Kisah Teladan Ini Akibat Jika Terlalu Jaga Bab Halal Haram


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jaga yang haram dan syubhah, Allah gantikan yang terlebih baik.

Di kota Damsyiq, ada sebuah masjid besar yang bernama Masjid Al-Taubah.

Kira-kira tujuh puluh tahun yang lalu, masjid ini pernah diduduki oleh seorang pemuda, penuntut ilmu yang bernama Sulaim Al-Suyuthi.

Beliau terkenal pandai dalam ilmu agama dan sangat soleh, tetapi ia sangat fakir. Dia tidak memiliki tempat berteduh selain sebuah bilik di dalam masjid Al-Taubah.

Suatu hari, Sulaim merasa sangat lapar.

Sudah dua hari beliau tidak makan dan tidak memiliki apa-apa untuk membeli makanan. Pada hari ketiga, beliau merasa hampir mati.

Otaknya berfikir; apa yang harus dilakukan?

Malah dia berasa telah sampai kepada batasan darurat yang membolehkan dirinya memakan bangkai atau mencuri sesuai keperluan.

Dia memilih untuk mencuri.

Masjid Al-Taubah pada waktu itu berada di tengah-tengah kota raya. Rumah-rumah pada saat itu saling berdekatan dan atapnya saling berhampiran.

Jika seseorang mahu, dia dapat berjalan hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap-atap rumah.

Syeikh Sulaim segera memanjat dinding masjid.

Dia terus melangkah ke atap rumah penduduk. Dia melihat seorang wanita dari atap tersebut, dia segera menutup matanya dan menjauh.

Kemudian dia tiba ke sebuah rumah kosong, dia mencium dari dalamnya bau sebuah masakan. Bau itu macam magnet yang menarik dirinya untuk turun.

Dia segera melompat ke dalam rumah itu dan terus berlari ke dapur. Dia segera mengangkat penutup kuali dan melihat terung-terung (bazinjan mahsyi) yang sedang dimasak.

Tangannya mengambil salah satu dari terung tersebut dan segera menggigitnya.

Namun sebelum ia berhasil menelan gigitan tersebut, akal dan agamanya kembali.

Hatinya segera berkata, “Auzu billah. Saya seorang pelajar agama yang tinggal di masjid. Tidak patut saya menceroboh rumah orang lain dan mencuri makanannya.”

Dia menjadi sangat menyesal.

Dia lalu beristighfar dan mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula.

Dia  kembali ke masjid dan duduk di sebuah majlis ilmu. Namun kerana sangat lapar, dia hampir tidak mengerti apa yang didengar.

Setelah majlis itu selesai dan semua orang telah kembali ke rumah masing-masing, tidak ada yang masih berada di dalam masjid kecuali Syeikh Sulaim dengan gurunya.

Dalam keadaan itu seorang wanita berniqab tiba-tiba datang dan berbicara dengan sang guru, suaranya sangat halus.

Kemudian guru itu memanggil Syeikh Sulaim lalu berkata kepadanya, “Perempuan ini memberitahuku bahawa suaminya baru sahaja meninggal dunia. Dan ia seorang yang asing di negeri ini. Tidak ada yang menjaganya selain pak ciknya yang sudah sangat tua.

Dia mewarisi rumah dan semua harta suaminya. Untuk itu, ia meminta dicarikan seorang suami yang dapat menjaga dirinya dari orang-orang jahat. Mahukah engkau menikahinya?”

Syeikh Sulaim berkata, “Ya.”

Lalu Syeikh itu bertanya kepada perempuan itu, “Mahukah engkau menerimanya sebagai suami?”

Ia menjawab, “Ya.”

Pakcik perempuan itu  hadir bersama dua orang saksi. Akad nikah pun dilaksanakan segera.

Syeikh itu lalu berkata, “Bawalah suamimu ini.”

 Perempuan itu lalu memimpinnya ke rumah tempat tinggalnya. Apabila perempuan itu menyingkap niqabnya, ternyata dia adalah seorang wanita yang sangat muda dan cantik.

Juga ternyata, rumah kediamannya adalah rumah yang tadi dicerobohinya.

Isterinya  bertanya, “Mahukah engkau makan?”

 Dia menjawab, “Ya.”

Isterinya segera membuka penutup kuali dan melihat terung-terungnya. Dia segera berkata, “Hairan sekali, siapa yang telah masuk ke rumah dan memakan terungku?”

Syeikh Sulaim segera menangis dan menceritakan kisahnya kepada isterinya.

Isterinya itu segera berkata, “Inilah buah daripada sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang haram, Allah lalu memberikan kepadamu rumah ini berserta seluruh seisinya melalui cara yang halal.”


Kisah Teladan - Ini Akibat Jika Terlalu Jaga Bab Halal Haram Kisah ini diceritakan oleh Allahyarham Syeikh Ali Al-Thantawi, seorang ulama besar di Syria yang wafat beberapa tahun lalu, di dalam muzakarahnya.

Beliau berkata, “Cerita ini kisah nyata. Saya sendiri mengenali tokoh-tokohnya dan saya masih ingat perincian ceritanya.”

Masya-Allah, ketika membaca kisah ini saya kembali teringat kota Damsyiq yang penuh dengan ilmu dan keberkatan. Kejadian luar biasa sering terjadi di kota ini bagi orang-orang yang ikhlas menuntut ilmu kerana Allah.

Pengajaran yang terkandung di dalam kisah ini sangat jelas.

Satu biji terung haram yang di tinggalkan kerana Allah akan dibalas dengan rumah besar berserta isinya dan isteri yang cantik di dunia ini.


Kredit:
Jafri Mahmoodi
Dar AlFaizin



Moga kita ambil pengajaran... Berhati-hati bab halal haram sesuatu perkara.

Bukan dalam bab makan sahaja... Tapi juga sumber rezeki kita. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mariafirdz.com/2018/12/kisah-teladan-ini-akibat-jika-terlalu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tak Kisah Dipanggil Anak Drebar Lori Nur Izzati Hadiahkan Ijazah Untuk Ayahnya Yang Cari Rezeki Halal

Saya Tak Kisah Dipanggil Anak Drebar Lori Nur Izzati Hadiahkan Ijazah Untuk Ayahnya Yang Cari Rezeki Halal

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 673 hits
Di sebalik ketegasan seorang ayah pasti ada kelembutan yang tersembunyi dalam dirinya Ini dibuktikan menerusi perkongsian Twitter yang dimuat naik oleh graduan Universiti Sains Islam Malaysia Nur Izzati Omar 23 baru baru ini Anak sulung dar...
Mufti Tiada Perlu Bangkit Isu Status Halal Haram Hibah Th

Mufti Tiada Perlu Bangkit Isu Status Halal Haram Hibah Th

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 376 hits
Tidak ada keperluan status halal haram hibah yang dibayar Tabung Haji kepada pendeposit dari tahun 2014 hingga 2017 dibangkitkan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata dari segi hukum pihaknya berpendapat tidak ada apa yang per...
Pintu Rezeki Asbab Jaga Ibu Dihospital Baca Kisah Ni

Pintu Rezeki Asbab Jaga Ibu Dihospital Baca Kisah Ni

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 347 hits
ZAMAN sekarang semua barang mahal Minyak mahal kereta pun mahal sewa rumah mahal makanan pun mahal Kos sara hidup zaman sekarang berbeza dengan zaman dahulu Meskipun terhimpit dengan bebanan hidup masih ramai yang lupa alpa bahawa rezeki it...
Bijak Suami Pergunakan Aku Hampir 3 Tahun Suami Brbohong Pergi Balik Kerje Nampak Terlalu Baik

Bijak Suami Pergunakan Aku Hampir 3 Tahun Suami Brbohong Pergi Balik Kerje Nampak Terlalu Baik

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 563 hits
Gambar Sekadar Hiasan 7 Tahun Kelakuan Suami Pergi Balik Kerja Normal Sgt Hinggalah Dapat 1 Mesej Pecah Segala Rahsia Suami Ceritanya sepertu di bawah Saya dan suami sudah 7 tahun berkahwin Kami bahagia dikurniakan sepasang cahaya mata beru...
Ramai Yang Salah Sangka Sebenarnya Orang Yang Kuat Menguap Bukan Tanda Pemalas Tapi Sebenarnya Terlalu Pintar

Ramai Yang Salah Sangka Sebenarnya Orang Yang Kuat Menguap Bukan Tanda Pemalas Tapi Sebenarnya Terlalu Pintar

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 360 hits
Satu kajian saintifik terbaru mendapati tempoh anda menguap berhubungkait dengan jisim otak anda dan bilangan neuron dalam otak Menurut keputusan penyelidikan itu jika anda mempunyai otak yang lebih besar maka lebih panjanglah anda menguap ...
Perasaan Iri Hati Dan Benci Timbul Kerana Jurang Kekayaan Yang Terlalu Jauh Kata Tun M

Perasaan Iri Hati Dan Benci Timbul Kerana Jurang Kekayaan Yang Terlalu Jauh Kata Tun M

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 220 hits
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad mahu jurang kekayaan di antara kawasan bandar dan luar bandar dikurangkan dengan memberi tumpuan kepada dasar kerajaan sedia ada Jelasnya jika jurang terlalu besar keadaan itu akan menimbulkan perasa...
Ugut Menteri Pertanian Pegawai Khas Mungkin Rakyat Terlalu Tertekan Sekarang

Ugut Menteri Pertanian Pegawai Khas Mungkin Rakyat Terlalu Tertekan Sekarang

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 328 hits
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub dan pegawai khasnya di DUN Simpang Jeram menerima bangkai seekor anak lembu beserta nota ugutan pada Ahad Bangkai haiwan itu dipakaikan baju merah dan ditinggalkan di depan pusa...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation