Muhyiddin Yang Tiada Keabsahan Umpama Orang Tiada Air Sembahyang Tapi Tak Malu Solat Di Saf Depan






Sekurang-kurangnya tiga pihak telah mengemukakan saman terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berhubung peranannya dalam memberi nasihat kepada Yang Dipertuan Agong berkaitan perisytiharan darurat.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mewakili PH memfailkan saman terhadap Muhyiddin kerana menggantung Parlimen dalam tempoh darurat dikuatkuasakan.
“Perlu ditekankan di sini bahawa apa yang dicabar Anwar dalam permohonan samannya bukannya pengisytiharan darurat oleh Agong, tetapi keputusan Perdana Menteri melalui Jemaah Menteri untuk menasihati Agong untuk meluluskan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat tersebut,” kata Ramkarpal Singh, peguam yang mewakili Ketua Pembangkang itu dalam satu kenyataan semalam.
Dalam konteks saman yang hampir sama, tiga Adun daripada PKR, DAP dan Amanah turut mengemukakan saman terhadap Muhyiddin.
Mereka ialah Johari Abdul, Adun Gurun, Kedah; Salahuddin Ayub, Adun Simpang Jeram, Johor dan Dr. Aziz Bari, Adun Tebing Tinggi, Perak.
“Kami telah memfailkan satu permohonan untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan nasihat Perdana Menteri, Muhyiddin untuk suatu deklarasi darurat oleh Agong yang seterusnya menggantung persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi kesemua negeri,” kata ketiga-tiga mereka dalam satu kenyataan.
Sebelum itu, Khairuddin Abu Hassan yang dikaitkan rapat dengan Tun Mahathir Mohamad, lebih awal mengemukakan saman mempertikaikan kuasa Perdana Menteri dalam memberi nasihat kepada Agong berkaitan darurat.
Beliau berkata, tindakan saman pemula itu dibuat mengambil kira kedudukan seorang Perdana Menteri yang tiada lagi keabsahan dan telah hilang sokongan majoriti ketika memberi nasihat kepada Agong.
Difahamkan juga, terdapat pelbagai pihak lain dijangka akan mengambil langkah yang sama mengemukakan saman terhadap Muhyiddin dalam tempoh terdekat ini.
Saman-saman yang telah dikemukakan ini, disertai dengan pelbagai pihak yang dijangka turut berbuat demikian tidak lama lagi, ia adalah jelas gambaran tidak setujunya rakyat terhadap darurat yang telah dikuatkuasakan atas nasihat Perdana Menteri kepada Agong.
Bagi mereka, darurat yang disekalikan dengan menggantung Parlimen, bukanlah untuk melawan Covid19, tetapi semata-mata untuk kepentingan Muhyiddin mempertahankan kedudukannya yang sedang terancam daripada dijatuhkan.
Di mana-mana dalam dunia, baik dalam politik, persatuan sukan, perniagaan atau sebagainya, mereka yang hilang sokongan dan tiada lagi majorit, pilihan yang diambil sama ada berundur atau meletak jawatan.
Itulah sebenarnya langkah terhormat dalam amalan demokrasi di mana di negara bukan Islam pun, di Italy misalnya, pemimpin yang hilang sokongan akan memilih berundur secara baik tanpa berlengah lagi.
Muhyiddin sebaliknya, meski merupakan anak ulama dan pandai membaca doa, telah memperkenalkan norma baru dengan mencadangkan darurat sebaik mengetahui sokongan majoritinya telah tiada,
Lebih malang, perbuatan tidak demokratik Muhyiddin itu bukan saja disokong oleh pihak-pihak yang mengampunya demi jawatan dan kedudukan, malah parti yang berjuang atas nama Islam pun sama mempertahankannya.
Sesungguhnya inilah kerosakan paling besar dalam negara kerana seseorang yang tiada keabsahan dalam kuasa adalah ibarat orang yang tiada air sembahyang, tetapi berlagak alim di dalam masjid dengan tiada perasaan malu duduk di saf paling depan sekali.
Lebih buruk, sudahlah tiada keabsahan dan kemudian memberi nasihat untuk darurat, Muhyiddin yang sepatutnya sudah hilang kuasa akhirnya menjadi Perdana Menteri ala diktator, paling berkuasa dan bebas melakukan apa saja dengan kuasanya.
Negara kita tidak akan ke mana-mana, malah jauh mengundur dalam pelbagai bidang selagi beliau masih ada lantaran tidak ada sesiapa akan menghormatinya sebagai ketua kerajaan.
Relakah kita pemimpin berperangai sebegitu berkuasa lebih lama lagi?
 (Shahbufindotcom 27/01/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/muhyiddin-yang-tiada-keabsahan-umpama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Biasa Dikompaun Tapi Rombongan Muhyiddin Ahli Bersatu Selamba Ingkar Sop

Rakyat Biasa Dikompaun Tapi Rombongan Muhyiddin Ahli Bersatu Selamba Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 324 hits
Rombongan Perdana Menteri dan ahli Bersatu dilihat tidak mematuhi penjarakan fizikal sekurang kurangnya satu meter sebagai usaha menangani penularan Covid 19 Pengabaian prosedur operasi standard paling asas itu dikesan berlaku dalam rombong...
Desakan Sidang Khas Parlimen Dilihat Strategi Cabar Keabsahan Kerajaan Muhyiddin Kata Penganalisis

Desakan Sidang Khas Parlimen Dilihat Strategi Cabar Keabsahan Kerajaan Muhyiddin Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 235 hits
January 27 2021 Desakan sidang khas dipercayai mempunyai beberapa strategi PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berpandangan desakan sidang khas Parlimen oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim adalah bagi mencabar keabsahan kerajaan Per...
Air Kelantan Sekadar Pandangan Berbuih Mulut Dah Kutuk Pemimpin Selamba Saja Muka Tebal Tak Malu

Air Kelantan Sekadar Pandangan Berbuih Mulut Dah Kutuk Pemimpin Selamba Saja Muka Tebal Tak Malu

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 201 hits
BOB KELANANG Dah lebih 30 tahun PAS memerintah Kelantan bukan satu jangkamasa yang singkat Kalu ader yang lahir masa PAS mula mula perintah Kelantan sekarang ini rasanya bukan setakat sudah bekerja tapi mungkin sudah ader 3 atau 4 orang ana...
6 Bisnis Jasa Paling Nyeleneh Tapi Laku Salah Satu Ide Gilanya Layanan Hapus Air Mata Orang

6 Bisnis Jasa Paling Nyeleneh Tapi Laku Salah Satu Ide Gilanya Layanan Hapus Air Mata Orang

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 247 hits
Kuncinya sih asal bisa memberikan solusi bagi permasalahan sesepele apapun maka bisnismu kemungkinan laku
Air Green Tea Sedap Tapi Kesan Lepas Minum Tak Berapa Nak Sedap

Air Green Tea Sedap Tapi Kesan Lepas Minum Tak Berapa Nak Sedap

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 617 hits
Yeay turn bekerja dari rumah harini haha Kemain suka weiii bekerja dari rumah Harus lah suka tak yah nak keluar rumah Turn k fiezz selang sehari dengan kawan pejabat Semalam masuk pejabat hari ni kerja dari rumah Gitu lah turn kitaorang sam...
Muhyiddin Harus Buang Ego Fikir Masa Depan Negara Dan Jangan Sampai Nasib Trump Menimpa Dirinya

Muhyiddin Harus Buang Ego Fikir Masa Depan Negara Dan Jangan Sampai Nasib Trump Menimpa Dirinya

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 259 hits
Kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang tiada lagi sokongan majoriti bukan suatu perkara rahsia malah semakin difahami serta diakui oleh pelbagai kelompok masyarakat negara ini Menangguh nangguh sidang Parlimen takut membena...
Pkp Tidak Dilanjutkan Tapi Diganti Pkpb

Pkp Tidak Dilanjutkan Tapi Diganti Pkpb

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 171 hits
Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR PUTRAJAYA Perintah Kawalan Pergerakan tidak akan dilanjutkan selepas empat minggu dilaksanakan kerana ia memberi kesan kepada ekonomi tetapi diteruskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Ketua Pengarah K...
Setiap Hari Semak Bpn Tapi Satu Sen Pun Tak Masuk Lagi

Setiap Hari Semak Bpn Tapi Satu Sen Pun Tak Masuk Lagi

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 257 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONOrang ramai mula menimbulkan isu kelewatan bayaran Bantuan Prihatin Nasional apabila sebahagian besar penerima B40 sepatutnya sudah menerima bayaran berkenaan minggu lalu dan selewat lewatnya semalam bagi kategori M40 ...
Kuasa Allah Di Tempat Lain Keruh Masjid Ini Terendam Banjir Tapi Airnya Bening Warga Tercengang

Kuasa Allah Di Tempat Lain Keruh Masjid Ini Terendam Banjir Tapi Airnya Bening Warga Tercengang

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 268 hits
Viral di sosial media video memperlihatkan sebuah masjid terendam banjir air yang bening Pada video TikTok ilhamwahyur terlihat pengunggah masuk menyusuri masjid Kaget kan banjir airnya bening kaya gini tulis caption akun itu Tak seperti ba...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever