Muafakat Nasional Bukan Gabungan Rasmi



MCA berpandangan kerjasama Muafakat Nasional terbentuk antara Pas dan UMNO adalah merujuk semangat solidariti kebersamaan antara parti-parti pembangkang di negara ini dan bukan satu gabungan rasmi.
(Sinar Harian) – Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kerjasama seakan-akan Muafakat Nasional adalah senario biasa berlaku landskap politik negara sebelum ini sebagaimana diamalkan parti-parti pembangkang terdahulu.
Menurutnya, pihaknya merujuk kerjasama politik seperti Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif pada tahun 1999 dan Angkatan Perpaduan Ummah sekitar tahun 80-an yang membentuk gabungan parti pembangkang tidak rasmi bagi menghadapi pilihan raya.
“Sama ada Muafakat Nasional atau apa jua gabungan kerjasama parti pembangkang, kita menyokong sebarang bentuk semangat solidariti antara parti pembangkang asalkan selari Perlembagaan Persekutuan selain menekankan kepelbagaian kaum dan kesederhanaan dalam agenda politik mereka.
“Setakat pemahaman saya, Muafakat Nasional lebih kepada semangat kebersamaan parti pembangkang dan bukan satu gabungan rasmi. Jadi tidak timbul soal MCA perlu merestui dan menyertai Muafakat Nasional secara rasmi atau tidak,” katanya dalam sidang akhbar sempena Perhimpunan Agung MCA ke-66 di Dewan MCA di sini semalam.
Beliau berkata demikian sewaktu ditanya sama ada MCA komited untuk menyertai gabungan kerjasama politik Muafakat Nasional yang dimeterai antara UMNO sebagai salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) dengan Pas pada 14 September lalu.
Perjanjian itu dimeterai oleh UMNO dan Pas sempena Himpunan Penyatuan Ummah, yang disempurnakan oleh kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Piagam berkenaan adalah satu dokumen terperinci menggariskan prinsip asas kerjasama, rasional, struktur dan modus operandi kerjasama dirangka menerusi Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal, yang masing-masing dianggotai 11 dan lima pemimpin bagi setiap parti.
Piagam Muafakat Nasional antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.
Persoalan sama ada MCA akan menyertai Muafakat Nasional secara rasmi kini menjadi tumpuan umum, lebih-lebih lagi selepas parti itu mendapat kemenangan besar pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.
Terdahulu, Timbalan Presiden MCA, Dr Mah Hang Soon dalam satu kenyataan turut mengenepikan kemungkinan MCA akan menyertai Muafakat Nasional secara rasmi.
Ditanya mengenai ketiadaan kelibat pemimpin Pas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-66 hari ini sebagai rakan ‘semangat solidariti pembangkang’, Ka Siong menegaskan sudah menjadi tradisi parti itu hanya mengemukakan jemputan kepada rakan-rakan parti komponen BN sahaja.
“Sejak bila kita jemput parti bukan BN untuk hadir? Lebih setengah abad kita memegang prinsip menjemput adik-beradik dalam komponen BN seperti UMNO dan MIC sahaja untuk menghadiri perhimpunan agung tahunan kita.
“Kalau rakan parti komponen BN itu juga sudah keluar, kita juga tidak akan jemput semula,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/12/02/muafakat-nasional-bukan-gabungan-rasmi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muafakat Nasional Struktur Empat Negeri Akan Diubah Untuk Dijadikan Contoh

Muafakat Nasional Struktur Empat Negeri Akan Diubah Untuk Dijadikan Contoh

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 429 hits
TIMBALAN Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan memberi bayangan akan berlaku perubahan struktur di empat negeri yang dikuasi oleh Barisan Nasional dan Pas Tujuannya supaya rakyat mempunyai gambaran bentuk negeri dan negara yang bakal diben...
Pas Tak Akan Keluar Bn Muafakat Nasional Kata Abdul Hadi

Pas Tak Akan Keluar Bn Muafakat Nasional Kata Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 291 hits
Kita tak akan keluar BN dan Muafakat Nasional Itu reaksi Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulas berhubung masa depan Pas bersama Barisan Nasional dan Muafakat Nasional pada sesi Pidato Bicara Ini Demi Perpaduan di Dewan Karangkra...
Tidak Terima Muafakat Nasional Punca Ahli Pas Masuk Amanah

Tidak Terima Muafakat Nasional Punca Ahli Pas Masuk Amanah

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 443 hits
Pas perlu menelan jadam pahit politik apabila ahli akar umbi parti itu mula menolak Muafakat Nasional dengan menyertai Amanah Menurut Presiden Amanah Mohamad Sabu parti itu kini menerima masuk banyak ahli baru bekas Pas di Kelantan Terengga...
Annuar Muafakat Nasional Sedia Hadapi Kejutan Politik

Annuar Muafakat Nasional Sedia Hadapi Kejutan Politik

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 320 hits
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa memberi gambaran bahawa suasana politik negara akan mempunyai banyak kejutan dalam masa terdekat ini Tanpa memperincikan kejutan yang dimaksudkannya Annuar berkata Umno serta rakan Muafakat Nasional berada ...
Penerusan Agenda Muafakat Nasional Antara Tumpuan Pau 2019

Penerusan Agenda Muafakat Nasional Antara Tumpuan Pau 2019

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 388 hits
Penerusan agenda muafakat nasional antara tumpuan PAU 2019 nbsp Dikemas kini 9 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 Nov 2019
Pemimpin Pas Umno Mesti Beri Penjelasan Tentang Muafakat Nasional

Pemimpin Pas Umno Mesti Beri Penjelasan Tentang Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 415 hits
Oleh Adli Mohamad KUALA TERENGGANU Tugas pemimpin sama ada PAS atau Umno secara sedikit demi sedikit mestilah memberikan penjelasan tentang agenda besar Muafakat Nasional kepada rakyat dan penyokong masing masing Sementara itu Naib Presiden...
How To Strengthen Muafakat Nasional Marry Pas Girls Ahmad Maslan Tells Umno Youth Reps

How To Strengthen Muafakat Nasional Marry Pas Girls Ahmad Maslan Tells Umno Youth Reps

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 503 hits
Provided by Malay Mail In his adjournment speech during the Umno Youth assembly Datuk Seri Ahmad Maslan made the recommendation in a bid to strengthen the unity between Malaysia s two largest Malay based parties Picture by Mukhriz HazimKUAL...
Mic Sedia Sertai Muafakat Nasional

Mic Sedia Sertai Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 417 hits
Parti komponen BN MIC hari ini menyatakan kesediaan menyertai Muafakat Nasional Presiden MIC SA Vigneswaran yang memaklumkan perkara itu mengambil pendirian berbeza berbanding Presiden MCA Wee Ka Siong yang melihat BN sebagai satu satunya g...
Ka Siong No Reason For Mca To Reject The Spirit And Values Espoused By Muafakat Nasional

Ka Siong No Reason For Mca To Reject The Spirit And Values Espoused By Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 360 hits
MCA is comfortable with the spirit of cooperation under Muafakat Nasional as it is based on positive universal values said its president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong He stressed that it was not a formal coalition or pact but was done based on...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


T25d24 Aina Buat Hal Di Sekolah Kebangsaan

10 Tahun Di Alam Maya Akhirnya Bertemu Juga

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Rose B Buai Aku Jaga Ia Sulu Chord

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Everyman Tracker Build Pt 8 Pre Wiring Wrap Up