Muhyiddin Berselindung Belakang Samping Agung Untuk Ugut Mengugut




Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara di dalam akaun rasmi Istana Negara di Facebook, mantan Perdana Menteri yang kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara, Muhyiddin Yassin telah diperkenan mengadap SPB YDP Agung pada 3 Februari 2021 yang lepas

Admin tidak menggunakan panggilan Perdana Menteri terhadap Muhyiddin Yassin kerana secara sah di sisi Perlembagaan Malaysia, Muhyiddin BUKAN lagi seorang Perdana Menteri Malaysia, tetapi sekarang ini Muhyiddin hanyalah seorang Pengerusi MKN di bawah perkenan SPB YDP Agung



Muhyiddin cipta sejarah bila menjadi Pengerusi MKN yang pertama melakukan lawatan rasmi ke luar negara atas kapasiti seorang Perdana Menteri.
Belum pernah terjadi, ketika negara diisytiharkan darurat, Pengerusi MKN 'mencuri title' Perdana Menteri serta syok sendiri serta melancung ke luar negeri


Walau pun dalam Malaysia Muhyiddin dikecam oleh rakyatnya sendiri, tapi Muhyiddin dengan muka selamba toya menggunakan duit rakyat untuk 'jalan-jalan' ketika rakyat dikurung, hinggakan rakyat Indonesia tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku di Malaysia apabila Muhyiddin dikecam hebat oleh rakyat Malaysia sendiri.

Admin tidak mahu mengulas panjang mengenai status legitimasi Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, kalau rajin ikuti penjelasan dari peguam yang bertauliah.

Sehari selepas mengadap SPB YDP Agung, Muhyiddin membuat perutusan untuk memberikan ugutan kepada rakyat dan musuh politik beliau


Sebab itu tidak hairan, ramai rakyat keliru dengan apa yang cuba disampaikan oleh Muhyiddin pada 4 Februari 2021 yang lepas.

Memetik dari teks perutusan Muhyiddin di bawah tajuk 'Hormati Proklamasi Darurat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung', dalam perenggan 51, Muhyiddin mengingatkan aka memberi amaran keras supaya berhenti melemparkan tohmahan tidak berasas kepada SPB YDP Agung di atas Perintah Darurat yang telah baginda perkenankan.
Kalau ini adalah penjelasan yang Muhyiddin berikan kepada SPB YDP Agung, jelas di sini, Muhyiddin telah menipu SPB YDP Agung

Tidak ada rakyat Malaysia yang mempertikaikan kuasa yang dimiliki oleh SPB YDP Agung untuk mengisytiharkan Perintah Darurat

Kerana dalam Perkara 150 (1) Perlembagaan Malaysia telah menyatakannya dengan jelas


Tetapi yang dipertikaikan oleh kebanyakan rakyat ialah keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri semasa memberikan nasihat kepada SPB YDP Agung untuk mengisytiharkan darurat.
Jadi tidak perlu cuba memberikan ugutan dengan menanamkan naratif siapa yang mempertikaikan prolomasi Perintah Darurat yang telah diperkenankan oleh SPB YDP Agung bererti telah derhaka kepada SPB YDP Agung

Dalam perenggan 52 teks perutusan Muhyiddin, beliau sekali lagi memberitahu tujuan Perintah Darurat adalah untuk beliau mendapat kuasa tertentu supaya langkah membendung Covid-19 boleh diambil dengan pantas dan berkesan dan Muhyiddin juga cuba menggambarkan bahawa beliau tidak mempunyai agenda yang selain dari itu

Persoalannya, benarkah begitu


Bukankah Muhyiddin sendiri ada menyatakan bahawa hanya dengan Perintah Darurat, apa juga pilihanraya, sama ada Pilahanraya Kecil, Pilihanraya Negeri atau Pilihanraya Umum boleh ditangguhkan!!!


Dan pegawai Muhyiddin sendiri telah mendedahkan bahawa Perintah Darurat yang diminta adalah untuk kepentingan politik Muhyiddin dan PPBM.
Dan kalau Muhyiddin katakan beliau perlukan kuasa tertentu atau mutlak supaya penularan Covid-19 dapat dibendung, selepas hampir sebulan sejak Perintah Darurat diisytiharkan pada 12 Januari 2021 dan PKP 2.0 dikuatkuasakan pada 22 Januari 2021, bukan sahaja angka jangkitan kes baharu menampakkan tanda-tanda menurun, malah beberapa kali telah melebihi angka lima ribu!!

Dan kuasa tertentu yang diberikan oleh SPB YDP Agung kepada Muhyiddin hanya digunakan untuk kepentingan politik beliau dengan menggantung Parlimen dan menangguhkan pilihanraya, walau pun pakar perundangan menjelaskan tiada keperluan menggantung parlimen ketika darurat dan beberapa negara luar yang mengisytihar darurat tidak menggantung Parlimen dari bersidang


Dalam perenggan 53 pula, Muhyiddin secara menyindir menuduh pihak yang cuba mencabar Proklamasi Darurat sebagai tidak faham undang-undang dan pihak itu juga dikatakan beranggapan SPB YDP Agung sebagai seorang raja yang tidak memahami dan menghormati undang-undang negara.
Sekali lagi ditegaskan, tidak timbul isu untuk mencabar Proklamasi Darurat yang telah diperkenankan oleh SPB YDP Agung tetapi yang dicabar ialah proses dan status orang yang memberikan nasihat kepada SPB YDP Agung ketika itu

Jadi tidak perlulah Muhyiddin mengugut dan menakutkan rakyat dan menggunakan Istana Negara untuk menyembunyikan niat busuk beliau


Kepada Majlis Raja Raja Melayu yang akan bersidang tidak lama lagi, rakyat marhaen kini dalam penderitaan akibat salah guna kuasa dan ketamakan Muhyiddin pada kuasa.
Rakyat amat mengharapkan, satu tindakan dan keputusan yang positif akan dilakukan oleh Majlis Raja Raja Melayu supaya dapat melepaskan rakyat dari cengkaman kuku besi seorang manusia yang bernama Muhyiddin Yassin

Malah Majlis Raja Raja Melayu juga pernah membuat kenyataan dan peringatan supaya SPB YDP Agong menghalang salah guna kuasa oleh pihak-pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi

Muhyiddin juga jangan lupa, kalau SPB YDP Agung boleh tertipu dengan tipu helah Muhyiddin memperkenankan 'Perintah Darurat Kesihatan', setelah tersedar, baginda SPB YDP Agung juga boleh mengeluarkan Perintah Darurat Politik dan memecat Muhyiddin apabila terdapat rasa tidak puas hati yang dizahirkan oleh rakyat seperti yang terdapat dalam Perkara 149 (1)(b) Perlembagaan Malaysia. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2021/02/muhyiddin-berselindung-belakang-samping.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Akan Bertanggungjawab Di Akhirat Tiada Halal Gaji Kabinet

Muhyiddin Akan Bertanggungjawab Di Akhirat Tiada Halal Gaji Kabinet

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 220 hits
Dr Nadzmi Airil OsideaMuhyiddin Akan Bertanggungjawab di Akhirat Tiada Halal Gaji Kabinet 1 Apabila Muhyiddin kehilangan majoriti dan Kerajaan Perikatan Nasional hanya menunggu seorang sahaja lagi ahli UMNO menarik sokongan untuk runtuh dia...
Was It Muhyiddin Or Mahathir Who Committed These Crimes

Was It Muhyiddin Or Mahathir Who Committed These Crimes

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 310 hits
Why does The Vibes not reveal this very important fact Everyone knows Francis Yeoh is Mahathir s business partner cum proxy and that YTL partly belongs to Mahathir And yet The Vibes singles out Muhyiddin for attack while not revealing the h...
Muhyiddin Bertanggungjawab Hingga Akhirat Rakyat Tak Halal Gaji

Muhyiddin Bertanggungjawab Hingga Akhirat Rakyat Tak Halal Gaji

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 538 hits
Apabila Muhyiddin kehilangan majoriti dan Kerajaan Perikatan Nasional hanya menunggu seorang sahaja lagi ahli UMNO menarik sokongan untuk runtuh dia segera berjumpa Tuanku Agong dan menggunakan alasan pandemik Covid19 untuk diisytiharkan da...
Muhyiddin Yang Tiada Keabsahan Umpama Orang Tiada Air Sembahyang Tapi Tak Malu Solat Di Saf Depan

Muhyiddin Yang Tiada Keabsahan Umpama Orang Tiada Air Sembahyang Tapi Tak Malu Solat Di Saf Depan

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 202 hits
Sekurang kurangnya tiga pihak telah mengemukakan saman terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung peranannya dalam memberi nasihat kepada Yang Dipertuan Agong berkaitan perisytiharan darurat Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang mew...
Sokong Muhyiddin Atau Pergi Mampus Your Choice

Sokong Muhyiddin Atau Pergi Mampus Your Choice

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 200 hits
For PAS people our stand is simple Tepuk dada tanya iman For other Malays it is tepuk dada tanya selera And our selera is controlled by Setan Humankind is insatiable We are driven by wants greed ego and lust not by needs And this is the rea...
Thaipusam Takut Hilang Sokongan Pas Muhyiddin Tak Berani Buka Mulut

Thaipusam Takut Hilang Sokongan Pas Muhyiddin Tak Berani Buka Mulut

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 357 hits
MALAYSIA DATELINETan Sri Muhyiddin Yassin tidak berani membuka mulut berhubung tindakan kerajaan Pas Kedah membatalan cuti peristiwa Thaipusam bagi tahun 2021 kerana takut hilang sokongan PAS bagi kerajaannya yang terumbang ambing kini demi...
Dah Tak Nak Berselindung Lagi Pernah Viral Sebelum Ni Faiz Roslan Semakin Berani Tunjukkan Imej Sebenar

Dah Tak Nak Berselindung Lagi Pernah Viral Sebelum Ni Faiz Roslan Semakin Berani Tunjukkan Imej Sebenar

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 232 hits
Korang masih ingat tak dengan Faiz Roslan Dia pernah mencetuskan kontroversi pada suatu ketika dahulu dan sering mendapat teguran dari pendakwah bebas serta selebriti tempatan di atas kelakuannya yang dianggap mempermainkan agama
Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Cara Menghidupkan Kembali Percikan Cinta Dalam Hubungan

Bagaimana Orang Berjaya Menguruskan Masa Mereka Dengan Bijak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Bendang

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Resepi Ikan Siakap Hong Shau Kredit Soyabelacan

Minta Semua Sedekahkan Al Fatihah Abang Tajul Meninggal Dunia

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki