Kenyataan Presiden Umno Petanda Buruk Buat Muafakat Nasional


Siti Hafidahismaweb.net
PAS berkali-kali nyata sokongan kepada Muhyiddin, tapi Zahid berpendirian sebaliknya


BANGI, 5 Safar 1442H, Rabu – Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dianggap petanda buruk kepada Muafakat Nasional.

Terdahulu, Presiden UMNO itu berkata, beliau dimaklumkan ramai Ahli Parlimen UMNO dan BN yang menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR itu.

“Saya mengikuti sidang media oleh Anwar. Sebagaimana diketahui umum, UMNO dan BN bukan parti komponen Perikatan Nasional (PN). Sokongan kepada kerajaan PN adalah sokongan daripada Ahli Parlimen sahaja.

“UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli-ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Anwar yang berhasrat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau.

“Saya menghormati pendirian Ahli Parlimen berkenaan,” katanya.

Mengulas situasi itu, Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiyah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman secara sinis berkata, Muafakat Nasional yang tidak muafakat daripada pihak UMNO.

Katanya, setelah PAS berkali-kali menyatakan sokongan kepada Muhyiddin serta mengerahkan ahli-ahlinya supaya taat setia kepada PN – walaupun tidak dapat kerusi di Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah – kelihatan UMNO memilih pendekatan berlainan.

“Ternyata ahli-ahli UMNO yang selama ini menolak Anwar berada dalam dilema, apabila Zahid berpendirian sebaliknya, demi menyelamatkan kedudukannya yang terdesak.

“Ini adalah satu petanda buruk bagi Muafakat Nasional,” katanya.

Dengan krisis yang tidak berkesudahan, Ustaz Hazizi yakin jutaan orang Melayu melihat perkembangan ini dengan perasaan meluat.

“Sehubungan itu BERJASA menawarkan kepada mereka yang ikhlas, jujur dan setia kepada agama, bangsa dan negara, serta mempunyai kompetensi untuk memimpin, agar bersama BERJASA demi menyelamatkan umat yang diperkotak-katikkan oleh pemimpin politik yang tamak selama ini,” katanya.

Sebelum ini Anwar mendakwa, mendapat sokongan kukuh daripada Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan baharu.

Dakwanya lagi, sokongan Ahli Parlimen itu daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kerajaan sedia ada, namun tidak mendedahkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Presiden PKR itu berkata, beliau sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi semalam, namun ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/09/kenyataan-presiden-umno-petanda-buruk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Sebenarnya Pencatur Keretakan Hubungan Umno Dan Pas Dalam Muafakat Nasional

Siapa Sebenarnya Pencatur Keretakan Hubungan Umno Dan Pas Dalam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 470 hits
Sejarah mencatitkan perselisihan antara 2 parti terbesar masyarakat Melayu Islam UMNO dan PAS telah memakan masa lebih dari 6 dekad Kejatuhan UMNO dari takhta pemerintahan pada 2018 dalam PRU 14 telah membuka lebaran baru dalam hubungan pol...
Presiden Dan Majlis Tertinggi Umno Sudah Jadi Ejen Bebas

Presiden Dan Majlis Tertinggi Umno Sudah Jadi Ejen Bebas

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 278 hits
A Kadir Jasin Seorang wartawan kanan tempatan yang bertugas dengan sebuah penerbitan asing menulis dalam Facebooknya Umno breakup Maksudnya Umno pecah Dia merujuk kepada kenyataan media Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkenaan dakwaan Ket...
Mahathir Batu Api Bersatu To Quarrel With Muafakat Nasional

Mahathir Batu Api Bersatu To Quarrel With Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 259 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad claimed Tan Sri Muhyiddin Yassin was weak and could not punish PAS and Umno leaders in his administration as he needed their support to keep the Perikatan Nasional government intact Dr Mahathir claimed in an intervie...
Presiden Umno Tidak Halang Ahli Parlimen Sokong Anwar

Presiden Umno Tidak Halang Ahli Parlimen Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 295 hits
Pengumuman kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tumbang oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar pagi tadi tidak dilakukan secara sebelah pihak Presiden Umno dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan mengetahui sejum...
Pas Sebagai King Maker Jadi Kenyataan Presiden Pas

Pas Sebagai King Maker Jadi Kenyataan Presiden Pas

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 253 hits
PENGKALAN CHEPA Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa rancangan membawa pendekatan baharu politik PAS menerusi Ta awun Siyasi telah dibuat beliau bersama Almarhum Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan...
Zahir Akan Didesak Lepas Jawatan Presiden Umno

Zahir Akan Didesak Lepas Jawatan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 321 hits
POPULARITI Ahmad Zahid Hamidi di kalangan sebahagian pemimpin dan ahli Umno MERUDUM selepas Zahid GAGAL dalam meletakkan Umno mengetuai kerajaan negeri SABAH Berkali kali sebelum PRN Sabah Zahid menyatakan Umno mahu Bung Mokhtar Radin sebag...
Surat Terbuka Akar Umbi Kepada Presiden Mkt Umno

Surat Terbuka Akar Umbi Kepada Presiden Mkt Umno

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 243 hits
Salam sejahtera kepada presiden dan MKT Umno Malaysia Saya mewakili diri dan ini pendirian saya sebagai ahli Umno Kepada Datuk Seri presiden dan MKT yang bijaksana Suara keluhan risau gelisah dan pelbagai macam yang dilontarkan oleh ahli ak...
Pas Nak Bertanding Tapi Perangkap Musuh Perlu Dielak Demi Muafakat Nasional

Pas Nak Bertanding Tapi Perangkap Musuh Perlu Dielak Demi Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 244 hits
Selepas akur dengan keputusan untuk tidak mempertaruhkan calon dalam Pilihan Raya Negeri Sabah Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menceritakan wujud desakan supaya parti itu dibei laluan ketika rundingan kerusi dibuat sebelum ini N...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord