Isu Logo Pun Tak Boleh Selesai Nak Tadbir Kerajaan Macam Mana



Pelantikan Setiausaha Agung DAP yang baharu, Anthony Loke pada 20 Mac lalu, mencetuskan pelbagai reaksi. Ada berpandangan, bekas Menteri Pengangkutan itu bakal membawa parti ke arah yang lebih sederhana.
Namun, tak kurang juga dalam kalangan DAP yang dianggap berasa terancam, misalnya Ronnie Liu yang pada April 2021 mengeluarkan kenyataan, bahawa “DAP tidak perlu mencairkan kecinaannya hanya kerana kritikan daripada musuh politik”.
Soalnya, apa kata Setiausaha Agung yang baharu? Perlukah DAP mencairkan ideologi untuk mendapatkan sokongan pelbagai kaum, terutama Melayu yang mendominasi lebih 60 peratus populasi negara?
Cakap soal Melayu juga, apa yang bermain di mata beliau apabila melihat kebangkitan semula ‘musuh’ politik utama iaitu UMNO, yang menang berturut-turut dalam beberapa siri pilihan raya negeri?
Bagi mendapatkan perspektif, wartawan Mingguan Malaysia AQILAH MIOR KAMARULBAID dan FAHMI FAIZ menemu bual ANTHONY LOKE di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut membantu juruvideo ZUID IKH RAL SAMSON dan jurugambar MUHAMMAD SHIDDIEQIIN ZON.
MINGGUAN MALAYSIA: Ramai melihat YB bersifat sederhana dan tidak radikal, apa mendorong pendirian begitu?
ANTHONY: Sebenarnya DAP juga amalkan politik kesederhanaan. Ideo­logi kita sosial demokrasi, yang ambil pendekatan sederhana dari segi dasar dan pendekatan politik. Saya percaya dalam konteks di Malaysia, kalau kita ambil pendirian ekstrem, ia tidak akan ke mana-mana dan kita akan menjadi parti yang tidak mendapat sokongan dari peringkat arus perdana dan majoriti rakyat Malaysia.
Dinasti Lim masih mempengaruhi kputusan DAP pada masa kini?
Dalam DAP, sistem kita bersifat kepimpinan kolektif iaitu tiada satu individu yang boleh buat keputusan secara solo. Kita ada CEC. keputusan-keputusan dasar mesti diluluskan dan dipersetujui di peringkat CEC. Sebab itu kongres memilih 30 orang untuk mengganggotai CEC. Ia adalah badan pembuat keputusan tertinggi dalam parti.
Jadi, tidak timbul satu atau dua orang boleh buat segala keputusan. Kedua, memang sumbangan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak pertikaikan. Mereka pemimpin yang lama berkhidmat untuk parti dan banyak menyumbang kepada parti, terutama Kit Siang sejak parti ditubuhkan. 
Namun begitu, parti adalah untuk semua. Walaupun setiap pemimpin ada kebebasan suarakan pandangan, akhirnya ia akan dibuat secara konsensus.
UMNO DARI KACA MATA DAP Macam mana DAP melihat UMNO, selama 60 tahun memerintah adakah mereka membawa pembangunan kepada negara?
Saya tak boleh nafikan selama 60 tahun ini, kita ada kemajuan dari segi pembangunan ekonomi. Tapi bukankah jika kita ada dasar yang lebih inklusif, atau dasar yang dapat menyatukan rakyat Malaysia, maka kita pergi ke tahap lebih baik? Sudah semestinya.
Apa beza DAP dengan UMNO, sedangkan YB akui negara memang ada kemajuan selama diperintah UMNO?
"Permasalahan yang ketara antara kita dengan UMNO serta BN adalah dari segi pelaksanaan dasar itu. Kadangkala objektif itu baik, tapi kaedah pelaksanaan yang menyebabkan terlalu banyak kebocoran.
"Dalam pada mereka melaksanakan dasar seolah-olah untuk membantu Melayu dan bumiputera, tapi ada banyak kebocoran dalam proses itu. Ia mengakibatkan salah guna kuasa, rasuah, kronisme, nepotisme dan sebagainya.
Apa jaminan kronisme, salah guna kuasa, nepotisme dan kleptokrasi tidak berlaku jika DAP jadi kerajaan?
"Jaminannya adalah melalui perubahan sistem. Maksudnya, mesti ada reformasi institusi. Kita mesti perkasakan institusi, bukannya individu yang membawa perubahan itu, sebaliknya individu membawa perubahan melalui reformasi ke atas institusi. Institusi kerajaan ini, mesti ada unsur bebas, mesti bebas melaksanakan tugas mereka sebagai semak dan imbang kepada kerajaan.
"Umpamanya badan kehakiman, suruhanjaya pencegahan rasuah, peguam negara, institusi Parlimen, institusi polis, suruhanjaya sekuriti dan sebagainya. Semua institusi ini mesti ada semak dan imbang yang lebih kuat, dan bukannya kuasa berpusat kepada cabang eksekutif, lebih-lebih lagi tertumpu kepada Perdana Menteri. 
"Sebelum ini, mengapa isu 1MDB boleh berlaku? Mengapa isu kleptokrasi boleh berlaku? Kerana kuasa terlalu berpusat di tangan seorang saja, iaitu Perdana Menteri.
TIADA KUOTA HADKAN JUMLAH MELAYU Apa fungsi orang Melayu dalam DAP?
"Mereka memainkan peranan yang sama, seperti juga pemimpin kaum lain. Iaitu untuk memartabatkan parti, untuk kukuhkan sokongan supaya lebih ramai rakyat sokong kita. Dalam konteks wakil Melayu kita, sudah tentu kita harap mereka dapat menarik lebih ramai sokongan orang Melayu kepada DAP.
"Untuk menarik sokongan Melayu, bukan hanya bergantung kepada pemimpin Melayu. Saya dan semua pemimpin lain juga ada peranan untuk tarik sokongan Melayu dan juga kaum India, Cina, Kadazan, Iban dan lain-lain kepada kita. 
"Jadi mindset dalam DAP juga kena ubah, ia bukannya bahawa untuk tarik sokongan Melayu, tugas itu hanya kepada Young Syefura Othman, atau hanya kepada Shahredzan Johan. Saya punya kawasan misalnya, ada lebih 40 peratus Melayu. Jadi saya juga berperanan tarik sokongan orang Melayu.
Adakah DAP tetapkan sebarang kuota keahlian Melayu dalam parti? Tiada.
Jika tiada kuota, apa akan jadi jika parti didominasi orang Melayu, tak risaukah halatuju akan diubah mirip UMNO atau parti Melayu lain? 
"Kalau kita sampai tahap itu, ia adalah kejayaan untuk mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia.
"Kita tak pernah risau jika ada terlalu ramai Melayu dalam parti, yang kita risau adalah jika tak cukup Melayu. Tiada masalah bagi kita, sebab parti ini bukan ditubuhkan dengan perlembagaan bahawa parti ini mesti dipimpin oleh kaum Cina, tidak. Ini bukan visi pengasas parti kita. Sebaliknya beliau melihat kepada satu parti yang boleh menyatukan rakyat Malaysia.
PKR DAN AMANAH Bila cakap macam ini, tak risaukah jika pembaca Cina akan melihat DAP semakin cair sifat mempertahankan mereka?
"Tidak. Itu yang kita mahu bezakan bahawa kita bukan satu parti perkauman. Memang betul sokongan kita banyak daripada pengundi Cina. Tapi perlembagaan kita tak nafikan penyertaan Melayu. Jika satu hari nanti lebih ramai Melayu berbanding Cina dalam DAP, biarlah ia terjadi, apa masalahnya?
Bolehkah DAP bergantung kepada PKR dan Amanah saja untuk tarik sokongan Melayu?
"Kita mesti bersama-sama. Setiap parti ada peranan. Saya tak mahu menyatakan beban itu hanya terletak ke atas bahu PKR. Sebab dulu satu-satu gabungan, setiap parti itu ada peranan, dan mesti saling melengkapi. Kita tak boleh kata, kalau bab orang Melayu, PKR punya tanggungjawab. Kalau kaum Cina, DAP punya tanggungjawab. Atau parti Amanah hanya dalam kalangan Melayu konservatif. Tak boleh begitu, sebab jika macam itu tiada sinergi dalam kalangan parti.
ISU POKOK PUN TAK BOLEH SELESAI? Pandangan terhadap kemerosotan DAP dan Pakatan Harapan (PH) dalam beberapa pilihan raya negeri?
Kita tak boleh nafikan bahawa PRN di Melaka, Sarawak dan Johor, kita mengalami kemerosotan dari segi sokongan kepada PH. Itu sesuatu yang tak boleh dinafikan, dan jika mana-mana pemimpin PH menafikan, maka itu adalah satu sindrom penafian. Jadi kita mesti mengakui bahawa kita ada kelemahan, dan PH ada kekurangan dan masalah yang perlu ditangani.
Kenapa prestasi merosot?
Ada pelbagai faktor, terutama apa yang berlaku dalam Langkah Sheraton mengakibatkan ramai hilang keyakinan terhadap politik dan PH. Ramai terutama pengundi atas pagar, hilang keyakinan kepada sistem politik, sebab mereka lihat politikus ini semua pentingkan diri. Walaupun bagi kita, itu bukan kita, sebab ada yang membelot.
Tapi bagi rakyat, itu mengakibatkan mereka hilang kepercayaan kepada ahli politik. Dari segi hala tuju juga, iaitu tentang bagaimana kita mahu membentuk satu kepimpinan yang kuat. Mungkin ada melihat ia sedikit rapuh dalam beberapa siri PRN baru-baru ini.
Umpamanya, dari segi calon di Melaka, kita ada pertelingkahan tentang calon yang dilihat sebagai katak. Kemudian di Johor, kita dilihat tak dapat capai persetujuan mengenai logo. Itupun faktor menjejaskan keyakinan penyokong. Mereka kata isu pokok macam logo, ini perkara mudah namun tak bersatu hati, jadi macam mana mahu mentadbir kerajaan kalau tak bersatu hati dalam perkara-perkara mudah ini?
Pandangan terhadap peralihan sokongan kaum Cina yang mula berpihak kepada BN dan MCA?
Kalau kita lihat betul-betul analisis swing kepada MCA hanya di satu dua kerusi terutama di DUN Yong Peng. Ini memang jelas ada swing pengundi Cina kepada MCA. Tapi ini sebab isu mikro, bermaksud ia menggembleng sumber dan betul-betul fokus di kawasan itu.
Mereka letak calon di sana yang bekerja di kawasan sepanjang masa, sejak selepas pilihan raya umum lepas. Di Yong Peng, strategi MCA adalah calon yang telah kalah sewaktu PRU14, dia tetap teruskan khidmat seperti seorang wakil rakyat.
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN Susulan desakan terhadap Perdana Menteri untuk bubarkan Parlimen dan beri ruang pilihan raya, apakah DAP memihak kepada PM atas sebab Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan-pembangkang?
MoU ini jelas satu persefahaman antara PH dengan kerajaan persekutuan. Ini mesti dijelaskan dari segi konsepnya. Kita bukan menyertai persefahaman ini dengan UMNO, tapi dengan kerajaan yang mana Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ialah ketua kerajaan selaku PM. 
Ia bukan ditandatangani atas kapasiti selaku pemimpin UMNO, sebaliknya atas kapasiti PM. Konsep ini harus difahami bahawa persefahaman kita hari ini adalah dengan kerajaan, bukan dengan parti beliau.
Apa syarat di pihak PH-DAP untuk pastikan MoU ini berfungsi?
Apa yang termaktub dalam MoU itu dilaksanakan, ini termasuk Akta Anti Lompat Parti, agenda untuk mengehadkan jawatan PM, membawa semula Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen, itu semua sedang dilaksanakan. Jika semua ini berlaku, bermakna MoU ini berkesan. MoU ini bukan sokongan, sebaliknya persefahaman. 
Maksud saya, mahu cakap kita sokong PM, tak betul. Kita bukan sokong, tapi ada persefahaman dengan beliau. Jadi ada obligasi kita, seperti yang kita kata akan berkecuali kalau ada undi percaya kepada beliau.
Jadi saya lontarkan dalam Parlimen. Saya kata kalau ada ahli UMNO yang rasa kalau ada keraguan terhadap PM, boleh bawa usul undi percaya. Usaha undi percaya itu, kita berkecuali. Jadi itu persefahaman kita. Maka kedudukan beliau sebagai PM tak tergugat, kecuali ada orang dalam kerajaan menarik sokongan terhadapnya termasuk dari parti beliau sendiri.
Adakah mereka akan tarik sokongan? Itulah persoalannya. Jadi selagi mereka tak tarik balik sokongan, tak timbul soal kedudukan tergugat. Jika tak tergugat, tekanan itu adalah antara beliau dengan parti. Kita tak terlibat. Kita punya persefahaman, Parlimen tak sepatutnya dibubarkan sebelum 31 Julai. Tapi selepas itu, terpulanglah kepadanya, kecuali beliau kata jika ada persefahaman untuk lanjutkan.
ANTI MONARKI Sejauh mana kebenaran dakwaan, kononnya DAP anti monarki? Adakah dakwaan itu relevan?
Jawapannya silalah lihat di SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/04/isu-logo-pun-tak-boleh-selesai-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Kerajaan Ph Dulu Nak Ajar Rakyat Malaysia Ikut Amerika Yang Dah Maju 100 Tahun Tentang Demokrasi Mana Nak Jalan

Masa Kerajaan Ph Dulu Nak Ajar Rakyat Malaysia Ikut Amerika Yang Dah Maju 100 Tahun Tentang Demokrasi Mana Nak Jalan

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 264 hits
SOP PRN Johor untungkan parti kerajaan kata BERSIH March 30 2022 PRN Johor pada 12 Mac lalu menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi manakala Pakatan Harapan berjaya menawan 11 kerusi PN serta PKR dan MUDA masing masing satu kerusi PE...
Macam Mana Nak Kira Fidyah Puasa Yang Ditinggalkan

Macam Mana Nak Kira Fidyah Puasa Yang Ditinggalkan

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 245 hits
Macam Mana Nak Kira Fidyah Puasa Yang Ditinggalkan Puasa yang ditinggalkan dan tidak sempat diganti pada tahun semasa ramadhan dijalani hendaklah diganti puasa tersebut dan bayar fidyah sekali Maksudnya jika anda sihat walafiat sengaja ting...
Macam Mana Nak Cepat Popular Umpama Artis

Macam Mana Nak Cepat Popular Umpama Artis

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 287 hits
Bercita cita nak jadi popular Nak cara mudah ke cara susah Mesti ramai nak popular cara mudah kan Menjadi popular memang idaman setiap orang Jadi orang sanggup buat apa saja untuk menjadi popular Kalau kita rasa menulis blog boleh popular i...
Hiburan Macam Mana Boleh Lepas Netizen Pelik Tengok Video Kemalangan Langgar Lembu Atas Highway

Hiburan Macam Mana Boleh Lepas Netizen Pelik Tengok Video Kemalangan Langgar Lembu Atas Highway

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 202 hits
Baru baru ini tular di applikasi video memaparkan detik cemas apabila sebuah kenderaan jenis pacuan roda melanggar seekor lembu yang secara tiba tiba melintas di Kilometer 249 7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara Menurut laporan mangsa kej...
Ruu Anti Lompat Hadi Nak Ahli Parlimen Bukan Islam Baiahvmacam Mana

Ruu Anti Lompat Hadi Nak Ahli Parlimen Bukan Islam Baiahvmacam Mana

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 197 hits
RUU Anti Lompat Hadi nak ahli parlimen bukan Islam baiahvmacam mana Beberapa sumber yang tahu berkenaan perkara itu memberitahu kabinet sebaliknya memutuskan untuk membentangkan RUU bagi meminda beberapa bahagian Perlembagaan Persekutuan ya...
Melayu Mana Yang Buat Drama Bodoh Macam Tu Zul Yahya Kecam Drama Babak Panas Zul Ariffin

Melayu Mana Yang Buat Drama Bodoh Macam Tu Zul Yahya Kecam Drama Babak Panas Zul Ariffin

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 217 hits
March 22 2022Sejak Jumaat lalu hangat diperkatakan mengenai video babak panas yang dimuat naik oleh Zul Ariffin bersama seorang pelakon baru Siti Hariesa mengundang kecaman ramai Perkara itu turut mendapat perhatian bekas pelakon Zul Yahya ...
Hiburan Boleh Makan Macam Biasa Kj Umum Tak Perlu Booster Untuk Dine In Masuk Pusat Beli Belah

Hiburan Boleh Makan Macam Biasa Kj Umum Tak Perlu Booster Untuk Dine In Masuk Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 186 hits
Terbaharu Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin atau mesra dipanggil sebagai KJ membuat pengumuman penerima vaksin jenis Sinovac dan Sinopharm serta yang berusia 60 tahun ke atas yang masih belum menerima booster dibenarkan untuk makan ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tangan Dan Kaki Kebas

Patong Bay Residence Phuket

Ular Sawa 100 Kilogram Ceroboh Asrama Perempuan

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong