Mudah Merebak Ibu Kongsi Pengalaman Sebenar Jaga Anak Pembawa Superbug


Mudah Merebak, Ibu Kongsi Pengalaman Sebenar Jaga Anak Pembawa “Superbug”
Antibiotik. Sejenis ubat yang sudah biasa kita dengar dan terima daripada doktor ketika demam sehingga ramai yang menganggap ubat ini penyelamat segera.
Namun di sebalik keberkesanannya, antibiotik bukan ubat ajaib yang mampu menyembuhkan segala jenis penyakit.
Hakikatnya, ubat ini hanya berfungsi jika diambil mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor. Apabila jumlah dos diabaikan atau rawatan dihentikan terlalu awal, bakteria boleh berubah menjadi lebih kebal.
Tahukah anda, penggunaan antibiotik yang tidak mengikut dos boleh menyebabkan bakteria bermutasi menjadi lebih kebal, sehingga kepada peringkat tiada lagi ubat antibiotik yang boleh melawan bakteria tersebut.
Keadaan ini dipanggil kerintangan antibiotik dan bakteria berkenaan digelar sebagai superbug.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat ini terdapat tiga jenis superbug paling kritikal yang dikenal pasti wujud iaitu carbapenem-resistant enterobacterales, generasi ketiga cephalosporin-resistant enterobacterales dan carbapenem-resistant acinetobacter baumannii.
Kehadiran superbug amat digeruni berikutan tiada lagi antibiotik yang mampu merawatnya, malah boleh menyebabkan hidup seseorang berubah.
Superbug tidak hanya menjejaskan kesihatan individu yang dijangkiti, malah menyebabkan kos sara diri individu berkenaan meningkat. Sebagai contoh, bayangkan berapa banyak plastik dan pensanitasi diperlukan setiap kali ibu atau ayah menguruskan bayi mereka yang dijangkiti superbug.
Inilah realiti yang dihadapi oleh seorang ibu kepada anak kembar, yang juga pengamal perubatan, Dr Nurul Adani Annas.
Hidup mereka sekeluarga berubah sekelip mata apabila doktor mengesahkan salah seorang anak kembarnya menjadi pembawa kepada sejenis superbug, iaitu carbapenem-resistant enterobacteriaceae (CRE).
Sebuah perjalanan yang penuh liku bermula hanya kerana satu jangkitan yang tidak mampu dilawan oleh antibiotik.
Kredit: Dr Adani Kerintangan antibiotik mengubah perjalanan hidup sekeluarga Baru sahaja beberapa hari melahirkan anak kembarnya, Adam dan Aidan, Dr Adani dikejutkan dengan berita yang tidak disangka.
“Anak kembar saya lahir pramatang pada 33 minggu dan terus dimasukkan ke NICU. Fokus saya hanyalah memastikan mereka boleh bernafas sendiri, minum susu tanpa menggunakan tiub, dan berat naik supaya boleh discaj.
“Beberapa hari kemudian, doktor memaklumkan ada wabak CRE di NICU dan keputusan swab menunjukkan Adam positif sebagai pembawa CRE. Saya terkejut dan takut,” kongsinya kepada SK.
Jelasnya, Adam dijangkiti CRE ketika berada di wad NICU disebabkan sistem imunisasi badan yang masih lemah.
“Bakteria CRE sukar dibunuh oleh antibiotik yang kuat. Maknanya walaupun bayi sihat sebagai pembawa, mereka perlu dipantau dengan teliti kerana sistem imunisasi bayi pramatang belum matang, jadi lebih mudah terdedah kepada jangkitan aktif.
“Mendengar status pembawa membuatkan saya sedar bahawa proses discaj akan lebih panjang dan kompleks,” tambah wanita berkenaan.
Menurutnya, Adam tidak menunjukkan sebarang simptom berikutan sebagai pembawa, bakteria hidup di dalam usus atau najis dan tidak menyebabkan sakit.
Keadaan ini berbeza dengan jangkitan CRE yang masuk ke dalam darah atau paru-paru.
“Bayi demam, sesak nafas atau menjadi lemah. Dalam kes Adam, semuanya diketahui melalui laporan makmal, bukan tanda fizikal,” jelasnya lanjut.
Pembawa superbug perlukan penjagaan kebersihan lebih ketat Ditanya tentang proses penjagaan sepanjang anak berstatus pembawa, Dr Adani berkongsi prosedur penjagaan yang diamalkan biarpun selepas anaknya sudah dibenarkan pulang.
“Sebagai pembawa, bayi tidak sakit tetapi perlu dipantau dan diasingkan supaya bakteria tidak tersebar kepada bayi lain, terutama kembarnya.
“Doktor tekankan SOP yang ketat termasuk pengasingan, cuci tangan dan pengendalian aseptik,” kongsi wanita tersebut.
Tidak hanya memastikan tangan sentiasa dibasuh, Dr Adani turut memastikan lampin yang telah digunakan diurus mengikut SOP di NICU.
“CRE memang mudah merebak melalui tangan yang tercemar, jadi SOP NICU saya teruskan di rumah.
“Setiap kali tukar lampin, saya akan tukar diaper mat, bersihkan permukaan dan gunakan hand sanitiser. Saya juga pastikan tangan dibasuh dengan betul sebelum dan selepas urusan,” ujarnya.
Kredit: Dr Adani Tidak hanya itu, dia turut menyediakan peralatan berasingan bagi kedua-dua anak kembarnya.
“Daripada tuala, bekas lampin hingga ke kain lap, semuanya berasingan untuk mengelakkan pencemaran silang. Semua langkah ini memang meningkatkan kos sara diri tetapi perlu untuk melindungi kedua-dua anak saya,” maklumnya lanjut.
Sebagai seorang pengamal perubatan, wanita berkenaan turut maklum bahawa seandainya bakteria tersebut menjangkiti Aidan dan disahkan berada di dalam darah atau paru-paru, pilihan rawatan membasmi bakteria yang kebal ini amat terhad.
“Ketakutan terbesar ialah kemungkinan jangkitan CRE atau bakteria itu merebak kepada kembarnya. CRE tidak tersebar melalui udara, tetapi melalui sentuhan tangan atau permukaan tercemar.
“Bayi pramatang sangat vulnerable kerana sistem imun mereka belum matang. Jadi walaupun hanya pembawa, risiko tetap ada jika SOP tidak diikuti,” kongsinya lagi.
Ujarnya, pengalaman menjaga anak pembawa superbug ini membuktikan betapa pentingnya mempunyai masyarakat yang menyedari penggunaan antibiotik dengan bijak dan tidak hanya membiarkan isu ini berlegar di ruang hospital.
“Cara kita guna antibiotik hari ini akan mempengaruhi risiko anak-anak kita pada masa hadapan.
“Kisah saya ini menunjukkan kerintangan antibiotik merupakan isu yang sangat dekat dengan kita. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuk bayi yang baru lahir,” titip wanita berkenaan, mengakhiri perbualan.
BACA: Asal Demam Je Mesti Dapat, Ini Baik Buruk Antibiotik Yang Kita Terima Lepas Rawatan Doktor BACA: Dulu Gagal Add Math Kini Penerima Dekan, Ibu Kongsi Strategi Selamatkan Anak BACA: Tak Mahu Terleka, Ibu Kongsi Macam Mana Kawal “Screen Time” Anak The post Mudah Merebak, Ibu Kongsi Pengalaman Sebenar Jaga Anak Pembawa “Superbug” appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/19/mudah-merebak-ibu-kongsi-pengalaman-sebenar-jaga-anak-pembawa-superbug/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bella Astillah Lega Isu Tular Selesai Kongsi Gambar Peluk Ibu Syed Saddiq

Bella Astillah Lega Isu Tular Selesai Kongsi Gambar Peluk Ibu Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 217 hits
Selebriti Bella Astillah telah berkongsi hantaran di media sosial dengan menyatakan isu tular yang mendakwa ada orang ketiga dalam hubungan baik dengan ahli politik Syed Saddiq sudah selesai Bella Astillah lega selesaikan masalah bersama Da...
Ibu Bapa Ditahan Hanya Beri Anak Makan Bubur Sekali Sehari

Ibu Bapa Ditahan Hanya Beri Anak Makan Bubur Sekali Sehari

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 170 hits
AgensiTokyo Polis di Tokyo menahan sepasang suami isteri atas dakwaan mengabaikan anak perempuan mereka sehingga tidak diberi makan dengan mencukupi menyebabkan kanak kanak itu mengalami kekurangan zat makanan Memetik Japan Today pihak poli...
Anak Meninggal Dunia Selepas Mengebumikan Jenazah Ibu

Anak Meninggal Dunia Selepas Mengebumikan Jenazah Ibu

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 147 hits
KOSMOTangkap layar video menunjukkan orang ramai mengusung kedua dua jenazah ke sebuah tanah perkuburan TikTokJAKARTA Satu klip video tular di Banyumas wilayah Jawa Tengah memaparkan detik menyayat hati apabila seorang askar meninggal dunia...
Roti Sosej Gebu Dan Lembut Resipi Mudah Yang Anak Anak Pasti Suka

Roti Sosej Gebu Dan Lembut Resipi Mudah Yang Anak Anak Pasti Suka

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 178 hits
Petang petang suka betul makanan yang simple tapi kenyang Contohnya kalau ada roti sosej Buat doh roti dan letak sosej memang cukup mudah dan sedap Resipi roti sosej yang dikongsi oleh Siti Hadirah ini sangat senang untuk dibuat Tidak menga...
Apa Isu Sebenar Upko Keluar Ph Mudah Jom Paham

Apa Isu Sebenar Upko Keluar Ph Mudah Jom Paham

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 205 hits
Norman Daud Malam ini Parti UPKO mengumumkan keluar daripada gabungan Pakatan Harapan satu langkah yang mengejutkan ramai pemerhati politik terutama menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah Punca utama Isu pemberian khas 40 hasil yang dikutip Ke...
Berjurai Air Mata Ibu Bapa Syukur Lihat Anak Perempuan Tamatkan Pengajian

Berjurai Air Mata Ibu Bapa Syukur Lihat Anak Perempuan Tamatkan Pengajian

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 167 hits
Berjurai Air Mata Ibu Bapa Syukur Lihat Anak Perempuan Tamatkan Pengajian Setiap kali tiba musim majlis konvokesyen media sosial pastinya dipenuhi dengan wajah wajah ceria graduan yang diraikan Berjubah konvokesyen serta topi mortarboard te...
Hiburan Saya Hormat Dia Sebagai Ibu Kepada Anak Anak Saya Nubhan Ahamad

Hiburan Saya Hormat Dia Sebagai Ibu Kepada Anak Anak Saya Nubhan Ahamad

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 227 hits
Penyanyi dan usahawan terkenal atau lebih dikenali sebagai Nubhan memilih untuk tidak lagi mengulas lanjut mengenai isu rumah tangganya bersama isteri Dr Afifah Hidayah secara terbuka Ketika ditemui OhBulan pada minggu kedua program Gegar V...
Lelaki Kongsi Pengalaman Manis Jadi Suri Rumah Buat Ramai Terharu

Lelaki Kongsi Pengalaman Manis Jadi Suri Rumah Buat Ramai Terharu

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 160 hits
Lelaki Kongsi Pengalaman Manis Jadi Suri Rumah Buat Ramai Terharu Sudah menjadi adat kebiasaan masyarakat kita isteri akan duduk di rumah dan menjaga hal ehwal urusan keluarga Bermula daripada menguruskan kerja kerja rumah hingga kepada men...
Hiburan Nubhan Muat Naik Ig Story Amber Heard Peminat Naik Hantu Sindir Ibu Yang Lahirkan Anak Sendiri Ke

Hiburan Nubhan Muat Naik Ig Story Amber Heard Peminat Naik Hantu Sindir Ibu Yang Lahirkan Anak Sendiri Ke

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 248 hits
Kecoh di laman Threads apabila seorang pengguna meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan penyanyi yang memuat naik Instagram Story dengan kapsyen merujuk kepada Amber Heard seolah olah menyindir bekas isterinya Dr Afifah Hidayah selepas pend...
Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Attention

Tiada Prospek Kejayaan Agc Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Irresistible Beef Meatball Recipe No Dairy

Jenis Pewangi Sah Digunakan Untuk Solat Panduan Lengkap 2026

Rightist Akmal Slammed For Politicising Uec Casting Unfounded Fear Of Uec A Threat To National Edu Policy

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Seni Makan Sedap Ketika Kenikmatan Bertemu Kesukaran Buang Air Besar

Pm Thailand Bubarkan Parlimen Pulangkan Kuasa Ke Rakyat Demi Demokrasi Yang Kembali Seimbang

Pengguna Android Dikesan Jadi Sasaran Perisian Hasad Droidlock

Infinix Lancar Gtbuds 4 Dengan Harga Rm229

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng