulas hal yang sama, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Shahrir Samad berkata, banyak perkara perlu difikirkan sebelum mahu memuktamadkan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang.“Apabila sudah dinamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri, apabila diadakan PRU15, tentunya akan banyak kuasa penentu yang dipegang olehnya.“Adakah Pengerusi BN sendiri mampu menolak keputusan bakal PM itu apabila digunakan kuasa penentu itu dan ianya disokong kuat pula oleh pemimpin parti-parti lain dalam gabungan Perikatan Nasional?” soalnya.Selain itu, Shahrir juga mempersoalkan kekuatan Muhyiddin dan parti yang dipimpinnya selepas calon Bersatu hilang satu kerusi Parlimen apabila kalah dalam PRK Tanjung Piai sebelum ini.“Selesakah bakal PM kita tu? “Kalau BN dan PAS sudah tahu jumlah undi masing-masing dalam PRU14, berapakah undi asas bagi Bersatu di setiap kawasan yang ditandingi,” soal Shahrir seterusnya.Berdasarkan respon awal yang negatif itu, adalah jelas bahawa impian Muhyiddin untuk berada lebih lama di kerusi Perdana Menteri tidak semudahnya untuk diterima oleh UMNO.Mereka rata-ratanya hanya mahu Muhyiddin menjadi Perdana Menteri sehingga Parlimen dibubarkan saja dan selepas PRU15, Perdana Menteri baru daripada UMNO hendaklah dinaikkan pula.Dalam dapatan lain secara rambang di kalangan pemimpin peringkat pertengahan dan akar umbi UMNO, mereka juga rata-rata mahukan calon daripada UMNO sendiri sebagai Perdana Menteri selepas ini.Tambahan lagi, dengan beberapa kejayaan BN dalam banyak PRK sebelum ini, bagi mereka, ia adalah hujah paling kukuh bahawa rakyat mahukan UMNO kembali memimpin negara ini.Dalam hal ini, mahu tidak mahu, Muhyiddin harus sedar realiti buruk bagi masa depan dan kedudukannya yang hanya sementara sekarang ini, walaupun bersama-sama dengan UMNO dan mereka juga diberikan banyak jawatan dalam kerajaan PN yang diterajuinya.Ibarat habis madu, sepah dibuang, Muhyiddin bukan saja mesti sedia diundur dan tidak diperlukan lagi oleh UMNO, bahkan juga wajib bersedia untuk melihat Bersatu ditinggalkan nanar sendirian apabila tiba detik waktu berbahagi kerusi nanti.
(Shahbudindotcom 05/07/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/muhyiddin-ditolak-oleh-umno-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Dipandang Lekeh Oleh Umno

Muhyiddin Dipandang Lekeh Oleh Umno

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 369 hits
SEORANG pemimpin Umno baru baru ini menyarankan team Bersatu Muhyiddin Yassin tak lebih dari 15 kerusi untuk ditandingkan dalam PRU 15 nanti https www freemalaysiatoday com category bahasa 2020 07 01 beri ppbm 15 kerusi sahaja umno diseru K...
Perlukah Muhyiddin Bersatu Kembali Ke Pangkuan Umno

Perlukah Muhyiddin Bersatu Kembali Ke Pangkuan Umno

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 381 hits
Kemelut dalaman Bersatu dan kekuatan parti serpihan Umno itu menjadi perhatian terutamanya dari keupayaannya mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk bersama sekutunya Umno PAS GPS dan parti dari Sabah Ketika Umno dan BN mem...
Adun Dap Ramal Umno Akan Khianati Muhyiddin Bersatu

Adun Dap Ramal Umno Akan Khianati Muhyiddin Bersatu

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 328 hits
AHLI Dewan Undangan Negeri Paloh dari DAP Sheikh Omar Ali meramalkan UMNO akan mengkhianati Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan parti yang diterajuinya Bersatu Menurut Sheikh Omar perang mulut antara Menteri Pembangunan Luar B...
Umno Pertahan Semua Kerusi Bersatu Muhyiddin Gigit Jari

Umno Pertahan Semua Kerusi Bersatu Muhyiddin Gigit Jari

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 294 hits
Umno pertahan semua kerusi Bersatu Muhyiddin gigit jari Oleh July 10 2020Hasrat pemimpin Bersatu terutama bekas Umno untuk bertanding di kerusi masing masing mungkin akan berkubur Hal ini kerana Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata kemun...
Annuar Musa Umno Backs Muhyiddin As Pm For Ge15

Annuar Musa Umno Backs Muhyiddin As Pm For Ge15

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 307 hits
Umno and PAS have in principle agreed to nominate Bersatu president Muhyiddin Yassin for prime minister after the next general election According to Umno supreme council member Annuar Musa this position was stated during a recent Muafakat N...
Pengorbanan Bersatu Perak Yang Sia Sia Bersedialah Ditalkin Umno

Pengorbanan Bersatu Perak Yang Sia Sia Bersedialah Ditalkin Umno

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 251 hits
Sayugia Pemuda AMANAH Negeri Perak ingin merujuk kenyataan Pengerusi Umno Perak Datuk Saarani Mohamad pada 9 Julai yang lalu yang mencadangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dibubarkan dan keseluruhan ahlinya menyertai semula Umno Timbalan ...
Umno Sedia Smash Bola Tanggung

Umno Sedia Smash Bola Tanggung

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 193 hits
RINGKAS pukulan smash yang dibuat Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad Minta maaf ke salah tafsir ke kerusi Mersing kekal milik UMNO Pukulan itu dibuat Ahmad Zahid walaupun M...
Bersatu Dan Umno Ni Bagai Anjing Dengan Kucing Pas Senyum Kambing

Bersatu Dan Umno Ni Bagai Anjing Dengan Kucing Pas Senyum Kambing

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 468 hits
HAMDAN TAHABersatu kata ke Umno kot kami tak ajak kamu bersama kamu masih pembangkang tau tak Umno pulak kata heeeiii BERSATU kot kami tak sokong kamu Muhyuddin tak jadi PM laaahhhhPas pula diam jer suka hati hampa berdua lah dua dua tu Umn...
Tidak Mustahilkah Anwar Muhyiddin Dan Najib Bersatu Semula

Tidak Mustahilkah Anwar Muhyiddin Dan Najib Bersatu Semula

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 239 hits
Dua tahun sebelum memecat Anwar Ibrahim pada 1998 Tun Mahathir Mohamad telah mengambil langkah berdamai dengan Tengku Razaleigh Hamzah atas nama perpaduan Melayu Perdamaian pada tahun 1996 yang diaturkan oleh taikun Ananda Krishnan itu kemu...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya