Kenapa Bacaan Doa Iftitah Imam Sunat Tarawih Macam Cepat





Mungkin ada yang perasan seperti aku dimana sepertinya bacaan doa iftitah imam terutamanya ketika solat sunat adalah lebih pendek atau sebenarnya imam baca cepat?
Kebiasaannya solat sunat ni dilakukan secara senyap sama ada secara bersendiri atau berjemaah. Tapi untuk Solat Sunat Tarawih ketika berjemaah dilakukan secara kuat. Jadi kita boleh tahu lah setiap tempoh bacaan imam kan. Inilah yang aku perasan sekali setiap kali solat Tarawih dalam bulan Ramadan.
Jadi dalam tempoh solat tersebut pastinya ada ruang bacaan Doa Iftitah pada permulaan solat kan? Masa ni aku perasan bacaan doa iftitah imam kadang lebih cepat daripada nada kebiasaan bacaan solatnya. Ianya seakan-akan baca sangat laju atau ada bacaan pendek untuk Doa Iftitah sebenarnya?

Ternyata persoalan ini sebenarnya sudah dijawab menerusi perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam permasalahan Doa Iftitah Dalam Solat-Solat Sunat.
BACA : 12 Waktu Mustajab Doa Supaya Doa Mudah Dimakbulkan
Walaupun jawapannya bukanlah berdasarkan persoalan aku, tetapi ianya pasti menjawab keraguan tersebut. Ini kerana terdapat pelbagai bentuk bacaan doa iftitah sebenarnya.
Rasanya rata-rata daripada kita pastinya belajar dan kenali doa iftitah dengan satu bacaan sahaja iaitu seperti dibawah kan dan inilah yang kita amalkan setiap kali solat wajib atau solat sunat.


Tetapi sebenarnya terdapat pelbagai bentuk bacaan doa iftitah yang diriwayatkan dalam pelbagai hadis. Berikut merupakan antara bentuk bacaan Doa Iftitah di dalam solat
Bacaan Pertamaاللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ، كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ المَشْرِقِ وَالمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنَ الخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالبَرَدِ
Maksudnya: “Ya Allah, jauhkanlah aku dengan kesalahanku, sebagaimana Engkau telah jauhkan antara Timur dan Barat. Ya Allah, sucikanlah aku daripada kesalahan, sebagaimana Engkau mensucikan salju putih daripada kotoran. Ya Allah, bersihkanlah kesalahanku dengan air, salju dan embun
(Riwayat al-Bukhari, no. 744)
Bacaan Keduaوَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا، وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي، وَنُسُكِي، وَمَحْيَايَ، وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ، وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ، اللهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَنْتَ رَبِّي، وَأَنَا عَبْدُكَ، ظَلَمْتُ نَفْسِي، وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا، إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْكَ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ، أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ، تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Maksudnya: "Aku hadapkan wajahku kepada Zat yang Maha Pencipta langit dan bumi sebagai Muslim yang ikhlas dan aku bukan termasuk dalam kalangan orang yang mensyirikkan Allah. Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku dan matiku, hanya semata-mata untuk Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Oleh kerana itu, aku patuh kepada perintah-Nya, dan aku termasuk dalam kalangan orang yang aku berserah diri. Ya Allah, Engkaulah Maha Penguasa. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau dan Maha Terpuji. Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku telah menzalimi diriku sendiri dan akui dosa-dosaku. Maka, ampunilah semua dosa-dosaku. Sesungguhnya, tidak ada yang boleh mengampuni segala dosa melainkan Engkau. Tunjukilah aku akhlak yang paling terbaik. Tidak ada yang dapat menunjukkannya melainkan hanya Engkau. Jauhkanlah dariku akhlak yang buruk. Kerana sesungguhnya tidak ada yang sanggup menjauhkannya melainkan hanya Engkau. Aku patuhi segala perintahMu, dan aku tolong agama-Mu. Segala kebaikan berada di tangan-Mu. Sedangkan kejahatan tidak datang daripada-Mu. Aku berpegang teguh denganMu dan kepada-Mu. Maha Suci Engkau dan Maha Tinggi. Kumohon ampun dariMu dan aku bertaubat kepada-Mu.
(Riwayat Muslim, no. 201)
Bacaan Ketigaاللَّهِ أَكْبَرُ وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ
Maksudnya: “Aku hadapkan wajahku kepada Zat yang Maha Pencipta langit dan bumi sebagai Muslim yang ikhlas dan aku bukan termasuk dalam kalangan orang yang mensyirikkan Allah. Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku dan matiku, hanya semata-mata untuk Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Maka aku patuh kepada perintah-Nya, dan aku termasuk dalam kalangan orang yang awal berserah diri. Ya Allah, Engkaulah Maha Penguasa. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau dan Maha Terpuji.”
(Riwayat al-Nasa’ie, no. 898)
Bacaan Keempatإِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ. اللَّهُمَّ اهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَعْمَالِ وَأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ، وَقِنِي سَيِّئَ الْأَعْمَالِ وَسَيِّئَ الْأَخْلَاقِ لَا يَقِي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya: “Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku dan matiku, hanya semata-mata untuk Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Maka, aku patuh kepada perintah-Nya, dan aku termasuk dalam kalangan orang yang aku berserah diri. Ya Allah, tunjukilah aku amal dan akhlak yang terbaik. Tidak ada yang dapat menunjukkanku kepadanya kecuali Engkau. Jauhkanlah aku dari amal dan akhlak yang buruk. Tidak ada yang dapat menjauhkanku darinya kecuali Engkau.”
(Riwayat al-Nasa’ie, no. 896)

Bacaan KelimaSaidina Umar ibn al-Khattab diriwayatkan pernah menguatkan bacaan doa ini ketika dalam solat iaitu:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، تَبَارَكَ اسْمُكَ، وَتَعَالَى جَدُّكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ
Maksudnya: “Maha suci Engkau, ya Allah. Ku sucikan nama-Mu dengan memuji-Mu. Nama-Mu penuh keberkatan. Maha Tinggi Engkau. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau”
(Riwayat Muslim, no. 52)
Bacaan Keenamسُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ وَتَبَارَكَ اسْمُكَ، وَتَعَالَى جَدُّكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرَكَ»، ثُمَّ يَقُولُ: «لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ» ثَلَاثًا، ثُمَّ يَقُولُ: «اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا» ثَلَاثًا
Maksudnya: “Maha Suci Engkau, ya Allah. Ku sucikan nama-Mu dengan memuji-Mu. Nama-Mu penuh keberkatan. Maha tinggi Engkau. Tidak Tuhan yang berhak disembah selain Engkau, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah (3x), Allah Maha Besar (3x)”
(Riwayat Abu Daud, no. 775)
Bacaan Ketujuhاللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Maksudnya: “Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, Maha Suci Allah, baik waktu pagi dan petang”
(Riwayat Muslim, no. 150)
Bacaan Kelapanالْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ
Maksudnya: “Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, pujian yang terbaik dan pujian yang penuh keberkatan di dalamnya”
(Riwayat Muslim, no. 129)
Bacaan Kesembilanاللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ الحَقُّ وَوَعْدُكَ الحَقُّ، وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ، وَقَوْلُكَ حَقٌّ، وَالجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ، وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ، فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، أَنْتَ المُقَدِّمُ، وَأَنْتَ المُؤَخِّرُ، لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya: “Ya Allah, segala puji bagi Engkau. Engkau pemelihara langit dan bumi serta orang-orang yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkau memiliki kerajaan langit, bumi dan siapa saja yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkau adalah cahaya bagi langit, bumi dan siapa saja yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkau Raja langit dan bumi dan Raja bagi siapa saja yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkaulah al-Haq. Janji-Mu pasti benar, firman-Mu pasti benar, pertemuan dengan-Mu pasti benar, firman-Mu pasti benar, syurga itu benar adanya, neraka itu benar adanya, para nabi itu membawa kebenaran, dan Muhammad SAW itu membawa kebenaran, hari kiamat itu benar. Ya Allah, kepada-Mu lah aku berserah diri. Kepada-Mu lah aku beriman. Kepada-Mu lah aku bertawakal. Kepada-Mu lah aku bertaubat. Kepada-Mu lah aku mengadu. Dan kepada-Mu aku berhukum. Maka ampunilah dosa-dosaku. Baik yang telah aku lakukan maupun yang belum aku lakukan. Baik apa yang aku sembunyikan maupun yang aku nyatakan. Engkaulah Pemula dan Pengakhir. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau”
(Riwayat al-Bukhari, no. 1120)
Bacaan Kesepuluhاللهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ، وَمِيكَائِيلَ، وَإِسْرَافِيلَ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ، اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ، إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Maksudnya: "Ya Allah, Tuhan malaikat Jibril, Mikail, dan Israfil. Pencipta langit dan bumi. Yang mengetahui hal ghaib dan juga nyata. Engkaulah hakim di antara hamba-hamba-Mu dalam hal-hal yang mereka perselisihkan. Tunjukkanlah aku kebenaran dalam apa yang diperselisihkan, dengan izin-Mu. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk menuju jalan yang lurus, kepada siapa saja yang Engkau kehendaki.”
(Riwayat Muslim, no. 200)
Bacaan KesebelasRabi’ah al-Jurasyi berkata: “Aku bertanya kepada A’isyah: ‘Apakah yang telah dibaca oleh Nabi SAW sekiranya Baginda bangun beribadah di malam hari? Dengan apakah Baginda beriftitah?’ A’isyah menjawab:
كَانَ يُكَبِّرُ عَشْرًا، وَيُسَبِّحُ عَشْرًا، وَيُهَلِّلُ عَشْرًا، وَيَسْتَغْفِرُ عَشْرًا، وَيَقُولُ: «اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي» عَشْرًا، وَيَقُولُ: «اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ» عَشْرًا
Maksudnya: “Baginda bertakbir sepuluh kali, bertasbih sepuluh kali, tahlil sepuluh kali dan beristighfar sepuluh kali, kemudian membaca doa‘اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي sepuluh kali, kemudian membaca اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ sepuluh kali.”
(Riwayat Ahmad, no. 24250)
Bacaan Keduabelasاللَّهُ أَكْبَرُ ذُو الْمَلَكُوتِ وَالْجَبَرُوتِ، وَالْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ
Maksudnya: “Allah Maha Besar. Yang memiliki kerajaan besar, kekuasaan, kebesaran, dan keagungan”
(Riwayat Ahmad, no. 23375)

KesimpulanJadi aku rasa imam tersebut bukanlah baca laju tetapi menggunakan Doa Iftitah yang lebih pendek supaya dapat fokus bacaan ayat quran panjang lain selepas itu.
Tetapi ketahuilah bacaan doa iftitah yang afdhal di sisi para ulama’ Syafi’iyyah adalah bacaan yang kedua. Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa ini diikuti dengan bacaan (bacaan pertama) yang terpada pada hadith Abu Hurairah. Gabungan kedua-dua doa ini digalakkan sekiranya kita bersendirian atau ketika menjadi imam dan makmun tidak bermasalah dengan bacaannya yang panjang.
Sekiranya menjadi imam, pandangan yang terpilih adalah diringkaskan (bacaan kedua) sehingga frasa (وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ). (Lihat al-Majmu’, 3/ 321).
Hukum Bacaan Doa Iftitah Dalam Solat SunatManakala hukum membaca doa iftitah dalam solat sunat mahupun solat wajib adalah sunat. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi:
واعلم أن هذه الأذكار مستحبّة في الفريضة والنافلة
“Ketahuilah bahwa semua doa-doa ini (pelbagai versi doa iftitah dalam hadis) hukumnya sunat dalam solat wajib mahupun solat sunat.” (Lihat al-Azkar, 1/107).
Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada kita dalam memperelokkan ibadah solat kita. Wallahu a’lam.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2022/04/bacaan-doa-iftitah-imam-tarawih-lebih-pendek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yakin Kuasa Allah Saya Banyak Belajar Percaya Akan Pvlih Macam Biasa Imam Muda Asyraf Kagum Semangat Haeriyanto Hassan

Yakin Kuasa Allah Saya Banyak Belajar Percaya Akan Pvlih Macam Biasa Imam Muda Asyraf Kagum Semangat Haeriyanto Hassan

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 198 hits
Pend4kwah bebas dan pengacara Imam Muda Asyraf menzahirkan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelakon senior Haeriyanto Hassan untuk terus melawan peny4kit yang sedang dilaluinya ketika ini Menurut Asyraf Haeriyanto sememangny...
Bacaan Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa Serta Perkara Perkara Yang Membatalkan Puasa

Bacaan Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa Serta Perkara Perkara Yang Membatalkan Puasa

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 209 hits
Tarikh puasa Ramadhan 2022 Malaysia jatuh pada hari Ahad 3 April 2022 bersamaan 1 Ramadhan 1443 berdasarkan rujukan Panel Pakar Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tahun 2022 Masihi 1443 1444 Hijrah bagi Malaysia Tarikh penetapan rasmi pe...
Doa Buka Puasa Lengkap Bacaan Arab Latin Dan Artinya

Doa Buka Puasa Lengkap Bacaan Arab Latin Dan Artinya

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 452 hits
Menyegerakan berbuka dan membaca doa buka puasa termasuk bagian dari sunnah sunnah puasa Bagaimana bacaan doa buka puasa kapan membacanya dan apa keutamaannya Berikut ini pembahasan lengkap dengan tulisan Arab Latin dan artinya Rasulullah s...
Laicikang Penyejuk Tekak Buat Sendiri Boleh Letak Macam Macam Ikut Selera

Laicikang Penyejuk Tekak Buat Sendiri Boleh Letak Macam Macam Ikut Selera

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 259 hits
Laicikang memang terasa nikmat apabila dapat diminum ketika cuaca panas Sesuai sangatlah dibuat minuman untuk berbuka puasa Segar apabila diminum Apa kata jom cuba buat sendiri Laicikang seperti yang dikongsikan oleh Buat sendiri boleh leta...
Comel Macam Anak Jepun Ambil Berkat Ramadan Intan Kongsi Wajah Khadeeja

Comel Macam Anak Jepun Ambil Berkat Ramadan Intan Kongsi Wajah Khadeeja

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 221 hits
Setelah tamat tempoh berpantang pelakon Intan Ladyana dan suaminya Harris Alif akhirnya berkongsi wajah puteri sulung mereka Istimewanya pasangan selebriti ini juga memilih 1 Ramadan untuk berkongsi nama anak perempuan mereka yang cukup can...
Isu Logo Pun Tak Boleh Selesai Nak Tadbir Kerajaan Macam Mana

Isu Logo Pun Tak Boleh Selesai Nak Tadbir Kerajaan Macam Mana

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 195 hits
Pelantikan Setiausaha Agung DAP yang baharu Anthony Loke pada 20 Mac lalu mencetuskan pelbagai reaksi Ada berpandangan bekas Menteri Pengangkutan itu bakal membawa parti ke arah yang lebih sederhana Namun tak kurang juga dalam kalangan DAP ...
Ismail Sabri Nak Jadi Macam Najib Atau Macam Mahathir

Ismail Sabri Nak Jadi Macam Najib Atau Macam Mahathir

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 210 hits
Tak boleh dinafikan bahawa PM Ismail Sabri Yaakob dikelilingi oleh musuh Dulu Tun Dr Mahathir Mohamad pun sama tetapi dia mampu mengalahkan semua musuh yang mengepung dia Najib pula gagal bertindak sampai orang yang dia percayai merompak du...
Pembuat Helikopter Tudm Pula Bankrap Habis Spare Parts Macam Mana

Pembuat Helikopter Tudm Pula Bankrap Habis Spare Parts Macam Mana

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 152 hits
Syarikat MD Helicopters daripada Amerika Syarikat yang baru sahaja menghantar enam buah helikopter MD530G kepada Tentera Darat telah membuat permohonan bankrap di bawah Chapter 11 mengikut undang undang Amerika Syarikat tidak lama selepas k...
Langkah Muhyiddin Bunyi Macam Terdesak Kata Penganalisis

Langkah Muhyiddin Bunyi Macam Terdesak Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 165 hits
April 2 2022 Muhyiddin Yassin dilaporkan cuba mendapatkan sokongan parti Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad GEORGE TOWN Cadangan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kepada Dr Mahathir Mohamad agar partinya dan Pejuang bekerjasama pada pilih...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap

Keutamaan Berdoa Dalam Islam

Isshhh Tak Kan La Hangpa Ni Takat Sekampit Beras Ja

Jalan Kaki Tapi Magic Sampai India Dah

Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya