Muhyiddin Didakwa Enam Pertuduhan Babitkan Rm232 5 Juta


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Mar 10, 2023 9:40 AM
Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu didakwa semasa prosiding di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Alwi pagi ini.

Empat pertuduhan salah guna kuasa, dirangka mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, menuduh Muhyiddin menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri dan presiden Bersatu ketika itu untuk mendapatkan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu antara 1 Mac 2020 dan Ogos 20 2021.

Tiga syarikat itu ialah Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, dan Mamfor Sdn Bhd, manakala individu terbabit ialah Azman Yusoff.

Menurut rekod Suruhanjaya Syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd dimiliki oleh jutawan Syed Mokhtar Shah Syed Nor (99 peratus kepentingan) dan isterinya Sharifah Zarah Syed Kechik. Kedua-duanya disenaraikan sebagai pengarah syarikat.

Dua pertuduhan pengubahan wang haram, yang dibentangkan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta yang sama, menuduh ahli politik berusia 76 tahun itu menerima RM120 juta hasil daripada aktiviti haram daripada Bukhary Equity Sdn Bhd antara 25 Feb 2021 dan 8 Julai 2022.

Pengubahan wang haram itu didakwa dilakukan dengan menerima wang yang dimasukkan ke dalam akaun Bersatu.

Ahli parlimen Pagoh itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah suapan terbabit atau RM10,000 yang mana lebih tinggi bagi pertuduhan salah guna kuasa.

Manakala bagi kes pengubahan wang haram boleh dihukum penjara 15 tahun dan didenda lima kali ganda jumlah terbabit atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Ikat jamin RM2 juta

Pada prosiding pagi tadi, Peguam Cara Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh memohon ikat jamin ditetapkan RM2 juta dengan dua penjamin tempatan dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sebagai sebahagian daripada syarat jaminan.

Peguam Muhyiddin K Kumaraendran memaklumkan mahkamah pihak pembelaan bersetuju dengan cadangan jaminan dan syarat-syaratnya.

Azura kemudian membenarkan jaminan RM2 juta dengan dua penjamin tempatan dan memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Pada akhir prosiding hari ini, Terrirudin memaklumkan Muhyiddin dijangka menghadapi satu lagi pertuduhan di Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Bagaimanapun, tidak didedahkan jenis pertuduhan itu. Azura juga menetapkan 26 Mei untuk sebutan.

Lewat pagi tadi, Muhyiddin membayar wang jaminan RM2 juta.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/muhyiddin-didakwa-enam-pertuduhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abah Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Terima Rasuah Rm232 5 Juta Pengubahan Wang Haram Rm195 Juta

Abah Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Terima Rasuah Rm232 5 Juta Pengubahan Wang Haram Rm195 Juta

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 292 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232 5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta dibenarkan diikat jamin RM2 juta oleh...
Muhyiddin Didakwa Terbabit Pengubahan Rm5 Juta Wang Haram

Muhyiddin Didakwa Terbabit Pengubahan Rm5 Juta Wang Haram

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 377 hits
SHAH ALAM Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas satu pertuduhan terbabit aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta awal tahun lalu Bagaimanapun Muhyiddin atau nama sebenarnya ...
Muhyiddin Didakwa Enam Tuduhan Guna Kedudukan Untuk Suapan Terima Wang Haram

Muhyiddin Didakwa Enam Tuduhan Guna Kedudukan Untuk Suapan Terima Wang Haram

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 423 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232 5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang h...
Muhyiddin Tiba Di Mahkamah Dijanhka Berdepan Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Berjumlah Rm 5 Juta

Muhyiddin Tiba Di Mahkamah Dijanhka Berdepan Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Berjumlah Rm 5 Juta

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 226 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini jam 8 20 pagi ini Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pengerusi Perikatan Nasional dijangka berdepan pertuduhan pengubahan...
Muhyiddin Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

Muhyiddin Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 308 hits
malaysiakini comBekas perdana menteri Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa dan isu berkaitan Muhyiddin bakal menghadapi pertuduhan ...
Muhyiddin Didakwa Esok Sumber Sprm

Muhyiddin Didakwa Esok Sumber Sprm

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 442 hits
malaysiakini comBekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menghadapi pelbagai pertuduhan jenayah di mahkamah esok menurut sumber SPRM Menurut sumber yang rapat dengan siasatan presiden Bersatu itu akan didakwa di bawah beberapa peruntukan...
Muhyiddin Dijangka Berdepan 6 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Esok

Muhyiddin Dijangka Berdepan 6 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Esok

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 313 hits
PUTRAJAYA Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan menghadapi enam pertuduhan membabitkan empat salah guna kuasa dan dua kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen di sini esok Bagi kesemua pert...
Azam Baki Sahkan Muhyiddin Akan Didakwa Pada Esok

Azam Baki Sahkan Muhyiddin Akan Didakwa Pada Esok

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 281 hits
PUTRAJAYA 9 Mac Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok Bercakap kepada Bernama Azam berkata ketika ini bekas perdana menteri berkenaan masih l...
Hamzah Kertas Pertuduhan Muhyiddin Tak Lengkap Bukti Motif Politik

Hamzah Kertas Pertuduhan Muhyiddin Tak Lengkap Bukti Motif Politik

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 344 hits
malaysiakini comSetiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin mendakwa pihak pendakwaan gagal memberikan kertas pertuduhan lengkap untuk pendakwaan terhadap presiden parti Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu Hamzah berkata ia membuktikan pendakwaa...
Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Sprm Rakam Keterangan Bekas Menteri Disyaki Terima Rasuah Rm5 Juta Lamborghini

Kalendar Akademik 2026 Versi Kartun Kumpulan A Dan B

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


13 Jam Transit Di Singapura

Podcast Ppim Cabaran Pasti Berganda Kupasan Podcast Ppim Bersama Toqqi Ppim 30 12 2025

Di Sebalik Kehidupan Mengapa Bentuk Molekul Menentukan Segalanya

Anak Dara Ke Janda Baik

Destinasi Rasa 3 0 Bila Tradisi Rasa Ramadan Bertemu Di Shah Alam

Kita Berjanji Berusaha Allah Menentukan Segalanya