Muhyiddin Didakwa Terbabit Pengubahan Rm5 Juta Wang Haram



SHAH ALAM: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas satu pertuduhan terbabit aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta, awal tahun lalu.
Bagaimanapun, Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin, 76, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
"Saya faham dan mengaku tidak bersalah," kata Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan (PN) dan bekas Perdana Menteri.
Mengikut pertuduhan, Muhyiddin sebagai Presiden BERSATU menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik parti.
Kesalahan itu dilakukan di AmBank cawangan Amcorp Mall, Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya, 7 Januari 2022.
Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.
Oleh demikian, tertuduh boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan berkenaan dilakukan atau RM5 juta yang mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Mohd Fadhly Mohd Zamry, Zander Lim Wai Keong, Kalai Vani Annadorai dan Maziah Mohaide.
Muhyiddin pula diwakili sembilan peguam iaitu Datuk K Kumaraendran, Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran, Amiratu Al Amirat Saleh Mohamed Garbaa, Mohd Isa Mohamad Basir, Shahir Ab Razak, Teh See Khoon, Varsha Chelvi dan Raja Syuhada Raja Khairuddin.
Ketika prosiding, Ahmad Akram memohon kes Muhyiddin di Mahkamah Sesyen Shah Alam dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
"Muhyiddin ada menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, maka saya mohon kes di sini didengar secara bersama di mahkamah berkenaan.
"Saya juga mohon mengguna pakai jaminan seperti yang ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur iaitu wang jaminan RM2 juta dengan dua penjamin serta syarat tambahan serahan pasport sehingga kes selesai.
"Kes hari ini disebut semula pada 26 Mei ini iaitu tarikh sama seperti di Kuala Lumpur. Saya diberitahu pihak pembelaan tidak membantah permohonan ini," katanya.
Kumaraendran kemudian mengesahkan tidak membantah permohonan terbabit.
"Kami ada bon jaminan (RM2 juta) di Mahkamah Kuala Lumpur dan mohon diguna pakai di Mahkamah Shah Alam," katanya.
Hakim membenarkan permohonan dibuat pendakwaan termasuk sebutan semula kes di Mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Mei ini, namun menegaskan satu lagi bon jaminan perlu ditandatangani kerana nombor kes berlainan.
Pada Jumaat lalu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan membabitkan empat kerana menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta.
Mengikut pertuduhan, Muhyiddin sebagai pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Presiden BERSATU menggunakan kedudukan untuk suapan iaitu wang RM200 juta, RM1 juta, RM19.5 juta dan RM12 juta untuk partinya daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, syarikat Nepturis Sdn Bhd, syarikat Mamfor Sdn Bhd dan Azman Yusoff.
Muhyiddin juga didakwa sebagai Presiden BERSATU menerima wang RM120 juta dan RM75 juta hasil aktiviti haram daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik parti. Pada 18 Februari lalu, bekas Perdana Menteri itu mengesahkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan mengenai Jana Wibawa sebagai saksi dan bukannya suspek. Bagaimanapun, sehari kemudian SPRM mengesahkan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh antara suspek yang disiasat berhubung kes berkenaan dan siasatan ke atasnya masih diteruskan.
Pada 20 Februari, SPRM memaklumkan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik berstatus Ahli Parlimen dan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat, ditahan berhubung kes Jana Wibawa.
Sehari kemudian, bekas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.
Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah. Pada hari sama, Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, dihadapkan di mahkamah sama atas dua pertuduhan termasuk menerima rasuah RM500,000 membabitkan projek Jana Wibawa.
Dia sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 22 Februari atas kesalahan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berkaitan projek sama, disusuli pendakwaan kali ketiga pada 28 Februari berhubung projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan meminta rasuah RM2 juta.
Pada 22 Februari juga, seorang pengarah syarikat perabot di Pagoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung program Jana Wibawa bernilai RM12.875 juta, sejak dua tahun lalu.
Jana Wibawa dilaksanakan ketika pandemik COVID-19 dan ia adalah kesinambungan kepada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dimulakan pada 1993.
Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 ketika kerajaan ditadbir PN diterajui Muhyiddin - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/03/muhyiddin-didakwa-terbabit-pengubahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Tiba Di Mahkamah Dijanhka Berdepan Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Berjumlah Rm 5 Juta

Muhyiddin Tiba Di Mahkamah Dijanhka Berdepan Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Berjumlah Rm 5 Juta

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 111 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini jam 8 20 pagi ini Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pengerusi Perikatan Nasional dijangka berdepan pertuduhan pengubahan...
Abah Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Terima Rasuah Rm232 5 Juta Pengubahan Wang Haram Rm195 Juta

Abah Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Terima Rasuah Rm232 5 Juta Pengubahan Wang Haram Rm195 Juta

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 137 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232 5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta dibenarkan diikat jamin RM2 juta oleh...
Muhyiddin Didakwa Enam Tuduhan Guna Kedudukan Untuk Suapan Terima Wang Haram

Muhyiddin Didakwa Enam Tuduhan Guna Kedudukan Untuk Suapan Terima Wang Haram

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 172 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232 5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang h...
Muhyiddin Didakwa Enam Pertuduhan Babitkan Rm232 5 Juta

Muhyiddin Didakwa Enam Pertuduhan Babitkan Rm232 5 Juta

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 255 hits
malaysiakini comBekas perdana menteri Muhyiddin Yassin didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232 5 juta Pengerusi Perikatan Nasional itu didakwa semasa prosiding di hadapan hak...
Bebas Audit 1mdb Najib Berdepan Tiga Tuduhan Pengubahan Wang Haram Pula

Bebas Audit 1mdb Najib Berdepan Tiga Tuduhan Pengubahan Wang Haram Pula

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 200 hits
Perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang baharu Hakim K Muniandy menggant...
Bersatu Akan Terus Ditekan Hingga Muhyiddin Didakwa Kata Saifuddin

Bersatu Akan Terus Ditekan Hingga Muhyiddin Didakwa Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 110 hits
agendaily com04 03 2023Pengerusi PN Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah Kerajaan dilihat tidak akan berhenti menekan Bersatu sehingga berjaya mengheret Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin ke muka pengadilan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi...
Muhyiddin Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

Muhyiddin Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 160 hits
malaysiakini comBekas perdana menteri Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa dan isu berkaitan Muhyiddin bakal menghadapi pertuduhan ...
Muhyiddin Didakwa Esok Sumber Sprm

Muhyiddin Didakwa Esok Sumber Sprm

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 242 hits
malaysiakini comBekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menghadapi pelbagai pertuduhan jenayah di mahkamah esok menurut sumber SPRM Menurut sumber yang rapat dengan siasatan presiden Bersatu itu akan didakwa di bawah beberapa peruntukan...
Azam Baki Sahkan Muhyiddin Akan Didakwa Pada Esok

Azam Baki Sahkan Muhyiddin Akan Didakwa Pada Esok

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 122 hits
PUTRAJAYA 9 Mac Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok Bercakap kepada Bernama Azam berkata ketika ini bekas perdana menteri berkenaan masih l...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Negara Paling Banyak Menang Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Pulut Sambal

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Apa Saja Yang Anda Berikan Tumpuan Dalam Fikiran Akhirnya Akan Jadi Kenyataan

Contact Lens Trial Experience The Difference Risk Free