Mufti Tiada Perlu Bangkit Isu Status Halal Haram Hibah Th



Tidak ada keperluan status halal haram hibah yang dibayar Tabung Haji kepada pendeposit dari tahun 2014 hingga 2017 dibangkitkan.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, dari segi hukum, pihaknya berpendapat, tidak ada apa yang perlu dibangkitkan memandangkan TH sendiri telah mempunyai panel penasihat syariah.
Menurutnya, panel penasihat syariah ini telah melihat dan menilai sebelum sesuatu keputusan berkaitan dibuat.
“Isu yang berbangkit dalam TH berkaitan pembayaran hibah dari mana duit itu diambil dan sebagainya, kita serahkan kepada kebijaksanaan panel syariah yang dilantik TH.
“Kita beri kepercayaan, kepada panel syariah TH namun jika ada apa-apa perjalanan yang tidak telus atau berlaku sebarang ketirisan, panel syariah TH patut memberi penjelasan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Mohamad Shukri berkata, ada pun dari segi pengurusan TH, di luar bidang kuasa pihaknya untuk mengulas.
“Sebab, saya pun tak tahu macam mana mereka beroperasi secara keseluruhannya, jadi kalau saya ulas benda yang tak tahu dikhuatiri berlaku tidak adil.
“Sebagai orang luar, saya melihat TH ada dua sumber dana, satu pendeposit dan satu lagi perniagaannya. Jadi yang bayar hibah adalah dari perniagaan mereka.
“Dari segi pendeposit, kita jangan terburu-buru untuk mengeluarkan simpanan masing-masing. Kita beri kepercayaan kepada TH, kita tunggu dan lihat apa perkembangan selanjutnya. Mungkin perkara ini akan di bawa ke mahkamah dan sebagainya.
“Kerana TH adalah satu-satunya institusi kewangan Islam yang kukuh di negara ini dan telah membantu umat Islam (dalam urusan ibadah haji dan umrah) selama ini,” katanya lagi.
Semalam, Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mendakwa pemberian hibah kepada pendeposit TH sejak 2014 hingga 2017 bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion.
Namun perkara itu disanggah oleh bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang menyifatkan perkara itu sebagai tidak tepat.
Menurutnya, setiap tahun Jabatan Audit Negara telah mengaudit seluruh bentuk pelaburan malah, memperakukannya melalui sijil bersih.
“Semenangnya ada proses itu. Kami Lembaga Pengarah TH berpandukan laporan Jabatan Audit Negara.
“Saya ingin tegaskan bahawa pengurusan TH terdahulu tidak melanggar akta berkenaan dan tidak melakukan apa-apa kesalahan seperti yang didakwa,” katanya dalam sidang media, di lobi Parlimen, hari ini.  - SH #CelahGelegar 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/muftitiada-perlu-bangkit-isu-status.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kuil Status Moratorium Beberapa Akta Ditarik Semula Beri Kuasa Penuh Kepada Polis

Isu Kuil Status Moratorium Beberapa Akta Ditarik Semula Beri Kuasa Penuh Kepada Polis

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 361 hits
SUBANG JAYA Kabinet bersetuju menarik semula moratorium ke atas beberapa akta yang sedang dikaji semula susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman Seafield di sini Isnin lalu Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata per...
Kisah Teladan Ini Akibat Jika Terlalu Jaga Bab Halal Haram

Kisah Teladan Ini Akibat Jika Terlalu Jaga Bab Halal Haram

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 623 hits
Jaga yang haram dan syubhah Allah gantikan yang terlebih baik Di kota Damsyiq ada sebuah masjid besar yang bernama Masjid Al Taubah Kira kira tujuh puluh tahun yang lalu masjid ini pernah diduduki oleh seorang pemuda penuntut ilmu yang bern...
Majalah 3 Status Halal Restoran Lian Hwa Rembau Diragui

Majalah 3 Status Halal Restoran Lian Hwa Rembau Diragui

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 1731 hits
Status Halal Restoran Lian Hwa Rembau Kami telah menerima banyak pertanyaan aduan mengenai sebuah restoran Lian Hwa di Rembau yang dikatakan Halal melalui rancangan Majalah 3 pada hari isnin bertarikh 3 disember 2018 Adalah di maklumkan bah...
Isu Ahok Gabung Pdip Tegaskan Hanya Tertutup Bagi Pengkhianat Penculik

Isu Ahok Gabung Pdip Tegaskan Hanya Tertutup Bagi Pengkhianat Penculik

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 215 hits
Sekretaris Jenderal PDI Perjuangan Hasto Kristiyanto membuka pintu bagi siapa saja selama setia pada Pancasila dan NKRI Termasuk Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok yang menjadi terpidana kasus penistaan agama Namun tertutup untuk para pencul...
Isu Kuil Pertahankan Kuil Adalah Menghina Mahkamah

Isu Kuil Pertahankan Kuil Adalah Menghina Mahkamah

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Mana mana pihak mengeluarkan kenyataan mempertahankan daripada dipindahkan bakal berdepan dengan hukuman penjara Peguam kanan Adnan Seman berkata perkara itu berlaku sekiranya One City Development Sdn Bhd selaku pemilik tanah m...
Terkini Tun Dr Mahathir Dedah Punca Sebenar Isu Rusuhan Kuil Seafield Di Sidang Media

Terkini Tun Dr Mahathir Dedah Punca Sebenar Isu Rusuhan Kuil Seafield Di Sidang Media

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 983 hits
Terkini Tun Dr Mahathir Dedah Punca Sebenar Isu Rusuhan Kuil Seafield Di Sidang Media
Panas Pedas Tun Mahathir Perli Umno Isu Icerd Kuil Seafield Dia Dapat Latihan Kerajaan Lama

Panas Pedas Tun Mahathir Perli Umno Isu Icerd Kuil Seafield Dia Dapat Latihan Kerajaan Lama

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 593 hits
Panas Pedas Tun Mahathir Perli Umno Isu Icerd Kuil Seafield Dia Dapat Latihan Kerajaan Lama
Dpr Mobil Listrik Kendaraan Masa Depan Sebagai Solusi Isu Energi Dan Lingkungan

Dpr Mobil Listrik Kendaraan Masa Depan Sebagai Solusi Isu Energi Dan Lingkungan

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 231 hits
Wakil Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Agus Hermanto membuka rapat koordinasi terkait Pengembangan Industri Kendaraan Bermotor yang akan menjadi solusi atas isu energi dan lingkungan sebagai kendaraan masa depan Menurutnya mobil listrik merupa...
Perhimpunan Icerd Tiada Kaitan Isu Perbalahan Tapak Kuil Hadi Awang

Perhimpunan Icerd Tiada Kaitan Isu Perbalahan Tapak Kuil Hadi Awang

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 276 hits
MARANG PAS menegaskan bahawa perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum tiada kaitan langsung dengan isu perbalahan tapak Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Selangor Sebaliknya ...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian