Muhyiddin Calon Pm Berwibawa Setakat Ini Kata Khairy Jamaluddin



Tiada yang lebih berwibawa daripada kalangan pemimpin Umno mahupun PAS untuk menjadi perdana menteri buat masa ini, kata bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Ahli Parlimen Parlimen Rembau itu berkata, berdasarkan kewibawaan, ia dimiliki Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Selagi kita mendokong kerajaan sedia ada, maka perdana menteri yang kita dokong adalah Muhyiddin Yassin, soal PRU (pilihan raya umum) akan datang itu masih lagi dalam perbincangan.

“Kalau kita tengok daripada segi rakyat (penerimaan) telah diumumkan dapatan daripada badan penyelidikan dan itu adalah hakikat (rakyat mengakui kewibawaan Muhyiddin),” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Khairy berkata demikian ketika ditanya mengenai calon perdana menteri daripada Umno dalam PRU ke-15 nanti.

Pada 2 September lalu, tinjauan badan penyelidik Merdeka Center mendapati kadar penerimaan terhadap kepimpinan Muhyiddin berada pada tahap 69 peratus.

Tinjauan juga mendapati Perikatan Nasional (PN) lebih diterima umum berbanding Muafakat Nasional (MN) atau BN.

Majoriti responden Melayu menyokong Umno dan PAS menyertai PN.



Pada 1 Julai lalu, Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata Umno dan PAS dalam gabungan MN akan menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri jika pilihan raya diadakan secara mengejut.

Bagaimanapun, kata Annuar, beliau tidak dapat menyatakan pendirian MN pada masa "jauh ke depan".

Sementara itu, mengulas mengenai gesaan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang meminta pemimpin Umno dalam kabinet PN segera berundur daripada jawatan masing-masing, Khairy berkata, itu bergantung kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti.

Jelasnya, jika MT Umno membuat pendirian untuk tidak lagi mendokong kerajaan sedia ada, maka itu adalah arahan untuk tidak menyertai jemaah menteri kerajaan PN.

“Setakat ini, MT Umno yang merupakan badan tertinggi parti lebih tinggi daripada mana-mana individu telah buat keputusan untuk mendukung kerajaan sedia ada, itu adalah pendirian kita dan kita kena buat pendirian secara kolektif,” katanya.

Khairy juga berkata Umno wajar mendapat pembahagian kerusi paling banyak bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berdasarkan faktor kekuatan, pengaruh dan kepemimpinan.

"Saya harap tidak ada apa-apa pertindihan supaya dapat diadakan pengagihan secara adil dan saksama dengan parti-parti lain.

"Tapi saya harap juga Umno akan bertanding majoriti kerusi sebab kalau lihat dari kekuatan bilangan kerusi diberikan kepada Umno Sabah, saya rasa perlu lebih banyak.

“Formula itu kita serah kepada pucuk pimpinan tetapi daripada segi prinsip dia, daripada segi kekuatan, daripada segi pengaruh, daripada segi kepemimpinan, saya rasa Umno wajar terima kerusi yang paling banyak,” katanya lagi.

MR :  Itu keputusan MN - tak ada bezanya  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/muhyiddin-calon-pm-berwibawa-setakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hajiji Calon Km Sabah Kata Muhyiddin

Hajiji Calon Km Sabah Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 452 hits
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Noor akan dilantik sebagai ketua menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah berjaya menawan negeri itu daripada parti Warisan atau gabungan Warisan Plus Perda...
Mahadhir Kata Muhyiddin Perdana Menteri Lemah

Mahadhir Kata Muhyiddin Perdana Menteri Lemah

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 354 hits
MUHYIDEEN LEMAH KERANA TIDAK LANTIK TIMBALAN MENTERI PERDANA KATA MAHADHIT MUHAMMAD MASA MAHADIT MENJADI MENTERI PERDANA KETIKA ITU TIMBALAN MENTERI PERDANA IALAH WAN AZIZAH WAN AZIZAH TIMBALAN MENTERI PERDANA DIA BAGI JAWATAN YANG LEMAH MA...
Hanya Satu Calon Km Kami Iaitu Presiden Warisan Kata Shafie

Hanya Satu Calon Km Kami Iaitu Presiden Warisan Kata Shafie

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 293 hits
Tidak seperti musuh yang berpecah soal calon ketua menteri kata Shafie Apdal kerajaan menawarkan kepada rakyat Sabah hanya satu calon Baik DAP kah PKR kah Amanah kah hanya satu calon saja untuk menjadi ketua menteri iaitu presiden Warisan k...
Muhyiddin Sama Saja Dengan Najib Kata Mahathir

Muhyiddin Sama Saja Dengan Najib Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 245 hits
mykmu netAmal politik wang kerajaan sekarang sama dengan kerajaan Najib kata Dr MahathirTun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional hari ini yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin sama dengan kerajaan yang dipimpin Datuk...
Kerja Keras Macam Esok Pru Kata Muhyiddin

Kerja Keras Macam Esok Pru Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 366 hits
September 8 2020 10 48 PMPresiden PPBM Muhyiddin Yassin berkata untuk berjaya dalam pilihan raya tidak ada pilihan lain kecuali kukuhkan semangat dan mengelakkan perpecahan KUALA LUMPUR Muhyiddin Yassin mahu pemimpin politik dalam Perikatan...
Kj Tiada Calon Pm Lebih Wibawa Dari Muhyiddin Dalam Umno Pas Buat Masa Ini

Kj Tiada Calon Pm Lebih Wibawa Dari Muhyiddin Dalam Umno Pas Buat Masa Ini

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 359 hits
Tiada yang lebih berwibawa daripada kalangan pemimpin Umno mahupun PAS untuk menjadi perdana menteri buat masa ini kata bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Parlimen Rembau itu berkata berdasarkan kewibawaan ia dimiliki P...
Umno Akan Letak Calon Pm Pada Pru15 Tapi Siapa Soal Khairy Ku Li

Umno Akan Letak Calon Pm Pada Pru15 Tapi Siapa Soal Khairy Ku Li

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 498 hits
Teka teki dalam Umno sekarang ialah siapa pemimpinnya yang layak menjadi perdana menteri September 3 2020 1 27 PMPETALING JAYA Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin berkata parti itu perlu mempersiapk...
Muhyiddin Adalah Penyelamat Negara Kata Hamzah

Muhyiddin Adalah Penyelamat Negara Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 344 hits
Kerajaan PN yang ditubuhkan pada Mac lalu bukan sekadar gabungan atas nama Perikatan Nasional malah Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin melihatnya sebagai penyelamat negara Berucap pada majlis himpunan Perikatan Nasional Sabah malam t...
Prn Sabah Keadilan Mahu Bertanding 14 Kerusi Tawar Calon Berwibawa

Prn Sabah Keadilan Mahu Bertanding 14 Kerusi Tawar Calon Berwibawa

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 343 hits
Parti Keadilan Rakyat ingin meletakkan calon di 14 kerusi DUN Sabah dalam Pilihan Raya Negeri pada 26 September ini Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah Simsudin Sidek berkata walaupun parti pernah bertanding jumlah kerusi...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme