Muafakat Nasional Yang Ngam



Dalam satu wawancara bersama Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin pada tahun lepas, saya bertanya kepadanya: adakah PAS akan di-Umno-kan atau sebaliknya melalui Muafakat Nasional (MN).Bekas menteri besar Johor itu cuma tersenyum sebelum memberikan jawapan. Namun penjelasan itu bukan untuk dicatatkan sebagai berita. Dia sendiri mahukan begitu.
Namun pada masa sama Khaled mengakui kewujudan MN mungkin membawa sedikit petanda.
Khaled berkata: "Dalam kita (Melayu) sebagai teras pun, kita mahu orang Cina dan India bermuafakat dengan kita... kaum lain dijaga dan dipelihara serta dilindungi seperti dalam perlembagaan."
Bagi saya, MN yang berkesan tidak diutarakan dalam kerjasama Umno dan PAS. Kedua-dua parti tersebut mempunyai pertindihan kerusi ketara di kawasan Melayu/Muslim terutamanya di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Kelemahan tersebut belum tertonjol kerana tiada satu pun pilihan raya kecil berlaku di empat negeri itu untuk menguji kerjasama Umno-PAS.
Sebenarnya MN yang 'ngam' ada pada gabungan Umno dan DAP seperti yang saya huraikan semalam. Ini kerana Umno dan DAP mempunyai kekuatan masing-masing di kawasan yang berlainan. Umno berpengaruh di kawasan Melayu manakala DAP di lokaliti Cina dan India.
Bahasa jiwa bangsa
Namun ada beberapa kekangan perlu diselesaikan supaya kuasa atomik gabungan Umno-DAP dilepaskan untuk mewujudkan arena politik yang stabil.
Salah satunya ialah isu identiti Malaysia berbahasa. Misalnya bagaimana bahasa Melayu boleh dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan tetapi pada masa sama bahasa lain dapat diintergrasikan di atas Tanah Melayu yang dikongsi semua?
Suka atau tidak, politik di Tanah Melayu memang berpaksi kepada konflik di antara Melayu dan Cina. Ia merangkumi aspek bahasa, budaya, agama serta masa depan negara yang dilihat berbeza.
Pemikiran arus perdana Melayu berpandangan bahasa Melayu perlu dijadikan bahasa tunggal dalam semua urusan rasmi. Bahasa Melayu jiwa bangsa.
Tindakan tersebut mungkin norma di Eropah Barat apabila konsep satu bangsa, satu agama dan satu bahasa menjadi asas dalam negara bangsa. Namun konsep tersebut tidak terpakai di Tanah Melayu.
Hakikatnya bahasa Melayu hanya diguna pakai secara eksklusif di sektor awam. Bahasa Inggeris dan bahasa Cina pula adalah bahasa umum di sektor swasta.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila sistem pendidikan dibahagikan kepada aliran kebangsaan (Melayu) serta aliran jenis kebangsaan (Cina dan Tamil).
Itu belum diambil kira sekolah menengah persendirian Cina (SPMC), sekolah antarabangsa serta sekolah menengah agama tinggi.
Dari sudut komuniti Cina, SJK (C) dan SMPC dibangunkan dengan sumbangan orang awam. Ia adalah identiti bangsa yang tidak boleh dipisahkan. Bagi komuniti itu, bahasa Cina juga adalah jiwa bangsa.
Sepanjang tempoh Pakatah Harapan (PH) berada di Putrajaya, penggunaan bahasa Cina oleh menteri DAP dalam urusan rasmi menjadi modal serangan politik kononnya bahasa Melayu diabaikan.
Macam menonton cerita Cina
Namun serangan tersebut sebaliknya tidak dapat memprojekkan bahasa kebangsaan kepada kaum Cina seperti sepatutnya, malah ia membawa kesan songsang seperti apa yang dilihat pada penentangan terhadap pembelajaran tulisan jawi - walaupun hanya tiga muka surat saja - dalam buku teks Bahasa Malaysia.
Amat mengguris hati apabila bahasa Cina diperlekehkan dalam urusan rasmi. Sama seperti perasaan orang Melayu apabila tulisan Jawi - yang boleh dianggap sebagai moyang bahasa Melayu penulisan - dipandang serong.
Untuk memartabatkan bahasa Melayu, ia perlu mengiktiraf hakikat bahawa di Tanah Melayu memang wujud kepelbagaian bahasa. Begitu juga komuniti Cina perlu melihat bahasa kebangsaan sebagai jambatan untuk bergaul dengan kaum lain.
Bolehkan bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa pertama tetapi bahasa Inggeris, Cina, Tamil, Kadazan dan Iban diiktiraf sebagai bahasa kedua dalam urusan rasmi?
Dalam kata lain, bahasa Melayu diletakkan pada status agung namun bahasa lain yang mempunyai terjemahan bersesuai dengan konteks boleh digunakan untuk memudahkan urusan hal ehwal awam.
Semacam drama Cina yang disiar dalam TV menggunakan bahasa Cina bersama sari kata bahasa Melayu. Begitulah sebaliknya. Penonton didedahkan kepada dua bahasa serentak. Memang rojak, tapi inilah keunikan Tanah Melayu.
Mustahak untuk membina jambatan di antara Melayu dan Cina dengan pengiktirafan identiti bangsa masing-masing melalui bahasa. Bahasa Melayu dan bahasa Cina milik Tanah Melayu.
Isu pendidikan vernakular pula, daripada laungan mansuhkan SJK (C) dan SJK (T), baiklah kita sama-sama menggalakkan konsep mengarusperdanakan sekolah berkenaan.

Dalam arena politik, Umno menguasai konteks dan penggunaan bahasa Melayu tetapi rakan sekutu Cina utama - MCA - dilihat kurang arif dalam menjelmakan konsep MN dan penyebarannya kepada komuniti Cina.
Begitu juga DAP menguasai konteks dan penggunaan bahasa Cina tetapi rakan sekutu Melayu mereka - PKR serta Amanah - dilihat kurang arif dalam menjelmakan konsep PH dan penyebarannya kepada komuniti Melayu.
Apa kata Umno dan DAP memilih rakan baru dan saling lengkap-melengkapi? Lagipun Umno dan DAP memang parti sekular dan nasionalis yang hanya dipisahkan oleh identiti kaum sahaja.
Mungkin ke satu hari nanti, Setiausaha Agung DAP akan hadir di Perhimpunan Agong Umno untuk mendengar Lagu Bersatu, Bersetia, Berkhidmat?
Atau Presiden Umno hadir di Kongres DAP untuk mendengar Lagu Berjuang Untuk Rakyat Malaysia berkumandang?
Umno di-DAP-kan, dan DAP di-Umno-kan.

LU WEI HOONG
Bekas wartawan.
 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/muafakat-nasional-yang-ngam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Presiden Umno Petanda Buruk Buat Muafakat Nasional

Kenyataan Presiden Umno Petanda Buruk Buat Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 354 hits
ismaweb netPAS berkali kali nyata sokongan kepada Muhyiddin tapi Zahid berpendirian sebaliknyaBANGI 5 Safar 1442H Rabu Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Barisan Nasional dan UMNO tidak dapat menghalang Ahli Ahli Parlimen yang m...
Siapa Sebenarnya Pencatur Keretakan Hubungan Umno Dan Pas Dalam Muafakat Nasional

Siapa Sebenarnya Pencatur Keretakan Hubungan Umno Dan Pas Dalam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 526 hits
Sejarah mencatitkan perselisihan antara 2 parti terbesar masyarakat Melayu Islam UMNO dan PAS telah memakan masa lebih dari 6 dekad Kejatuhan UMNO dari takhta pemerintahan pada 2018 dalam PRU 14 telah membuka lebaran baru dalam hubungan pol...
Perubahan Sokongan Kesetiaan Terhadap Pm Tiada Dalam Piagam Muafakat Nasional

Perubahan Sokongan Kesetiaan Terhadap Pm Tiada Dalam Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 398 hits
PETALING JAYA Seorang pemimpin Barisan Nasional hari ini menepis tanggapan UMNO melanggar piagam Muafakat Nasional sekiranya tidak menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil dalam kenyataan b...
Muafakat Nasional Needs To Use The Correct Narrative To Fight Pakatan Harapan

Muafakat Nasional Needs To Use The Correct Narrative To Fight Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 334 hits
Yes what is Umno s narrative Umno does not seem to have a fixed narrative It probably has 100 narratives And all the narratives are contradictory And many are crazy and do not make sense And all these narratives benefit DAP PKR and Pakatan ...
Muafakat Nasional Meeting Aborted After Spike In Covid 19 Cases

Muafakat Nasional Meeting Aborted After Spike In Covid 19 Cases

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 295 hits
A Muafakat Nasional committee meeting which was scheduled to be held this week has been called off in light of the surge in Covid 19 cases A source told Malaysiakini the decision followed Umno s footsteps in the party s divisional meetings ...
Pas Tetap Komited Memperkukuhkan Muafakat Nasional

Pas Tetap Komited Memperkukuhkan Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 213 hits
PAS tetap komited memperkukuhkan Muafakat Nasional dengan melaksanakan piagam yang ditandatangani pada September 2019 Mursyidul Am PAS Dato Tuan Guru Hashim Jasin berkata perkara yang disepakati dalam perjanjian itu boleh membantu perkemban...
Kerajaan Perikatan Nasional Sokongan Pemilih Ke Muafakat Nasional

Kerajaan Perikatan Nasional Sokongan Pemilih Ke Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 378 hits
JUMLAH SOKONGAN PEMILIHTERHADAPMUAFAKAT NASIONAL A LATAR BELAKANG Setahun lalu UMNO dan PAS telah memetri satu persefahaman yang dinamakan MUAFAKAT NASIONAL BN mempunyai 49 kerusi Parlimen di mana UMNO mempunyai 47 kerusi dan MCA dan MIC Se...
Senarai Panjang Kelemahan Kebobrokan Menteri Perikatan Nasional

Senarai Panjang Kelemahan Kebobrokan Menteri Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 315 hits
RAYUSA SUDAH lebih enam bulan Kerajaan Perikatan Nasional mentadbir Malaysia Mentadbir Malaysia Sebenarnya PN atau lebih afdal disebut Kerajaan Tebuk Atap Pintu Belakang ini hanya mengurus Covid 19 Disebabkan ghairah mahu menjadi kerajaan h...
Kerajaan Tambah Lagi Bantuan Prihatin Nasional

Kerajaan Tambah Lagi Bantuan Prihatin Nasional

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 453 hits
Kerajaan tambah lagi Bantuan Prihatin Nasional Assalamualaikum dan salam sejahtera Selain daripada berita mengejutkan yang berlaku semalam aku sebenarnya lebih tertarik kepada berita mengenai tambahan Bantuan Prihatin Nasional 2 0 Ya Ini se...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025