Kerja Keras Macam Esok Pru Kata Muhyiddin


Nora Mahpar
-September 8, 2020 10:48 PM
Presiden PPBM Muhyiddin Yassin berkata untuk berjaya dalam pilihan raya tidak ada pilihan lain kecuali kukuhkan semangat dan mengelakkan perpecahan.
KUALA LUMPUR: Muhyiddin Yassin mahu pemimpin politik dalam Perikatan Nasional (PN) membuang perasaan cemburu dan iri hati antara 1 sama lain dan bekerja keras seolah-olah pilihan raya umum akan diadakan esok.

Presiden PPBM itu berkata, untuk berjaya dalam pilihan raya tidak ada pilihan lain kecuali kukuhkan semangat dan mengelakkan perpecahan.

“Kita sudah mulakan langkah ini dan diharap diteruskan pada masa akan datang. Marilah kita berganding bahu bekerja rapat dengan beramanah dan berintegriti supaya kita disokong segenap rakyat.

“Yang penting untuk ke hadapan, bagaimana kita nak tentukan usaha yang kita jalinkan membuahkan sesuatu yang bermanfaat, sebab itu kita harus sepakat berbincang secara baik.

“Mengenai PRU, jangan tanya saya bila yang penting berkerja bersungguh seolah-olah esok akan diadakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun PPBM Ke-4 hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu, Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin serta kepimpinan tertinggi dan sayap parti.

Mengulas kejayaan parti itu sehingga kini, beliau berkata walaupun dalam tempoh singkat, PPBM yang ditubuhkan pada September 2016 melakar sejarah penting bukan saja dalam negara tetapi dalam kepimpinan negara.

“Perjalanan 4 tahun tempoh yang singkat, saya masih ingat betapa kita sama-sama mencetuskan idea untuk membentuk plaftorm baru pada awalnya bagi menentukan situasi politik yang tidak menentu.

“Ia lahir dari kesedaran dan keinsafan mengenai tanggungjawab yang besar terhadap situasi dalam negara maka hendaklah kita anjurkan wadah politik baru,” katanya.

Menyifatkan kerajaan ditunjanginya turut diterima ahli bukan PPBM, perdana menteri berkata inilah saat penting untuk memikirkan wadah perjuangan dalam memikul tanggungjawab membawa Malaysia ke masa depan yang lebih gemilang.

“Sebab itu sebagai sebuah pertubuhan politik walaupun baru hari ini kita mengetuai kerajaan saya hendak rakam syukur dan terima kasih kepada rakan parti yang bersama dalam PN, sehingga Agong memilih saya sebagai perdana menteri ke-8,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/09/kerja-keras-macam-esok-pru-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pas Lembik Jangan Mimpi Menang Mudah Pada Pru 15 Kata Pemerhati

Umno Pas Lembik Jangan Mimpi Menang Mudah Pada Pru 15 Kata Pemerhati

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 737 hits
UMNO dan PAS berkemungkinan tidak akan menang mudah pada Pilihan Raya Umum ke 15 setelah melihat sikap lembik parti berkenaan dalam menangani beberapa isu negara kebelakangan ini Pemerhati politik Mohd Luttfi Abd Khalid tidak yakin kerajaan...
Pru 15 Saifuddin Kata Biar Kepimpinan Pn Buat Keputusan

Pru 15 Saifuddin Kata Biar Kepimpinan Pn Buat Keputusan

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 295 hits
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah bercakap kepada media selepas melihat Raptai Penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2020 di Dataran Pahlawan Putrajaya foto ISKANDAR HAMIDI PUTRAJAYA Biar kepimpinan tertinggi Perikatan Nas...
Tak Ada Pilihan Kecuali Adakan Pru Awal Kata Annuar Dan Zahid

Tak Ada Pilihan Kecuali Adakan Pru Awal Kata Annuar Dan Zahid

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 280 hits
Meskipun penggal kerajaan sekarang masih berbaki hampir tiga tahun lagi BN sekali lagi menyatakan kecenderungan parti itu agar pilihan raya umum diadakan secepat mungkin Malah salah seorang daripada mereka menyarankan parlimen dibubarkan pa...
Elak Salam Dengan Pengundi Kata Muhyiddin

Elak Salam Dengan Pengundi Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 329 hits
Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini menasihatkan calon bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah supaya mengelak daripada bersalaman dengan pengundi sebagai langkah mencegah penularan wabak Covid 19 di ...
Menjadi Kewajipan Bagi Pas Menghadapi Pru 15 Dengan Perpaduan Islam Melayu Kata Presiden Pas

Menjadi Kewajipan Bagi Pas Menghadapi Pru 15 Dengan Perpaduan Islam Melayu Kata Presiden Pas

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 379 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu wajib menghadapi pilihan raya umum ke 15 dengan usaha perpaduan yang sedang dibina hari ini Justeru katanya tidak seharusnya wujud sebarang perpecahan bagi menghadapi pilihan raya kali ini ...
Kewibaan Muhyiddin Hasil Sejarahnya Dalam Umno Kata Penganalisis

Kewibaan Muhyiddin Hasil Sejarahnya Dalam Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 302 hits
freemalaysiatoday September 7 2020 9 37 AMMinggu lalu Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata tiada pemimpin yang lebih berwibawa daripada Muhyiddin untuk menjadi perdana menteri sama ada dari Umno PAS atau PPBM PETALING JAYA Kewibawaan Muhyid...
Punya La Kerja Bagai Nak Mampoih Akhirnya Hapa Pun Tarak Pru 15

Punya La Kerja Bagai Nak Mampoih Akhirnya Hapa Pun Tarak Pru 15

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 295 hits
FAEZUDDIN PUAD1 Kalau rasa kuat tubuh parti sendiri 2 Jika ada parti sendiri bermacam macam jawatan kosong boleh diisi Nak jadi Presiden boleh nak jadi Timbalan Presiden boleh nak jadi Naib Presiden boleh kalau tak nak jadi apa pun boleh 3 ...
Resepi Ikan Percik Macam Saya Masak Mak Kata Sedap

Resepi Ikan Percik Macam Saya Masak Mak Kata Sedap

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 1038 hits
Resepi Ikan Percik Macam Saya Masak Mak Kata Sedap Resepi Ikan Percik Macam Saya Masak Mak Kata Sedap Ikan percik ni antara salah satu menu famous bulan puasa kan
Zahid Macam Canggah Kenyataan Muhyiddin Pasal Km

Zahid Macam Canggah Kenyataan Muhyiddin Pasal Km

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 320 hits
Dalam perkembangan yang dilihat sebagai canggahan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa gabungan BN dan rakan kongsinya akan memutuskan ketua menteri Sabah jika mereka berjaya menawan negeri...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual