Kegiatan Suami Isteri Ipar Disyaki Aktif Curi Pecah Masuk Masjid Tumpas


LUMUT, 31 Jan (Bernama) — Kegiatan sepasang suami isteri dan seorang ipar, dipercayai ahli kumpulan ‘Geng Wira’ yang aktif melakukan jenayah curi serta pecah masuk masjid dan surau di beberapa daerah di Perak, tumpas selepas polis menahan ketiga-tiga suspek, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi berkata pasangan suami isteri itu masing-masing berumur 34 dan 20 tahun serta seorang lagi yang juga abang kepada wanita itu berusia 28 tahun, ditahan di Segari di sini, pukul 6.25 petang.
Beliau berkata tangkapan itu dilakukan susulan satu laporan polis dibuat Pengerusi Masjid Al-Falah, Batu 16, Ayer Tawar, kira-kira 6.35 petang, 1 Jan lepas.
“Pihak polis merampas beberapa peralatan pecah rumah, pelbagai peralatan elektrik dan sebuah kereta Perodua Kancil. Dengan tangkapan ini, kita telah dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes pecah masuk masjid di sekitar Manjung.
“Namun kita percaya geng ini turut terlibat dengan beberapa kes pecah masuk masjid di beberapa daerah lain antaranya Pantai Remis, Ayer Tawar dan Beruas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini, hari ini.
Nor Omar berkata modus operandi Geng Wira yang melakukan jenayah itu sejak lebih setahun lepas ialah menyasarkan peralatan elektrik serta tabung di masjid dan surau pada waktu pagi sebelum menjualnya di sebuah premis di Kamunting, Taiping.
“Kita telah menjejaki premis berkenaan dan sedang menyiasat dengan lebih lanjut. Kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula Rabu lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.
Dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki berumur 22 tahun, di sebuah rumah di Kampung Pundut, Lumut, kira-kira pukul 11.35 pagi, Rabu lepas, yang disyaki seorang pengedar dadah di beberapa kawasan di daerah Manjung termasuk Lumut dan Sitiawan.
Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM15,000 di dalam beg silang milik suspek.
“Polis menemui tiga paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 1.1 kilogram, dua paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 52 gram, satu penimbang digital dan dua paket plastik lutsinar mengandungi plastik kosong pelbagai saiz,” katanya.
Nor Omar berkata lelaki itu yang juga seorang penganggur memiliki tiga rekod lampau membabitkan kes dadah dan suspek ditahan reman selama enam hari bermula semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: BERNAMA
The post Kegiatan Suami Isteri, Ipar Disyaki Aktif Curi, Pecah Masuk Masjid Tumpas appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/31/kegiatan-suami-isteri-ipar-disyaki-aktif-curi-pecah-masuk-masjid-tumpas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gilir Gilir Solat Dan Pergi Masjid Tolak Ansur Suami Isteri Penting 20 Tip Ibu Ni Boleh Jadikan Panduan

Gilir Gilir Solat Dan Pergi Masjid Tolak Ansur Suami Isteri Penting 20 Tip Ibu Ni Boleh Jadikan Panduan

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 359 hits
Kini boleh dikatakan membawa anak mengerjakan umrah adalah hal yang biasa bagi semua ibu bapa Pun begitu ketika membuat keputusan untuk membawa anak kecil ini bukanlah satu hal yang mudah Banyak hal yang perlu difikirkan malah waktu melakuk...
Dia Main Bini Orang Kata Si Suami The Geng Tapi Sebenarnya Mangsa Tolong Isteri Buat Report Sebab

Dia Main Bini Orang Kata Si Suami The Geng Tapi Sebenarnya Mangsa Tolong Isteri Buat Report Sebab

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 1277 hits
Viral di media sosial hari ini video seorang lelaki dibelasah beramai ramai sehingga pengsan kerana didakwa menjalinkan hubungan dengan isteri orang Video berdurasi satu minit itu menunjukkan mangsa ditinju bertubi tubi oleh seorang lelaki ...
Bila Isteri Beli Tudung Pakai Cantik Cantik Dia Tak Harap Lelaki Lain Puji Tapi Suami Sendiri

Bila Isteri Beli Tudung Pakai Cantik Cantik Dia Tak Harap Lelaki Lain Puji Tapi Suami Sendiri

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 509 hits
Sebak juga bila tengok tudung isteri saya ni Bila saya fikirkan balik banyaknya kurang saya ni sebagai suami Bila isteri beli tudung dan pakai cantik cantik Dia tak harapkan lelaki tepi jalan puji dia Dia tak harapkan lelaki lelaki tempat d...
Suami Selesai Masalah Isteri Layan Perasaan Itulah Uniknya Sebuah Perkahwinan

Suami Selesai Masalah Isteri Layan Perasaan Itulah Uniknya Sebuah Perkahwinan

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 392 hits
Suami dan isteri mempunyai keperibadian yang berbeza Cara mereka dibesarkan juga tidak sama Sejak kecil lelaki dididik untuk menjadi anak yang berdikari dan sentiasa menyelesaikan masalah sendiri Anak perempuan pula dimanjakan dan lebih kep...
Suami Isteri Sukarela Make Over Kelas Anak Tapi Hasilnya Sangat Mengejutkan

Suami Isteri Sukarela Make Over Kelas Anak Tapi Hasilnya Sangat Mengejutkan

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 567 hits
Tidak dinafikan cara guru mengajar dalam kelas menjadi penyumbang kepada mudahnya seseorang murid itu faham dalam pembelajaran Namun suasana serta keadaan kelas mampu untuk memberi aura serta semangat kepada pelajar untuk belajar Ikuti kisa...
Isteri Cantik Tapi Suami Biasa Biasa Saja Namun Hubungan Tetap Utuh Amp Setia Ini Rahsianya

Isteri Cantik Tapi Suami Biasa Biasa Saja Namun Hubungan Tetap Utuh Amp Setia Ini Rahsianya

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 386 hits
Wow isteri cantik tapi tengok suami dia biasa biasa je kan Itulah dinamakan jodoh Biasa tak anda dengar seperti dialog di atas terutama bila menghadiri majlis perkahwinan Wajah kedua dua raja sehari mestilah ditunggu tunggu oleh para jemput...
Hadap Sakit Bersalin Isteri Tak Nak Apa Apa Cukuplah Suami Ada Temankan

Hadap Sakit Bersalin Isteri Tak Nak Apa Apa Cukuplah Suami Ada Temankan

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 392 hits
Wanita yang pertama kali hamil dan bakal bersalin sudah pasti tidak dapat membayangkan rasa sebenar sakit bersalin Kebanyakan wanita yang sudah ada pengalaman melahirkan anak secara normal rata ratanya menyatakan sakit menahan kontraksi seb...
Keajaiban Buah Nanas Suami Isteri Harus Tahu

Keajaiban Buah Nanas Suami Isteri Harus Tahu

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 710 hits
Jangan biarkan keistimewaan dan keajaiban buah nanas terbiar begitu saja Buah nanas hidup subur dan biasanya banyak ditanam di negara negara tropika dimana iklimnya yang panas dan lembab sepanjang tahun Buah ajaib ini bukan saja lazat berju...
Nafkah Untuk Isteri Tak Termasuk Keperluan Barang Dapur Tapi Ramai Suami Tak Ambil Tahu

Nafkah Untuk Isteri Tak Termasuk Keperluan Barang Dapur Tapi Ramai Suami Tak Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 644 hits
Nafkah Untuk Isteri Tak Termasuk Keperluan Barang Dapur Tapi Ramai Suami Tak Peduli Nafkah isteri diberi tanpa syarat RM100 tu si isteri nak beli apa pun ikut suka dia lah Dia nak simpan nak beli apa apa Itu hak dia Ini baru betul Cukup nas...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally