Muhyiddin Berdepan Persepsi Negatif


Imej Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dilihat negatif oleh sebilangan rakyat Malaysia, kata Felo Penyelidik, Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri.
Achmad Dzariean berkata, ia susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam yang menolak pengisytiharan darurat yang dimohon kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Jumaat lalu.
“Akibat penolakan ini, saya kira persepsi tidak baik. (Imej Muhyiddin) akan dilihat negatif oleh sebilangan rakyat kita yang memerhati isu ini secara dekat.
“Selain itu, ia juga akan menimbulkan persepsi tidak baik kepada kepimpinan kerajaan kerana kerajaan sendiri tidak yakin dengan keupayaan dan kemampuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi-agensi lain.
“Saya rasa kerajaan seharusnya ambil iktibar penolakan ini dan terus bergerak ke hadapan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Mengulas lanjut, Achmad Dzariean berkata, keputusan Yang di-Pertuan Agong semalam perlu disambut baik oleh semua pihak terutama ahli politik di negara ini.
Menurutnya, Mesyuarat Khas Raja-raja Melayu itu pastinya mempunyai maklumat yang lengkap mengenai keadaan sebenar yang berlaku di negara ini.
“Secara konsisten kita melihat kenyataan yang dikeluarkan setiap hari oleh KKM menyatakan bahawa keadaan pandemik Covid-19 sebenarnya terkawal walaupun mempunyai peningkatan kes baharu setiap hari.
“Jadi secara logiknya penyakit ini dilihat masih lagi di bawah kawalan kerana berlaku di kawasan terhad seperti penjara, pusat tahanan dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim pula menyifatkan keputusan Al-Sultan Abdullah menolak pengisytiharan darurat dilihat sebagai satu keputusan terbaik untuk rakyat dan negara buat masa ini.
Menurutnya, mesej paling penting yang cuba disampaikan Seri Paduka adalah supaya semua pihak tidak berpolitik dalam tempoh yang genting sekarang.
Katanya, Al-Sultan Abdullah selaku Payung Negara juga dilihat membuat keputusan yang bijaksana dan adil kepada semua pihak.
“Sama ada pemimpin politik daripada blok kerajaan atau pembangkang, Seri Paduka Baginda memberi isyarat supaya meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan tertinggi.
“Jangan mengambil kesempatan daripada krisis pandemik Covid-19 ini untuk mencatur kepentingan politik masing-masing dengan mengabaikan rakyat,” katanya.
Menurutnya, fokus paling penting yang perlu diutamakan ketika ini adalah isu kesihatan awam dan ekonomi yang sedang meruncing sekarang.
“Ini adalah keputusan bijaksana oleh Seri Paduka Baginda,” katanya.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong memutuskan bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini buat masa ini.
Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan Seri Paduka Baginda dengan Raja-raja Melayu dalam mesyuarat khas di Istana Negara.
Katanya, Al-Sultan Abdullah merasakan kerajaan ketika ini berjaya menangani wabak Covid-19 dengan baik.
Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 daripada terus merebak. Sinar
Al-Sultan Abdullah bijaksana, tenang tangani krisis politik

The post Muhyiddin berdepan persepsi negatif appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/26/muhyiddin-berdepan-persepsi-negatif/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Muhyiddin Ada

Apa Muhyiddin Ada

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 118 hits
Kalu umno umum keluar PN Apa pilihan Muhyiddin yang ada selain bubar Nak ke adakan pilihanraya time covid camni Sebab itulah kita kena terima kasih kepada Anwar Ibrahim Pasal dia tawarkan pilihan kepada YDPA alternatif selain bubar parliman
Tiga Pilihan Buat Muhyiddin Yang Hakikatnya Sudah Pun Hilang Sokongan

Tiga Pilihan Buat Muhyiddin Yang Hakikatnya Sudah Pun Hilang Sokongan

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 185 hits
Dalam suasana tekanan makin meningkat terhadapnya sekarang ini hampir mustahil untuk Muhyiddin Yassin mampu bertahan lebih lama di kedudukannya sebagai Perdana Menteri Berdegil untuk terus berpaut pada kuasa sementara majoriti yang dimiliki...
Pejuang Wants Mahathir As Pm For The Third Time Only Till Ge15 Replacing Muhyiddin

Pejuang Wants Mahathir As Pm For The Third Time Only Till Ge15 Replacing Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 317 hits
To save Malaysia of course what did you think Puchong 18 Oct It s not from the comics section I assure you Malaysiakini reported it in English and in Malay under News Berita The comments those articles solicited though OMG Those Malaysiakin...
Kenapa Media Tiba Tiba Pertahan Muhyiddin

Kenapa Media Tiba Tiba Pertahan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 221 hits
FB Norman Radzuan Bila Profesor2 terpilih berbicara Apabila Media kelirukan minda masyarakatMAHU TUKAR KERAJAAN UTK SELAMATKAN EKONOMI Setiap hari media akn memilih Profesor yg memihak utk menghasut rakyat Persoalannya pernah tak Profesor2 ...
Muhyiddin Cannot Avoid A No Confidence Motion Once Parliament Resumes

Muhyiddin Cannot Avoid A No Confidence Motion Once Parliament Resumes

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 190 hits
Dennis Ignatius Against the backdrop of increasing political instability the demand for a no confidence vote against Prime Minister Muhyiddin Yassin seems to be gaining momentum More than a dozen opposition MPs including Dr Mahathir Mohamad...
The Planned November Vote Of No Confidence Against Muhyiddin

The Planned November Vote Of No Confidence Against Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 202 hits
Under normal conditions a vote of no confidence means Parliament must be dissolved and to protect democracy fresh general elections must be held Under the current New Normal conditions a vote of no confidence means Parliament must be suspen...
Pas Sokong Muhyiddin Bawa Rebah

Pas Sokong Muhyiddin Bawa Rebah

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 302 hits
Tok Aji 24 Sokongan PAS kepada Muhyiddin membawa rebah sebuah kerajaan yang asalnya diharapkan untuk terus berkuasa sehingga habis penggal Namun PAS telah dilihat mewarna imej buruk kepada kerajaan Muhyiddin yang sedang menunggu saat kejatu...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional