Muhyiddin Dijangka Berdepan 6 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Esok



PUTRAJAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka akan menghadapi enam pertuduhan membabitkan empat salah guna kuasa dan dua kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen di sini esok.
Bagi kesemua pertuduhan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Subseksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFPUAA).
Sementara itu satu sumber ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara berkenaan.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Ahli Parlimen Pagoh didakwa di mahkamah pagi esok.
Pendakwaan dipercayai berkaitan kes salah guna dana awam program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Jana Wibawa dilaksanakan ketika pandemik Covid -19 dan ia adalah kesinambungan kepada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dimulakan pada 1993.
Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 ketika kerajaan ditadbir PN yang diterajui Muhyiddin.
Terdahulu pada 18 Februari lalu, Muhyiddin mengesahkan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai Jana Wibawa sebagai saksi dan bukannya suspek.
Bagaimanapun, sehari kemudian SPRM mengesahkan bekas Perdana Menteri itu antara suspek yang disiasat berhubung kes berkenaan dan siasatan ke atasnya masih diteruskan.
Kemudian pada 20 Februari, SPRM memaklumkan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik berstatus Ahli Parlimen dan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat, ditahan berhubung kes Jana Wibawa.
Selang sehari, bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu. Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah.
Pada hari sama, Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, dihadapkan di mahkamah sama atas dua pertuduhan termasuk menerima rasuah RM500,000 membabitkan projek Jana Wibawa.
Dia sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 22 Februari atas kesalahan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berkaitan projek sama, disusuli pendakwaan kali ketiga pada 28 Februari berhubung projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan meminta rasuah RM2 juta. – KOSMO! ONLINE.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/03/muhyiddin-dijangka-berdepan-6.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salah Guna Kuasa Ketua Pembangkang Boleh Disiasat Jika Simpan Fail Kerajaan

Salah Guna Kuasa Ketua Pembangkang Boleh Disiasat Jika Simpan Fail Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 201 hits
WAN SITI AMINAHKetua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin didakwa menyalahgunakan kuasanya ketika memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri Hal terbabit terbongkar apabila Setiausaha Agung Bersatu itu mendedahkan bahawa beliau masih ...
Muhyiddin Tiba Di Mahkamah Dijanhka Berdepan Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Berjumlah Rm 5 Juta

Muhyiddin Tiba Di Mahkamah Dijanhka Berdepan Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Berjumlah Rm 5 Juta

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 181 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini jam 8 20 pagi ini Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pengerusi Perikatan Nasional dijangka berdepan pertuduhan pengubahan...
Hamzah Kertas Pertuduhan Muhyiddin Tak Lengkap Bukti Motif Politik

Hamzah Kertas Pertuduhan Muhyiddin Tak Lengkap Bukti Motif Politik

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 275 hits
malaysiakini comSetiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin mendakwa pihak pendakwaan gagal memberikan kertas pertuduhan lengkap untuk pendakwaan terhadap presiden parti Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu Hamzah berkata ia membuktikan pendakwaa...
Muhyiddin Didakwa Esok Sumber Sprm

Muhyiddin Didakwa Esok Sumber Sprm

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 379 hits
malaysiakini comBekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menghadapi pelbagai pertuduhan jenayah di mahkamah esok menurut sumber SPRM Menurut sumber yang rapat dengan siasatan presiden Bersatu itu akan didakwa di bawah beberapa peruntukan...
Bukti Bahawasanya Pertuduhan Wan Saiful Konspirasi Untuk Hancurkan Bersatu Muhyiddin

Bukti Bahawasanya Pertuduhan Wan Saiful Konspirasi Untuk Hancurkan Bersatu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 261 hits
Mula mula RM600 bilion kemudian turun kepada RM530 bilion dan lepas itu turun lagi kepada RM92 5 billion dan turun lagi menjadi RM4 5 bilion dan akhirnya turun mendadak kepada hanya RM300 juta NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin Semalam Ma...
Terbaru Muhyiddin Berdepan Satu Lagi Tuduhan Rasuah Di Mahkamah Shah Alam

Terbaru Muhyiddin Berdepan Satu Lagi Tuduhan Rasuah Di Mahkamah Shah Alam

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 313 hits
MalausiakiniPresiden Bersatu Muhyiddin Yassin bakal menghadapi satu lagi pertuduhan rasuah di mahkamah Shah Alam Isnin depan Demikian menurut Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu Bercakap kepada penyokong di luar kompleks mahkamah K...
Azam Baki Sahkan Muhyiddin Akan Didakwa Pada Esok

Azam Baki Sahkan Muhyiddin Akan Didakwa Pada Esok

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 237 hits
PUTRAJAYA 9 Mac Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok Bercakap kepada Bernama Azam berkata ketika ini bekas perdana menteri berkenaan masih l...
Muhyiddin Didakwa Enam Tuduhan Guna Kedudukan Untuk Suapan Terima Wang Haram

Muhyiddin Didakwa Enam Tuduhan Guna Kedudukan Untuk Suapan Terima Wang Haram

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232 5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang h...
Forest Fire Breaks Out In Kajang Prima

Jerebu Di Malaysia 2025 Status Terkini Dan Panduan Tindakan

Ayam Pentet Dora Mj Port Dickson A Must Try Culinary Gem For Foodies Travelers

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Isnin Atau Selasa Ini Rakyat Bakal Terima Penghargaan Istimewa Pm Anwar Beri Bayangan

Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib

Syok Bersuka Ria Di Splash Carnival Legoland Johor

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Skim Pencen Dilindungi Perlembagaan

I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet

Mixed Thoughts Prevail Among Malays Non Malays To Pmx S Unreadiness To Step Down

Pupil With 8as In Spm Denied Scholarship Are There Too Many Straight As Scorers Around

Pertama Kali Beli Handbag Dato Aliff Syukri

Ikan Bakar Kak June