Muhyiddin Bercakap Macam Dia Pula Pm
Oleh Nurul Aisyah
KITA semua tahu Muhyiddin Yasin ini seolah-olah gila kuasa. Walaupun Perdana Menteri adalah Datuk Seri Ismail Sabri namun nada suara Muhyiddin tidak begitu. Baru-baru ini pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata gabungan itu mesti dirujuk sebelum Parlimen dibubarkan
Sebagaimana yang kita tahu, di Malaysia, pembubaran Parlimen hanya melibatkan Dewan Rakyat dan tidak bagi Dewan Negara. Dewan Rakyat ini dibubarkan setelah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin bahawa gabungan itu mesti dirujuk sebelum Parlimen dibubarkan dilihat keterlaluan.
Menurut penganalisis politik, kenyataan Muhyiddin tersebut mengambarkan isyarat bahawa pilihan raya umum (PRU) akan diadakan tidak lama lagi.
Semalam Muhyiddin mengingatkan Ismail Sabri bahawa PN, sebagai komponen utama dalam pembentukan kerajaan persekutuan, mesti dirujuk sebelum sebarang keputusan dibuat untuk membubarkan Parlimen, yang akan membuka laluan kepada PRU15.
PRU-15 mesti diadakan sebelum penggal Parlimen tamat pada Mei 2023 dan pemimpin Umno adalah antara yang mendesak agar PRU-15 diadakan secepat mungkin memandangkan keadaan ekonomi negara berada di tahap yang tidak selesa ekoran politik negara dilihat bagaikan telur dihujung tanduk apabila Muhyiddin dikatakan telah mengugut beberapa kali untuk menekan “butang” sokongan terhadap kerajaan yang ada sekarang.
Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Melaka dan Johor baru-baru ini hanya sebagai bonus dan penyuntik semangat jentera pilihan raya sahaja.
Felo kanan (penyelidikan strategik) Akademi Nusantara Azmi Hassan berkata, kenyataan Muhyiddin menjelaskan bahawa PN belum bersedia untuk menghadapi PRU15.
Ismail Sabri tidak bertanggungjawab atau lebih tepat tidak perlu berunding dengan Muhyiddin mengenai tarikh pembubaran Parlimen.
“Bukan sahaja perdana menteri sekarang, tetapi juga perdana menteri lain. Mereka akan buat keputusan, kemudian memaklumkan (kepada pihak lain). Sama ada pihak ini akan dirujuk atau tidak, saya rasa tidak.”- Azmi Hassan
Tambahan pula dalam senario politik semasa, BN dan PN merupakan musuh politik maka Ismail Sabri tidak perlu berunding dengan Muhyiddin.
Kerajaan Muhyiddin yang menyebabkan rakyat sengsara dengan “lockdown” dan darurat yang paling panjang namun gagal menurunkan kes Covid19 serta memaksa ekonomi negara jatuh ketahap paling rendah akhirnya ditumbangkan pada Ogos 2021 selepas beliau kehilangan sokongan majoriti berikutan keputusan sekumpulan Ahli Parlimen Umno yang diketuai Presiden Ahmad Zahid Hamidi untuk menarik balik sokongan mereka kepadanya dan beralih kepada Ismail Sabri.
Rakyat serik dengan kegagalan kerajaan PH dan PN. Mereka akan tolak parti tersebut dalam PRU-15 nanti. Mungkin ini antara punca Muhyiddin cuba melengah-lengahkan PRU-15.
The post Muhyiddin Bercakap Macam Dia Pula PM appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/11/muhyiddin-bercakap-macam-dia-pula-pm/