Mufti Jelaskan Iddah Wanita Yang Melakukan Ivf Tanpa Pernah Bersama


Mungkin perkara ini menjadi tanda tanya tak kira lelaki atau wanita. Ada pasangan yang ditakdirkan untuk berpisah awal dengan pasangannya sehinggakan belum sempat bersetubuh.
Bila berlakunya penceraian, iddah merupakan tertentu yang ditetapkan ke atas seorang wanita selepas diceraikan atau selepas kematian suami. Hukum `iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami.
Persoalannya di sini, jika seseroang wanita itu tidak ‘bersama’ dengan suami sepanjang perkahwinan dan pernah melakukan perubatan IVF namun tidak berjaya, adakah akan dikenakan iddah kerana tidak bersetubuh
Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Persoalan berkaitan iddah ini telah kami jawab dalam beberapa artikel kami sebelum ini, antaranya:
Al-Kafi #820 : Wanita Dalam Iddah Raj’ie Yang Kematian Suami[1] Bayan Linnas Siri 61: Calon Wanita Berkempen Untuk Pilihanraya Dalam Keadaan ‘Iddah[2] Al-Kafi #506: Iddah Bagi Wanita Menopaus[3] Oleh itu, dalam menjawab persoalan iddah kami mulakan dengan menyatakan bahawa pensyariatan iddah bagi wanita yang diceraikan adalah berdasarkan firman Allah SWT:
وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ
Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). 
(Surah al-Baqarah: 228) 
Sesungguhnya syarak membahagikan hukum talak mengikut keadaan-keadaan tertentu sama ada iddah disebabkan kematian atau penceraian. Manakala, iddah disebabkan penceraian pula terbahagi kepada dua, iaitu sama ada berlaku persetubuhan atau belum berlaku persertubuhan.
Maka, secara asasnya bagi wanita yang diceraikan suami sebelum persetubuhan syarak telah menyebut secara jelas hukumnya melalui
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا ۖ فَمَتِّعُوهُنَّ وَسَرِّحُوهُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang idah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah “mut’ah” (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya.
(Surah al-Ahzab: 49)
Dalam isu ini telah oleh fuqaha’ mazhab al-Syafie, antaranya yang dirumuskan oleh Dr. Muhammad Zuhaili:
وسواء كانت المرأة حاملا أو حائلا, كبيرة أو صغيرة, عاقلة أو مجنونة ولو بمجرد استدخال مني الزوج
Maksudnya: Sama ada wanita itu hamil atau tidak, dewasa atau kanak-kanak, berakal atau gila, meskipun hanya dimasukkan mani sahaja (ke dalam faraj). Lihat kitab al-Mu’tamad (4/260)
Hal yang sama disebutkan oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami bahawa apabila dimasukkan mani sesiapa yang pada sangkaan adalah suami wanita tersebut, maka dikenakan iddah. Lihat Tuhfah al-Muhtaj (8/231).
Untuk menjawab persoalan di atas, kami nyatakan takrifan bagi menjelaskan proses IVF (In Vitro Fertilization). Persenyawaan Luar Rahim (In-Vitro Fertilizaton, IVF) merupakan satu kaedah yang melibatkan persenyawaan ovum isteri dengan sperma suaminya di dalam vitro (kaca). Setelah disenyawakan, embrio yang terhasil dipindahkan ke dalam rahim. IVF ini kebiasaan dilakukan oleh pasangan yang gagal mendapatkan zuriat dengan kaedah persetubuhan normal.
Kesimpulan
Berdasarkan nas dan hujah di atas, kami nyatakan bahawa IVF adalah termasuk di dalam perbuatan memasukkan mani suami ke dalam faraj isteri. Maka, seperti mana yang dijelaskan di atas, kes ini turut dikenakan iddah. Dalam bahasa yang lain, kemasukan mani ke dalam rahim isteri berlaku walaupun bukan melalui cara tabi’i. Justeru, sekali lagi kami tegaskan ia perlu kepada iddah.
Semoga Allah memberikan kita kefahaman yang baik dalam mempraktikkan syariat-Nya. Amin.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/01/mufti-jelas-hukum-iddah-wanita-yang-melakukan-ivf-tanpa-pernah-bersama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saintis Russia Pernah Melakukan Ekspirimen Manusia Yang Menakutkan

Saintis Russia Pernah Melakukan Ekspirimen Manusia Yang Menakutkan

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 338 hits
Eksperimen Gila Kesan Tidak Tidur Selama 30 Hari Kepada Manusia Yang Pernah Dijalankan Oleh Saintis Russia Hari keempat1 Keadaan menjadi sunyi Perbualan antara tahanan berkurangan Hari ke lima hingga ke sembilan1 Tahanan paranoid 2 Stress m...
Adakah Rambut Wanita Yang Telah Dipotong Dianggap Aurat Ini Penjelasan Mufti

Adakah Rambut Wanita Yang Telah Dipotong Dianggap Aurat Ini Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 367 hits
Aurat adalah bahagian yang menjadi aib pada tubuh badan yang perlu ditutup sehingga orang lain tidak boleh melihatnya Aurat menjadi haram dilihat oleh orang yang bukan mahram pada seseorang itu Terdapat pelbagai salun dan tandas yang berkon...
Mufti Jelaskan Boleh Guna Wipe Tissue Tapi Wajib Bersihkan Bayi Dengan Air Mutlak

Mufti Jelaskan Boleh Guna Wipe Tissue Tapi Wajib Bersihkan Bayi Dengan Air Mutlak

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 634 hits
Penggunaan baby wipes tissue memang memudahkan kerja ibu bapa untuk membersih najis bayi terutama ketika bercuti ataupun dalam perjalanan yang jauh Namun ia bukan sahaja digunakan ketika travel tetapi ramai yang menggunakanya ketika berada ...
Wanita Syukur Suami Tak Pernah Kedekut Siap Dapat Hadiah Iphone 11

Wanita Syukur Suami Tak Pernah Kedekut Siap Dapat Hadiah Iphone 11

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 289 hits
Setiap orang pasti ada cara yang tersendiri untuk menghargai pasangan masing masing Tak kisahlah dalam apa jua bentuk sekalipun pastinya pemberian tersebut akan sentiasa dihargai oleh mereka Bibi Farhana tular di laman Twitter selepas berko...
Bolehkah Wanita Berwudhu Hanya Mengusap Kerudung Ketika Mendesak

Bolehkah Wanita Berwudhu Hanya Mengusap Kerudung Ketika Mendesak

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 428 hits
Hukum Mengusap Kerudung Saat Wudhu Di kondisi mendesak dmn wudhu di tmpt umum tdk ada Wudhu khusus utk perempuan kmd tdk ada kamar mandi jg apakah boleh wanita ckp mengusap kerudung sebagai ganti mengusap kepala Abu Hammam di Bantul Jawaban...
Oknum Polisi Ini Tampar Perawat Rsud Rembang Saat Melakukan Rjp

Oknum Polisi Ini Tampar Perawat Rsud Rembang Saat Melakukan Rjp

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 413 hits
Senyumperawat com Seorang oknum polisi menampar perawat di Rumah Sakit Umum Daerah Rembang Jawa Tengah Kamis malam Meski tidak meninggalkan luka namun perawat atas nama Alimuddin Fahmy merasa profesinya sebagai perawat direndahkan Menurut i...
Bersempena Hari Jantung Sedunia Orang Ramai Dipelawa Melakukan Pemeriksaaan Jantung Percuma

Bersempena Hari Jantung Sedunia Orang Ramai Dipelawa Melakukan Pemeriksaaan Jantung Percuma

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 274 hits
Tahukah anda bahawa Hari Jantung Sedunia disambut pada 29 September setiap tahun Banyak aktiviti yang telah dirancang bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan jantung Antara aktiviti yang biasanya diada...
Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita

Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 1688 hits
Doa bertemu jodoh untuk wanita Satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwina...
Wanita Sekarang Sanggup Buat Pembedahan Plastik Buang Imej Resting Bitch Face

Wanita Sekarang Sanggup Buat Pembedahan Plastik Buang Imej Resting Bitch Face

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 352 hits
Resting Bitch Face atau RBF adalah ekspresi wajah yang tidak sengaja muncul seolah olah marah jengkel atau seakan akan menghina terutama ketika individu itu sedang bersantai berehat mendengar rakan bercerita atau langsung tidak berbuat apa ...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Artis Paling Muda Di Dunia Yang Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina

Tiga Tanda Kiamat Yang Harus Difikirkan

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Pas Slams Gov T For Treating People As Tax Collection Machines Burdening Rakyat