Muhyiddin Aset Atau Liabiliti


freemalaysiatoday.com
Mohsin Abdullah-21 Aug 2024
Rasanya Bersatu bukanlah naif sehingga tidak tahu masalah bos mereka sekarang boleh membawa padah.


Tidak dinafikan Muhyiddin Yassin berjasa kepada Bersatu sekali gus Perikatan Nasional. Jasa paling besar beliau ialah menggerak dan menjayakan Langkah Sheraton, dengan itu PN menjadi kerajaan. Dalam lain perkataan, jasa Muhyiddin yang membuatkan PN dapat memerintah negara.

Kalau bercakap mengenai aset bagaimana? Adakah Muhyiddin aset untuk Bersatu dan PN? Terserah kepada pendapat masing-masing terutama orang Bersatu dan PN sendiri. Atau adakah beliau liabiliti? Pada hemat saya jika Muhyiddin pernah menjadi aset, kini beliau sudah menjadi liabiliti.

Mengapa? Kerana masalahnya dengan Istana Pahang, malah institusi raja.

Umum tahu Istana Pahang membuat laporan polis terhadap Muhyiddin kerana seolah-olah menyatakan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 gagal menghormati Perlembagaan kerana tidak melantik beliau sebagai perdana menteri berikutan keputusan PRU15. Muhyiddin meluah kata-kata sedemikian pada satu majlis ceramah semasa kempen PRK Nenggiri tempoh hari. Ucapannya dimuat naik ke media sosial.

Tengku Mahkota Pahang murka dan mendakwa Muhyiddin memanipulasikan fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil ketika memilih perdana menteri ke-10.

Seingat saya ini julung-julung kali seorang putera raja mengkritik lantang dan secara terbuka terhadap seorang pemimpin politik. Jelas ia mempunyai kesan bukan sahaja kepada Muhyididn tetapi juga kepada partinya dan gabungan politik yang dipimpinnya.

Benar Muhyiddin sudah tampil berkata beliau tidak bermaksud hina institusi raja. Pada masa sama beliau tetap menegaskan ucapannya adalah ‘kenyataan fakta’. Terpulang interpretasi masing-masing namun biarlah polis menjalankan siasatan. Proses rakaman percakapan Muhyiddin akan diberitakan dijalankan hari ini. Ia mulanya dijadual semalam tetapi ditangguhkan ke hari ini kerana Muhyiddin berada di luar negara. Begitu kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain menurut laporan Malaysiakini.

Walau apapun, apa yang didakwa diucap di Nenggiri dan penegasan apa yang diucap adalah ‘fakta’ memberi tekanan kepada Bersatu dan PN. PAS rakan kongsi Bersatu dalam PN setakat ini belum mengeluarkan reaksi rasmi. Memilih untuk mendiamkan diri.

Bagaimanapun dilaporkan 17 Adun PN di dalam Dewan Undangan Negeri Pahang mungkin berdepan dilema apabila tidak mempunyai pilihan kecuali menyatakan sikap masing-masing terhadap ucapan kontroversi Muhyiddin. Speaker DUN Pahang Sharkar Shamsudin dipetik media berkata:
Semua ahli yang berhormat di negeri ini perlu menyatakan pendirian tegas berhubung perkara tersebut kerana baginda Sultan Pahang merupakan sebahagian daripada dewan perundangan negeri. Selain itu beliau berkata
ia juga melibatkan air muka dan maruah rakyat Pahang yang sentiasa menjunjung titah baginda sultan yang menjadi payung negeri ini.

Nyata Adun PN tersepit di antara kesetiaan pada Muhyiddin dan kesetiaan pada sultan, dan juga berdepan isu air muka dan maruah rakyat Pahang yang mereka wakili.

Kesudahannya Adun PN negeri menyatakan sokongan penuh kepada Tengku Mahkota Pahang berhubung gesaan supaya Muhyiddin disiasat.

Ketua pembangkang negeri dan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengisytiharkan taat setia mereka yang tidak berbelah bahagi kepada Tengku Mahkota Pahang dan ayahandanya, Al-Sultan Abdullah.

Masalah yang dihadapi PN bukan sahaja di Pahang. Oleh itu beberapa penganalisis memberitahu FMT bahawa PN perlu menggantikan Muhyiddin jika tidak mahu ditolak pada PRU16. Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata kenyataan Muhyiddin berunsur 3R yakni kaum, agama, dan raja berpotensi merosakkan reputasi PN. Menurut beliau ramai dalam kalangan rakyat menyifatkan isu 3R dalam kempen politik sebagai tidak bertanggungjawab.
Ucapan keterlaluan hanya mendorong pengundi memilih alternatif lebih stabil dan bersifat sederhana, dan jika gagal kata beliau, PN boleh rugi untuk jangka panjang.

Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antrabangsa Malaysia pula dipetik berkata tindakan Muhyiddin berkemungkinan dilakukan sesiapa sahaja pembangkang yang tidak dipilih menjadi perdana menteri. Cuma kata beliau, kenyataan 3R Muhyiddin itu telah melampaui batas sehingga Tengku Mahkota Pahang mengeluarkan kenyataan murka. Lau membayangkan isu ini akan menjadi modal jangka panjang lawan PN.

Kesimpulannya Muhyiddin menyusahkan PN. Mungkin PAS tahu itu semua dan kerana itulah ia berdiam diri sehingga sekarang?

Rasanya Bersatu bukanlah naif sehingga tidak tahu masalah bos mereka sekarang boleh membawa padah lantas Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal cuba menyakinkan umum dengan dakwaan ucapan Muhyiddin telah disunting pihak musuh. Tetapi kata-kata Muhyiddin sendiri bahawa apa yang diucapkan berdasarkan ‘fakta’ tidak mengikut naratif si ketua Pemuda.

Jika ikut peringatan penganalisis yang dilapor FMT, PN perlu cari pengganti Muhyiddin untuk kebaikan diri sendiri. Dalam Bersatu ada yang memang cukup minat mengambil alih jawatan presiden tetap terpaksa memendam hasrat ekoran pelan damai yang diutarakan Muhyiddin.

Muhyiddin sendiri pernah berkata beliau tidak mahu mempertahankan jawatan pada pemilihan parti tahun ini. Ertinya mahu bersara tetapi mengubah fikiran setelah isterinya menyakinkan beliau the party still need you. Ini didedahkan Muhyiddin sendiri.

Namun sekarang timbul masalah yang semua maklum. Maka diulangi adakah Muhyiddin kini satu beban buat Bersatu dan PN? Bersatu boleh menjawab, PN boleh jawab. Yang paling penting Muhyididn perlu jujur menjawab sendiri.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.Rephrase with Ginger (Ctrl+Alt+E)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/muhyiddin-aset-atau-liabiliti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Rosdy Tan Sri Muhyiddin Tak Patut Heret Al Sultan Abdullah Untuk Raih Undi Pilihan Raya

Wan Rosdy Tan Sri Muhyiddin Tak Patut Heret Al Sultan Abdullah Untuk Raih Undi Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 105 hits
KUALA LUMPUR Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang didakwa biadab ke atas Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy ...
Pahang Palace Demands Uncompromising Action Against Muhyiddin For Extremely Dangerous 3r Remark

Pahang Palace Demands Uncompromising Action Against Muhyiddin For Extremely Dangerous 3r Remark

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 157 hits
The Pahang palace has lodged a police report against Perikatan Nasional chairman Tan Sri Muhyiddin Yassin over his comments concerning religion royalty and race made in Gua Musang Kelantan during the recent Nenggiri by election campaign Ami...
Muhyiddin Wajib Mohon Ampun Puad

Muhyiddin Wajib Mohon Ampun Puad

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 131 hits
Oleh KOSMO 19 Ogos 2024 12 11 pmMohd Puad Muhyiddin PETALING JAYA Pengerusi Perikatan Nasional yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin wajib membuat permohonan maaf secara terbuka Ahli Majlis Kerja Terting...
Tengku Hassanal Gesa Polis Ambil Tindakan Terhadap Muhyiddin

Tengku Hassanal Gesa Polis Ambil Tindakan Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 78 hits
FMT ReportersTengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah menggesa polis mengambil tindakan yang tegas tanpa kompromi terhadap Muhyiddin yang secara sengaja menyentuh sentimen isu 3R PETALING JAYA Tengku Mahkot...
Sentuh Isu Agama Raja Dan Kaum Ketika Kempen Prk Polis Terima 28 Laporan Terhadap Muhyiddin

Sentuh Isu Agama Raja Dan Kaum Ketika Kempen Prk Polis Terima 28 Laporan Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 92 hits
KUANTAN Polis Pahang menerima sebanyak 28 laporan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyentuh isu agama raja dan kaum ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri di Gu...
17 Bulan Pun Gagal Puad Bidas Dakwaan Muhyiddin Ramai Mahu Pn Kembali

17 Bulan Pun Gagal Puad Bidas Dakwaan Muhyiddin Ramai Mahu Pn Kembali

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 74 hits
Puad Zarkashi mempersoalkan kemampuan Muhyiddin Yassin susulan dakwaan pentadbiran diterajuinya selama 17 bulan digelar kerajaan gagal PETALING JAYA Seorang pemimpin Umno meminta Muhyiddin Yassin menasihatkan kerajaan Kelantan ditunjangi PA...
Skandal Jana Wibawa Muhyiddin Mahathir Katakan Zahid Bukan Hero

Skandal Jana Wibawa Muhyiddin Mahathir Katakan Zahid Bukan Hero

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 94 hits
CAKAP PUTAR BELIT DARI MAHATHIR Sementara itu Mahathir juga mengingatkan presiden Umno itu pada sekurang kurangnya dua pertemuan peribadi dia telah menasihatkan Zahid bahawa parti itu telah menyimpang dari perjuangan asalnya Oleh kerana per...
Questions Over Second 5g Network

Trump Menang Apa Komen Pas Brics Ganti Dolar

Ringgit Ends Stronger On Market Optimism

Kingma Dummy Battery Kit For Canon R50

Singapore Revisit A One Day Trip Around Singapore Jalan Jalan Sampai Lebam

Investing In Bali Why Propertia S Local Insight And Expertise Make All The Difference

Ada Masalah Mata Kering Dan Sering Lupa Jangan Risau Gkb Cordyceps Cicadae Dan Gkb Lion S Mane Mushroom Kan Ada

11 11 Huawei Mega Sale Brings Exclusive Tech Deals For Malaysians


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim

Biodata Terkini Sheila Abdull Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Mungkinkah

Biodata Terkini Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Keranamu Kekasih


Nasi Lemak

Keganasan Tanpa Sempadan Israel Penyokong Bolasepak Israel Ke Amsterdam Melakukan Kerosakan

Motac Bagai Rm970 000 Geran Gssk Untuk Kedah

Special Occasion Decorations By Nfbouquetkl Just Married Themes Nfdecokl Roomdecor

Friday Jottings The Rich The Poor And The Deception

Stacy Menyala Chord